October
12, 2011 at 5:43pm
Sebelum meneruskan, aku
suka menyorot secebis ulasan oleh parti PAS dalam Malaysiakini bertarikh 10
September 2011 sebagaimana berikut:
Pemimpin tertinggi PAS
mencemuh pandangan seorang sejarahwan semalam bahawa Malaysia tidak pernah
terjajah dan menganggapnya sebagai usaha untuk mengelirukan rakyat.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, polemik berkenaan ditimbulkan
untuk "menipu rakyat" serta mengalih perhatian daripada pendedahan
masalah dalam sistem pilihan raya."Kesannya rakyat ditipu supaya jangan
fikir tentang penipuan pilihan raya. Fikir tentang isu yang sudah 40 tahun, 60
tahun, tidak fikir isu sekarang. Sepatutnya sudah selesai lama,"
tambahnya.
Dakwaan bahawa Tanah Melayu "tidak pernah
terjajah" itu dikemukakan
sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berpandangan bahawa
British sebaliknya hanya memberi perlindungan atau naungan.
Abdul Hadi juga bersetuju
dengan pandangan bahawa, polemik berkenaan sengaja ditimbulkan oleh bagi
menunjukkan bahawa hanya Umno merupakan pejuang orang Melayu."Kita mahu
orang Melayu jangan ditipu dengan isu yang sudah 60 tahun. Bagaimana pula dengan
isu yang sudah tujuh ratus, lapan ratus tahun semasa Portugis datang tak ada
orang yang lawan mereka. Seolah-olah, yang mula lawan penjajah ini Umno sahaja.
"Saya mengaji juga
sejarah dulu. Masa itu tak ada Umno, tak ada PAS lagi tapi orang sudah lawan
penjajah," katanya lagi dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen
Malaysia Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Taman Melewar, Gombak pagi ini.
Pandangan itu juga
disambut oleh ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang
menyifatkan Umno sebagai "hero (filem) Hindustan yang datang
lambat.""Dia hendak (raih publisiti) dan isytihar bahawa dia yang
tewaskan penjajah," katanya. Tambahnya, ahli akademik yang giat
mengutarakan pandangan berhubung isu Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong
sepatutnya membantu rakyat untuk memahami perkara itu.
Mengulas lanjut, Tuan
Ibrahim berkata implikasi daripada dakwaan itu bukanlah perkara kecil. "
Setelah kita terima 54 tahun gagasan konsep
(kemerdekaan) kita, bila ahli akademik timbulkan keraguan, maknanya seluruh silibus sejarah
terpaksa diubah seluruhnya."
Demikianlah sepintas
lalu. Demikianlah bahayanya kalau seseorang yg berkedudukan tinggi &
berketokohan mengeluarkan pendapat tanpa memikirkan risiko atau implikasinya.
Tak kisahlah siapapun beliau & dari mana "asal-usul" beliau: Dari
organisasi apa, korporat mana, parti politik yg mana satu, negeri mana, atau
mengajar di universiti apa.. ??
Yg utama, beliau perlu
berhati-hati. Jangan cakap sembarangan. Perpatah Melayu ada berkata:
"Cakap siang pandang-pandang; cakap malam dengar-dengar.." &,
"..kerana mulut badan binasa..".
Mengapa terlalu cepat lupakan kiasan2 lama ini? Adakah darjat kita sudah
terlalu tinggi hingga terpaksa menyombong diri? Entahlah... Sebab itu Tun
Mahathir pernah berkata bahawa "Melayu mudah lupa...". Mungkin ada
kebenarannya.
Dan, aku tidak
menyebelahi mana-mana pihak..! Meskipun anda sudah bertaraf profesor, ketua
pengarah atau menteri, jangan sekali-kali kita lupa peringatan ini. Jangan
sampai kita dituduh celupar, songsang, bodoh, biadab dan kurang ajar (lantaran
tidak berhati-hati)..! Darjat yg anda sandang itu memerlukan anda bersikap
"accountable" & bertanggungjawab disamping menjadi "role
model" terbaik utk orang-orang yg dibawah sana. BUKAN menyalahgunakan
darjat, status atau ketokohan itu secara sesat lagi menyesatkan!
Sebenarnya aku tidak
pasti apa motif disebalik "hujah" yg "serong" itu. Tapi
kalau seorang profesor itu mengeluarkan "hujah-hujahnya" yg
"songsang", "karut" atau "tunggang-langgang"
dalam dewan kuliah atau bilik tutorial, itu perkara biasa. Mungkin utk mencabar
daya intelektual para pelajarnya. Tapi bukan "pengumuman awam" yg
mengundang kritikan, komen & bangkangan oleh pihak massa.
Disini, amat penting bagi
seseorang pemimpin atau tokoh itu bersikap lebih profesional &
bertanggungjawab. Jangan samakan orang awam dengan budak tadika, anak-murid di
sekolah atau di bilik kuliah. "Kesilapan" yg kita lakukan diluar
bilik darjah atau dewan kuliah hanya sekadar mendedahkan diri kepada serangan
tohmahan demi tohmahan. Bukan sekadar dilihat sebagai "bodoh", "bengap"
& "bebal", kita juga mungkin layak dituduh sebagai
"pengkhianat" bangsa & negara...!
Oleh itu, pesananku pada
mereka-mereka yg "di atas sana", berhati-hatilah. Gunakanlah akal
& ilmu yg telah dianugerahkan Allah. Jangan gunakan ego atau kesombongan
anda bila berkata-kata.. Kelak ia sekadar mengundang kekeliruan, kebencian
& sakit-hati dikalangan masyarakat..!
Ws.