Sabtu, 2 Jun 2018

IDEOLOGI MARXISME: MENGAPA IA SESAT...?

March 6, 2012 at 3:18pm

KARL MARX merupakan seorang sarjana sosiologi yg memperolehi doktor falsafah ketika berusia 25 tahun. Jika demikian, tentulah beliau ini memiliki otak kelas satu yg sukar dicapai oleh kita! Malangnya tiada sesiapa berminat utk memberikan beliau jawatan akademik lantaran pemikiran radikal serta ketaksuban beliau terhadap pemikiran Hegel dan lain2 pemikir radikal pada zaman revolusi perindustrian di barat. Beliau terpaksa menyara hidup sebagai wartawan dgn kelulusan PhD..!



Hatta, sebermula, kewartawanan telah dijadikan platform utk memperniagakan idea2 radikal beliau itu. Beliau banyak menulis dan kebanyakan idea beliau dijuruskan kpd mengkritik para burguis-kapitalis yg menindas dan memperhambakan pekerja. Idea2 beliau banyak mencetuskan kesedaran kelas dikalangan golongan proletariat yg nantinya akan membangkitkan revolusi serta penentangan terhadap kapitalis2 dan para elit kuasa yg cukup korup.

Lantaran terlalu radikal beliau telah dihambat keluar dari German. Beliau akhirnya berlindung di England dan mati disitu sebagai orang terbuang. Meskipun begitu, idea-idea beliau tidak mudah terbuang begitu sahaja. Ia berjaya menawan minda golongan mudia di zaman itu seperti Lenin serta sahabat-sahabat komrade dlm parti Bolsheviks. Ringkasnya, teori komunisme yg dipromosi oleh Marx (melalui teks Communist Manifesto..) akhirnya berjaya meraih simpati serta diadaptasi oleh gerombolan revolsioner di Russia. Dan, dibawah pimpinan Lenin, Bolsheviks menumbangkan Tsar terakhir bagi negara itu dan mewujudkan negara sosialis yg pertama di dunia: USSR (Republik Kesatuan Soviet Sosialis).


Menyorot latarbelakang Karl Marx:  Beliau seorang yahudi. Ateis dan anti-agama. Beliau sempat menghasilkan dua teks utama yg berpengaruh iaitu Das Kapital dan Communist Manifesto. Berkoleborasi dgn Hegel (juga seorang yahudi..), beliau telah mencipta teori dialektik-materialisme yg menegaskan bahawa apa sahaja krisis dan konfliks yg berlaku dalam dunia hari ini adalah berpunca dari perebutan dan penguasaan material (kebendaan).

Marx sebenarnya terpengaruh dgn fenomena masyarakat Eropah dalam era Revolusi Industri dimana golongan kapitalis (borguis) menindas golongan buruh (ploretariat). Kemiskinan dan kemelaratan yg ekstrim melanda masyarakat kelas pekerja. Manakala kaum kapitalis memeras sepenuhnya sumber yg ada termasuk tenaga golongan pekerja hingga ke tahap perhambaan. Wanita dan anak-anak bawah umur juga tidak terkecuali dari "diperhambakan" di kilang-kilang dan lombong-lombong. Ramai dikalangan kelas ploretariat (marhaen) yg mati akibat wabak penyakit, kebuluran, kediaman yg teruk, environmen kerja yg tidak selamat dan lain-lain tindasan yg berlebihan.


 


Dalam tulisannya, Marx mengetengahkan idea-idea ekstrimnya berhubung ekonomi dan masyarakat. Antara lain, Marx menanggapi bahawa keadilan sosial hanya boleh dicapai dgn mewujudkan "masyarakat tanpa kelas". Ini bermaksud, darjat manusia adalah sama: tiada tinggi tiada rendah. Nasib mereka juga akan serupa: suatu bentuk kesaksamaan sosial dlm pengagihan ekonomi dan pemilikan material melalui perancangan pusat (centralised economy). Juga, tiada kelas pemerintah atau yg diperintah: masyarakat anarki...

Dalam pada itu, Marx juga menegaskan tentang perlunya golongan bawahan melaksanakan gerakan revolusi utk mencapai apa yg digelar sebagai tahap "kediktatoran ploteriat" (the dictatorship of the ploretariat). Dengan cara ini, kapitalisme akan terhapus dan masyarakat tanpa kelas (atau sosialisme) dapat diwujudkan. Kebaikannya: tiada lagi tindasan oleh para kapitalis dan wujud masyarakat yg adil dan samarata dlm pemilikan ekonomi. Masyarakat jugalah yg akan menentukan agihan nilai-nilai ekonomi dikalangan mereka. 


Ringkasnya, teori ini adalah berasaskan kpd ruanglingkup masyarakat di negara-negara perindustrian. Tetapi Mao Tze Dong telah membuktikan bahawa negara agraria (pertanian) juga boleh dikomuniskan (sebagaimana di China, Korea Utara dan Vietnam).

Namun begitu, teori Marx bukan sekadar tamat disitu. Sebagai ateis, Marx menegaskan bahawa "agama adalah candu masyarakat". Beliau menganggap bahawa agama ialah alat (yg digunakan oleh gereja) utk menindas kaum kelas marhaen. Didokong oleh raja, kelas aristokrat dan borjuis, golongan gereja di Eropah (di era Revolusi Industri) turut memainkan peranan menindas golongan marhaen dgn pelbagai peraturan yg dicipta oleh gereja.




Penting utk difahami bahawa teori-teori bawaan Marx banyak bercanggah dgn Islam sebagai agama yg suci. Antara lain, Marx menggalakkan ideologi anarki dikalangan masyarakat dan menolak institusi kepimpinan. Walhal, Islam mewajibkan institusi kepimpinan (kekhalifahan). Marx menolak agama. Allah Taala mewajibkan agama bagi manusia dan menjanjikan siksaan yg amat pedih bagi mereka yg kafir, freethinker dan ateis. Marx mempromosi fahaman materialisme dan sekularisme. Islam menolak sekularisme dan membenarkan pemilikan material berasaskan undang-undang syariat.



Hari ini ajaran Marxisme yg tulin tidak pernah dapat dipraktikkan oleh mana-mana negara di dunia. Malahan, kebanyakan negara-negara sosialis sendiri hanya mengadaptasi ideologi Marxisme mengikut citarasa serta keperluan masing-masing. USSR mengamalkan komunisme yg telah dimodifikasi oleh Lenin (Leninisme..) manakala China pula mengamalkan ideologi Maoisme. Dan, sejak dekad-dekad kebelakangan, ini negara-negara sosialis semakin terbuka dan kian meliberalisasikan dasar ekonomi masing-masing dgn membenarkan amalan kapitalistik dlm negara masing-masing. Ini mungkin terpaksa dilakukan selaras tekanan semasa yg didominasi oleh muntahan informasi dan cabaran globalisasi yg tidak terkekang lagi...
 




 


Ringkasnya, teori revolusioner bawaan Marx lebih bertujuan utk mencabar ideologi kapitalisme yg mendominasi sektor ekonomi dan sosiopolitik masyarakat Eropah pada kurun ke 18 dan 19. Dan, sebagai seorang manusia sekular (yg juga menyokong materialisme), kita dapat menyimpulkan bahawa teori beliau tidak akan mampu mengubati virus atau wabak yg wujud dlm kapitalisme. Walaupun berjaya “menciplak” idea-idea keadilan sosial Islam dalam teori-teorinya, tidak bererti beliau boleh mencipta masyarakat ateis yg anarki menurut acuan beliau…!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PRU 14: PERLUNYA REFORMASI DALAM POLITIK NEGARA

INTRODUKSI (Nota ini telah siap ditulis pada 15 Mac 2016 jam 1520 ptg) Apabila Tanah Melayu dibebaskan oleh penjajah British pada tahun ...