Sabtu, 2 Jun 2018

ISU UNDI POS: BILA MAHU SELESAI?

October 18, 2011 at 11:10am

 



Masih TIDAK HABIS-HABIS.....! Baik radio, tv, suratkabar, laman Web, warong kopi, restoren mamak,... Asyik dgn isu yg dah cukup basi ini. BASI, sebab sejak dulu lagi ia sudah diperkata & dipolemikkan orang. Tapi, masih tidak kunjung reda. Ada-ada sahaja. Asyik dgn curiga, tak puas hati, tidak adil, tidak telus, tidak itu, tidak ini, dan tidak entah apa benda lagi...

Kalaulah ini "lagunya" kehendak & rintihan rakyat, mengapa tidak digantung, dibatal atau dimansuhkan saja konsep undi pos...? Bukankah kita sudah ada sistem "online" yg serba canggih? Mengapa masih perlu terhegeh-hegeh dgn sistem undi pos yg sudah ketinggalan zaman? Bukan sekadar ketinggalan zaman, malah ia kerap membiakkan banyak persoalan serta kecurigaan dikalangan masyarakat. Kos utk mengendalikannya juga bukan sembarangan. 


Terlalu banyak pembaziran telah berlaku lantaran kaedah yg boleh dianggap lapuk ini. Kita sudah ada teknologi yg cekap, cepat lagi menjimatkan. Jadi, apa alasan kita utk kekal menggunakan kaedah lapuk...? Kalau Lembaga Hasil Dalam Negeri berjaya menentukan hasil cukai negara dipungut dgn berkesan melalui kaedah "online", apatah pula mengundi? Bukankah "online" lebih pantas, tepat & cergas...? Mana lebih sukar? Bayar cukai atau buang undi? Mengapa masih terlalu ortodok dan jumud..?

UNDI POS bukan perkara baru. Memang benar, semua warga yg sudah mencapai 21 tahun ada HAK mengundi. Waima orang-orang yg hidup di hulu-hulu di wilayah "jin-jin bertendang" sekalipun BERHAK kpd mengundi. Begitu jugak perantau-perantau kita di negara asing. Semuanya perlu diberikan HAK mereka. Jika tidak, BUKAN demokrasi namanya. Tapi, adakah logik utk kita mengekalkan metodologi yg sudah ketinggalan zaman? Adakah terlalu payah utk kita menerima "kemajuan" secara lebih realistik? Haruskah kita mengangkut peti-peti undi ke hulu dan ke hilir, ke seberang sungai atau rimbaraya, dari satu lokasi ke satu lokasi dan berhari-hari lamanya macam tahun 50-60an? Dan, selepas itu peti-peti itu diangkut (pulak) ke tempat pengiraan undi diiringi oleh "pasukan-pasukan pengawal" atau "petugas" dgn wajah yg "menakutkan"..?



Kita ini negara DEMOKRASI. Mengapa masih GELISAH apabila membicarakan soal UNDI POS...? Dan, bertambah GELISAH bila orang mempersoal serta melempar pelbagai cadangan pembaikan..? Mana letaknya mentaliti "pengurusan kualiti menyeluruh" (Total Quality Management) yg pernah menjadi dasar & proses dalam negara ini? Walhal kita tahu bahawa HAK warga utk mengundi hanya sekali dalam 4-5 tahun! Kalau kita terlepas peluang utk mengundi bagi kali ini, kita TERPAKSA menunggu hingga 5 tahun lagi utk dapat peluang. Sedangkan kita tahu bahawa seseorang warga itu hanya berpeluang utk mengundi dgn "berkesan" antara 5-8 kali sahaja sepanjang jangkahayatnya. Kalaupun beliau boleh hidup sampai 100 tahun, belum pasti beliau pergi membuang undi kalau tiada semangat atau tidak dipapah, dibantu atau disogok.... 

Hari ini isu UNDI POS muncul lagi. Macam tiada perkara lain lagi yg hendak diketengahkan. Aku hairan. Mengapa agensi yg berkenaan tidak mengambil langkah lebih positif & jitu? Masyarakat adalah masyarakat. Mereka ada HAK utk mempersoalkan. Kalau mereka mahu membangkitkan perkara ini secara polemik, forum, perbahasan terbuka atau demonstrasi jalan sekalipun, itu adalah hak mereka. Ini kerana negara ini adalah NEGARA DEMOKRASI. Tapi, adakah ini semua WAJAR? Kalau WAJAR, apa WAJARANnya? Dan, kalau TIDAK WAJAR, apakah KETIDAKWAJARANnya? 


Selagi kita bermain "tarik-tali", selagi itulah isu ini tidak akan selesai. Kita perlukan satu keputusan. Dan, keputusan itu hendaklah berasaskan faktor sekeliling serta faktor-faktor terbaru. Keputusan ini hendaklah benar-benar memberi munafaat kpd warga & negara. Yang pasti, isu UNDI POS tidak akan selesai selagi sang kodok masih terus ingin menyorok dibawah tempurung.... Ws. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PRU 14: PERLUNYA REFORMASI DALAM POLITIK NEGARA

INTRODUKSI (Nota ini telah siap ditulis pada 15 Mac 2016 jam 1520 ptg) Apabila Tanah Melayu dibebaskan oleh penjajah British pada tahun ...