October
12, 2011 at 9:45am
APABILA sesuatu kaum itu
berjaya dalam perjuangan merampas kembali KEMERDEKAAN
mereka, apakah agenda yg selanjutnya? Berpolitik?
Berpolitik, berpolitik & terus berpolitiking sepanjang zaman....? Itu
bukan suatu langkah yg bijak. Hanya si bahlul & si bebal sahaja yg akan
berpolitiking sepanjang masa. Sesuatu itu perlu ada batasnya. Jangan sampai
kita ketelanjuran. Kelak buruk padahnya. Kita juga yg akan menyesal di kemudian
hari.
Aku sekadar ingin mengajak
rakan2 mengimbau kembali maksud merdeka. Dulu tok-nenek kita terjajah.
Hinggakan ada yg hanya makan ubikayu, hidup merengkuk di pondok buruk, sekadar
mampu bercawat... Aku sempat melihat kesan-kesan itu. Hari ini generasi
"Y" di negara ini mungkin tidak nampak apa yg aku nampak. &,
terlalu sukar utk diolah & diungkap dgn kata-kata atau tulisan. Kita pernah
wujud sebagai sebuah masyarakat yg terlalu daif dlm hampir segenap hal. Walhal
Amerika & Russia (pada ketika itu) sudahpun berlumba-lumba ke bulan.
Berlumba-lumba mencipta senjata pemusnah tercanggih.
Berlumba-lumba memperluas
ruanglingkup pengaruh & ideologi masing-masing. Dan, seawal tahun 1939
Hitler telahpun menyerang Belgium, France & Poland dgn tank, senjata kimia
& kapalterbang. Tak ketinggalan Jepun dgn kuasa marin & udaranya yg
menabrak kesombongan Amerika. Sedangkan tok-nenek kita masih lagi berkaki ayam
& ada yg masih bercawat (kecuali si golongan aristokrat yg punya pengaruh
politik & makhluk-makhluk burguis yg mengontrol ekonomi...).
Hari ini, selepas 54 tahun
bebas dari terjajah, banyak perubahan & permodenan telah dicapai dlm aspek
fizikal. Juga pembangunan sosioekonomi, kesihatan dll. Tidak dinafikan,
kebanyakan pencapaian ini terhasil dari rangsangan2 pemerintah terdahulu dgn
dokongan padu dari badan birokrasi. Kekayaan sumber semulajadi negara telah
berjaya diurus dgn semolek mungkin walaupun terjadi bocoran disana-sini.
Dasar-dasar perekonomian yg "robust" telah memacu negara kearah
industrialisasi. Pengamalan konsep masyarakat saintifik telah memperkembangkan
teknologi tempatan walaupun terlalu terhad. Masuk akal, sebab negara ini
(dikatakan..) masih muda.. Baru sangat baru.. Baru "merdeka"... (?)
Tapi haluan politik tidak
selalunya serupa. Sebagai suatu unsur yg dinamik (??), politik sering dilanda
perubahan (??) & akan sentiasa berubah (?). Bergantung pada apa & siapa
jadi "tok dalangnya". Kalau tok dalang ini "bagus", maka
akan jadi "mantap lah" persembahan "lakonannya" &,
"terhiburlah" rakyat jelata yg bersekongkol dengannya... Kalau tok
dalangnya "pintar", maka "tangkas lah" pertunjukannya. Jika
tok dalangnya "tenang", maka "tenteram lah" semuanya.
Tetapi kalau si syaitan yg
dilantik jadi tok dalangnya, maka, faham-faham sahajalah.. Syaitan adalah
sejahat-jahat makhluk utk dijadikan kawan, apatah lagi pemimpin atau pemerintah..
Hal ini harus dititikberatkan oleh semua orang dlm membuat pilihan...
Setakat 54 tahun yg sudah
berlalu, kita telah "melihat" bagaimana kemerdekaan negara diisi
& terisi. Tak payahlah aku berpanjang lebar disini. Semua sudah faham.
Semua (sama ada secara langsung atau tidak, sedar atau tak sedar..) telah
sama-sama "menikmati" disamping "menyumbang" keringat ke
arah pengisian itu. Sikit atau banyak, baik ataupun buruk, positif atau
negatif, ikhlas atau tidak, itu bergantung pada individu. Dan, Allah Taala akan
memberi balasan dgn sejitu-jitunya. Kalau kita makhluk yg baik, Allah akan
memulangkan kebaikan itu. Kalau kita makhluk yg bergelumangan najis, zalim
& pendusta, faham-fahamlah sendiri padahnya..
Namun, pengisian tetap perlu
diteruskan. Hanya sikap, kebijaksanaan, amalan, iman & akhlak kita yg akan
memandu ke arah manakah negara ini hendak pergi & mahu dibawa. Dan,
kemanakah masyarakatnya hendak diangkut.. Keatas? Kebawah? Ketengah? Atau, ke
dasar bumi? Terserahlah kepada kita sebagai warganya. Tuhan tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum/umat itu jika mereka sendiri bersikap jumud & enggan
berubah. Salah siapa...?
Dan, pengisian kemerdekaan itu
perlu diteruskan oleh kita sendiri sebagai warga & anak watan. Segala
sumber yg dianugerahi Allah harus digembeling dgn perancangan yg bijak, rapi
& ikhlas. Berlandaskan ilmu, etika & iman. Selama ini kita mungkin
kecelaruan. Jadi, sudah tiba waktunya utk kita memperbetulkan
kesilapan-kesilapan itu sebelum terlambat.. Ws.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan