June
22, 2010 at 10:15am
Mengapa aku memilih title
ini?
Kalau anda mau tau, buka
mata & telinga luas2. Buka minda lebar2. Perdalam tenungan, menungan &
renungan. Pertajamkan aqal yang sudah cukup tumpul & berkarat gara2 korupsi
& indoktrinasi. Jangan banyak bersembang & berpropaganda....
Hentikan dakyah sesat
& songsang. Jangan asyik bertengkar. Jangan asyik bergossip. Jangan asyik
mengikut telunjuk orang. Jangan pula gila menuding jari telunjuk & mengarah
orang.
Arahlah diri sendiri baru
belajar mengarah orang lain. Kalau diri sendiri masih gila kencing berdiri,
manakan adil kalau mengarah orang lain kencing menyangkung? Kalau diri sendiri
tidak pandai "flush" jamban selepas mengotorkannya dgn najis sendiri,
adakah cukup layak utk memerintah orang?
Kalau diri sendiri tidak
berminat untuk membasmi kotoran di lantai & dinding tandas rumah sendiri,
adakah cukup layak bercakap soal membasmi korupsi? Dan adakah cukup kompeten
untuk mentadbir-urus sebuah kampong, mukim, daerah, wilayah, negeri atau
negarabangsa?
Apabila kita meremehkan
soal remeh-temeh, adakah kita cukup kuat untuk TIDAK meremehkan isu BUKAN
remeh-temeh?
Dan apabila kita
meremehkan isu dalaman, adakah tidak kita juga akan meremehkan isu luaran? Coba
nilaikan. Jangan sekadar jadi penonton yg cuma pandai bergelak walhal
kampongnya sudah lama tergadai..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan