Isnin, 4 Jun 2018

SATU PERATUS MAKHLUK TERKAYA MEMILIKI LEBIH DARI KESELURUHAN KITA? APA KATA OXFAM?


·MONDAY, JANUARY 18, 2016

"Jurang antara si terkaya dengan keseluruhan yg lain telah melebar secara dramatik dalam tempoh 12 bulan lalu," kata OXFAM INTERNATIONAL. Hari ini si terkaya 1% dunia menguasai lebih daripada keseluruhan penghuni dunia digabungkan - menjelang Forum Ekonomi Dunia pada 18 Januari 2016 di Davos.

"Ketidaksamaan dunia telah mencipta senario di mana 62 orang memiliki kekayaan sama banyak dgn setengah jumlah penduduk termiskin dunia (berbanding 388 orang 5 tahun yg lalu)," agensi anti-kemiskinan melaporkan menjelang perhimpunan tahunan elit kewangan dan politik dunia di Davos.



Daripada jumlah 62 orang tersebut, 53 adalah lelaki dan 9 adalah wanita - memperlihatkan ketidakseimbangan dlm konteks gender. Oxfam berkata ia menggunakan senarai bilionair Forbes sebagai rujukan.

Winnie Byanima, Pengarah Eksekutif Oxfam Antarabangsa berkata: "Tidak dapat diterima akal bahawa separuh penduduk termiskin dunia punya pemilikan tidak lebih daripada pemilikan beberapa dozen orang super-kaya.

"Sebagai satu prioriti, Oxfam sedang mencadangkan penamatan era "syurga perlindungan cukai" yang menyaksikan si kaya lari dari membayar cukai melalui konsep penggunaan perbankan luar pesisir yg "bebas cukai".

Penghindaran ini "telah menafikan sumber cukai yg berharga yg diperlukan oleh negara dlm menangani masalah kemiskinan dan ketidaksamaan sosial," kata laporan itu. Sebagai contoh, sebanyak 30% dpd keseluruhan kekayaan tahunan kewangan Afrika (dianggarkan berjumlah AS$14 bilion setahun dlm bentuk hasil cukai) lesap di luar pesisir.

Byanima turut mencabar para pemimpin dunia yg bakal bermesyuarat di Davos memainkan peranan dalam menamatkan era "kawasan-kawasan syurga perlindungan cukai" yang mencipta ketidaksamaan ekonomi & menghalang beratus-ratus juta orang mengangkat diri mereka dari belenggu kemiskinan. Ini suatu keputusan yg kritikal jika pemimpin-pemimpin dunia benar2 serius untuk memenuhi matlamat menghapuskan kemiskinan tegar dunia menjelang 2030.

- di olah dari AFP/rw

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PRU 14: PERLUNYA REFORMASI DALAM POLITIK NEGARA

INTRODUKSI (Nota ini telah siap ditulis pada 15 Mac 2016 jam 1520 ptg) Apabila Tanah Melayu dibebaskan oleh penjajah British pada tahun ...