(Catatan ini siap ditulis pada 22 Ogos 2019 jam 1022 malam... Selamat membaca..!)
Al-kisah, terlalu sukar untuk menolak fakta bahawa polemik berkaitan
konsep "Ketuanan Melayu" masih tidak selesai dan "amat sensitif" serta dilihat sebagai "terlalu perkauman" bagi sebuah "negara berbilang kaum" kononnya..! Bukan sekadar belum selesai,
malah ia seperti tiada bernoktah. Jalan ceritanya tidak akan berkesudahan
selagi ideologi perkauman yang radikal dan ekstrim masih wujud.
Tetapi
bagaimana mungkin untuk menolak ideologi yang menjijikan ini? Menjijikan?
Benar - perkauman atau assabiyah merupakan suatu kesedaran
sosial yang cukup membinasakan dan ditolak oleh Islam!
Mungkin tidak salah kalau diandaikan bahawa konsep Ketuanan Melayu
dilihat sebagai suatu "dilema" bagi masyarakat pluralistik di Malaysia.
Dan, dilema ini adalah racun yang cukup berbisa terutama bagi golongan
"bukan-Melayu". Mereka melihat ini sebagai asas atau teras kepada
ketidakadilan dalam masyarakat. Mereka jadikan ini sebagai duri dalam
daging yang akan terus-menerus menusuk jantung dan pemikiran mereka.
Hatta, selagi "perkara besar" ini tidak diselesaikan, maka keadilan sosial
tidak terpenuh dan "hak-hak" mereka masih tergadai.
Maka, dalam melihat atau menangani perkara besar ini, ketertiban adalah
penting. Apakah ketertiban yang dimaksudkan? Sudah barang tentulah
ketertiban ilmu. Ini kerana - tanpa ilmu yang tertib, kita akan sesat di
perjalanan. Apatahlagi jika ketiadaan ilmu, jahil, memilih kesongsangan,
ego, takkabur, bodoh-sombong, keras kepala, bermentaliti protestant dan
neo-konservatif atau penunggang teori konspirasi..
Berbalik kepada ilmu. Ilmu yang tidak berketertiban merupakan ilmu yang
enggan berpijak di bumi yang nyata - kesarjanaan atau pengetahuan yang
tidak berasaskan nilai-nilai yang luhur, murni dan jujur pasti akan
menyesat dan melumpuhkan sistem negara. Ilmu yang perlu berlandaskan fakta
yang sahih - samaada dalam konteks nasab, sejarah, kajian mendalam, sains
mahupun kesarjanaan.
Ketuanan Melayu (ringkas-KM) pada hakikatnya tidak perlu menjadi isu yang
dipolitikkan. Ini kerana asas kebangkitan KM sudah jelas - samaada dalam
konteks sejarah mahupun sosiopolitik, agama dan latarbelakang budaya
negara ini - iaitu sejak terdirinya kerajaan Melayu Melaka pada 1402
Masihi.
Walaupun kesultanan Melaka tumbang pada 1511, itu bukan bermaksud
kekuasaan masyarakat Melayu sudah tamat - kerana sejarah jelas membuktikan
bahawa terdapat banyak lagi kesultanan-kesultan Melayu yang wujud di
wilayah Nusantara (atau MALAYSIA) pada masa itu - contohnya: kerajaan Melayu Pahang, Kelantan, Trengganu,
Kedah, Perak, Pattani, Mindanao, Brunei, Johor dan lain-lain. Ini belum
lagi mengambilkira kesultanan-kesultanan di wilayah selatan Siam dan
wilayah-wilayah dibawah jajahan kesultanan Melaka seperti Sumatra dan
lain-lain.
Dan, kuasa-kuasa Melayu ini terus wujud hingga akhir kurun ke 19 apabila
penjajahan barat menerobos, memecahbelah masyarakat ini, mengkristiankan
sebahagiannya (seperti yang terjadi di Filipina contohnya) dan membawa
masuk tawanan perang dan buruh-buruh asing ke wilayah berkenaan. Dasar
pembahagian wilayah antara kuasa-kuasa Kristian barat serta Siam telah
memperlihatkan lenyapnya kesultanan-kesultanan seperti kesultanan
Mindanao, Patani (termasuk Narrathiwat dan Yala), Minangkabau dan beberapa
kesultanan lain di wilayah Nusantara di akhir kurun tersebut.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa wilayah Nusantara atau "Masyarakat
Malaysia" cukup berpotensi untuk wujud sebagai salah-satu "kuasa besar" di
wilayah timur jika tidak dijahanamkan oleh para penjajah barat. Tetapi
teori konspirasi dan ekspedisi-ekspedisi jahat yang dilancarkan oleh
Sepanyol, Portugis, British (dan AS di Filipina..) sejak abad ke 15 hingga
19 telah merencatkan sepenuhnya proses kebangkitan "Masyarakat Malaysia"
menjadi salah-satu suatu "kuasa besar dunia" sebagaimana kuasa kesultanan
Ottoman atau China.
Teori konspirasi barat telah menghancurkan Nusantara
melalui senjata assabiyah, serangan militer, serangan aqidah, perampokan
ekonomi, perjanjian-perjanjian palsu dan memecahbelahkan masyarakat ini
menjadi negara-negara serta wilayah-wilayah kecil sebagaimana hari
ini.
Ini merupakan segelintir dari rentetan sejarah yang enggan diterima oleh
masyarakat bukan-Melayu dan bukan-bumiputra terutama mereka yang
berketurunan pendatang asing yang datang samaada sebagai orang buangan,
buruh, pedagang atau pelarian. Hari ini golongan inilah yang paling
sensitif terhadap konsep Ketuanan Melayu dan paling sibuk memperjuangkan
hak, kesamaan dan keadilan sosial hingga melewati batas yang semakin tidak
wajar.
Hatta, apakah hakikat atau realiti disebalik Ketuanan Melayu? Adakah ia
sekadar gimik politik ciptaan bangsa "Melayu Baru"? Atau, ia memang
sebenarnya suatu realiti dan fakta sejarah dalam negara yang bernama
Malaysia? Jika ia suatu realiti dan fakta sejarah, mengapa harus ia
disinggung dan dipolitikkan?
Ketuanan Melayu bermaksud "kedaulatan bangsa Melayu" (the Malay
sovereignty) atau bahasa mudah: status quo kuasa politik negara berpusat,
berakar-umbi dan berpangkal pada bangsa Melayu. Tanpa status quo ini,
negara pasti akan goncang dan runtuh. Bangsa Melayu (serta keturunan sub-sub
etnik yang serumpun) sebagai penduduk dan pemilik asal Tanah Melayu dan
wilayah-wilayah Nusantara memiliki segala "hak" keatas wilayah yang kini
disebut Malaysia berasaskan fakta sejarah, agama, tatabudaya dan
arkeologi.
Lebih jauh lagi, sistem nilai yang dominan yang wujud di wilayah
Nusantara (termasuk Tanah Melayu) ialah Islam (selain dari
kepercayaan-kepercayaan nenek-moyang yang menjadi bawaan sesetengah
sub-etnik). Lantas, akar atau tunjang sebenar Ketuanan Melayu ialah -
agama Islam. Jadi, realitinya, Ketuanan Melayu adalah memperkatakan
tentang "Daulah Islamiah" atau pemerintahan Islam.
Justru itu, Ketuanan
atau Kedaulatan Melayu adalah kedaulatan pemerintahan Muslim. Hatta, ia
wajib diperkukuh dan dipertahankan - samaada dengan hartabenda, darah atau
nyawa. Dan, bagi umat Muslimin di negara ini, mereka telahpun maklum
bahawa kesucian daulah Islamiah wajib dipertahankan hingga kebenaran dapat
dibangkitkan - walaupun melalui landasan jihad.
Tragedi 13 Mei 1969 adalah
contoh termudah kebangkitan Melayu-Islam dalam menangani pelampau
perkauman yang cuba dipromosi oleh Parti Komunis Malaya, politik
anti-Melayu Islam pada ketika itu serta pengaruh Lee Kwan Yew di Singapura
yang anti-Malaysia. Demikian juga dengan "Rusuhan Natrah" pada 1950 yang memperlihatkan kebangkitan Melayu-Islam menentang pemurtadan Natrah, anak Belanda yang telah dianakangkatkan oleh Melayu Trengganu tetapi dirampas kembali oleh keluarganya ketika Natrah berusia 13 tahun.
Tragedi 13 Mei 1969 adalah suatu fenomena penting politik negara yang
sebenarnya telah dipersempitkan atau diperlekehkan sejarahnya. Hari ini
tidak ramai yang faham apa itu "Tragedi 13 Mei". Barangkali
sarjana-sarjana sejarah negara pun "terlupa" dengan ruanglingkup tragedi
tersebut lantas mengenepikan fakta atau inti-inti penting didalamnya.
Atau, mungkin mereka sendiri tidak tahu berapa jumlah bangkai-bangkai
manusia yang dicampak didalam Sungai Gombak dan Sungai Kelang pada
hari-hari tragedi. Mereka tidak pernah mengkaji secara serius dan
saintifik kejadian yang berlaku 50 tahun yang lampau. Bagi mereka, tragedi
tersebut tidak lebih dari gimik politik masa lampau yang tidak berfaedah
untuk diungkitkan.
Fenomena 13 Mei 1969 sebenarnya membuktikan bahawa bangsa Melayu-Islam
tidak akan berdiam diri apabila maruah dan "kedaulatan"-nya benar-benar
tercabar dan mulai dipijak-pijak oleh makhluk-makhluk asing. Melayu-Islam
akan mempertahankannya walaupun perlu mempertaruh nyawa. Sejarah telah
membuktikan realiti ini. Contoh - kebangkitan gerombolan Tok Janggut di
Kelantan, Maharajalela di Pasir Salak, Tok Gajah di Pahang, gerakan Kyai
Salleh dan lain-lain. Dan, hingga hari ini gerakan-gerakan Melayu-Islam
masih terus hidup di wilayah Patani dan kepulauan Mindanao hingga
kedaulatan dan "ketuanan" mereka tercapai.
Dalam konteks masyarakat kontemporar, ketuanan Melayu (lebih tepat:
kedaulatan Melayu-Islam) adalah suatu status quo yang sepatutnya tidak
boleh dipersoalkan sesuai dgn status Malaysia yg dilembagakan sebagai
sebuah negara Islam. Ketuanan Melayu perlu diterjemahkan sebagai
"kedaulatan Islam" sepenuhnya. Lantaran itu, kelunturan kuasa dan ketuanan
Melayu bererti lunturnya kedaulatan Islam di negara ini. Konsep ini lebih
pragmatik berbanding dengan teori yg meletakkan kuasa orang Melayu itu
terletak ditangan raja-raja Melayu. Ini mungkin benar sebelum tahun 1957.
Tetapi hari ini lanskap politik negara sudah berubah. Konsep feudalisme
dan monarki sudah lama berakhir. Raja-raja Melayu tidak lebih dari
simbol-simbol warisan sejarah. Kuasa mereka hanya terhad pada aspek -
iaitu mengetuai hal-ehwal agama Islam dan adat-istihadat Melayu.
Kedaulatan rakyat terletak di tangan masyarakat, khususnya kuasa politik
bangsa Melayu Islam sebagai bangsa asal paling dominan di Malaysia - bukan
terletak di singgahsana raja-raja Melayu.
Pun begitu, raja-raja Melayu tidak perlu rungsing. Sebagai Muslimin,
orang-orang Melayu tidak terlalu taksub untuk merobohkan takhta-takhta
kesultanan dengan tergesa-gesa. Ini kerana bangsa Melayu memiliki agenda,
prioriti atau tanggungjawab lebih besar dari sekadar merobohkan
singgahsana raja-raja Melayu - walaupun suara-suara semakin lantang
mempersoalkan status raja-raja Melayu - samaada kewujudan mereka masih
relevan atau samasekali tidak.
Lantas, raja-raja Melayu perlu
berterimakasih kerana masih ramai orang-orang Melayu yg ortodok dan
berpendirian konservatif - terutama yg hidup di pedalaman, pesisiran dan
pinggiran...
Maka, berbalik pada Ketuanan Melayu - ia bukan "lahir" pada tahun 1957
atau 1969 atau 2018. Ia telahpun dizahirkan lebih awal dari kewujudan
kesultanan Melayu Melaka. Pada 1292 sewaktu pulang dari China, Marco Polo
sempat mencatatkan bahawa penduduk tempatan Pasai, Perlak dan Tanah Melayu
mengamalkan agama Islam. Fakta ini diperkukuhkan oleh Ibnu Battuta pada
tahun 1345-1346 yang mencatatkan bahawa penduduk wilayah ini mengamalkan
mazhab Shafie.
Kedua-dua fakta sejarah ini membuktikan bahawa kedaulatan
Islam telahpun bertapak di wilayah sebelah sini seawal kurun ke 13. Ini
diperkuatkan oleh prasasti yg ditemukan di Kuala Berang, Trengganu
bertarikh 1303 yang memperkatakan tentang perkembangan dan pengamalan
Islam di wilayah tersebut. Hatta, jika ada yang mengatakan bahawa
"ketuanan Melayu" hanya muncul di abad ke 21, ini adalah suatu pendapat
meleset, menyimpan niat yang kotor lagi menyesatkan.
Keparahan paling besar di kalangan bani Melayu (yang menyebabkan
bani-bani lain menggunakan sepenuhnya kesempatan untuk mengancam,
menyerang dan menjarah "kedaulatan Melayu") ialah assabiyah dan waham
hingga hampir melumpuhkan rantaian ukhuwah Islamiah. Kekuatan Melayu tidak
cukup hanya bergantung pada faktor-faktor material, catatan sejarah, kuasa
politik, jumlah yang ramai, hak-hak istimewa yang dijamin oleh
Perlembagaan dan Islam sebagai agama rasmi negara. Ini kerana Melayu
sedang berhadapan dengan dilema paling besar - iaitu perpecahan
ummah.
Sengketa dalaman ummah Melayu tidak pernah berakhir dan dilihat sebagai
tidak mungkin berakhir. Selain dari mensabotaj bangsa sendiri, Melayu juga
disabotaj oleh bangsa-bangsa pendatang - samaada dalam konteks
sosiobudaya, agama, politik apatahlagi ekonomi. Melayu masih jauh
ketinggalan dari gelombang modernisasi, industrialisasi, teknologi dan
komuniti saintifik negara. Meskipun memiliki jumlah cendekiawan, sarjana
dan kelas menengah terpelajar yang tinggi, ini tidak membayangkan sebarang
jaminan bahawa Melayu akan bangkit sebagai mesin besar atau raksasa
pembangun negara.
Hari ini "perpaduan kaum" (racial unity) bukan lagi berasaskan kepada
kekuatan Ketuanan Melayu. Sebaliknya ia bergantung pada kekuatan
ekonomi-politik sesuatu kaum. Walaupun Melayu menjadi warga dominan kerana
jumlahnya, itu masih tidak menjaminkan apa-apa. Ini kerana wujudnya
keretakan besar dalam kerak bangsa Melayu itu sendiri.
Perpecahan yang
wujud dikalangan bangsa Melayu lantaran ketaksuban atau terlalu bertakliq
kepada ideologi-ideologi sekular telah sedikit demi sedikit memperluaskan
jurang yang sedia ada. Dan, peluang ini sedikit demi sedikit telah diambil
oleh golongan non-Melayu dan non-Muslim untuk merealisasikan konspirasi,
agenda serta manifesto utama mereka - iaitu melumpuh, merombak dan
merobohkan status bangsa Melayu dan Islam dalam Perlembagaan supaya
Ketuanan Melayu (atau lebih tepat lagi "kedaulatan Islam") di negara ini
hancur dan sebuah negara sekular sepenuhnya dapat diwujudkan.
Hari ini percubaan memperkasakan kembali tulisan jawi dan memahirkan seni
khat oleh Menteri Pendidikan dengan mudahnya telah diperlekehkan - bukan
sekadar oleh golongan non-Muslim, malahan oleh orang-orang Melayu sendiri.
Bukankah ini suatu pembuktian bahawa Melayu kian kehilangan akar-umbinya?
Bukankah baik tulisan jawi dan bahasa Arab dikuasai - agar memudahkan kita
membaca dan memahami teks Al Quran dan hadis?
Jadi, apa masaalahnya dengan
Melayu? Mengapa Melayu tergamak mempersoal dan menolak tulisan jawi dan
bahasa Arab? Dimanakah letaknya nilai Melayu sebagai seorang Islam - yang
digalakkan untuk menguasai pelbagai ilmu oleh Rasulullah s.a.w dari buaian
hingga ke liang lahat?
Ketuanan Melayu perlu dilihat pada ketinggian dan keluasan penguasaan
ilmu dan kompetensi sesuai dengan apa yang telah diajarkan melalui Al
Quran dan dijelaskan melalui sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda
pernah berpesan bahawa ilmu adalah "imam" dan amal adalah "makmum". Atau,
lebih mudah, ilmu adalah "pemimpin" dan amalan adalah "pengikut". Jika
benar ilmu itu, maka benar atau betullah amalannya. Jika sesat ilmu itu,
maka sesatlah amalannya.
Ini perlu disedari oleh semua umat Melayu dan
Islam - lantaran ia mempunyai kesan jangkapendek dan jangkapanjang kepada
seluruh ummah - samaada di dunia apatah lagi di akhirat nanti. Solidariti atau ukhuwah Islamiah yang selama ini dilaung-laungkan sejak
lebih 1400 tahun yang lampau masih terus menjadi isu yang merantai akal
dan fikiran umat Melayu di Malaysia.
Bagaimana ini terjadi? Dan, mengapa
keretakan terus berlanjutan sejak dahulu? Adakah kerana tiada usaha atau
ketiadaan ulama dan sarjana untuk meluruskan pemikiran yang sesat dan
bengkuk? Adakah kerana ketiadaan dana untuk mempelopori kemajuan dan
mengindoktrinasi minda bangsa Melayu dan orang Islam? Atau, tiada
"kemahuan politik" untuk merealisasi solidariti Islam?
Secara umum, dan
tanpa menjenguk ke realiti sejarah, orang Islam memang menjadi kuasa
dominan politik negara sejak dahulu lagi. Jadi, apakah alasannya maka
solidariti Islam tidak dapat direalisasi dalam suasana negara yang
sebegini tenteram dan bebas dari sebarang keterjajahan?
Hari ini, etnik bukan-Melayu melihat "ketuanan Melayu" sebagai suatu bentuk alienasi politik atau "mentaliti perkauman". Sebenarnya, ini adalah berpunca dari sikap umat Melayu sendiri yg terlalu berlembut dan sanggup berkorban memberi taraf kewarganegaraan melalui kerakyatan "jus soli" untuk bangsa-bangsa asing? Bukankah pengorbanan itu suatu langkah yang terlalu bodoh?
Kita enggan belajar daripada pengalaman dan pengajaran Rasulullah s.a.w - bagaimana baginda menguruskan kaum yahudi yang selama ini telah menjadi "duri dalam daging" di Madinah. Pada peringkat awal, terdapat ramai kabilah yahudi di kota Madinah - antara lain Bani Auf, Bani Najjar, Bani Al-Harts, Bani Sa’idah, Bani Juysam, Bani Tsa’labah, Bani Jafnah, dan Bani Syuthaibah. Piagam atau Perlembagaan Madinah telah diwujudkan untuk memastikan kabilah yahudi sebagai "kafir zimmi" perlu akur terhadap ketetapan Rasulullah. Tetapi mereka satu-persatu bangun menentang dan bersekongkol dengan musyrikin Mekah hingga akhirnya keseluruhan kabilah ini telah dihapus dari bumi Madinah.
Berbalik kepada negara ini. Apakah yang telah terjadi? Bagaimana golongan "kafir zimmi" di negara ini boleh memiliki kedudukan dan "kuasa-quasi" yang melampaui batas? Kalau mereka itu bukan "kafir zimmi", "kafir" jenis apa mereka ini?
Inilah padahnya jika umat Melayu-Islam terlalu bertolak-ansur dalam segala hal. Mereka lupa bahawa kelembutan atau sikap toleransi yg keterlaluan itu bakal memakan diri mereka sendiri! Sebagai buktiannya, sehingga kini status Mahkamah Syariah masih terawang-awang. Apa sahaja keputusan Mahkamah Syariah masih boleh dibatalkan oleh Mahkamah Awam! Bukan sekadar itu, apa saja fatwa yang dikeluarkan oleh majlis ulama, mufti atau segala keputusan oleh JAKIM, JAIP atau mana-mana jabatan agama Islam masih boleh dibangkang oleh Mahkamah Awam dengan menggunakan alasan "bertentangan dengan Perlembagaan Negara". Bukankah ini semakin kerap terjadi sekarang?
Ringkasnya, hari ini, setelah lebih 60 tahun merdeka, "kedaulatan" Melayu dan umat Islam secara keseluruhannya masih terawang-awang, masih dipersimpangan dan terus-menerus dicabar oleh masyarakat "jus soli" yang tidak tahu mengenang budi..!