Selasa, 8 Mac 2022

PASCA PRU 13: KEMANAKAH HALATUJU BN?

(Catatan ini siap pada: 10 Julai 2013 jam 1120pagi. Mari kita lihat samada catatan ini masih relevan menjelang PRU14 dan PRU15 nanti...!)

SELEPAS gagal mendapatkan mandat 2/3 di Parlimen pada tahun 2008 (PRU12), Abdullah Badawi telah dinasihatkan undur diri dari menara kuasa utk diambilalih oleh timbalannya pada ketika itu, Abdul Najib Abdul Razak. Tetapi proses it bukan semudah menelan kacang putih rupanya. Adat orang politik, pantang berundur menyerah kalah. Namun akhirnya kuasa "de facto" dlm UMNO terpaksa digembelingi bagi menumbangkan seorang tokoh besar yg terlalu berpengalaman besar. 

Bukan senang utk menumbangkan seorang raja dari kerusi takhtanya. Apatah lagi kalau raja politik...yg asam-garam dan pahit-maung politik sudah terlalu sebati dalam dirinya. Pengaruh yg menunjanginya adalah terlalu dalam di kalangan mereka yg berpemikiran konservatif. Tetapi golongan pro neofeudalisme dilihat lebih berpengaruh berbanding si konservatif. Akhirnya beliau sendiri mengundur diri tanpa perlu berperang....

Pengunduran diri dari pucuk pimpinan politik bukanlah perkara baru dalam sejarah politik selepas merdeka. Tunku Abdul Rahman contohnya, telah melepaskan mandat keperdanaannya kpd Tun Abdul Razak selepas PRU3 pada 10 Mei 1969 kerana Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) pimpinannya gagal meraih majoriti 2/3 Parlimen. Perikatan hanya menang 66 kerusi Parlimen (dari jumlah 103 kerusi) atau hanya 64.1% dari syarat Perlembagaan (iaitu minimum 66%). Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengambilalih sepenuhnya jawatan Perdana Menteri selepas Tunku Abdul Rahman berundur diri. Tunku Abdul Rahman memang seorang "gentleman". Jika ada yg mengatakan bahawa beliau tidak "gentleman", itu ialah Mahathir Mohamed, seteru utama beliau dlm UMNO.

Jadi, pengunduran diri dari pucuk kepimpinan sudahpun menjadi budaya bagi UMNO (mungkin juga parti-parti politik yg lain...?) apabila parti atau komponen parti menghadapi ketewasannya dlm meraih mandat rakyat. Sewaktu keputusan PRU12 tahun 2008 diistiharkan, BN cuma menang 140 (atau 63.1%) dari 222 kerusi Parlimen.  Abdullah Badawi sebagai pengerusi komponen 13 buah parti itu telah menerima tohmahan besar; bukan dari kem pembangkang, tetapi dari kem atau sarang beliau sendiri, iaitu UMNO. Dan, seperti Tunku, Abdullah Badawi juga merupakan seorang "gentleman". Akhirnya beliau telah melepaskan jawatan keperdanaannya pada tahun 2009 setelah menyandang kerusi panas itu selama 6 tahun.

Tetapi nasib penggantinya, Abdul Najib, tidaklah lebih cerah dari beliau. Malah terbukti bahawa BN gagal mendapat mandat penuh rakyat utk mendominasi pembuatan dasar dan keputusan awam di Parlimen pada PRU13. Ini adalah kegagalan kali kedua BN. Malah BN hanya menguasai 133 kerusi (atau 59.9% mandat Parlimen), suatu pencapaian terburuk dlm sejarah 56 tahun memerintah negara. Sebaliknya PR menikmati anjakan 89 kerusi di Parlimen. Dengan kegagalan ini, BN sekali lagi akan melalui suatu proses rombakan pucuk pimpinan. Kerusi panas sebagai pengerusi BN pasti berpindah kpd muka baru. Ini suatu "adat". Setakat ini, belum ada sesiapa pun yg mampu melanggar "adat" ini.

Jadi, nasib Abdul Najib akan ditentukan tidak berapa lama lagi. Sukar utk beliau melanggar "adat". Kelak nanti dikatakan orang yg kita ini "tidak tahu adat..." atau "tak reti basa...". Jadi Abdul Najib harus menerima kenyataan. Dan, seperti Tunku atau Abdullah Badawi, beliau perlu belajar menjadi "gentleman" dan berundur secara baik. Lagipun usia 60 tahun bukanlah terlalu muda utk terus berpolitik. Sudah-sudahlah dgn segala bentuk kontroversi sepanjang menjadi Perdana Menteri. Beliau perlu menerima realiti bahawa medan politik negara yg wujud pada hari ini semakin berbeza dari dua atau tiga dekad yg lampau. 

Politik hari ini adalah berlandaskan realiti sosial, jiwa, suara dan aspirasi rakyat terbanyak. Ia bukan lagi berlandaskan nepotisme, kronisme, korupsi atau hubungan "penaung-pelanggan" yg bergelumangan dgn konspirasi dan kepentingan peribadi. Masyarakat atau rakyat hari ini semakin bijak utk menilai "makna" politik. Dlm ertikata lain, orang awam (civil society) hari ini semakin "celik politik" walaupun mata, jiwa dan leher mereka telah dijerut oleh lambakan propaganda dan manifesto oleh media massa yg tidak berakhlak...

Maka, bagaimana dgn halatuju BN menjelang PRU14 nanti? Tahun 2018 (atau 2019...?) adalah terlalu dekat dan akan segera tiba. Apakah jaringan atau rangkaian manifesto atau propaganda yg harus diperagakan dlm kempen PRU14 itu nanti? BR1M, slogan 1Malaysia, program rakyat termiskin (dan entah apa-apa program lagi..) samasekali gagal menyerlah. 

Masyarakat hari ini semakin bijak. Jika disogokkan BR1M tiap-tiap bulan, mereka pasti akan "menyapu-bersih" berian itu. Namun ini tidak bermakna mereka harus akur kpd "sang pemerintah". Mereka ada pendapat dan "hak" mereka sendiri utk pilih siapa yg sebenarnya layak diberikan mandat. Ini adalah cabaran besar utk BN. Rakyat semakin sukar diperbodohkan seperti sepuluh atau dua-puluh tahun yg lampau...

PRU13 juga memperlihatkan 89 kerusi atau 40.1% dominasi PR di Parlimen. Dgn kerusi sebanyak ini, kelihatannya tiada apa yg tidak boleh dibangkang oleh PR. Dalam ertikata lain, BN yg telah menang dgn majoriti mudah (simple majoriti) akan hanya menjadi "pemerintah defunct" utk 4-5 tahun akan datang. Ini suatu pembaziran dan sudah tentu amat merugikan masyarakat dan negara pada amnya. Suatu pemerintahan yg hanya mampu menjadi "defunct" samalah ertinya dgn "tiada pemerintahan". 

Jadi, apakah opsyen terbaik utk BN? Patutkan BN mempertimbangkan konsep "kerajaan campuran" dgn menambahkan komponennya menjadi 14...? Jika "kerajaan campuran", parti manakah dari ikatan PR yg mahu di "import"...? BN hanya perlukan 15 kerusi utk peroleh mandat 2/3 Parlimen. Jadi, BN boleh pilih antara tiga: PKR? PAS? Atau, DAP...??? Itupun kalau BN sudah benar-benar tidak bermaruah dan terlalu gilakan kuasa politik...

Ketidakseimbangan jelas dapat dilihat sebaik sahaja Abdul Najib membariskan anggota-anggota kabinet baru beliau. Antara lain, beliau terpaksa menyerap masuk golongan yg tidak pernah masuk politik.....

BN juga turut dilanda masaalah ekoran dari pelbagai kontroversi yg membayangi SPR pada PRU13. Petisyen yg mencadangkan perlucutan penjawat jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR masih berterusan sehingga kini. Dan, langkah Abdul Najib meletakkan SPR dibawah ketiak Jabatan Perdana Menteri lebih mengundang bencana kpd kredibiliti kerajaan BN. Sebagai suatu entiti yg bebas dan berkecuali, adalah lebih waras dan wajar jika SPR diletakkan dibawah medan kuasa Parlimen. 

Maka, keputusan Abdul Najib utk mengheret badan ini kedalam medan kuasa beliau adalah suatu keputusan dan tindakan yg amat kontroversial dan cukup berkontradiksi dengan konsep negara demokrasi. Nampaknya Abdul Najib juga semakin terjebak dgn ideologi otoritarian dlm konteks ini. Ini adalah suatu senario yg cukup membimbangkan. Dan, kontroversi ini hanya boleh dibubarkan dengan cara melucutkan beliau dari mercu kuasanya. Maka, menjadi tugasan pakar-pakar dlm UMNO utk menentukan perkara ini. Jika tidak, pengaruh UMNO pasti akan merundum lebih jauh dari apa yg dapat digambarkan..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PRU 14: PERLUNYA REFORMASI DALAM POLITIK NEGARA

INTRODUKSI (Nota ini telah siap ditulis pada 15 Mac 2016 jam 1520 ptg) Apabila Tanah Melayu dibebaskan oleh penjajah British pada tahun ...