Selasa, 8 Mac 2022

KETUANAN MELAYU DAN ISLAM: SUATU MITOS ATAU REALITI?

(Catatan ini siap ditulis pada 22 Ogos 2019 jam 1022 malam... Selamat membaca..!)


Al-kisah, terlalu sukar untuk menolak fakta bahawa polemik berkaitan konsep "Ketuanan Melayu" masih tidak selesai dan "amat sensitif" serta dilihat sebagai "terlalu perkauman" bagi sebuah "negara berbilang kaum" kononnya..! Bukan sekadar belum selesai, malah ia seperti tiada bernoktah. Jalan ceritanya tidak akan berkesudahan selagi ideologi perkauman yang radikal dan ekstrim masih wujud. 

Tetapi bagaimana mungkin untuk menolak ideologi yang menjijikan ini? Menjijikan? Benar - perkauman atau assabiyah merupakan suatu kesedaran sosial yang cukup membinasakan dan ditolak oleh Islam!

Mungkin tidak salah kalau diandaikan bahawa konsep Ketuanan Melayu dilihat sebagai suatu "dilema" bagi masyarakat pluralistik di Malaysia. Dan, dilema ini adalah racun yang cukup berbisa terutama bagi golongan "bukan-Melayu". Mereka melihat ini sebagai asas atau teras kepada ketidakadilan dalam masyarakat. Mereka jadikan ini sebagai duri dalam daging yang akan terus-menerus menusuk jantung dan pemikiran mereka. Hatta, selagi "perkara besar" ini tidak diselesaikan, maka keadilan sosial tidak terpenuh dan "hak-hak" mereka masih tergadai.

Maka, dalam melihat atau menangani perkara besar ini, ketertiban adalah penting. Apakah ketertiban yang dimaksudkan? Sudah barang tentulah ketertiban ilmu. Ini kerana - tanpa ilmu yang tertib, kita akan sesat di perjalanan. Apatahlagi jika ketiadaan ilmu, jahil, memilih kesongsangan, ego, takkabur, bodoh-sombong, keras kepala, bermentaliti protestant dan neo-konservatif atau penunggang teori konspirasi..

Berbalik kepada ilmu. Ilmu yang tidak berketertiban merupakan ilmu yang enggan berpijak di bumi yang nyata - kesarjanaan atau pengetahuan yang tidak berasaskan nilai-nilai yang luhur, murni dan jujur pasti akan menyesat dan melumpuhkan sistem negara. Ilmu yang perlu berlandaskan fakta yang sahih - samaada dalam konteks nasab, sejarah, kajian mendalam, sains mahupun kesarjanaan.

Ketuanan Melayu (ringkas-KM) pada hakikatnya tidak perlu menjadi isu yang dipolitikkan. Ini kerana asas kebangkitan KM sudah jelas - samaada dalam konteks sejarah mahupun sosiopolitik, agama dan latarbelakang budaya negara ini - iaitu sejak terdirinya kerajaan Melayu Melaka pada 1402 Masihi. 

Walaupun kesultanan Melaka tumbang pada 1511, itu bukan bermaksud kekuasaan masyarakat Melayu sudah tamat - kerana sejarah jelas membuktikan bahawa terdapat banyak lagi kesultanan-kesultan Melayu yang wujud di wilayah Nusantara (atau MALAYSIA) pada masa itu - contohnya: kerajaan Melayu Pahang, Kelantan, Trengganu, Kedah, Perak, Pattani, Mindanao, Brunei, Johor dan lain-lain. Ini belum lagi mengambilkira kesultanan-kesultanan di wilayah selatan Siam dan wilayah-wilayah dibawah jajahan kesultanan Melaka seperti Sumatra dan lain-lain. 

Dan, kuasa-kuasa Melayu ini terus wujud hingga akhir kurun ke 19 apabila penjajahan barat menerobos, memecahbelah masyarakat ini, mengkristiankan sebahagiannya (seperti yang terjadi di Filipina contohnya) dan membawa masuk tawanan perang dan buruh-buruh asing ke wilayah berkenaan. Dasar pembahagian wilayah antara kuasa-kuasa Kristian barat serta Siam telah memperlihatkan lenyapnya kesultanan-kesultanan seperti kesultanan Mindanao, Patani (termasuk Narrathiwat dan Yala), Minangkabau dan beberapa kesultanan lain di wilayah Nusantara di akhir kurun tersebut.

Sejarah juga telah membuktikan bahawa wilayah Nusantara atau "Masyarakat Malaysia" cukup berpotensi untuk wujud sebagai salah-satu "kuasa besar" di wilayah timur jika tidak dijahanamkan oleh para penjajah barat. Tetapi teori konspirasi dan ekspedisi-ekspedisi jahat yang dilancarkan oleh Sepanyol, Portugis, British (dan AS di Filipina..) sejak abad ke 15 hingga 19 telah merencatkan sepenuhnya proses kebangkitan "Masyarakat Malaysia" menjadi salah-satu suatu "kuasa besar dunia" sebagaimana kuasa kesultanan Ottoman atau China. 

Teori konspirasi barat telah menghancurkan Nusantara melalui senjata assabiyah, serangan militer, serangan aqidah, perampokan ekonomi, perjanjian-perjanjian palsu dan memecahbelahkan masyarakat ini menjadi negara-negara serta wilayah-wilayah kecil sebagaimana hari ini. 

Ini merupakan segelintir dari rentetan sejarah yang enggan diterima oleh masyarakat bukan-Melayu dan bukan-bumiputra terutama mereka yang berketurunan pendatang asing yang datang samaada sebagai orang buangan, buruh, pedagang atau pelarian. Hari ini golongan inilah yang paling sensitif terhadap konsep Ketuanan Melayu dan paling sibuk memperjuangkan hak, kesamaan dan keadilan sosial hingga melewati batas yang semakin tidak wajar.

Hatta, apakah hakikat atau realiti disebalik Ketuanan Melayu? Adakah ia sekadar gimik politik ciptaan bangsa "Melayu Baru"? Atau, ia memang sebenarnya suatu realiti dan fakta sejarah dalam negara yang bernama Malaysia? Jika ia suatu realiti dan fakta sejarah, mengapa harus ia disinggung dan dipolitikkan?

Ketuanan Melayu bermaksud "kedaulatan bangsa Melayu" (the Malay sovereignty) atau bahasa mudah: status quo kuasa politik negara berpusat, berakar-umbi dan berpangkal pada bangsa Melayu. Tanpa status quo ini, negara pasti akan goncang dan runtuh. Bangsa Melayu (serta keturunan sub-sub etnik yang serumpun) sebagai penduduk dan pemilik asal Tanah Melayu dan wilayah-wilayah Nusantara memiliki segala "hak" keatas wilayah yang kini disebut Malaysia berasaskan fakta sejarah, agama, tatabudaya dan arkeologi.

Lebih jauh lagi, sistem nilai yang dominan yang wujud di wilayah Nusantara (termasuk Tanah Melayu) ialah Islam (selain dari kepercayaan-kepercayaan nenek-moyang yang menjadi bawaan sesetengah sub-etnik). Lantas, akar atau tunjang sebenar Ketuanan Melayu ialah - agama Islam. Jadi, realitinya, Ketuanan Melayu adalah memperkatakan tentang "Daulah Islamiah" atau pemerintahan Islam. 

Justru itu, Ketuanan atau Kedaulatan Melayu adalah kedaulatan pemerintahan Muslim. Hatta, ia wajib diperkukuh dan dipertahankan - samaada dengan hartabenda, darah atau nyawa. Dan, bagi umat Muslimin di negara ini, mereka telahpun maklum bahawa kesucian daulah Islamiah wajib dipertahankan hingga kebenaran dapat dibangkitkan - walaupun melalui landasan jihad. 

Tragedi 13 Mei 1969 adalah contoh termudah kebangkitan Melayu-Islam dalam menangani pelampau perkauman yang cuba dipromosi oleh Parti Komunis Malaya, politik anti-Melayu Islam pada ketika itu serta pengaruh Lee Kwan Yew di Singapura yang anti-Malaysia. Demikian juga dengan "Rusuhan Natrah" pada 1950 yang memperlihatkan kebangkitan Melayu-Islam menentang pemurtadan Natrah, anak Belanda yang telah dianakangkatkan oleh Melayu Trengganu tetapi dirampas kembali oleh keluarganya ketika Natrah berusia 13 tahun.




Tragedi 13 Mei 1969 adalah suatu fenomena penting politik negara yang sebenarnya telah dipersempitkan atau diperlekehkan sejarahnya. Hari ini tidak ramai yang faham apa itu "Tragedi 13 Mei". Barangkali sarjana-sarjana sejarah negara pun "terlupa" dengan ruanglingkup tragedi tersebut lantas mengenepikan fakta atau inti-inti penting didalamnya. 

Atau, mungkin mereka sendiri tidak tahu berapa jumlah bangkai-bangkai manusia yang dicampak didalam Sungai Gombak dan Sungai Kelang pada hari-hari tragedi. Mereka tidak pernah mengkaji secara serius dan saintifik kejadian yang berlaku 50 tahun yang lampau. Bagi mereka, tragedi tersebut tidak lebih dari gimik politik masa lampau yang tidak berfaedah untuk diungkitkan. 

Fenomena 13 Mei 1969 sebenarnya membuktikan bahawa bangsa Melayu-Islam tidak akan berdiam diri apabila maruah dan "kedaulatan"-nya benar-benar tercabar dan mulai dipijak-pijak oleh makhluk-makhluk asing. Melayu-Islam akan mempertahankannya walaupun perlu mempertaruh nyawa. Sejarah telah membuktikan realiti ini. Contoh - kebangkitan gerombolan Tok Janggut di Kelantan, Maharajalela di Pasir Salak, Tok Gajah di Pahang, gerakan Kyai Salleh dan lain-lain. Dan, hingga hari ini gerakan-gerakan Melayu-Islam masih terus hidup di wilayah Patani dan kepulauan Mindanao hingga kedaulatan dan "ketuanan" mereka tercapai.




Dalam konteks masyarakat kontemporar, ketuanan Melayu (lebih tepat: kedaulatan Melayu-Islam) adalah suatu status quo yang sepatutnya tidak boleh dipersoalkan sesuai dgn status Malaysia yg dilembagakan sebagai sebuah negara Islam. Ketuanan Melayu perlu diterjemahkan sebagai "kedaulatan Islam" sepenuhnya. Lantaran itu, kelunturan kuasa dan ketuanan Melayu bererti lunturnya kedaulatan Islam di negara ini. Konsep ini lebih pragmatik berbanding dengan teori yg meletakkan kuasa orang Melayu itu terletak ditangan raja-raja Melayu. Ini mungkin benar sebelum tahun 1957. 

Tetapi hari ini lanskap politik negara sudah berubah. Konsep feudalisme dan monarki sudah lama berakhir. Raja-raja Melayu tidak lebih dari simbol-simbol warisan sejarah. Kuasa mereka hanya terhad pada aspek - iaitu mengetuai hal-ehwal agama Islam dan adat-istihadat Melayu. Kedaulatan rakyat terletak di tangan masyarakat, khususnya kuasa politik bangsa Melayu Islam sebagai bangsa asal paling dominan di Malaysia - bukan terletak di singgahsana raja-raja Melayu.

Pun begitu, raja-raja Melayu tidak perlu rungsing. Sebagai Muslimin, orang-orang Melayu tidak terlalu taksub untuk merobohkan takhta-takhta kesultanan dengan tergesa-gesa. Ini kerana bangsa Melayu memiliki agenda, prioriti atau tanggungjawab lebih besar dari sekadar merobohkan singgahsana raja-raja Melayu - walaupun suara-suara semakin lantang mempersoalkan status raja-raja Melayu - samaada kewujudan mereka masih relevan atau samasekali tidak. 

Lantas, raja-raja Melayu perlu berterimakasih kerana masih ramai orang-orang Melayu yg ortodok dan berpendirian konservatif - terutama yg hidup di pedalaman, pesisiran dan pinggiran... 




Maka, berbalik pada Ketuanan Melayu - ia bukan "lahir" pada tahun 1957 atau 1969 atau 2018. Ia telahpun dizahirkan lebih awal dari kewujudan kesultanan Melayu Melaka. Pada 1292 sewaktu pulang dari China, Marco Polo sempat mencatatkan bahawa penduduk tempatan Pasai, Perlak dan Tanah Melayu mengamalkan agama Islam. Fakta ini diperkukuhkan oleh Ibnu Battuta pada tahun 1345-1346 yang mencatatkan bahawa penduduk wilayah ini mengamalkan mazhab Shafie. 

Kedua-dua fakta sejarah ini membuktikan bahawa kedaulatan Islam telahpun bertapak di wilayah sebelah sini seawal kurun ke 13. Ini diperkuatkan oleh prasasti yg ditemukan di Kuala Berang, Trengganu bertarikh 1303 yang memperkatakan tentang perkembangan dan pengamalan Islam di wilayah tersebut. Hatta, jika ada yang mengatakan bahawa "ketuanan Melayu" hanya muncul di abad ke 21, ini adalah suatu pendapat meleset, menyimpan niat yang kotor lagi menyesatkan.

Keparahan paling besar di kalangan bani Melayu (yang menyebabkan bani-bani lain menggunakan sepenuhnya kesempatan untuk mengancam, menyerang dan menjarah "kedaulatan Melayu") ialah assabiyah dan waham hingga hampir melumpuhkan rantaian ukhuwah Islamiah. Kekuatan Melayu tidak cukup hanya bergantung pada faktor-faktor material, catatan sejarah, kuasa politik, jumlah yang ramai, hak-hak istimewa yang dijamin oleh Perlembagaan dan Islam sebagai agama rasmi negara. Ini kerana Melayu sedang berhadapan dengan dilema paling besar - iaitu perpecahan ummah. 

Sengketa dalaman ummah Melayu tidak pernah berakhir dan dilihat sebagai tidak mungkin berakhir. Selain dari mensabotaj bangsa sendiri, Melayu juga disabotaj oleh bangsa-bangsa pendatang - samaada dalam konteks sosiobudaya, agama, politik apatahlagi ekonomi. Melayu masih jauh ketinggalan dari gelombang modernisasi, industrialisasi, teknologi dan komuniti saintifik negara. Meskipun memiliki jumlah cendekiawan, sarjana dan kelas menengah terpelajar yang tinggi, ini tidak membayangkan sebarang jaminan bahawa Melayu akan bangkit sebagai mesin besar atau raksasa pembangun negara. 

Hari ini "perpaduan kaum" (racial unity) bukan lagi berasaskan kepada kekuatan Ketuanan Melayu. Sebaliknya ia bergantung pada kekuatan ekonomi-politik sesuatu kaum. Walaupun Melayu menjadi warga dominan kerana jumlahnya, itu masih tidak menjaminkan apa-apa. Ini kerana wujudnya keretakan besar dalam kerak bangsa Melayu itu sendiri. 

Perpecahan yang wujud dikalangan bangsa Melayu lantaran ketaksuban atau terlalu bertakliq kepada ideologi-ideologi sekular telah sedikit demi sedikit memperluaskan jurang yang sedia ada. Dan, peluang ini sedikit demi sedikit telah diambil oleh golongan non-Melayu dan non-Muslim untuk merealisasikan konspirasi, agenda serta manifesto utama mereka - iaitu melumpuh, merombak dan merobohkan status bangsa Melayu dan Islam dalam Perlembagaan supaya Ketuanan Melayu (atau lebih tepat lagi "kedaulatan Islam") di negara ini hancur dan sebuah negara sekular sepenuhnya dapat diwujudkan.

Hari ini percubaan memperkasakan kembali tulisan jawi dan memahirkan seni khat oleh Menteri Pendidikan dengan mudahnya telah diperlekehkan - bukan sekadar oleh golongan non-Muslim, malahan oleh orang-orang Melayu sendiri. Bukankah ini suatu pembuktian bahawa Melayu kian kehilangan akar-umbinya? Bukankah baik tulisan jawi dan bahasa Arab dikuasai - agar memudahkan kita membaca dan memahami teks Al Quran dan hadis? 

Jadi, apa masaalahnya dengan Melayu? Mengapa Melayu tergamak mempersoal dan menolak tulisan jawi dan bahasa Arab? Dimanakah letaknya nilai Melayu sebagai seorang Islam - yang digalakkan untuk menguasai pelbagai ilmu oleh Rasulullah s.a.w dari buaian hingga ke liang lahat?

Ketuanan Melayu perlu dilihat pada ketinggian dan keluasan penguasaan ilmu dan kompetensi sesuai dengan apa yang telah diajarkan melalui Al Quran dan dijelaskan melalui sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda pernah berpesan bahawa ilmu adalah "imam" dan amal adalah "makmum". Atau, lebih mudah, ilmu adalah "pemimpin" dan amalan adalah "pengikut". Jika benar ilmu itu, maka benar atau betullah amalannya. Jika sesat ilmu itu, maka sesatlah amalannya. 

Ini perlu disedari oleh semua umat Melayu dan Islam - lantaran ia mempunyai kesan jangkapendek dan jangkapanjang kepada seluruh ummah - samaada di dunia apatah lagi di akhirat nanti. Solidariti atau ukhuwah Islamiah yang selama ini dilaung-laungkan sejak lebih 1400 tahun yang lampau masih terus menjadi isu yang merantai akal dan fikiran umat Melayu di Malaysia. 

Bagaimana ini terjadi? Dan, mengapa keretakan terus berlanjutan sejak dahulu? Adakah kerana tiada usaha atau ketiadaan ulama dan sarjana untuk meluruskan pemikiran yang sesat dan bengkuk? Adakah kerana ketiadaan dana untuk mempelopori kemajuan  dan mengindoktrinasi minda bangsa Melayu dan orang Islam? Atau, tiada "kemahuan politik" untuk merealisasi solidariti Islam? 

Secara umum, dan tanpa menjenguk ke realiti sejarah, orang Islam memang menjadi kuasa dominan politik negara sejak dahulu lagi. Jadi, apakah alasannya maka solidariti Islam tidak dapat direalisasi dalam suasana negara yang sebegini tenteram dan bebas dari sebarang keterjajahan?

Hari ini, etnik bukan-Melayu melihat "ketuanan Melayu" sebagai suatu bentuk alienasi politik atau "mentaliti perkauman". Sebenarnya, ini adalah berpunca dari sikap umat Melayu sendiri yg terlalu berlembut dan sanggup berkorban memberi taraf kewarganegaraan melalui kerakyatan "jus soli" untuk bangsa-bangsa asing? Bukankah pengorbanan itu suatu langkah yang terlalu bodoh? 

Kita enggan belajar daripada pengalaman dan pengajaran Rasulullah s.a.w - bagaimana baginda menguruskan kaum yahudi yang selama ini telah menjadi "duri dalam daging" di Madinah. Pada peringkat awal, terdapat ramai kabilah yahudi di kota Madinah - antara lain Bani Auf, Bani Najjar, Bani Al-Harts, Bani Sa’idah, Bani Juysam, Bani Tsa’labah, Bani Jafnah, dan Bani Syuthaibah. Piagam atau Perlembagaan Madinah telah diwujudkan untuk memastikan kabilah yahudi sebagai "kafir zimmi" perlu akur terhadap ketetapan Rasulullah. Tetapi mereka satu-persatu bangun menentang dan bersekongkol dengan musyrikin Mekah hingga akhirnya keseluruhan kabilah ini telah dihapus dari bumi Madinah.

Berbalik kepada negara ini. Apakah yang telah terjadi? Bagaimana golongan "kafir zimmi" di negara ini boleh memiliki kedudukan dan "kuasa-quasi" yang melampaui batas? Kalau mereka itu bukan "kafir zimmi", "kafir" jenis apa mereka ini? 

Inilah padahnya jika umat Melayu-Islam terlalu bertolak-ansur dalam segala hal. Mereka lupa bahawa kelembutan atau sikap toleransi yg keterlaluan itu bakal memakan diri mereka sendiri! Sebagai buktiannya, sehingga kini status Mahkamah Syariah masih terawang-awang. Apa sahaja keputusan Mahkamah Syariah masih boleh dibatalkan oleh Mahkamah Awam! Bukan sekadar itu, apa saja fatwa yang dikeluarkan oleh majlis ulama, mufti atau segala keputusan oleh JAKIM, JAIP atau mana-mana jabatan agama Islam masih boleh dibangkang oleh Mahkamah Awam dengan menggunakan alasan "bertentangan dengan Perlembagaan Negara". Bukankah ini semakin kerap terjadi sekarang?

Ringkasnya, hari ini, setelah lebih 60 tahun merdeka, "kedaulatan" Melayu dan umat Islam secara keseluruhannya masih terawang-awang, masih dipersimpangan dan terus-menerus dicabar oleh masyarakat "jus soli" yang tidak tahu mengenang budi..!  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PRU 14: PERLUNYA REFORMASI DALAM POLITIK NEGARA

INTRODUKSI (Nota ini telah siap ditulis pada 15 Mac 2016 jam 1520 ptg) Apabila Tanah Melayu dibebaskan oleh penjajah British pada tahun ...