Khamis, 24 Februari 2011

DASAR PANDANG KE TIMUR: SATU PREVIEU

INTRODUKSI

DASAR PANDANG KE TIMUR (DPT) merupakan salah satu dasar yang penting dalam era Mahathir khususnya di peringkat awal pemerintahan beliau. Dasar ini telah diistiharkan pada 8 Februari 1982. DPT menjadi salah satu dari instrumen beliau dalam memacu perkembangan ekonomi Malaysia pasca kemelesetan ekonomi dunia pada awal 1980an. Namun begitu, DPT kerap menjadi isu yang diperbincangkan dengan hangatnya oleh para sarjana tempatan dan luaran khususnya dalam mengenalpasti munafaat serta impak dasar itu keatas perkembangan sosioekonomi serta sektor perindustrian negara.

DPT merupakan salah satu dari beberapa strategi utama rejim Mahathir dalam melaksanakan reformasi ekonomi Malaysia. Ia telah diistiharkan oleh beliau (sebagai Perdana Menteri pada ketika itu) pada 8 Februari 1982 dalam usaha meningkatkan daya pengeluaran negara (Ambrin Buang, 1990). DPT dianggap menjadi asas kepada pembentukan dua strategi utama berikutnya iaitu DASAR PENGSWASTAAN dan DASAR PENGKORPORATAN yang selepas itu akan menjadi ideologi utama pemerintah dalam konteks ekonomi. Ringkasnya, DPT adalah salah satu unsur integral dalam pelan pembangunan negara pada ketika itu. Dalam artikel ringkas ini, saya akan melakukan previeu keatas DPT dengan memfokuskan kepada impak pembangunan ekonomi Malaysia berasaskan salah satu model yang cuba diambilpakai oleh dasar ini iaitu model pembangunan ekonomi Jepun.


APA ITU DPT?

DPT bermaksud memandang ke negara-negara timur yang sudahpun maju atau meningkat maju iaitu Jepun dan Korea Selatan dalam ertikata peminjaman teknologi serta mencontohi etika kerja (Ahmad Atory Hussain, 1992) yang diamalkan oleh negara-negara tersebut. Ini bermakna kita mengambil negara-negara timur yang modern dan pesat sebagai rujukan dalam usaha membangunkan Malaysia (Mahathir Mohamad dalam Jomo, 1989). Fokus DPT ialah displin dan kerajinan bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan dimana kakitangan bekerja, disamping keutamaan diberikan kepada organisasi dan tidak kepada diri sendiri (Loc cit.,).

DPT juga memberi fokus dan tekanan terhadap daya pengeluaran dan kualiti yang tinggi, peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan jurang antara eksekutif dengan pekerja biasa, sistem pengurusan yang menitikberatkan pencapaian serta kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan jangka pendek (Loc cit.,), yang pada akhirnya akan menyumbang kepada kemajuan negara. DPT cuba membentuk rakyat agar memberi fokus terhadap daya pengeluaran dan mutu yang tinggi serta peningkatan kecekapan (Fadhlullah Jamil, 1984). Dalam konteks ini, Mahathir menegaskan:

"Tanpa displin dan kesungguhan atau keikhlasan maka amalan tidak mempunyai makna. Begitu juga (dalam) membuat sesuatu kerja, displin dan kesungguhan saja yang mendapatkan hasil yang berkesan." (A.F.Yasin, 1982)

Dalam hal ini, PANDANG KE TIMUR tidak bermaksud meminta-minta atau meminda tanggungjawab memajukan Malaysia kepada negara-negara timur yang sudahpun maju. Tidak juga bermakna membeli semua barang atau memberi semua kontrak kepada syarikat-syarikat negara timur (Mahathir Mohamad dalam Jomo, 1989). Ringkasnya, fokus utama DPT ialah kaedah atau cara bagaimana ekonomi negara ini harus dibangunkan - iaitu melalui model negara-negara timur yang telahpun mencapai kemajuan dalam konteks industri, teknologi dan ekonomi pada umumnya.

DPT SEBAGAI POLISI DAN DASAR AWAM

Pemerintah era Mahathir telah merangka satu dasar unik yang bertujuan untuk merangsang serta melincahkan pembangunan ekonomi negara yang nampaknya agak lembab pada akhir tahun 1970an. Tindakan ini bersifat incermentalism lantaran ia adalah pengukuhan kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamatnya masih gagal dicapai. Ini mungkin kerana pemerintah (pada ketika itu) tidak mempunyai dana, cukup masa ataupun tenaga untuk menyemak dan menganalisis semula dasar yang ada (Ahmad Atory Hussain, 1992).

Dari perspektif pentadbiran, DPT adalah suatu strategi pembangunan ekonomi yang mempunyai matlamat jangka panjang yang positif (Loc cit.,).dan dengan ini Malaysia dijangka boleh berjaya didalam bidang ekonomi dan seterusnya membangunkan negara. Dalam konteks ini, Dr Mahathir menjelaskan:

"Amalan terlalu bergantung kepada barat hendaklah diperseimbangkan dengan tumpuan ke timur pula. Ertinya bukan putus hubungan sama sekali dengan barat atau bergantung sepenuhnya pada Jepun." (Takeo Arita, Dewan Masyarakat, 5 Jan 1983)

JEPUN SEBAGAI MODEL PEMBANGUNAN EKONOMI

Ini amat menarik. Benarkah Jepun cukup ideal untuk dijadikan model pembangunan ekonomi bagi Malaysia? Jepun memiliki pengalaman pembangunan yang unik. Dalam hal ini, Chandra Muzaffar telah mengemukakan lima faktor kebangkitan semula Jepun sebagai kuasa ekonomi dunia. Menurut beliau (Chandra, 1989):

  • The internal motivation to modernise in the middle of 19th Century as a result of the Meiji restoration; because of various local and foreign pressures, modernisation became a matter of survival;

  • The ability of Japan to escape from colonialism which meant that indigenous social and cultural values and the concomitant political and economic structures provided tremendous impetus to modernization and industrialization;

  • Japan's entry into industrialization at a time when industrialization was still confined to a relatively small number of countries. It involved in heavy industries in 1896. It did not have to confront massive trade and technological obstacles which thwart the industrialization programmes of many present-day developing countries;

  • Japan's pronounced sense of nationalism engendered by homogeneity, insularity and external hostility helped create a closely-knit social order which influenced industrial work patterns, state-private sector relations, employer-employee ties and so on;

  • The extraordinarily dedicated, determined and dynamic corps of bureaucrats, entrepreneurs, merchants and intellectuals who spearheaded Japan's modernization under Meiji's regime.

    • Kupasan oleh Chandra (seperti yang dinyatakan diatas) adalah cukup jelas dan padat. Selain tidak pernah dijajah, Jepun tidak pernah terbabit dalam Perang Dunia Pertama. Disamping itu, ketewasannya dalam Perang Dunia Kedua masih tetap menguntungkan Jepun. Rancangan MacArthur telah bertanggungjawab meledakkan semula ekonomi Jepun selepas keruntuhannya akibat terbabit dalam Perang Dunia Kedua. Dalam hal ini, Chandra (1989) sekali lagi menegaskan:

      "Its (Japan) non-involvement in the First World War enabled it to capture a large slice of American and European trade in Asia and the Pacific. This was a big boost to its economic growth. Similarly, after the Second World War, the MacArthur Plan, American aid and the easy access to the American market spurred its economic recovery. ...it is wrong to see that the rise of post-World War II Japan as a miracle... "


      Keadaan ini telah mengizinkan Jepun menumpukan sejumlah besar belanjawan negara kearah memperkembang dan mempertingkatkan penyelidikan saintifik, inovasi teknologi dan pengembangan sektor pengkorporatannya. Menurut Chandra (1989), "its comparatively low military spending have all contributed to its illustrious economic boom." Dalam konteks ini, kejayaan sogososha-sogososha Jepun telah mempersonakan pemimpin-pemimpin Malaysia untuk menirunya tanpa mengambil-kira faktor atau suasana perniagaan tempatan (Jomo, 1989) walhal peranan sogososha dalam menguruskan segala aspek perniagaan Jepun tidak dipisahkan dari aspek lain seperti kewangan dan industri. Ini tidak terjadi di Malaysia.

      Jepun juga telah dijadikan pusat sumber rujukan ilmu sains dan teknologi. Menurut Ahmad Atory Hussain (1992) para pelajar Malaysia telah dihantar ke universiti-universiti di Jepun untuk mempelajari pelbagai bidang profesional. Para belia kita juga telah dihantar ke beberapa buah kilang perindustrian disana untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran teknologi perindustrian.

      Dibidang pengurusan awam, pegawai-pegawai kerajaan juga dihantar kesana untuk meninjau serta menimba pengetahuan tentang pengurusan pentadbiran ekonomi (Ibid.,). Ini dilaksanakan dengan harapan agar negara dapat mencontohi Jepun dipelbagai bidang pembangunan. Jepun juga akan menjadi pusat rujukan bagi Malaysia mendapatkan nasihat, pengetahuan dan wang untuk membolehkan kita mencipta suatu masyarakat pekerja yang berdisplin, berdikari dan taat setia kepada tugas dan tanggungjawab (A.F.Yasin, 1982).


      DPT SEBAGAI SUATU ISU PERBAHASAN

      Sewaktu DPT diumumkan, ia telah memeranjatkan banyak negara (Ibid.,) kerana dasar ini dianggap satu perubahan kepada dasar luar Malaysia supaya jangan terlalu merujuk kepada barat. Barat tidak lagi dianggap sebagai model bagi pembangunan negara. Ini diburukkan lagi dengan konfliks pendapat antara Malaysia dengan beberapa negara Barat khususnya Britain dalam isu imbangan pembayaran (Ibid.,) serta sikap barat yang sangat kedekut terhadap teknologi mereka. Sementara itu Jepun telah muncul sebagai kuasa ekonomi yang terkuat di rantau sebelah timur. Persoalannya, sejauhmanakah Jepun sanggup menggantikan barat serta memberi sokongan padu kearah kita merealisasikan aspirasi DPT?

      Dan, sejauhmanakah pula kita telah memahami sejarah serta pengalaman pembangunan Jepun? Adakah ia sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia? Dalam meninjau isu ini, Wendy A. Smith (dalam A.F.Yasin, 1982) telah memberi komen:

      "Apa yang digembar-gemburkan orang mengenai kejayaan Jepun itu adalah indah kabar daripada rupa sahaja. Dengan mempersoalkan, apakah benar masyarakat pekerja di Jepun memberikan kesetiaan dan dedikasi kepada perusahaan dan majikannya atas kesedaran nasionalisme yang kuat?"

      Jepun pula pernah membayangkan ketidakyakinannya untuk membantu negara memenuhi cita-cita DPT sebagaimana yang diakui oleh dutanya Takeo Arita (dalam Dewan Masyarakat, 1983):

      "Jepun sebenarnya masih belum mempunyai pengetahuan mengajar negara lain. Itulah sebabnya kami beringat-ingat dan berjaga-jaga kerana kami sentiasa memikirkan sekiranya kami gagal untuk membantu menjayakan DPT ini, apakah nanti akibatnya?"

      Ini bercanggah dengan idea awal DPT iaitu Jepun sebagai sumber perolehan teknologi, pelaburan serta pelancaran sogososha di negara ini. Menurut Jomo (1989), ia diburukkan lagi oleh perilaku syarikat-syarikat Jepun yang terus menimbulkan kegelisahan dikalangan rakyat ASEAN umumnya dan Malaysia khususnya.

      Selain itu, korporat-korporat serta perusahaan-perusahaan Jepun sudah terkenal sebagai syarikat-syarikat yang paling kedekut dari segi pemindahan teknologi (Jomo, 1989). Soalnya, apakah kita mahu teknologi-teknologi usang mereka atau teknologi-teknologi yang mencemarkan alam sekitar dipindahkan ke Malaysia? Atau, kita mahu kilang-kilang di negara ini diterajui sepenuhnya oleh teknologi digital dan robotik tercanggih (high end technologies) hinggakan khidmat operator-operator pengeluaran sudah tidak diperlukan lagi?

      IMPLIKASI DPT

      Hubungan erat dengan Jepun adalah unsur utama DPT. Tetapi prestasi perniagaan Jepun yang amat memberangsangkan di negara ini (samaada secara langsung atau tidak) telah mengancam sektor perindustrian serta pemburuhan tempatan. Menurut wendy Smith (1983), sumbangan syarikat-syarikat Jepun kepada aspek sosial DPT adalah tidak memuaskan. Terdapat banyak bukti bahawa syarikat-syarikat Jepun tidak mempedulikan golongan buruh di Malaysia (op cit.,).

      DPT juga telah menyebabkan cengkaman dagangan Jepun di negara ini bertambah kukuh dan mengakibatkan aspirasi sosioekonomi DPT terancam. Jepun tidak melaksanakan prinsip " company welfarism" serta jaminan dan ciri pekerjaan seperti di negara Jepun (Johan Saravanamuttu dalam Jomo, 1989). Lantas impian yang diidam-idamkan oleh kerajaan seperti kebajikan syarikat, jaminan pekerjaan sepanjang hayat, kemudahan-kemudahan seperti pencen, perubatan dan persekolahan bagi kanak-kanak tidak akan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat Jepun di Malaysia (Ibid.,).

      Menurut Johan, kajian juga membuktikan bahawa syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi dinegara ini mirip kepada sistem pengurusan dari pusat. Dalam ertikata lain, syarikat-syarikat Jepun dikawal rapi oleh pihak pengurusan atasan termasuk majikan-majikan di Jepun sendiri. Penyertaan eksekutif-eksekutif tempatan adalah kurang memuaskan (Ibid.,). Harapan bahawa syarikat-syarikat Jepun akan membentuk kerajinan dan kesetiaan dikalangan pekerja-pekerja tempatan merupakan suatu ilusi. Layanan mereka lebih dipengaruhi oleh keadaan tempatan dan tidak boleh diharapkan untuk mengujudkan suasana kerja yang terdapat di Jepun.

      Selain dari itu, peniruan sogososha ala Jepun secara tergesa-gesa hanya sekadar merugikan negara. Menurut Jomo (1989), sogososha-sogososha Malaysia masih belum beruntung sejak cadangan sogososha diutarakan dinegara ini. Masa hadapan sogososha-sogososha Malaysia adalah muram.

      Kajian juga telah membuktikan bahawa syarikat-syarikat Jepun tidak melaksanakan usaha mendalam dan menyeluruh untuk menyokong inspirasi DPT seperti pemindahan teknologi dan latihan untuk usahawan tempatan (Jomo, 1989). Dalam hal ini, latihan dan pemindahan teknologi yang berlaku adalah sekadar pada tahap yang boleh memaksimumkan keuntungan mereka semata-mata.

      DPT telah mengakibatkan haluan pembangunan negara banyak ditentukan oleh para kapitalis Jepun. Menurut Jomo, syarikat-syarikat serta pemerintah Jepun (melalui dasar dan bantuan pinjaman) terus menghindarkan Malaysia dari usaha-usaha pembangunan berdikari. Selain itu, DPT juga telah mendorong penyerapan ekonomi ala Jepun kerana pelaburan Jepun adalah suatu ciri penting dasar tersebut (Ibid.,). Padahnya, penyerapan demikian akan dan telah memesongkan perindustrian Malaysia ke arah yang lebih menguntungkan Jepun dan mengakibatkan imperialisme Jepun keatas ekonomi Malaysia.

      KRITIKAN TERHADAP DPT

      Tidak dapat dinafikan bahawa pelaburan Jepun akan membawa faedah tertentu kepada Malaysia (Johan dalam Jomo, 1989) tetapi haruskah faedah yang begitu terbatas untuk Malaysia menjadi landasan kepada Jepun menjadi "penaung" ekonomi Malaysia? Dalam bahasa mudah, haruskah kita membiarkan Jepun menjajah ekonomi negara ini?

      DPT juga telah memperlihatkan bahawa demokrasi langsung (direct democracy) telah tidak diamalkan dalam konteks masyarakat moden (Ahmad Atory Hussain, 1992) dan kita terpaksa berpuashati dengan keadaan yang amat tidak demokratik ini. Sebagai seorang Perdana Menteri, Dr Mahathir telah memonopoli pembuatan dasar pembangunan negara sekaligus dasar luar Malaysia tanpa cabaran dari golongan-golongan lain (Ibid.,). Dalam ertikata lain, pembuatan DPT adalah terlalu otoritatif sifatnya dan tidak pernah diperbahaskan dalam Parlimen.

      DPT telah mendedahkan betapa kurangnya usaha-usaha untuk merujuk kepada institusi-institusi formal dalam merumuskan sesuatu dasar. Ia mencerminkan bagaimana dasar atau keputusan-keputusan awam dibuat secara "ad hoc" (Jomo, 1989) dan tidak diformalisasikan dengan betul dan mengikut prinsip-prinsip demokrasi yang diwarwarkan oleh Perlembagaan. Walhal ini boleh mencetuskan implikasi negatif kepada negara. Dalam konteks ini, DPT bukan lahir dari legitimasi yang diberikan oleh Parlimen.

      Dalam premis perbincangan ini, patutkah pandangan masyarakat awam (civil society) diketepikan dan dianggap "apatheic" (menyerah nasib kepada keadaan)? Wajarkah rakyat dipinggirkan, dianggap daif (naive), tidak memperduli dan tidak berkemampuan unutk memahami selok-belok membuat dasar atau keputusan awam? DPT telah membuktikan bagaimana golongan elit yang kecil dapat menguasai dan memonopoli pembuatan dasar-dasar negara (Ibid.,) walaupun ia merugikan masyarakat.

      ALTERNATIF KEPADA DPT

      Walaupun DPT kini mungkin tinggal sebagai bahan kajian para pengkaji dasar-dasar pembangunan pasca Mahathir, tetapi perbincangan keatasnya adalah relevan dan wajar dilanjutkan. Ini kerana dokumen-dokumen yang membabitkan dasar-dasar sosial yang terdahulu (termasuk DPT) adalah merupakan sumber rujukan yang penting bagi pembuat-pembuat dasar semasa serta kader-kader (bakal-bakal) pembuat dasar di masa hadapan. Dalam ertikata lain, dasar-dasar atau keputusan-keputusan awam yang lampau wajar dijadikan asas kepada pembentukan dasar-dasar awam masakini dan dimasa akan datang. Ini ialah untuk memastikan bahawa kelemahan-kelemahan yang lampau tidak diulangi (apabila membuat sesuatu dasar awam).

      Menyorot kembali DPT, pembangunan sosial haruslah merupakan suatu proses yang holistik. Sebagai permulaan atau penambahbaikan, liberalisasi ekonomi dan pendidikan hendaklah dijadikan satu dasar ulung dalam membangunkan negara. Dalam hal ini, liberalisasi ekonomi bermaksud pertumbuhan ekonomi berasaskan eksport, dasar lebih berjimat, lebih berusaha dan berdaya saing. Ia juga bermaksud sektor swasta tidak begitu bergantung pada keuntungan-keuntungan palsu serta perlindungan yang mendatangkan munafaat hanya kepada segelintir pengusaha tetapi merugikan masyarakat pengguna dan pengusaha-pengusaha yang lain. Dalam pada itu, amalan terlalu bergantung kepada pengimportan luaran (contohnya bahan makanan seperti beras, susu, daging, gula dan lain-lain) yang keterlaluan pada hari ini hendaklah direndahkan seminimum mungkin jika tidak mampu dihentikan. Ekonomi agraria (asas tani) hendaklah dirangsangkan kembali. Kita perlu mengorak langkah dengan mengeluarkan bahan-bahan makanan sendiri sebelum terlambat!

      Dalam konteks yang sama, pemerintah perlu menggubal dasar deregulasi dengan mengambilkira kepentingan umum. Langkah Bank Negara yang menghapuskan peraturan bagi Kadar Pinjaman Asas (Basic Landing Rate atau BLR) pada tahun 1996 contohnya merupakan salah satu langkah yang bijak dan membantu. Tetapi jika sekadar ini sahaja, ia tidak memadai. Pemerintah perlu juga mengkaji tentang penggubalan skim-skim bantuan serta rangsangan yang holistik untuk industri-industri kecil sederhana (IKS) lantaran IKS merupakan tunggak kepada perindustrian luarbandar (rural industrialization).

      Disamping itu, sektor industri perlu disokong oleh prasarana-prasarana yang baik seperti tapak perindustrian yang strategik, cukup bekalan tenaga, sistem pengangkutan yang rapi, skim pembuangan bahan-bahan terkawal yang cekap, program pengawalan alam sekitar yang mantap dan lain-lain. Selain itu, skim latihan pengurusan, pekerja-pekerja mahir, khidmat perundingan pakar serta modal untuk pelaburan perlu disediakan. Institut-institut penyelidikan dan inovasi perlu diperluaskan bagi membantu pengusaha-pengusaha mendapatkan khidmat kepakaran serta melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam meningkatkan daya pengeluaran serta jenis-jenis produk. Antara rahsia-rahsia kejayaan Jepun ialah kemahirannya mengolah hasil-hasil penyelidikan untuk dijadikan barangan-barangan yang dapat dipasarkan (Mahathir, 1991).

      Sektor swasta mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembangunan ekonomi negara. Menurut Mahathir, Malaysia tidaklah dapat mengharapkan sektor swasta menjadi penggerak pertumbuhan sekiranya sektor itu tidak cekap dan bermaya. Oleh itu kerajaan perlu merangka kod etika korporat yang antara lain mewajibkan sektor swasta bekerja keras, dinamis, kreatif, inovatif serta berdikari. Mereka perlu dirangsang untuk menghasilkan produk-produk yang "bernilai-tambah" (value added) supaya lebih berdaya saing dalam perdagangan antarabangsa. Bukan sekadar mengharapkan dokongan pemerintah semata-mata!

      Selain itu, pendidikan merupakan alat utama pembangunan sumbar manusia. Sikap negatif terhadap kecemerlangan (excel) boleh membantutkan pembangunan. Kerajaan perlu menggubal dasar yang mewajibkan sektor awam dan swasta menggalakkkan kakitangan masing-masing mempertingkatkan kemahiran, kompetensi, pengetahuan serta kemajuan diri melalui konsep Pengurusan Berkualiti Menyeluruh (TQM) yang matlamat utamanya ialah peningkatan kualiti output. Hari ini TQM diberi berbagai gelaran. Gejala rasuah yang mulai menjadi-jadi dipelbagai sektor dalam amalan pengurusan negara adalah "counterproductive" kepada konsep tersebut.

      Disamping itu, kursus-kursus kepakaran untuk semua kategori kakitangan perlu dirancang mencakupi aspek pembangunan dan pengstrukturan semula organisasi, sistem kewangan, perancangan, tadbiran serta reformasi hal-ehwal organisasi. Ini demi memperkukuh serta mempertajam pemikiran pengurusan atasan serta kakitangan selain meningkatkan kecekapan bekerja. Ilmu yang diperlajari harus merupakan integrasi bidang sains, teknologi, sosiologi dan spiritual demi membentuk sikap yang profesional dan beretika.

      Pergantungan kepada pelaburan serta teknologi Jepun (atau mana-mana negara di timur atau di barat) hanya akan mengakibatkan negara gagal untuk berdikari. Oleh itu pemerintah perlu merangka dasar tabungan dalam negeri yang mantap serta memberi rangsangan-rangsangan khas kepada pelabur-pelabur tempatan melalui pakej "pioneer status" yang bijak. Pemindahan teknologi pula boleh dicapai melalui program penghantaran staf atau pelajar-pelajar terbaik tempatan ke institusi-institusi luar negara yang terpilih dengan maksud membentuk mereka menjadi pakar-pakar teknologi dan saintis. Mereka nantinya akan dilantik menjadi instruktur-instruktur yang bakal memimpin penyelidikan serta melatih saintis-saintis muda.

      Selain dari itu, Pemerintah hendaklah lebih demokratik dengan menggalakkan rakyat berpartisipasi dalam proses pembuatan dasar-dasar utama negara. Pandangan masyarakat awam terutamanya golongan profesional hendaklah dihargai. Ini amat penting lantaran setiap dasar awam yang tidak rasional atau tidak mengambilkira aspirasi rakyat lazimnya cenderung kearah menindas dan menzalimi rakyat.

      KESIMPULAN

      Tanggungjawab pemerintah ialah mengekalkan harapan serta impian rakyat melalui pembangunan yang mapan, holistik dan bersepadu (intergrated). Dalam proses ini, kuasa tidak sepatutnya dijadikan alat (oleh pemerintah) untuk sewenang-wenangnya mencipta pelbagai peraturan atau dasar lantaran ia mungkin bercanggah dengan aspirasi rakyat. Sebagaimana dalam kes DPT (atau DEB, ISA dan banyak lagi dasar-dasar lain), ia mengandungi banyak kelemahan dan ketempangan walaupun secara luarannya dilihat sebagai ideal untuk negara ini. Ternyata dasar tersebut telah gagal mencapai matlamat yang direncanakan dan masih terus menjadi "suatu khayalan" Dr Mahathir Mohamad.

      DPT tidak dapat disesuaikan dengan situasi negara yang masih bergelut dengan kelembapan teknologi, kemahiran perindustrian yang masih gerhana, jumlah tabungan dalam negeri yang masih rendah serta krisis hutang negara yang terus genting. Sekadar mengambil contoh terbaru, rizab antarabangsa Bank Negara setakat pada 14 Februari 2011 (sumber: Bernama, 22 February 2011) ialah RM338 bilion berbanding hutang negara yang mencecah RM362.39 (Ambrin Buang, 2010). Dalam satu kenyataan (dikeluarkan pada 22 Februari 2011), bank pusat itu berkata paras rizab ini hanya memadai untuk membiayai 8.1 bulan import tertanggung dan membayar 4.3 kali hutang luar negara jangka pendek. (Nota: Rizab antarabangsa ini terdiri daripada rizab mata wang asing (US$99 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa IMF (US$600 juta), Pengeluaran Khas (SDR) US$2.1 bilion, emas (US$1.6 bilion) dan aset-aset rizab lain (US$6.3 bilion). Aset bank pusat termasuk rizab antarabangsa hanya berjumlah RM407.706 bilion.)

      Negara juga terus menghadapi dilema hutang negara yang semakin meningkat. Fakta terbaru (oleh Ketua Odit Negara, Ambri Buang), hutang negara berada pada paras tertinggi pada tahun 2010 iaitu sebanyak RM362.39 bilion dan jumlah ini akan terus meningkat. Menurut pandangan seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala, Malaysia bakal menanggung hutang berjumlah RM1 trillion sembilan tahun daripada sekarang iaitu tahun 2019. Pada masa itu, Malaysia bolehlah diistiharkan sebagai muflis dan bangkrap. Padahnya, Idris Jala menegaskan rakyat Malaysia perlu bersedia menerima sebarang kenaikan harga di masa akan datang. Demikianlah mudahnya seorang menteri merangka suatu keputusan awam! Dengan mengenepikan Parlimen?

      Sebagai sebuah negara yang tidak pernah terjajah, Jepun sebaliknya telahpun menikmati era pembangunan seawal tahun 1896. Sedangkan Malaysia pada ketika itu masih lagi bergelumang dibawah tindasan penjajahan British. Malaysia hanya mula dibangunkan selepas Ogos 1957 dan terpaksa pula bergelut dengan cengkaman imperialisme ekonomi Britain hingga pertengahan tahun 1970an (Nota: Jepun juga sempat menjajah dan menyedut kekayaan negara ini dari tahun 1941 hingga 1945. Laporan terbaru oleh FOREX Jepun menunjukkan jumlah rizeb negara itu pada tahun 2010 ialah AS$1.096 trilion atau RM 3.836 trilion).

      Akibat dari DPT, Jepun telah membolot faedah yang maksimum. Apa yang patut dipelajari dari negara itu ialah nasionalisme ekonominya, BUKAN peniruan, penyaduran atau pergantungan ekonomi yang boleh menghalang pembangunan berdikari! Oleh itu, DPT (walaupun kini hanya disebut sebagai salah-satu dasar tinggalan Mahathir dan semakin dibenamkan oleh dasar-dasar terbaru Pemerintah) tidak harus dilupakan begitu sahaja. Sebaliknya ia wajar dijadikan panduan dalam kita merangka sesuatu dasar sosial dan dasar-dasar luar.

      Hari ini dasar-dasar sosial (mahupun ekonomi) hendaklah menekankan aspek fundamental, disamping cuba bersikap "robust" dan lestari (sustainable) dalam menghadapi era globalisasi yang kian mencabar dan genting. Sekiranya kita bersikap sambil-lewa (take-for-granted), tidak berilmu serta enggan menggunakan kepakaran-kepakaran yang ada (serta lebih mempercayai khidmat-nasihat perunding-perunding asing termasuk si yahudi), nescaya kita tidak akan mampu bertahan dan menentukan kelangsungan hidup bangsa dan negara ini.


      Selasa, 22 Februari 2011

      EKONOMI HITAM: BAGAIMANA PENIAGA LARI DARI CUKAI?

      APA ITU EKONOMI HITAM (the Black Economy)? Ekonomi Hitam ialah kegiatan lari dari membayar cukai. Ia telah menjadi fenomena yang diamalkan oleh sektor swasta khususnya dikalangan syarikat-syarikat multinasional, kilang-kilang haram serta para peniaga kecil di pasar borong, pasar lambak atau pasar-pasar malam. Disini kita akan hanya mengupas salah satu sub sektor yang kurang diberi perhatian oleh kerajaan tetapi turut mengamalkan ekonomi hitam secara berleluasa. Sub sektor yang akan dibincangkan ialah penjajaan atau perniagaan makanan samaada diwarung-warung atau pasar-pasar malam.

      Makanan merupakan faktor penting dalam kehidupan seharian. Tiada siapa dapat lari dari makanan, kecuali orang mati. Lantaran itu perniagaan makanan menjanjikan pulangan yang amat lumayan. Namun terdapat spekulasi dan rungutan yang mengatakan bahawa gerai-gerai makanan terutamanya yang menjalankan perniagaan tanpa lesen atau secara haram mengaut keuntungan berlipat ganda. Mereka tidak membayar cukai. Mereka juga kerap mengotorkan kawasan serta menyumbatkan longkang-longkang serta parit dengan sampah-sarap tinggalan mereka. Adakah ini benar? Jadi, apakah kesannya pada kesihatan setempat dan ekonomi negara?

      Selain dari menjalankan perniagaan secara tidak sah, gerai-gerai ini juga didapati mengenakan harga yang tidak menentu. Kadangkala terlalu tinggi. Sebagai contoh, seorang eksekutif di Kuala Lumpur merungut bahawa beliau terpaksa membayar RM 11.00 untuk nasi campur yang lauknya cuma sotong dan ayam, iaitu kadar yang sama seperti yang dikenakan di restoren. Seorang pegawai bank pula mendakwa bahawa para penjaja makanan telah mengaut untung besar kerana mempunyai ramai pelanggan tetap walaupun dengan dikenakan kadar harga yang kadangkala tidak masuk akal.

      Persoalannya, apakah peranan pihak berkuasa dalam menangani isu ini? Siapakah yang patut mengawal harga serta mutu makanan? Sejauh manakah agensi percukaian negara telah memastikan bahawa setiap penjaja telah membayar cukai keuntungan? Data kelulusan perlesenan yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga Disember 1995 merekodkan jumlah penjaja makanan yang berdaftar ialah 13,949. Statistik tahun 2007 memperlihatkan jumlah 50,393 penjaja berlesen (untuk semua jenis jajaan) yang terdiri dari 26,440 penjaja Cina serta 19,579 penjaja Melayu dan India. DBKL juga turut mengenalpasti 6,000 penjaja yang beroperasi secara haram pada tahun yang sama. Yang gagal dikenalpasti entah berapa ribu lagi. Jadi, bagaimana dengan cukai?

      Hari ini kita berada dalam bulan Februari 2011. Ini bermakna jumlah sebenar penjaja makanan di kawasan Kuala Lumpur sekarang mungkin telah mencapai angka lebih dari apa yang telah direkodkan pada tahun 1995 dan 2007. Dan, jika diambilkira jumlah penyertaan baru serta jumlah penjaja yang tidak mempunyai permit (atau menjaja secara haram) sehingga kini, jumlah sebenar penjaja makanan di kawasan Kuala Lumpur sahaja mungkin sudah mencapai angka yang boleh mengejutkan kita. Ini belum lagi mengambilkira penjaja-penjaja haram yang bertempiaran di sekitar Shah Alam, Penang, Kota Bharu, Ipoh serta lain-lain kawasan. Apatah pula dengan Johor Bharu yang cukup popular dengan penjaja-penjaja yang terdiri dari pendatang "dengan izin" atau "tanpa izin"?

      Tinjauan yang dilakukan pada tahun 1995 keatas gerai-gerai di bangunan Kota Raya, Pudu Raya, kawasan Chow Kit, Bangsar Baru dan Masjid India di Kuala Lumpur mendapati bahawa mereka (penjaja-penjaja makanan ini) memperolehi pendapatan antara RM600 hingga RM1,000 sehari. Ini bererti mereka memperolehi pendapatan antara RM18,000 hingga RM30,000 sebulan (atau purata RM24,000 sebulan). Ini angka tahun 1995. Bagaimana dengan tahun 2010 atau 2011? Pendapatan sebesar itu telah mengatasi gaji pokok Perdana Menteri Malaysia (iaitu RM17,150 sebulan pada tahun 1995)! Memang hebat, bukan?

      Dalam tinjauan yang sama seorang penjaja mengakui bahawa beliau memperolehi pendapatan sebanyak RM1000 sehari. Anehnya beliau mengadu bahawa beliau terpaksa membayar sewa bulanan tapak jajaan sebanyak RM600 yang dianggapnya terlalu tinggi. Walhal pendapatan bulanan beliau ialah RM30,000 sebulan (iaitu melebihi dua bulan gaji Timbalan Perdana Menteri yang cuma RM13,650 sebulan - pada tahun 1995)!

      Dengan pendapatan sebesar itu, para penjaja makanan patut membayar cukai perniagaan berpandukan Akta Cukai Pendapatan 1967. Jika dihitung secara purata, jumlah pendapatan bagi 13,949 penjaja makanan berdaftar di Kuala Lumpur sahaja (pada tahun 1995 itu) adalah seperti berikut:

      Jumlah Besar Pendapatan= 13,949 x RM24,000 (purata sebulan) = RM33,477,600 sebulan.

      Jumlah Besar Setahun = RM33,477,600 x 12 = RM401,731,200.

      Dengan jumlah sebanyak itu, kerajaan boleh memungut hasil cukai pendapatan tahunan sekurang-kurangnya sebanyak RM20,086,560 sekiranya kadar cukai yang dikenakan ialah 5% setahun. Ini angka tahun 1995 dan fokus tinjauan hanya tertumpu kepada bandaraya Kuala Lumpur. Bayangkan bagaimana kalau satu negara? Ini bermakna bahawa selama ini kita (negara) telah mengalami kerugian besar kerana belum ada sebarang rekod yang dapat membuktikan bahawa pemerintah telah berjaya mengutip cukai pendapatan dari para penjaja makanan dengan berkesan. Sekali lagi ditegaskan, angka ini hanya menerangkan jumlah penjaja berdaftar di sekitar Kuala Lumpur sahaja. Bagaimana dengan para penjaja yang langsung tidak pernah berdaftar atau berniaga secara haram?

      Kita boleh mengandaikan bahawa ramai penjaja yang sengaja tidak mahu mendaftar demi menghindarkan diri dari membayar cukai pendapatan. Bagaimana jika fenomena ini terus menjadi wabak di seluruh negara? Sudah tentu Malaysia akan mengalami kerugian yang terlalu besar tanpa sesiapapun menyedarinya. Ini belum lagi mengambil kira kebocoran-kebocoran ekonomi yang dilakukan oleh pendatang-pendatang "dengan izin" atau "tanpa izin" serta kebocoran-kebocoran lain di sempadan utara dan selatan tanahair.

      Dalam senario ekonomi yang kurang menentu sekarang, keuntungan golongan penjaja makanan tidak terjejas samasekali. Sebaliknya mereka berupaya meneruskan operasi mereka dengan cara menaikkan harga makanan (dengan pelbagai alasan) dan mengekalkan tahap keuntungan yang telah dinikmati selama ini. Yang menjadi mangsa ialah golongan yang berpendapatan serdahana dan rendah.

      Dalam pada itu, kegiatan ekonomi hitam didapati telah menghasilkan kecekapan ekonomi lantaran ia berjaya menseimbangkan keluk permintaan (demand curve) dengan keluk penawaran (supply curve) di pasaran makanan. Pun begitu, walaupun keseimbangan tercapai, ia tetap merugikan kerana negara kehilangan dana bebilion ringgit setahun. Kita harus bertanya: Apakah ada satu sistem, pendekatan atau undang-undang yang dapat membenteras fenomena ini secara berkesan? Sampai bilakah situasi yang merugikan negara ini harus dibiarkan berleluasa?

      Kita juga mendapati sub sektor ini telah menyebabkan pencemaran persekitaran. Mereka banyak menghasilkan sampah sarap yang memusnahkan "environment" sebagaimana yang berlaku di Jalan Chow Kit dan Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur terutamanya sepanjang tahun 70an hingga awal tahun milinium. Bolehkah aktiviti-aktiviti yang menimbulkan eksternaliti negatif ini diatasi dengan cara mengenakan "surcharge" atau "bayaran langsung" supaya kos sut swasta bersamaan dengan kos sut awam? Kaedah yang diamalkan sekarang ialah pembayaran secara tidak langsung melalui cukai. Tetapi bagaimana dengan mereka yang lari dari membayar cukai ini? Dan bagaimana hendak mengatasi masaalah pencemaran yang kian berleluasa dimerata-rata tempat pada hari ini?

      Sebenarnya kita ada pelbagai kaedah untuk mengatasinya. Antara lain, kita boleh terus mengenakan bayaran dengan kadar tertentu kepada setiap penjaja berkenaan. Mereka juga patut disaman jika kesalahan mereka kritikal. Alternatif lain ialah penggubalan serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dengan panelti yang tinggi, penyitaan peralatan atau premis penjajaan serta lain-lain hukuman yang lebih berat dan berkesan. Ini bukanlah bermaksud kita mahu menghalang orangramai mencari rezeki. Tetapi matlamat kita ialah untuk menseimbangkan kesemua keperluan-keperluan (samaada kehendak masyarakat, golongan peniaga, pemerintah, persekitaran mahupun negara pada umumnya) demi menghindarkan komplikasi serta konflik yang berpanjangan dikalangan mereka.

      Saya berpendapat bahawa pemerintah perlu mewajibkan sesiapa sahaja yang ingin menjaja makanan perlu mendaftar serta mendapatkan permit/lesen terlebih dahulu. Dalam pada itu, sikap pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkenaan yang selalu mengambil terlalu banyak masa untuk memberi kelulusan atau lesen patut dipersoalkan. Kelengahan pemberian kelulusan akan menyebabkan kekecewaan dikalangan penjaja selain dari mendorong mereka untuk menjaja secara haram. Selain dari itu, ia juga boleh membiakkan suapan atau gejala rasuah dikalangan pegawai-pegawai PBT seperti yang kerap dilaporkan didada akbar.

      Walaupun keseimbangan antara penawaran dan permintaan tercapai (dengan meningkatnya jumlah penjaja makanan - samaada yang halal atau haram), kebajikan pengguna (serta masyarakat setempat) sering terabai dan terancam. Oleh itu, dengan adanya peraturan serta undang-undang yang tegas (tetapi bistari), penguatkuasaan yang berkesan serta tindakan yang tegas dapat dikenakan keatas penjaja-penjaja yang degil dan tidak mahu mengambil lesen. Peraturan juga hendaklah saksama. Tidak kira samaada mereka cuma ingin berniaga di pasar malam sahaja atau berniaga di warung kopi. Layanan pemberian permit atau lesen tegas dan adil.

      Sebagai suatu saranan, agensi-agensi atau PBT-PBT yang diberi kuasa untuk meluluskan permit menjaja hendaklah terlebih dahulu menetapkan syarat-syarat yang rasional, tetapi tegas dan menguntungkan semua pihak. Antara syarat-syarat utama yang dicadangkan ialah:
      • Lulus pemeriksaan kesihatan penuh.
      • Jumlah dan butiran pekerja hendaklah didaftarkan.
      • Pendatang Tanpa Izin tidak boleh diterima.
      • Pendatang Dengan Izin yang tidak ada permit imigrasi, visa serta dokumen-dokumen yang lengkap (termasuk permit bekerja) tidak boleh diterima.
      • Pelarian-pelarian di bawah UNHCR juga tidak boleh dipertimbangkan kecuali jika telah memiliki "purple book", visa, permit bekerja serta dokumen-dokumen yang disahkan oleh KDN.
      • Jumlah pendapatan kasar dan pendapatan bersih harian serta bulanan hendaklah direkodkan dengan betul dan terperinci untuk menghindarkan penipuan serta kegiatan tidak membayar cukai.
      • Ada sistem perakaunan yang betul, teratur dan boleh diperiksa oleh pihak berkuasa yang meluluskan permit/lesen berniaga.
      • Harga makanan hendaklah dipaparkan dengan terperinci untuk makluman pengguna dan ianya hendaklah dipatuhi.
      • Pemeriksaan kesihatan pekerja hendaklah dilaksanakan secara berkala (minimum 3 bulan sekali).
      • Kebersihan premis perniagaan adalah wajib pada sebilang masa.
      • Mendapat permit kelulusan dari agensi yang meluluskan makanan halal.
      • Beruniform bersih.


      Ini bererti pemerintah perlu bersikap lebih agresif. Selain dari memperketatkan pengeluaran permit atau lesen menjaja, mereka juga perlu mewujudkan pasukan petugas atau agensi yang akan menjalankan operasi mengejut keatas premis-premis penjajaan makanan. Jika selama ini PBT-PBT telah banyak melumpuhkan operasi rumah-rumah urut dan sarang-sarang pelacuran dipelbagai lokasi (melalui agensi-agensi elit masing-masing), maka tiada alasan mengapa mereka tidak boleh melakukan tindakan yang serupa keatas penjaja-penjaja haram.

      Kementerian-kementerian juga perlu bersikap tegar dalam hal ini. Kementerian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementeriam Pembangunan Industri Kecil dan keusahawanan serta JAKIM perlu berbincang bagi mewujudkan agensi khas untuk menguatkuasakan sebarang peraturan yang diluluskan oleh Parlimen dari masa ke masa. Tugas-tugas yang disarankan untuk agensi ini antara lain adalah:

      • Membongkar kes-kes tidak mengistiharkan jumlah pendapatan bulanan dan tahunan oleh penjaja-penjaja makanan.
      • Menyaman penjaja-penjaja yang melanggar syarat-syarat premis, undang-undang tanah dan syarat-syarat perniagaan.
      • Membawa kes-kes penipuan yang bernilai melebihi RM40,000 ke mahkamah.
      • Membatalkan permit/lesen menjaja jika perlu.
      • Mengenalpasti serta melaporkan angka sebenar kes-kes ekonomi hitam dikalangan penjaja-penjaja makanan di peringkat nasional.
      • Mendapatkan semula (to recover) jumlah cukai yang cuba dilenyapkan oleh kegiatan ekonomi hitam tersebut.


      Mungkinkah kerumitan mendapatkan lesen telah menjadi faktor utama yang mencetuskan kegiatan haram ini? Ia suatu kebarangkalian. Oleh itu kerajaan serta agensi-agensinya (termasuk PBT-PBT) patut mengkaji semula prosedur-prosedur sedia ada berhubung pemberian lasan/permit - samaada ia cukup mantap atau terlalu birokratik dan berbelit-belit. Prosedur yang sepatutnya diamalkan perlu holistik demi menentukan kebajikan semua pihak adalah terpelihara (selain dari semua orang mempunyai hak yang sama untuk mendapat lesen berniaga).

      Bagaimana pula dengan fungsi masyarakat massa? Peranan mereka sebenarnya amat kritikal. Sebagai pengguna, kita harus bersatu membenteras segala tindak tanduk ekonomi hitam baik dimanapun kita berada. Kita tidak boleh menyerahkan bulat-bulat kepada kerajaan sahaja. Apatah lagi dalam situasi ekonomi yang tidak menentu serta tanda-tanda kegawatan sosiopolitik yang boleh meledak dan mewujudkan inflasi serta ketakseimbangan-ketakseimbangan lain dalam ekonomi negara. Sebagai rakyat, kita boleh membantu menangani masaalah ekonomi hitam dengan kaedah-kaedah berikut:

      • Melalui Persatuan Pengguna diperingkat domestik dan nasional.
      • Biro Aduan Awam.
      • Pejabat Penghulu/Penggawa dan wakil-wakil rakyat.
      • Melapor terus kepada Kementerian Hal Ehwal Pengguna dan kementerian-kementerian berkaitan.
      • Melapor terus kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
      • Melapor ke pihak media massa.
      • Melapor kepada polis, kastam atau JAKIM (untuk kes-kes yang bersesuaian).
      • Melapor kepada jabatan imigresen (untuk hal-hal yang melibatkan kes PATI, UNHCR serta penjaja-penjaja asing yang lain).
      • Melapor kepada PBT serta agensi-agensi berkenaan.


      Sebagai kesimpulan, saya berpendapat bahawa kegiatan ekonomi hitam dikalangan penjaja-penjaja makanan merupakan suatu isu yang cukup serius. Ini kerana sektor tersebut terbukti amat menguntungkan (mereka yang terbabit). Oleh itu ia wajar dikenakan cukai (sebagaimana pemakan gaji tetap kerajaan atau swasta yang wajib membayar cukai pendapatan tahunan masing-masing!). Jika kakitangan awam bergaji serdahana perlu membayar cukai pendapatan, maka amatlah rasional jika para penjaja makanan juga perlu melaksanakan "tanggungjawab" mereka. Apa tidaknya. Mereka ini memperolehi pendapatan yang menakjubkan! Hanya mereka sahaja yang tahu berapa jumlah keuntungan yang dikaut sepanjang hari, bulan dan tahun!

      Ringkasnya, jika kerajaan meringankan perkara ini, ia akan meninggalkan impak yang buruk keatas pendapatan negara. Negara akan terus-menerus kerugian berbilion-bilion ringgit tiap-tiap tahun. Sudah tentu banyak projek-projek pembangunan dapat dilaksanakan jika kegiatan ekonomi hitam dapat dibenteras. Pada hakikatnya kita bukanlah mahu secara literalnya membenteras orangramai dari bergiat dalam ekonomi. Tetapi apa yang wajar dilakukan ialah meng"formal"kan kegiatan-kegiatan ini supaya mereka (para penjaja ini) menjadi sekumpulan penggiat-penggiat ekonomi yang benar dan sah disegi undang-undang, disamping dapat menjadi "pembayar cukai" mahupun "zakat' yang cukup bertanggungjawab. Jika tidak, dana yang amat diperlukan untuk pembangunan sosioekonomi negara akan terus menjadi habuan penjaja-penjaja yang rakus dan tidak bertanggungjawab!

      Rabu, 16 Februari 2011

      ANTARA HITLER DAN STALIN

      SIAPA LEBIH BAIK? Atau, SIAPA LEBIH LAKNAT?

      (Hitler: Tabik Hormat seorang Fuhrer) 
       
      (Hitler: Mendahului Para Jeneral Beliau)
       PERSOALAN KEPIMPINAN di zaman lampau selalu menjadi modal perbincangan serta perbandingan dikalangan pelajar-pelajar dan pengkaji bidang pengurusan dan kepimpinan. Ada yang dijadikan "benchmark" atau penanda aras. Ada yang dijadikan "role model" (contoh untuk ditiru?). Ada juga yang dijadi "punching beg" untuk melepaskan segala bentuk kebencian dan dendam tak sudah.

      Banyak contoh pemimpin-pemimpin modern yang berkalibar dan hebat. Tetapi tidak kurang juga bilangannya yang pada akhirnya menjadi buruan rakyat yang lama menyimpan dendam kesumat. Sukarno. Suharto. Marcus. Indra Ghandi. Zia ul Haq. Anwar Sadat. Saddam Hussein. Terlalu ramai. Yang terbaru (baru sahaja mendaftar diri menganggotai kelab eksklusif ini?) ialah Hosni Mubarak. Jika dilihat sekali imbas, tampaknya kebanyakan tokoh-tokoh ini datang dari timur. Bagaimana dengan pemimpin-pemimpin barat? Adakah mereka terlalu hebat, luarbiasa dan baik-baik belaka?

      (Stalin: Wajah Bakal Seorang Diktator Komunis)
      Jelaslah bahawa sarjana-sarjana sejarah di barat jarang berlaku jujur, gemar memutar lidah dan memiliki mata pena yang amat berbelit-belit. Cukup prejudis dan berat sebelah. Malangnya, kita terlalu mudah terpedaya. Mungkinkah kerana kurangnya kajian kita? Atau, lantaran kemalasan kita untuk belajar dari sejarah? Atau mungkinkah lantaran kita (dan kebanyakan negara-negara di rantau timur) terlalu lama terjajah lantas tiada harapan untuk kita mempelajari dan mencungkil kebenaran dari sejarah pahit penjajahan-penjajahan silam?

      Berbalik pada kepimpinan timur dan barat, secara ringkas. Sebenarnya apabila memperkatakan persoalan ini, kedua-duanya sama sahaja. Baik yang di timur mahupun di barat, jika mereka bersikap kejam dan kuku besi, maka kita boleh golongkan mereka sebagai tirani. Apakah bezanya George Bush dengan Saddam atau Hitler? Mereka ini sama sahaja - konservatif, kejam, otoritatif dan hegemon. Bezanya cuma terletak pada bagaimana sejarah mereka dilakarkan. Jika lakarannya indah, maka indahlah bunyinya. Jika lakarannya dilambakkan dengan najis dan prejudis, maka buruklah gambarannya.
          
      (Stalin: Diktator Soviet Russia)
      
        
      (Siapa Paling Kacak? Siapa Paling Kejam?)
      "Yardstick" atau penanda aras sesuatu kepimpinan itu lazimnya tidak bersifat "ideal type" atau "jenis unggul". Ia bergantung pada situasi sesuatu masyarakat, saiz, ideologi, struktur organisasi, agama dan sistem sesuatu negara. Oleh itu adalah terlalu ideal untuk menyimpulkan bahawa pemimpin "X" boleh memimpin "negara Y" dengan cekap kononnya kerana beliau telah berjaya memimpin "negara X" dengan berkesan. Teori-teori politik kerap-kalinya terlalu ideal dan mudah menjadi usang lantaran politik adalah terlalu dinamik. Lantaran itu pembacaan dan kajian yang meluas amat perlu untuk memahami fenomena kepimpinan politik secara lebih berkesan. Kajian yang hanya bergantung pada pandangan satu-dua sarjana hanya akan menyempitkan kefahaman kita terhadap kepimpinan politik itu sendiri. Dengan memahami konsep ini secara holistik barulah kita berupaya menganalisis sesuatu isu itu secara lebih tepat, matang dan terbuka. Insyaallah.

      (Perkahwinan atau Persekongkolan Geopolitikal?)
      Kita berbalik kepada Hitler dan Stalin. Kedua-duanya adalah tokoh politik zaman lampau khususnya di era Perang Dunia Kedua. Hitler, antara lain dicop (oleh sejarah barat) sebagai pencetus Perang Dunia Kedua (WW2). Beliau dikatakan bersekongkol dengan Mussolini (diktator Itali) dan Jeneral Tojo (Pemerintah utama rejim militer Jepun) dalam mencipta perikatan "Paksi" (the "Axis"). Teori persekongkolan ini antara lain ialah pembahagian wilayah-wilayah jajahan yang memperlihatkan German akan menguasai seluruh benua Eropah termasuk Britain, Itali menguasai wilayah selatan termasuk benua Afrika dan Timur Tengah dan Jepun menguasai seluruh wilayah Asia dan Timur Jauh.

      
      (Stalin: Skim Pembersihan Etnik adalah mudah dan murah)
      Tetapi apa yang tidak dijelaskan secara ekstrinsik dalam sejarah persekongkolan ini ialah peranan Soviet Union melalui Stalin dalam pakatan tersebut. Terdahulu dari itu (dan sebelum tercetusnya WW2) Hitler dan Stalin telah bertemu dan memeterai satu perjanjian. Hasil dari permufakatan itu, Stalin telah menjajah Ukraine dan beberapa wilayah lain di sempadan barat dan selatan negara itu. Di Ukraine terutamanya, Stalin telah melaksanakan satu skima pembersihan etnik atau eksterminasi (pembunuhan) yang mudah tetapi paling berkesan, iaitu "mengkebulurkan" rakyatnya (to starve them off). Hasilnya, 7 juta penduduk Ukraine telah dapat dikorbankan dalam jangkamasa yang singkat.
        
      (Persoalannya: Siapa Tikam Siapa?)
      
      
      (Propaganda Sebagai Alat Politik)
       Sedikit tentang Ukraine. Satu dunia tahu mengapa Russia ingin menjajah Ukraine. Wilayah tersebut memiliki hasil bumi yang tinggi. Lokasinya cukup strategik kerana terletak di barat Laut Kaspian. Cukup cantik untuk kapal-kapal perang serta kapalselam Russia. Dalam konteks ekonomi, ia amat sesuai untuk kapal-kapal dagang serta pengangkutan laut negara komunis tersebut. Jarak ke Terusan Suez juga adalah lebih dekat. Memang Ukraine adalah "cukup indah" dalam konteks geopolitik mahupun geostrategi. Oleh demikian, sehingga kini Soviet Russia tidak pernah terfikir untuk memerdekakan negara tersebut walaupun terpaksa berhadapan dengan puak pemisah (termasuk puak pemisah Islam). Sebaliknya Russia membelitkan fakta dengan menuduh bahawa puak pemisah ini adalah pengganas tajaan al-Qaeda dan lain-lain.

      Stalin dan Hitler - mereka sama sahaja. Kedua-duanya menganuti ideologi sosialisme-nasionalis (walaupun Stalin seorang komunis). Kedua-duanya fasis, cukup otoritatif, bersifat tirani dan pengamal dasar eksterminasi keatas kaum-kaum yang tidak mereka gemari terutamanya semitik (walaupun pada hakikatnya Stalin juga seorang pro-yahudi yang dikatakan juga berketurunan yahudi). Kedua-duanya menghapuskan musuh-musuh politik masing-masing dengan kaedah yang serupa. Mereka juga merupakan penganut ajaran Machiaveli yang setia (nota: Ajaran Machieveli - "tujuan" menghalalkan "cara". Bermaksud, sesuatu matlamat itu hendaklah dicapai walaupun perlu melanggar norma-norma sosial, moral, hak asasi dan agama. Dan "kegilaan" seperti ini bukan sekadar dilakukan di gelanggang politik dan pentas dunia, malah pengaruhnya turut menyelinap di pelbagai organisasi besar dan kecil).

      Walaupun pada akhirnya digambarkan sebagai Stalin amat memusuhi Hitler (lantaran menyerang Stalingrad pada tahun 1942), itu cuma sekadar intrepretasi sejarah semata-mata. Kemarahan Stalin sudahpun berbayar apabila 91,000 tentera Nazi menyerah diri kepada Tentera Merah (87,000 mati dalam tahanan dan dikatakan hanya 1,000 yang akhirnya dapat kembali ke German pada tahun 1955). Oleh itu catatan yang mengatakan bahawa mayat Hitler telah dibakar oleh Tentera Merah yang menawan Berlin (atas arahan Stalin) adalah meragukan. Ada yang mengandaikan bahawa mayat Third Reich itu telah diseludup ke Moscow secara rahsia. Namun itu tidak penting. Yang penting, kedua-dua makhluk ini adalah sama sahaja - pemimpin yang kejam, tetapi cukup licik dan berpengaruh.

      (Hitler sebagai askar Jerman dalam Perang Dunia Pertama)

      (Hitler [dalam bulatan] meraikan tamatnya Perang Dunia Pertama walaupun German kalah)

      (Juara Propaganda)

      
      (Orator berkarisma yang digeruni Yahudi dan Barat)
      
      (Patriotik atau despotik?)
      Dalam memperkatakan kepimpinan-kepimpinan tirani, sebenarnya kita jangan terlalu mudah untuk terlepas pandang. Ia masih wujud hingga hari ini. Dan ia akan terus wujud selagi dunia belum kiamat dan selagi kuasa politik dunia masih berpaksi atau tunduk kepada kehendak hegemoni zionis antarabangsa serta pendokong-pendokong neo-conservatism. Pemimpin-pemimpin ini mungkin cukup berhemah tinggi pada rakyatnya, pada bani yahudi dan pada pandangan umum. Tetapi tidak untuk masyarakat Dunia Ketiga atau negara-negara tertentu. George Bush (samaada Senior atau Junior..), Tony Blair, Thatcher, Putin - sekadar mengambil beberapa contoh. Ada yang masih berkuasa. Ada yang sudahpun berpencen. Namun mereka wajar dicop sebagai pemimpin-pemimpin yang kejam serta pelanggar undang-undang antarabangsa yang tegar lagi biadab. Kesemuanya menganuti fahaman Machiaveli yang cukup tidak bermoral. Sesetengah penganalisis menganggap mereka sebagai penjenayah atau pengganas antarabangsa berprofil paling tinggi. Justeru, adakah ini suatu kebetulan? Dunia dikuasai oleh para teroris atau pengganas-pengganas kasta brahma yang kebal berkat imuniti (haram) yang dihadiahkan (secara tidak sah) oleh PBB?

      Hitler dan Stalin memang sudah lama mati (mungkin juga sudahpun dimasukkan ke dalam neraka yang paling dalam bersama-sama Firaun, Namrud dan raja-raja yang sekejam dan sekafir mereka). Tetapi malangnya legasi mereka masih berkekalan hingga hari ini. Dunia masih terus melihat kelahiran Stalin dan Hitler dalam bentuk baru. Lantaran itulah dunia tidak akan mencapai kesejahteraan dan keamanan seperti yang diimpikan. Ini kerana dunia terus gagal untuk menghentikan kelahiran para hegemon dan pemonopoli-pemonopoli kuasa samaada di peringkat negara mahupun di peringkat dunia. Walaupun teori "dunia tanpa sempadan" cukup hebat diperkatakan dan dunia dianggap semakin bersifat terbuka, pada hakikatnya konflik persempadanan di pelbagai rantau dan benua masih terus menjadi duri dalam daging dalam konteks hubungan dunia. Dan sebagai pelengkapnya, para pemonopoli-pemonopoli kuasa ini telah diberikan kedudukan tinggi serta kuasa VETO di peringkat dunia.

      (Siapakah Penjenayah Terbesar Dunia? Bush? Blake? Obama? Putin? Atau Ben Laden?? )

      (Wajah Dua Pemuka Fasisme: Mussolini dan Hitler)

      (Akulah Raja Segala Komunis di dunia ini..)
      PBB masih terus berhadapan dengan kegagalan demi kegagalan dalam menyelesaikan konflik antarabangsa. Ini tidaklah menghairankan. Selagi kita masih membenarkan atau menghalalkan kewujudan kuasa-kuasa VETO di gelanggang antarabangsa, selagi itulah dunia ini tidak akan tenteram. Ini kerana makhluk-makhluk yang selicik dan sebuas Hitler dan Stalin dibenarkan untuk memiliki kuasa eksklusif di pentas dunia. Dan sebagai pelengkapnya, para syaitan dalam bentuk manusia ini telah mendapat mandat dan dokongan penuh dari zionis antarabangsa untuk terus merajai PBB hingga menyebabkan badan dunia itu semakin hilang wibawa dan lemah. PBB sudah tidak mampu menegakkan keadilan dan ketenteraman untuk masyarakat dunia. Sememangnyapun PBB tidak pernah mampu menjadi sebuah badan yang benar-benar berkesan untuk kesejahteraan dunia!

      Hitler mungkin digelar sebagai syaitan dan diktator paling kejam oleh sejarah barat. Namun begitu, tiada siapa yang tahu bahawa beliau tidak pernah menyerang dan menceroboh negara-negara Islam yang merdeka. Sewaktu beliau melaksanakan kempen di utara Afrika, wilayah-wilayah tersebut masih dibawah penjajahan British, Peranchis dan Belgium. Ini bermakna Hitler mungkin lebih "baik" dari pemimpin-pemimpin barat hari ini yang rata-rata bersikap skeptikal terhadap masyarakat Islam yang merdeka. Hitler "jauh lebih baik" dari Bush (anak-beranak), Thatcher, Blake, Putin dan lain-lain. Malahan beliau juga "lebih elok" dari Obama. Ini kerana beliau tidak pernah mengebom masyarakat Islam berbanding yang lain!

      (Siapa faham bahasa Russia? Sila terjemah..)


      PRU 14: PERLUNYA REFORMASI DALAM POLITIK NEGARA

      INTRODUKSI (Nota ini telah siap ditulis pada 15 Mac 2016 jam 1520 ptg) Apabila Tanah Melayu dibebaskan oleh penjajah British pada tahun ...