SIAPA LEBIH BAIK? Atau, SIAPA LEBIH LAKNAT?
|
(Hitler: Tabik Hormat seorang Fuhrer) |
|
(Hitler: Mendahului Para Jeneral Beliau) |
PERSOALAN KEPIMPINAN di zaman lampau selalu menjadi modal perbincangan serta perbandingan dikalangan pelajar-pelajar dan pengkaji
bidang pengurusan dan kepimpinan. Ada yang dijadikan "
benchmark" atau penanda aras. Ada yang dijadikan "
role model" (contoh untuk ditiru?). Ada juga yang dijadi "
punching beg" untuk melepaskan segala bentuk kebencian dan dendam tak sudah.
Banyak contoh pemimpin-pemimpin modern yang berkalibar dan hebat. Tetapi tidak kurang juga bilangannya yang pada akhirnya menjadi buruan rakyat yang lama menyimpan dendam kesumat. Sukarno. Suharto. Marcus. Indra Ghandi. Zia ul Haq. Anwar Sadat. Saddam Hussein. Terlalu ramai. Yang terbaru (baru sahaja mendaftar diri menganggotai kelab eksklusif ini?) ialah Hosni Mubarak. Jika dilihat sekali imbas, tampaknya kebanyakan tokoh-tokoh ini datang dari timur. Bagaimana dengan pemimpin-pemimpin barat? Adakah mereka terlalu hebat, luarbiasa dan baik-baik belaka?
|
(Stalin: Wajah Bakal Seorang Diktator Komunis) |
Jelaslah bahawa sarjana-sarjana sejarah di barat jarang berlaku jujur, gemar memutar lidah dan memiliki mata pena yang amat berbelit-belit. Cukup prejudis dan berat sebelah. Malangnya, kita terlalu mudah terpedaya. Mungkinkah kerana kurangnya kajian kita? Atau, lantaran kemalasan kita untuk belajar dari sejarah? Atau mungkinkah lantaran kita (dan kebanyakan negara-negara di rantau timur) terlalu lama terjajah lantas tiada harapan untuk kita mempelajari dan mencungkil kebenaran dari sejarah pahit penjajahan-penjajahan silam?
Berbalik pada kepimpinan timur dan barat, secara ringkas. Sebenarnya apabila memperkatakan persoalan ini, kedua-duanya sama sahaja. Baik yang di timur mahupun di barat, jika mereka bersikap kejam dan kuku besi, maka kita boleh golongkan mereka sebagai tirani. Apakah bezanya George Bush dengan Saddam atau Hitler? Mereka ini sama sahaja - konservatif, kejam, otoritatif dan hegemon. Bezanya cuma terletak pada bagaimana sejarah mereka dilakarkan. Jika lakarannya indah, maka indahlah bunyinya. Jika lakarannya dilambakkan dengan najis dan prejudis, maka buruklah gambarannya.
|
(Stalin: Diktator Soviet Russia) |
|
(Siapa Paling Kacak? Siapa Paling Kejam?) |
"Yardstick" atau penanda aras sesuatu kepimpinan itu lazimnya tidak bersifat "ideal type" atau "jenis unggul". Ia bergantung pada situasi sesuatu masyarakat, saiz, ideologi, struktur organisasi, agama dan sistem sesuatu negara. Oleh itu adalah terlalu ideal untuk menyimpulkan bahawa pemimpin "X" boleh memimpin "negara Y" dengan cekap kononnya kerana beliau telah berjaya memimpin "negara X" dengan berkesan. Teori-teori politik kerap-kalinya terlalu ideal dan mudah menjadi usang lantaran politik adalah terlalu dinamik. Lantaran itu pembacaan dan kajian yang meluas amat perlu untuk memahami fenomena kepimpinan politik secara lebih berkesan. Kajian yang hanya bergantung pada pandangan satu-dua sarjana hanya akan menyempitkan kefahaman kita terhadap kepimpinan politik itu sendiri. Dengan memahami konsep ini secara holistik barulah kita berupaya menganalisis sesuatu isu itu secara lebih tepat, matang dan terbuka. Insyaallah.
|
(Perkahwinan atau Persekongkolan Geopolitikal?) |
Kita berbalik kepada Hitler dan Stalin. Kedua-duanya adalah tokoh politik zaman lampau khususnya di era Perang Dunia Kedua. Hitler, antara lain dicop (oleh sejarah barat) sebagai pencetus Perang Dunia Kedua (WW2). Beliau dikatakan bersekongkol dengan Mussolini (diktator Itali) dan Jeneral Tojo (Pemerintah utama rejim militer Jepun) dalam mencipta perikatan "Paksi" (the "Axis"). Teori persekongkolan ini antara lain ialah pembahagian wilayah-wilayah jajahan yang memperlihatkan German akan menguasai seluruh benua Eropah termasuk Britain, Itali menguasai wilayah selatan termasuk benua Afrika dan Timur Tengah dan Jepun menguasai seluruh wilayah Asia dan Timur Jauh.
|
(Stalin: Skim Pembersihan Etnik adalah mudah dan murah) |
Tetapi apa yang tidak dijelaskan secara ekstrinsik dalam sejarah persekongkolan ini ialah peranan Soviet Union melalui Stalin dalam pakatan tersebut. Terdahulu dari itu (dan sebelum tercetusnya WW2) Hitler dan Stalin telah bertemu dan memeterai satu perjanjian. Hasil dari permufakatan itu, Stalin telah menjajah Ukraine dan beberapa wilayah lain di sempadan barat dan selatan negara itu. Di Ukraine terutamanya, Stalin telah melaksanakan satu skima pembersihan etnik atau eksterminasi (pembunuhan) yang mudah tetapi paling berkesan, iaitu "mengkebulurkan" rakyatnya (to starve them off). Hasilnya, 7 juta penduduk Ukraine telah dapat dikorbankan dalam jangkamasa yang singkat.
|
(Persoalannya: Siapa Tikam Siapa?) |
|
(Propaganda Sebagai Alat Politik) |
Sedikit tentang Ukraine. Satu dunia tahu mengapa Russia ingin menjajah Ukraine. Wilayah tersebut memiliki hasil bumi yang tinggi. Lokasinya cukup strategik kerana terletak di barat Laut Kaspian. Cukup cantik untuk kapal-kapal perang serta kapalselam Russia. Dalam konteks ekonomi, ia amat sesuai untuk kapal-kapal dagang serta pengangkutan laut negara komunis tersebut. Jarak ke Terusan Suez juga adalah lebih dekat. Memang Ukraine adalah "cukup indah" dalam konteks geopolitik mahupun geostrategi. Oleh demikian, sehingga kini Soviet Russia tidak pernah terfikir untuk memerdekakan negara tersebut walaupun terpaksa berhadapan dengan puak pemisah (termasuk puak pemisah Islam). Sebaliknya Russia membelitkan fakta dengan menuduh bahawa puak pemisah ini adalah pengganas tajaan al-Qaeda dan lain-lain.
Stalin dan Hitler - mereka sama sahaja. Kedua-duanya menganuti ideologi sosialisme-nasionalis (walaupun Stalin seorang komunis). Kedua-duanya fasis, cukup otoritatif, bersifat tirani dan pengamal dasar eksterminasi keatas kaum-kaum yang tidak mereka gemari terutamanya semitik (walaupun pada hakikatnya Stalin juga seorang pro-yahudi yang dikatakan juga berketurunan yahudi). Kedua-duanya menghapuskan musuh-musuh politik masing-masing dengan kaedah yang serupa. Mereka juga merupakan penganut ajaran Machiaveli yang setia (nota: Ajaran Machieveli - "tujuan" menghalalkan "cara". Bermaksud, sesuatu matlamat itu hendaklah dicapai walaupun perlu melanggar norma-norma sosial, moral, hak asasi dan agama. Dan "kegilaan" seperti ini bukan sekadar dilakukan di gelanggang politik dan pentas dunia, malah pengaruhnya turut menyelinap di pelbagai organisasi besar dan kecil).
Walaupun pada akhirnya digambarkan sebagai Stalin amat memusuhi Hitler (lantaran menyerang Stalingrad pada tahun 1942), itu cuma sekadar intrepretasi sejarah semata-mata. Kemarahan Stalin sudahpun berbayar apabila 91,000 tentera Nazi menyerah diri kepada Tentera Merah (87,000 mati dalam tahanan dan dikatakan hanya 1,000 yang akhirnya dapat kembali ke German pada tahun 1955). Oleh itu catatan yang mengatakan bahawa mayat Hitler telah dibakar oleh Tentera Merah yang menawan Berlin (atas arahan Stalin) adalah meragukan. Ada yang mengandaikan bahawa mayat Third Reich itu telah diseludup ke Moscow secara rahsia. Namun itu tidak penting. Yang penting, kedua-dua makhluk ini adalah sama sahaja - pemimpin yang kejam, tetapi cukup licik dan berpengaruh.
|
(Hitler sebagai askar Jerman dalam Perang Dunia Pertama) |
|
(Hitler [dalam bulatan] meraikan tamatnya Perang Dunia Pertama walaupun German kalah) |
|
(Juara Propaganda) |
|
(Orator berkarisma yang digeruni Yahudi dan Barat) |
|
(Patriotik atau despotik?) |
Dalam memperkatakan kepimpinan-kepimpinan tirani, sebenarnya kita jangan terlalu mudah untuk terlepas pandang. Ia masih wujud hingga hari ini. Dan ia akan terus wujud selagi dunia belum kiamat dan selagi kuasa politik dunia masih berpaksi atau tunduk kepada kehendak hegemoni zionis antarabangsa serta pendokong-pendokong
neo-conservatism. Pemimpin-pemimpin ini mungkin cukup berhemah tinggi pada rakyatnya, pada bani yahudi dan pada pandangan umum. Tetapi tidak untuk masyarakat Dunia Ketiga atau negara-negara tertentu. George Bush (samaada Senior atau Junior..), Tony Blair, Thatcher, Putin - sekadar mengambil beberapa contoh. Ada yang masih berkuasa. Ada yang sudahpun berpencen. Namun mereka wajar dicop sebagai pemimpin-pemimpin yang kejam serta pelanggar undang-undang antarabangsa yang tegar lagi biadab. Kesemuanya menganuti fahaman Machiaveli yang cukup tidak bermoral. Sesetengah penganalisis menganggap mereka sebagai penjenayah atau pengganas antarabangsa berprofil paling tinggi. Justeru, adakah ini suatu kebetulan? Dunia dikuasai oleh para teroris atau pengganas-pengganas kasta brahma yang kebal berkat imuniti (haram) yang dihadiahkan (secara tidak sah) oleh PBB?
Hitler dan Stalin memang sudah lama mati (mungkin juga sudahpun dimasukkan ke dalam neraka yang paling dalam bersama-sama Firaun, Namrud dan raja-raja yang sekejam dan sekafir mereka). Tetapi malangnya legasi mereka masih berkekalan hingga hari ini. Dunia masih terus melihat kelahiran Stalin dan Hitler dalam bentuk baru. Lantaran itulah dunia tidak akan mencapai kesejahteraan dan keamanan seperti yang diimpikan. Ini kerana dunia terus gagal untuk menghentikan kelahiran para hegemon dan pemonopoli-pemonopoli kuasa samaada di peringkat negara mahupun di peringkat dunia. Walaupun teori "dunia tanpa sempadan" cukup hebat diperkatakan dan dunia dianggap semakin bersifat terbuka, pada hakikatnya konflik persempadanan di pelbagai rantau dan benua masih terus menjadi duri dalam daging dalam konteks hubungan dunia. Dan sebagai pelengkapnya, para pemonopoli-pemonopoli kuasa ini telah diberikan kedudukan tinggi serta kuasa VETO di peringkat dunia.
|
(Siapakah Penjenayah Terbesar Dunia? Bush? Blake? Obama? Putin? Atau Ben Laden?? ) |
|
(Wajah Dua Pemuka Fasisme: Mussolini dan Hitler) |
|
(Akulah Raja Segala Komunis di dunia ini..) |
PBB masih terus berhadapan dengan kegagalan demi kegagalan dalam menyelesaikan konflik antarabangsa. Ini tidaklah menghairankan. Selagi kita masih
membenarkan atau
menghalalkan kewujudan kuasa-kuasa VETO di gelanggang antarabangsa, selagi itulah dunia ini tidak akan tenteram. Ini kerana makhluk-makhluk yang selicik dan sebuas Hitler dan Stalin dibenarkan untuk memiliki kuasa eksklusif di pentas dunia. Dan sebagai pelengkapnya, para syaitan dalam bentuk manusia ini telah mendapat mandat dan dokongan penuh dari zionis antarabangsa untuk terus merajai PBB hingga menyebabkan badan dunia itu semakin hilang wibawa dan lemah. PBB sudah tidak mampu menegakkan keadilan dan ketenteraman untuk masyarakat dunia. Sememangnyapun PBB tidak pernah mampu menjadi sebuah badan yang benar-benar berkesan untuk kesejahteraan dunia!
Hitler mungkin digelar sebagai syaitan dan diktator paling kejam oleh sejarah barat. Namun begitu, tiada siapa yang tahu bahawa beliau tidak pernah menyerang dan menceroboh negara-negara Islam yang merdeka. Sewaktu beliau melaksanakan kempen di utara Afrika, wilayah-wilayah tersebut masih dibawah penjajahan British, Peranchis dan Belgium. Ini bermakna Hitler mungkin lebih "baik" dari pemimpin-pemimpin barat hari ini yang rata-rata bersikap skeptikal terhadap masyarakat Islam yang merdeka. Hitler "jauh lebih baik" dari Bush (anak-beranak), Thatcher, Blake, Putin dan lain-lain. Malahan beliau juga "lebih elok" dari Obama. Ini kerana beliau tidak pernah mengebom masyarakat Islam berbanding yang lain!
|
(Siapa faham bahasa Russia? Sila terjemah..) |
f*ing propaganda and lies! Open your Wikipedia, and look at the real extent of Stalin's repression. Over the years, a not more then 800,000 people executed in. Many of them were traitors and enemies. Many were not guilty, but executed in their denunciations by the envious. Hitler and the Nazis killed 27 million Soviet people. Of these, 16 million were civilians.Your propaganda is trying to equate Stalin and Hitler and revise history. Belittle the Soviet victory over the Nazis and fascists. But you do not get. It's lies!
BalasPadamhttp://en.wikipedia.org/wiki/Great_Purge#Number_of_people_executed
BalasPadamAccording to the declassified Soviet archives, during 1937 and 1938, the NKVD detained 1,548,366 victims, of whom 681,692 were shot - an average of 1,000 executions a day (in comparison, the Tsarists executed 3,932 persons for political crimes from 1825 to 1910 - an average of less than 1 execution per week).[73]
________________________________________________
http://translate.google.com/translate?sl=ru&tl=ms&js=n&prev=_t&hl=en&ie=UTF-8&eotf=1&u=http%3A%2F%2Fwww.mysteriouscountry.ru%2Fwiki%2Findex.php%2F%25D0%259C%25D0%25B0%25D0%25B7%25D0%25BE%25D1%2585%25D0%25B8%25D0%25BD_%25D0%259E.%25D0%2591._%25D0%25A1%25D1%2582%25D0%25B0%25D1%2582%25D0%25B8%25D1%2581%25D1%2582%25D0%25B8%25D0%25BA%25D0%25B0_%25D1%2580%25D0%25B5%25D0%25BF%25D1%2580%25D0%25B5%25D1%2581%25D1%2581%25D0%25B8%25D0%25B2%25D0%25BD%25D0%25BE%25D0%25B9_%25D0%25B4%25D0%25B5%25D1%258F%25D1%2582%25D0%25B5%25D0%25BB%25D1%258C%25D0%25BD%25D0%25BE%25D1%2581%25D1%2582%25D0%25B8_%25D0%25BE%25D1%2580%25D0%25B3%25D0%25B0%25D0%25BD%25D0%25BE%25D0%25B2_%25D0%25B1%25D0%25B5%25D0%25B7%25D0%25BE%25D0%25BF%25D0%25B0%25D1%2581%25D0%25BD%25D0%25BE%25D1%2581%25D1%2582%25D0%25B8_%25D0%25A1%25D0%25A1%25D0%25A1%25D0%25A0_1937
Terimakasih atas komen anda. Fakta yg mengatakan Nazi telah membunuh 27 juta warga Soviet adalah tidak tepat dan lebih berbentuk exeggerated. Saya tidak menyebelahi sesiapa. Saudara boleh kaji semula sejarah perang dunia kedua yg sebenar. Kalau sekadar bergantung kpd wikipedia, saudara akan terus dihidangkan oleh teori2 kabur yg cukup mengaburkan minda. Sila kaji. Tk.
BalasPadam