Isu ini sudah lapok. Malang sekali orang gagal untuk menghayatinya dengan betul. Keruntuhan empayar Melaka pada 1511 antaranya berpunca dari pudarnya solidariti di kalangan rakyat (selain dari kesultanan yang lemah dan terlalu otoritarian). Masyarakat setempat yang tidak berpuashati terhadap pemerintah telah bertindak menjadi talibarut penjajah walaupun mereka sedar bahawa tentera Feringgi tidak lebih dari kaum yang datang untuk merampas hak, merogol dan mencabut kebebasan mereka, selain dari membolot kekayaan sumber alam. Solidariti sudah boleh diperniagakan seperti bunga cengkih, bawang dan rempah ratus di pasar-pasar tani.
Sejarah boleh berulang. Malah sejarah gemar berulang. Dan kita mudah benar meminggirkan sejarah lantaran ia tidak bernilai komersial seperti cakra padat cetak rompak di pasar-pasar malam. Hatta, mungkin sejarah itulah yang bakal melenyapkan kelangsungan hidup bangsa ini. Persoalan solidariti menjadi barang mainan selain dari perhiasan di bibir broker-broker politik yang jahil kepada tanggungjawab. Sentimen ideologi yang bercelaru menambahkan gelora kecelaruan yang sedia ada. Bagi musuh-musuh negara, ini adalah modal penting perjuangan mereka. Dasar desentralisasi (pecah dan perintah) wujud atas kegagalan rakyat untuk bersatu hati. Perjanjian Pangkor termeterai kononnya untuk mewujudkan keamanan di Perak. Sekiranya kita cuba mengkaji sejarah penjajahan di rantau ini, kita akan mati dengan lebih cepat - kerana sakit hati terhadap sikap sombong bangsa ini yang masih tidak berkesudahan.
Pernahkah kita merenung bagaimana Yahudi mampu mempengaruhi dunia? Ia bertitiktolak dengan semangat espirit-de-corp dan solidariti yang cukup kental. Bayangkan bagaimana suatu bangsa yang tidak sampai 2% boleh menguasai sebuah empayar bernama Amerika Syarikat? Tidak cukup disitu, lebih 50% bilionaire dan lebih 40% profesor-profesor di Amerika terdiri dari Yahudi. Ini ialah angka tahun 1960an. Bagaimana dengan angka sekarang? Pada sekitar kempen pilihanraya tahun 1994-96, 27 dari 32 negeri terpaksa menggunakan perkhidmatan Pengarah Kewangan yang terdiri dari Yahudi. Ini sekadar memetik contoh kecil - bagaimana solidariti boleh mendorong kepada kebangkitan umah yang cukup perkasa walhal mereka tidak sampai 1.0% penduduk dunia.
Sejak beberapa hari yang lalu Gaza di bedil oleh F16, meriam 155mm dan tank Yahudi - siapa berani menyanggah? Bush? Obama? Mungkin Saddam Hussein berani bertindak. Malangnya beliau sudah tiada. Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan berhubung isu solidariti. Betapa umah ini akan menjadi tidak ubah seperti buih-buih di lautan yang tidak memiliki sebarang kekuatan. Walaupun majoriti kedua teramai didunia, namun perpecahan dan pertelingkahan yang tidak berkesudahan telah merobohkan segala kekuatan dan kehormatan. Kita bukan lagi seumpama katak yang terkurung di bawah tempurung tetapi yang lebih menggerunkan ialah berpuluh-puluh buldozer sudah lama bersiapsiaga untuk melanda tempurung tersebut. Hanya menantikan saat dan ketikanya sahaja. Sudahkah anda bersedia? Atau masih menyambung mimpi yang bercelaru?
neosangsapurba.
salam...nak minta pandangan tentang kebebasan akhbar di era pemerintahan pak lah.. untuk pengetahuan sy sedang mjalankan kajian berkaitan kawalan dan kebebasan akhbar di era pemerintahan pak lah
BalasPadamDi era paklah terdapat seolah-olah kelonggaran terhadap kebebasan akbar. Namun begitu kita harus melihat kepada hakikat yg berlaku pada ketika itu terutamanya selepas BN tumpas di lima buah negeri pada th 2008 yg membuka peluang kpd barisan alternatif PR menyebarluaskan akbar masing2. Kemenangan tersebut telah memberi kelebihan (walaupun belum cukup besar) utk partai2 berkenaan aktif dlm bersuratkabar. Sebelum itu mereka terpaksa bergantung harap kdp blog & lain2 media utk menyebarkan suara & hasrat politik masing2.
BalasPadamNamun begitu kita kerap tersasar dari maksud suratkabar itu sendiri. Adakah "bersuratkabar" bermaksud "berpolitik"? Begitu juga andainya kita "bersuara" maka itu bermaksud kita "menyebarkan dakyah" atau melakukan "jenayah politik"? Jadi istilah "akbar" (atau suratkabar) itu sendiri perlu tepat. Jika suratkabar disamaratakan dgn kempen/dakyah politik, maka terjadilah apa yg telah & sedang melanda dlm masyarakat kita pada hari ini. Akbar menjadi gelanggang persaingan politik & wadah kempen serta propaganda sumbang yg merasuk minda masyarakat. Tapi jika akbar diletakkan di tempat yg betul & murni, maka itulah sebenarnya suratkabar. Kita meracau bila menyebut perkataan "suratkabar" lantaran ia terlalu dimanipulasi. Hinggakan kita jadi kelamkabut bila membacanya. Sepatutnya suratkabar menghidangkan perkabaran2 sebenar yg dimahukan rakyat atau mengetengahkan isu2 yg benar2 menyentuh kepentingan rakyat! Bukannya menjadi platform atau "pasar malam" bagi penyamun2 politik.
Dan, apabila bercakap soal kawalan (oleh KDN) ke atas kebebasan akbar, ia mahu tidak mahu pasti membabitkan kepentingan parti yg memerintah. Utk pastikan survival, apa saja strategi perlu direkacipta, termasuklah membataskan kebebasan bersuara, bersuratkabar. Ini cerita lama. Mana2 negara di dunia akan mempraktikkan strategi yg serupa. Namun begitu, turun-naik atau pasang-surut kebebasan akbar akan banyak bergantung kpd siapa yg menjadi "State", raja atau pemerintah pada ketika itu.
Tapi yg harus kita bimbangkan bukan sekadar itu. Yg patut menjadi fokus atau "concern" utama kita ialah kandungan atau "content" akbar2 itu. Ke arah mana kita nak di bawa oleh masing2 suratkabar? Ke arah kebenaran atau kesesatan? Dan, pada akhirnya nanti, ke syurga atau ke neraka?