Implikasinya sangat buruk. Pun begitu, walau seburuk manapun krisis yang melanda, jaguh-jaguh kapitalisme dunia dalam G20 masih terus mendabik dada dan taksub dengan dasar ekonomi bebas tanpa kawalan. Dan bagi si pemakan riba', kadar bunga (interest rate) atau lebih tepat disebut sebagai kadar riba' amat penting dalam bisnes. Gerombolan penghalal dan penyebar riba' yang terdiri dari para yahudi serta penyamun konglomorat, tokoh korporat atau konsortium dunia merupakan pendokong utama kepada konsep riba' yang bertopengkan lassiez faire. Bagi mereka alat pencapai kekayaan mutlak ialah riba' selain rasuah, sabotaj, penipuan, penindasan, samun-menyamun, kartel dadah, pengendalian industri instalasi militer dan pengeksportan senjata, gangsterisme, mafia, neoimperialisme, katakan apa sahaja yang terlintas di fikiran anda disini.
Kepintaran dan helah mereka memutarbelit fakta dan statistik telah menyebabkan dunia tertipu dan terpegun hidup-hidup. Lantas semua menuding jari kepada krisis subprima, kegagalan perbankan dan macam-macam lagi. Tidak pernah mempersalahkan gejala riba' yang mendarahdaging dalam sistem ekonomi pasaran bebas - yang sebenarnya menjadi punca terbesar kepada krisis tersebut, selain pembaziran operasi militer yang tidak masuk akal dan lain-lain. Demikianlah sikap si jahiliah. Semakin tertekan semakin bertambah sombong dalam kesesatannya itu.
Alasan bahawa krisis sewabeli perumahan, kegagalan peminjam menjelaskan hutangnya, defisit dagangan atau harga minyak yang tidak pernah stabil, tidak akan memungkinkan sebuah ekonomi yang dikatakan kebal boleh tumbang seperti batang kayu yang reput. Ia menggambarkan senario yang lebih buruk dari itu. Ia sebenarnya menggambarkan janji Allah ke atas si pembazir yang buas, penghalal riba' dan sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan mereka. Bagi mereka yang tidak beriman, hal ini tidak pernah terlintas di akal mereka - lantaran mata dan minda telah dibutakan oleh kekufuran.
Ia juga menegaskan bahawa pembaziran yang tidak terbatas dalam belanjawan pertahanan negara akhirnya bakal menjuruskan negara kepada kebangkrapan. Tahun 2007 Bush masih sempat mencadangkan bajet militer di Iraq berjumlah AS $155 bilion. Itu belum termasuk kontigensi sebanyak AS $40 bilion. (Juga belum dicampur bajet di Afghanistan dan dana tahunan tetap sebanyak AS $ 2.8 bilion untuk Yahudi Israel mengganas dan jumlah yang sama untuk Mesir kerana sudi bersekongkol). Jumlah sebanyak itu dengan mudah dapat menyara ekonomi Malaysia selama 4.8 tahun! Dan jika kita bijak mengurus dana, ia boleh digenapkan kepada 6 tahun! Ini bererti, belanjawan operasi tentera di Iraq selama setahun dengan enteng dapat membiayai segala keperluan pembangunan serta tempolok 27 juta makhluk di Malaysia (termasuk pendatang tanpa izin atau PATI yang mungkin berjumlah 3 juta sekarang..) selama 5 tahun!
Bajet pertahanan tahunan Amerika tahun lalu mencecah hampir AS$ 3 Trilion setahun atau mungkin lebih dari itu (= RM11.4 Trilion - boleh menanggung kos pembangunan dan perut rakyat Malaysia selama 73.6 tahun!). Mahu berperang dengan siapa? Dengan musuh lama atau muka baru dalam pakatan paksi syaitan? Atau mahu berperang dengan bayang-bayang sendiri? Demikianlah kalau sudah menjadi kuda tunggangan si Zionis. Apa sahaja disekelilingnya perlu diprasangkakan. Kecuali sesiapa yang tunduk patuh kepada ideologi neoconservatism. Bayangkan betapa sesat dan dasyatnya manipulasi kuasa hegemoni ke atas politik global - lantaran mahu jadi satu-satunya pemerintah dunia. Ia memperlengkapkan kewujudan suatu bangsa yang sombong. Cukup takkabur. Mereka lupa bahawa hanya Tuhan sahaja yang berhak memerintah dunia serta semesta alam!
Kita boleh lihat apa yang sebenarnya terjadi di negera tersebut. Penyelewengan belanjawan dan penyalahgunaan kuasa yang direstui oleh rakyatnya sendiri. Selain dari barah riba' yang membaham tatasusila ekonomi. Kita juga (malah hampir seluruh 152 negara di dunia) dibawah pra-sedar turut bersubahat didalamnya. Lantaran itu segala balak bencana yang terjadi sekarang turut melanda hampir semua negara kecil mahupun besar. Ini tidak lain merupakan ingatan Tuhan agar kita lebih berhati-hati dan tunduk patuh pada undang-undangNya.
Kita perlu bersyukur kerana masih berkesempatan untuk berfikir dan merancang. Ombak besar pasti melanda. Maka sediakan kapal yang paling besar disamping pendirian yang berpaksikan kebenaran untuk menghadapinya. Kita juga terlalu lama berkhayal. Dan terlalu banyak bercakap, berteori, berpolitik, bercakaran sesama sendiri. Meminggirkan solidariti. Bagaimana bisa ada waktu yang cukup untuk memikir dan menghuraikan masaalah? Pun begitu, Tuhan dengan kemurahanNya telah mengajarkan tentang konsep berusaha gigih, menyimpan selama 7 tahun demi menghadapi pertaka yang melanda selama 7 tahun berikutnya. Pernahkah kita memikirkan atau menghargai ajaran Allah Taala? Atau kita lebih terpegun dengan teori-teori ciptaan Yahudi, Nasrani atau Majusi?
neosangsapurba..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan