Ahad, 7 Julai 2019

ANTIPOLITIK: IDEOLOGI ATAU KESONGSANGAN SIKAP?



RAMAI yg “jump to conclusion” atau terus membuat kesimpulan gampang bila disebut perkataan “ANTIPOLITIK”. Apakah definasi atau maksud sebenar perkataan ini? Adakah ia suatu KONSEP atau sekadar suatu perkataan atau eceran kosong seperti perkataan-perkataan lain yg lazim digunakan orang? Atau, ia menggambarkan sikap “terrorizing” ciptaan barat? Satu lagi, apa penting sangat dgn perkataan ini? Apa kesannya, terutama utk masyarakat seperti di timur khususnya dinegara ini?

Adakah istilah “antipolitik” boleh disamakan dgn rusuhan, demonstrasi, terorisme atau apa2 yg seangkatan dengannya? Atau, ia tidak lebih dari istilah popular yg digunapakai oleh penguasa2 politik di timur dan di barat utk “membelasah” masyarakat awam yg memiliki sikap “anti-establishment” atau “anti-pemerintah”…? 

Politik anti-politik (atau antipolitics) adalah satu bentuk penglibatan dalam politik melalui cara-cara bukan politik. Ia memberi tumpuan kepada aktiviti sosial dalam masyarakat dan kelakuan moral seseorang bukan pada secara langsungnya menjejaskan dasar2 pemerintah atau asas2 negara. Pada peringkat kumpulan, antipolitics menyediakan strategi untuk memupuk aktiviti sosial yg bebas dan lebih mendaulatkan kebebasan masyarakat dalam senario politik yg autoritatif sifatnya.

Pada peringkat individu, antipolitics adalah satu kaedah untuk kehidupan rohani di bawah syarat-syarat paksaan politik dan untuk menegaskan kebebasan seseorang dalam realiti politik yang menolak autonomi individu dan kebebasan berfikir.

Teori asas disebalik “antipolitics” ialah meninjau bagaimana antipolitics berjaya untuk berhadapan dengan amalan autokratik tanpa mengisytiharkan perang secara de facto ke atas rejim autoritarian dan apa preskripsi yg boleh ditawarkan untuk membolehkan individu untuk menuntut semula autonomi dan maruah mereka sebagai seorang warga yg sah & memiliki hak. 

Anda boleh mendalami konsep ini dgn membaca teks2 yg menganalisis asal usul awal politik “antipolitik” klasik (oleh Epictetus, Thomas More), konsep baru dalam teori politik modern (Étienne de La Boétie, John Locke,) serta prinsip-prinsip antipolitics dalam pemikiran politik kontemporari (Vaclav Havel, Adam Michnik0. Antara topik-topik menarik ialah sumber kuasa politik, makna kebebasan, dilema pertembungan politik, konsep masyarakat sivil, paradoks pemikiran antipolitik, dan keberkesanan cadangan2 antipolitik.

Antipolitik kini dilihat sebagai suatu konsep penting dalam masyarakat. Contohnya, walaupun tanpa kekerasan massa dan gerakan2 militer, antipolitics telah dilihat sebagai antara faktor utama yang membawa kepada berakhirnya belenggu komunisme di Eropah Timur dua dekad lalu. Ia juga sudah bermula dinegara-negara lain yg kerap terjebak dalam amalan pemerintahan secara otokrasi walaupun menggelarkan diri mereka demokrasi. Dalam ertikata mudah, politik “Antipolitik” boleh dilihat sebagai menghasilkan keputusan yang praktikal yang memang tidak dijangkakan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PRU 14: PERLUNYA REFORMASI DALAM POLITIK NEGARA

INTRODUKSI (Nota ini telah siap ditulis pada 15 Mac 2016 jam 1520 ptg) Apabila Tanah Melayu dibebaskan oleh penjajah British pada tahun ...