Al-kisah. Bagi golongan "layman" yg belum pernah hadir kuliah atau tutorial sains politik walau sekedar 44 hari, mereka akan kabur pada mendefinasikan konsep politik dan kuasa. Mereka akan menyimpulkan politik sebagai kuasa dan kuasa sebagai politik. Pun begitu, tidak bersalahan, walaupun kurang tepat. Bezanya bergantung pada cara ia dilihat. Jika dilihat melalui pendekatan mikro, jawabannya lain. Kalau diperhati melalui pendekatan makro, lain pula dampaknya. Tetapi jika direnung melalui pendekatan ilmu - lain pula hujah-hujahnya - bergantung pada "apa jenis" ilmu yg dikuasai itu...
Sebab itu polemik politik dan kuasa tidak akan berkesudahan. Ditambah pula dgn sifat manusia yg terlalu pelahap, buas dan rakus kepada kepentingan duniawi. Maka segalanya akan bergantung pada sejauh mana kepentingan individu terhadap sesuatu dan sedalam mana keikhlasan beliau pada mempertahankan kemurnian ilmu. Tetapi masyarakat hari ini jarang terlepas dari sikap buas terhadap keduniaan dan materialisme - samaada beliau seorang pecacai terbodoh kelas paling bawah atau brahma terbijak kasta paling tinggi...
Politik dan kuasa adalah ibarat isi dengan kuku. Tanpa salah-satunya, ia tidak akan sempurna - tidak akan menjadi apa-apa. Ia akan berada dalam situasi "dormant", "stagnant", sebagaimana virus yg disejukbekukan atau proton-neutron yg diasingkan. Tetapi apabila dipersatukan - ibarat api yg sedia membakar atau kuasa nukliar yg diaktifkan - bersedialah utk merasakan bahang atau impak ledakannya... Hanya tangan yg bijaksana dan cendekiawan sahaja mampu memegangnya dgn selamat - sekurang-kurangnya utk diri-sendiri kalau bukan utk orang lain - lantaran perpatah: "..power is corrupt. Absolute power will corrupt absolutely.." ...
Ada kebenarannya. Contoh: Firaun. Bila diberikan kuasa politik Firaun mengistiharkan dirinya tuhan. Hari ini contoh terlalu banyak. Donald Trump diberi kuasa - lalu tanpa berlengah lagi terus berkonfrantasi dgn China, Rusia, Iran dan mengancam negara-negara kecil di timur dan selatan. Begitu Najib Razak. Bila dilantik jadi PM, maka tanpa membuang waktu beliau memproklamasi pelbagai dasar sosial yg sebenarnya tidak sesuai utk negara hingga beliau perlu dihapuskan dari takhta pemerintahan. Ini sekedar contoh mudah jika anda malas membaca buku sejarah politik..
Jika politik banyak menumpahkan darah, ianya berpunca dari sikap manusia yg terlalu gilakan kuasa tanpa batasan. Sebagai contoh - perang dunia ke-2 telah mengorbankan antara 21-25.5 juta askar dan 70-80 juta orang awam - purata 100 juta - gara-gara pimpinan syaitan-syaitan politik yg sesat, otoritarian dan tirani, juga gara-gara utk menobatkan sebuah negara Zionist-iblis yg bernama Israel di peta dunia. Malangnya, hari ini syaitan-syaitan masih terus mendominasi dan memerintah dunia melalui PBB, Bank Dunia, IMF dan pelbagai agensi lagi.
Lantas - lantaran itu kuasa politik jangan diperlekehkan. Masyarakat, baik di kasta mana sekalipun, perlu "peduli politik" dan berikhtiar utk belajar dan faham asas-asas politik. Bukan utk jadi politikus - tetapi utk pastikan anda tidak diperhambakan atau dipijak-pijak oleh binatang atau syaitan politik.
Hari ini ramai yg memandang politik melalui kacamata kesesatan. Mereka melihat politik sebagai "peluang besar" utk jadi "orang besar". Politik dilihat sebagai landasan utk membolot kuasa, otoriti, wewenang. Dan, dari kekuasaan yg digenggam, mereka dapat memerah kekayaan, keberuntungan, kemewahan, darjat kebesaran dan lain-lain secara maksimum. Dari kuasa politik yg digenggam, mereka akan merealisasikan mimpi-mimpi indah yg selama ini jadi igauan di siang hari. Demikianlah sesatnya jika orang yg tidak memiliki ilmu, akhlak, iman dan peribadi yg murni diberikan mandat politik. Namun, yg menghairankan, makhluk-makhluk hina, pelahap dan buruklah yg kerap menjadi dokongan masyarakat. Jadi, siapa yg bersalah? Sang politikus terlaknat atau hamba rakyat yg dunggu, penakut, pengecut dan enggan menggunakan otak utk berfikir...?
Apabila masyarakat keliru dgn takrifan sebenar politik dan kuasa, maka para penyangak dan broker-broker politik akan menyerbu peluang mengambil-alih atau merampas "mandat" yg tadinya jadi "ketentuan rakyat" dan segera mewujudkan "pemerintahan" menurut definasi, falsafah dan acuan mereka. Itulah yg kerap terjadi dlm senario demokrasi hari ini.
Aku membataskan percakapan dlm konteks demokrasi agar memudahkan pembaca memahami perspektif yg ditulis. Bagi negara-negara yg sememangnya otoritarian, monarki tulin, feudal, oligarki, diktator, aristokratik, kuasa politik memang diboloti oleh satu individu atau segelintir aristokrat yg berkongsi kuasa secara sentralisisasi - ini tidak jadi topik perbincanganku. Tetapi hari ini rata-rata negara yg wujud telah mengamalkan konsep demokrasi kecuali negara-negara seperti Arab Saudi, Monaco, Brunei, Qatar, Oman, UAE, Andorra dan Swaziland. Yg pasti, kecuali Swaziland dan Andorra, negara-negara yg disebutkan tadi merupakan antara negara-negara terkaya dan sejahtera di dunia. Ini membuktikan bahawa politik dan kuasa yg diletak di tangan yg bagus secara teori dan secara idealnya akan menghasilkan negara yg bagus.
Dalam ertikata mudah, demokrasi bukanlah segala-galanya. Malah hari ini anda boleh bertemu dgn pelbagai sarjana, diktator, tirani atau otoritarian yg menyarung jersi bertopengkan demokrasi. Israel contohnya menobatkan dirinya juara demokrasi walhal jet pejuangnya tanpa batas mengebom khemah pelarian Palestine di Gaza dan menceroboh wilayah asing atas dokongan AS, "juara demokrasi" dunia...
Justru, sebagai ahli dalam masyarakat atau ummah, pemahaman terhadap konsep sebenar politik dan kuasa adalah amat penting demi menghindarkan kelicikan politik kotor. Pemahaman yg dimaksudkan bukanlah semestinya di tahap memakarinya - memadailah dgn pemahaman yg betul agar tidak ditipu oleh sang pemutarbelit, politikus tak bermaruah dan "profesor-profesor kangkong". Lantas, mentaliti dan budaya malas belajar ilmu-ilmu baru (yg sebenarnya bukan baru..) hendaklah dihindari. Selagi anda malas belajar, selagi itulah anda akan dimangsakan oleh kebuasan konspirator dan manipulator politik mahupun media..
Aku pernah memperkatakan konsep "apolitik" dan "antipolitik". Jadi, disini terdapat tiga konsep yg kelihatan berbeza - tetapi memang punya pengertian yg tersendiri. "Politik" sendiri berbeza dari makna "Sains Politik". Politik merujuk kepada proses atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tadbir-urus sesebuah negara, sesuatu wilayah atau kawasan yg melibatkan proses pembuatan keputusan oleh individu atau sekelompok individu yg punya kesahan otoriti, wewenang atau mandat. Ia juga merujuk kepada usaha perlaksanaan dan pencapaian dasar oleh kerajaan, pemerintah atau otoriti melalui kawalan yg rapi ke atas masyarakat atau negara. Kajian akademik yang hanya memfokus kepada politik semata-mata (dan bukan kpd bidang Sains Politik amnya) kadang-kadang dirujukkan sebagai Politology.
Manakala "Apolitik" pula merujuk kpd situasi atau pendirian atau ideologi yg neutral atau apartik - enggan menyebelahi mana-mana pihak atau bersikap non-partisan. Dlm bahasa radikal, ia merupakan ideologi tidak berminat dan tidak peduli politik - yg melihat "perihal politik" sebagai tidak signifikan.
"Antipolitik" pula menggambarkan sikap yg lebih radikal dari "apolitik". Ia adalah pendirian menolak atau menentang polisi-polisi dan prinsip-prinsip politik tradisional yg wujud dlm negara - yg lazimnya melahirkan gerakan-gerakan politik yg bakal menggoncang kestabilan negara sebagaimana yg berlaku di Latin Amerika dan negara-negara membangun.
"Kuasa" pula bermaksud keupayaan utk mempengaruhi atau menggerakkan sesuatu. Dalam konteks politik, kuasa ialah upaya yg dapat mempengaruhi halatuju dan impak sesuatu politik kpd sistem masyarakat dan negara. Lantas, jika "kuasa" itu jatuh ke tangan yg baik dan bijak, maka, insyaallah, baiklah natijahnya. Dan, jika "kuasa" itu jatuh ke tangan seekor atau segerombolan syaitan, maka celakalah padahnya..
Hatta, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu jika umat itu sendiri malas dan enggan berubah. Masyarakat tidak akan maju kemana-mana jika enggan bangkit berjuang dan malas memajukan diri dalam serba-serbi. Dan, yg paling utama dan paling berbahaya - enggan berkorban demi agama, bangsa dan negara...!