Syahadan, dahulu negara amat prihatin terhadap majoriti dua-pertiga (66.6% atau 148 kerusi). Mengapa? Ini kerana - menurut Perlembagaan, apa saja dasar yg hendak diluluskan oleh Parlimen wajib mencapai skor dua-pertiga undi - barulah lulus. Tapi hari ini kalau anda beroleh 112 kerusi (dari 222 kerusi), anda boleh bentuk kerajaan baru. Tentang dasar - samada lulus atau gagal, itu tolak ketepi. Yg penting, anda sudah berjaya membentuk pemerintahan, jadi PM, menteri atau pecacai-pcacai yg lain. Pangkat anda sudah tinggi, gaji/elaun anda sudah besar, kuasa dan status quo anda amatlah digeruni... Jika anda berhenti dari jadi menteri pun, anda akan dibayar RM200K. Jadi, apa takut? Hatta, itulah yg berlaku...
Sayugia, maka, Muhyiddin bersegeralah menghadap YDP Agong utk mohon restu membentuk pemerintah baru dgn beliau merangkap perdana menterinya. Tapi Agong masih berfikir panjang. Kenapa tidak Mahathir sahaja terus kekal dgn jawatan itu - sebab, tiada masalah pun dgn Mahathir. Beliau cukup sihat, cerdas, tidak nyanyok dan beliau adalah bos besar BERSATU. Lantas baginda segera membuat "survey" akan siapakah yg paling cantik atau paling glamor di Parlimen pada ketika itu utk dijadikan PM. Tidak nyata siapa paling popular pun - lantaran barangkali terlalu ramai yg mencalonkan diri-sendiri sebagai PM...gamaknya? Jadi, terpaksalah kembali pada fakta hitam-putih - iaitu komponen mana paling ramai MPnya. Takdirnya, pada ketika itu PN ada kelebihan beberapa kerusi setelah geng UMNO berbondong-bondong bersekongkol masuk PN. Maka dimasyhurkanlah bahawa PN adalah pemerintah baru negara dan Muhyiddin sebagai "kepala"nya. Terlalu mudah, bukan?
Arakian, maka oleh Muhyiddin. bersegaralah dilantik pacal-pacal yg telah bertungkus-lumus menyokong beliau utk diberi pelbagai jabatan, jawatan dan gelaran sementara menteri-menteri yg lama yg enggan "membai'ah" beliau segera dinyahkan dari sarang masing-masing. Adapun, hari ini sudah ada 32 menteri dan 38 timbalan dalam kocek beliau. Yg tak pernah masuk PRU14 pun diberi jawatan menteri atau timbalan. Hatta, yg terlingkup dalam PRU14 pon diberi jawatan berkenaan. Pokoknya, asalkan mereka sanggup tunduk membai'ah beliau. Senang cerita... Tapi ada pihak mengkritik bahawa jumlah menteri/timbalan seramai itu akan pasti membebankan kewangan negara. Ini kerana gaji dan elaun yg dibayar sebagai upah "bai'ah" bukanlah kecil. Ianya antara RM80K ke RM120K sebulan - belum termasuk elaun2, tuntutan2, gaji MP, gaji senator dan macam-macam imbuhan lagi...
Syahadan, tersebutlah kisah pendamik covid-19 yg sudah menyerang seantero dunia sejak seawal 2019. Sementelah, maka dijadikanlah alasan bahawa DHARURAT perlu diistihar demi mengekang pendamik itu. Pada mulanya Agong tidak setuju lantaran impaknya adalah terlalu besar utk rakyat. Memadailah dgn "total lockdown" - yg cukup efektif utk mengurangkan tularan wabak. Alkisah, sebelum itu, melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN), Muhyiddin berserta kabinet yg sarat dgn pelbagai jenis otak sejukbeku, berkarat, sempit dan separa nyanyuk telah mencipta berbagai konsep "lock-down" (lawan kpd "lock-up"..) seperti PKP, PKPD, PKPP pada membenteras wabak tersebut.
Arakian, dlm keghairahan tersebut, pilihanraya Negeri Sabah pun dilaksanakan - yg menyaksikan pergerakan besar-besaran oleh pelbagai jenis binatang politik dari Semenanjung ke negeri itu. Hasilnya, bangkitlah gelombang kedua covid yg memaksa negara sekali lagi mengistiharkan lock-down. Hasil dari situasi ini telah dieksploitasi dgn baik oleh Muhyiddin utk sekali lagi bermohon supaya Dharurat diistiharkan dgn segera. Adapun ini sesuai dgn senario pemerintahan beliau yg semakin hilang populariti dan terpaksa bergantung hidup melalui "penutupan" Parlimen buat sementara waktu. Dan, itu hanya boleh dilakukan melalui pengistiharan undang-undang Dharurat. Akhirnya endorsemen telah diberi - tanpa mengetahui apakah kesudahannya kpd kebajikan rakyat dan negara...
(...sambungan di BAB 2..)