Ahad, 14 Oktober 2018

ANALISIS PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PORT DICKSON (12 OKT 2018)

Sahibul hikayat, semua sudah tahu kesudahannya. Sebenarnya bukan sekedar kita, tapi satu dunia ingin melihat sejauh mana status quo Anwar Ibrahim sebagai seorang politikus. Ini kerana Anwar, sebagaimana Mahathir, bukan sekadar memiliki watak politik tempatan, malahan watak politik global. Berbanding orang lain (kecuali Mahathir), tidak ramai yg mampu menjengah ke tahap “global players” seperti yg dicapai oleh Putin, Obama,  malahan Kim Jong-un....! Malah tim bolasepak semipro negara yg tercanggih yg kerjanya hanya berlatih sepanjang zaman hingga setengah mati pun tidak pernah mencium bau gelanggang pertandingan dunia. Kita perlu watak seperti itu utk memacu negara sebagai “pemain antarabangsa” yg disegani, jika tidak digeruni... Utk jadi penyandang kuasa VETO, itu adalah terlalu mustahil - kecuali jika memang sudah suratan takdir.



Sebermula, salah satu yg dilihat mampu ke tahap itu ialah Anwar Ibrahim - Insyaallah... Mahathir mungkin sudah terlalu tua utk melakukan sesuatu di peringkat internasional. Lantaran itu, Anwar perlu diberi peluang eksklusif kali kedua utk menyerlahkan bakatnya -  bukan sekadar diperingkat domestik sahaja, tetapi di platform politik dunia yg lebih mencabar, amat trajis dan menggerunkan...

Arakian, PRK PD hanyalah permulaan yg terlalu kecil. Tetapi natijahnya besar. Bagi mereka yg kurang faham politik (khususnya politik antarabangsa), PRK PD sekadar dilihat sedarjat dgn PRK-PRK yg lain. Sebenarnya ia bukan begitu. Ia tidak akan menjadi begitu. Ada suatu “grand strategy” dibelakangnya yg hanya diketahui oleh orang yg terpelajar dlm sains politik, geostrategik atau kajian antarabangsa.


Mungkin tidak ramai yg terfikir bahawa makhluk2 seperti Trump,  Xi Jinping, Vladimir Putin  atau Bashar al-Assad khusyuk memantau PRK itu. Dan, mungkin jugak tidak disedari bahawa makhluk2 CIA, M15, KGB dan MOSSAD turut menghafali biji-butirannya dan menghadam PRK itu hingga ke lubang cacingnya....! Lantaran apa? Lantaran terdapat “watak global” yg dilihat bertanding dlm pilihanraya yg sekecil itu. Watak yg dijangka memikul peranan besar di pentas antarabangsa...!

Alkisah, itu kisah jika dipantau pada renungan geopolitik yg paling amatur. Tapi bila ditelusuri berkecohan yg terbangkit dikalangan “inner circle” para politikus dlm PH itu sendiri pun sudah cukup utk menyerlahkan bahawa masih ramai dikalangan mereka yg takut pada bayang2 sendiri. Adakah ini berpunca dari dosa2 silam yg sukar utk dilumpuhkan dgn semangat & keyakinan baru? Adakah mereka lupa bahawa penentu perjalanan politik sesuatu negara itu adalah di tangan rakyat? Adakah mereka tidak yakin bahawa Allah Taala tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kalau kaum itu sendiri enggan berubah? Dan, adakah mereka berprasangka bahawa kuasa politik itu adalah hak mutlak mereka sebagai politikus?

Hatta, sang politikus hari ini perlu sedar bahawa masyarakat semakin bertambah matang melihat politik. Sang politikus perlu ingat bahawa ini zaman Cyber atau ledakan informasi. Manusia bukan lagi hidup dibawah tempurung atau dalam kepompong. Jika ada dikalangan sang politikus masih bertanggapan seperti itu terhadap masyarakat, berhentilah dari politik. Pi balik kampong tanam ubi kayu. Itulah yg selayaknya bagi sang politikus yg bodoh-sombong, takkabur, enggan mendampingi masyarakat, enggan belajar dari masyarakat & enggan berguru dgn golongan marhaen atau pletoriat yg jauh lebih kompeten & terpelajar berbanding mereka...!

Arakian, yg dibimbangragukan kini ialah kelahiran sang politikus ingusan disinggahsana politik. Ingusan - bukan bererti muda, dewasa atau sudah hampir mati. Walaupun mungkin sudah veteran dlm politik, hingus lapuk dan basi sukar dilupuskan. Hingus2 kronisme, nepotisme, materialisme dan macam2 “isme” lagi  - adalah penyakit yg sukar diubati - berakhir dgn korupsi. Inilah penyakit kalau kuasa menjadi aset peribadi dan para kroni. Penyakit ini hanya mampu diubati dgn iman dan takwa. Kalau sekadar berslogan itu dan ini, penyakit ini tidak akan kemana-mana... Oleh itu, ketentuan kpd politik yg putih-bersih bukan terletak pada ideologi, sebaliknya ia tersandar pada kemurnian iman & takwa.


PRK PD mungkin tercatat sebagai pilihanraya paling demokratik di negara ini kerana seramai 7 makhluk telah mencalonkan dirinya. Dan, dari jumlah itu, 5 calon telah kehilangan deposit masing2, termasuk Isa Samad, mantan MB yg dilihat sebagai “juara kampong”. Terdapat sesetengah penganalisis meragui keupayaan Anwar utk menang lantaran terdapat seramai 13,000 penyokong UMNO di situ yg boleh memilih samaada menyokong Lt Kolonel Nazari Mokhtar atau Isa Samad. Jika itu terjadi, peluang Anwar ialah 50-50 jika bukan kemenangan marginal secara majoriti mudah. Ternyata bahawa para penganalisis ini masih gagal menghargai kematangan rakyat dlm membuat “keputusan politik”. Para penganalisis ini masih terbelenggu dgn ideologi politik partisan yg sempit & ketinggalan zaman.

Akhir kalam, hari ini orang melihat politik sebagai “mandat rakyat”, bukannya “hak individu” atau “partai politik”. Hari ini masyarakat lebih memandang kpd reformasi politik yg lebih meluas, progresif, pragmatik dan menjurus kpd kepentingan agama, bangsa & negara. Masyarakat ingin melupakan kekeparatan & keparahan yg ditinggalkan oleh rejim silam. Zaman ini rakyat benar-benar ingin melihat perubahan besar dlm sosioekonomi dan politik negara disamping menghirup udara baru dlm suasana politik yg diperbaharukan, diperkemaskan & dimurnikan dgn ketakwaan.

PRU 14: PERLUNYA REFORMASI DALAM POLITIK NEGARA

INTRODUKSI (Nota ini telah siap ditulis pada 15 Mac 2016 jam 1520 ptg) Apabila Tanah Melayu dibebaskan oleh penjajah British pada tahun ...