Isnin, 6 Jun 2011

TEORI KONSPIRASI TERUS MENGGANAS

GELOMBANG NEOIMPERIALISME SEMAKIN BUAS

BARAT semakin buas dan rakus. Britain, Peranchis, AS dan NATO telahpun melaksanakan serangan udara keatas LIBYA kelmarin (20 Mac 2011). Tanpa perlu menunggu mandat dan legimitasi PBB. Memang hebat. Dan, sebagai tindakbalasnya, Gaddafi mengistiharkan bahawa resolusi zon larangan terbang ciptaan oleh Majlis Keselamatan PBB telah dilanggar sendiri oleh sekutu-sekutu NATO. Gaddafi juga mengistiharkan bahawa tindakan mereka menyerang Libya ialah tindakan terrorism.

Libya (sebagaimana mana-mana negara didunia) merupakan sebuah wilayah yang berdaulat. Tiada siapapun yang berhak menceroboh kedaulatan orang lain. Apakah asas atau undang-undang manakah yang telah digunakan oleh samseng-samseng dunia itu untuk menggoncangkan kedaulatan negara lain? Pernahkah Libya menyerang atau menceroboh wilayah mereka? Jika tidak pernah, mengapa dan atas legitimasi atau kapasiti apakah mereka berani menjahanamkan negara orang lain?

Neoimperialisme sebagai salah satu skim jangkapanjang zionisme untuk mendominasi seluruh wilayah timur tengah (dan, selepas itu – seluruh rantau lain dimuka bumi) bukan lagi asing kepada kita. Hanya kita sahaja yang terlalu “liat” untuk menerima kenyataan. Lantas, ini memberi peluang mudah untuk sang penjajah menerobosi setiap rongga maruah dan kedaulatan Negara-negara lain. Kita harus mengakui bahawa gelombang neokolonialisme semakin ketara, buas dan biadap!


NATO SEBAGAI ALAT NEOKOLONALISME

SIAPA tidak kenal NATO? Sebelum ini mereka telah menjahanamkan Iraq dan Afghanistan hingga kedua-dua negara ini sukar bangkit. Selepas itu mereka mencari-cari alasan untuk membelasah Iran dan Korea Utara. Mujurlah Korea Utara merupakan sekutu kuat China. Dan Iran memiliki kekuatan-kekuatannya yang tersendiri untuk tidak mudah dimusnahkan seperti jiran-jirannya itu. Dalam banyak hal, AS dan sekutu-sekutu samsengnya perlu berfikir secara mendalam jika mereka mahu menyerang Iran. Iran mempunyai hubungan yang agak rapat dengan China selain hubungan dua-hala dengan Russia. Selain itu, lokasi Iran tidak terlalu jauh dari kedua-dua kuasa besar itu.

Berbeza dengan Libya yang jauh terpencil dari China dan Russia. Pun begitu, kedua-dua negara sosialis ini telahpun menyuarakan kekesalan mereka keatas tindakan samseng-samseng NATO tadi. Cuma, mereka masih belum membantah dan menggunakan kuasa veto untuk membatalkan kecurangan-kecurangan barat terhadap Libya. Tetapi, sekiranya mereka mengambil sikap berkecuali (seperti German), ia pasti akan memburukkan keadaan. Libya pasti terus menjadi mangsa serangan bom, missile-missile kawalan satelit serta senjata-senjata arsenal yang tersimpan dalam stor NATO.

Dengan lumpuhnya PAKATAN WARSAW (Warsaw Pact) pada tahun 1991, maka dunia kini didominasi oleh satu-satunya blok militer, iaitu NATO. Dengan menyaksikan sejumlah 28 keanggotaan (diterajui oleh 3 kuasa veto dunia – AS, Britain dan Peranchis), sukar untuk digambarkan bagaimana untuk menumbangkan dominasi pakatan ini. Dalam situasi hubungan global yang senantiasa tidak menentu, NATO akan terus bermaharajalela dipentas dunia selagi belum ada suatu pakatan baru bangkit untuk mencabar dominasi tersebut.


TIGA PENDEKATAN PENJAJAHAN BENTUK BARU

Barat memiliki 3 model untuk menumbangkan mana-mana negara. Model pertama ialah dengan merangsang orangramai bangun memberontak. Model kedua ialah dengan memaksa pemerintah untuk tunduk akur kepada kehendak rakyat yang bangun memberontak tadi. Model ketiga ialah dengan pencerobohan militer. Setakat ini, mereka lebih cenderung menggunakan model ketiga. Dengan alasan bahawa pemerintah telah mencabul hak asasi rakyat dan menjadi terlalu diktator, maka sudah cukup untuk samseng-samseng dunia ini melaksanakan neoimperialisme mereka tanpa perlu mandat PBB. Itulah yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

PBB memang sudah lama menjadi patung bernyawa kepada golongan neoconservatif dan zionis. Apa sahaja perkara karut yang dicadangkan oleh syaitan-syaitan ini akan dipertimbangkan dengan serius di meja Majlis Keselamatan PBB. Apa sahaja hal yg tidak akan memberi keuntungan kepada ahli-ahli "kelab neoconservatisme dan zionisme dunia" pasti akan dianggap sebagai konspirasi dan sikap terrorism. Ambil contoh: Rejim Israel menceroboh Tebing Barat dan Gaza dianggap sebagai tindakan "cuba mempertahankan diri". Sebaliknya jika masyarakat Palestine melontar batu demi mempertahankan diri dari pencerobohan, itu adalah dianggap sebagai pengganas besar! Dan, malangnya, AS serta sekutu-sekutu barat menyokong padu sebarang tindakan oleh rejim syaitan itu.


PBB SEMAKIN KAKU DAN LUMPUH

MUNGKINKAH PBB akhirnya akan menerima nasib seperti Liga Bangsa-Bangsa? Nampaknya badan dunia itu semakin tumpul dan meracau-racau. Sebagai Setiausaha Agong PBB, Ban Kee Mun hanya pandai bercakap sahaja. Dan kadangkala apa yg dicakapi mungkin tidak pernah dikarangnya sendiri. Sebagai contoh, beliau menganggap Gaddafi hilang legitimasi sebagai penguasa Libya kerana "menyerang" rakyatnya sendiri.

Buku undang-undang apakah yang dibaca oleh orang Korea (yg terdidik di AS) ini? Adakah Ban Kee Mun benar-benar memakari undang-undang antarabangsa atau asas undang-undang itu sendiri? Dimanakah beliau belajar undang-undang? Di Harvard? Di Temple? Dimana? Jika benar beliau seorang yg pakar dalam bidang perundangan, mengapa beliau tidak pernah membantah pencerobohan demi pencerobohan oleh sekutu-sekutu NATO selama ini? Mengapa beliau hanya berdiam diri terhadap kebuasan rejim zionis keatas masyarakat Palestine? Mengapa beliau tidak pernah mengharamkan serangan-serangan AS yang masih berlarutan di Afghanistan dan sempadan Pakistan?

Mungkinkah beliau sudah terlalu korup? Lantas hanya cakap-cakap si zionis dan" neocons" sahaja yang mampu beliau dengar? Nyata dapat dilihat bahawa beliau seorang "berat sebelah" (bias). Beliau cepat bertindak jika pelaku-pelaku terdiri dari negara-negara kecil. Dan, memekakkan telinga (serta membisu) jika pelanggar undang-undang antarabangsa terdiri dari blok barat dan kuasa-kuasa besar.

Kita tidak perlu meletakkan kepercayaan keatas PBB. Kita perlu kembali kepada fundamental. Fundamental bukan bermaksud fanatisme. Tetapi kembali kepada realiti. PBB perlukan penstrukturan semula. Baik dari segi prinsip, falsafah mahupun sistem. Sebagai badan dunia yang terunggul, PBB tidak sepatutnya bersifat talam dua muka: otoritarian keatas Negara-negara lemah/kecil tetapi sujud menyembah kuasa-kuasa besar, Negara-negara maju, yahudi dan bekas-bekas penjajah! PBB seharusnya mengamalkan nilai yang adil, demokratik dan samarata dikalangan anggota-anggotanya. Kuasa veto hendaklah dihapuskan. Hak eksklusif kerusi tetap dalam Majlis Keselamatan (yang kini dikuasai oleh AS, Rusia, Britain, Peranchis dan China) hendaklah dimansuhkan sepenuhnya. Setiap Negara anggota berhak kepada “satu undi”. Dan, tiada satu negarapun berhak kepada “veto”. Istilah “kuasa-kuasa besar” hendaklah dihapuskan. Semua negara adalah setaraf. BUKAN sepertimana yang diamalkan sekarang: berat sebelah, pilih kasih, dominasi, jurang pengaruh, veto dan penjajahan bentuk baru!

Sudah tiba waktu untuk negara-negara modern memikirkan kepada pembentukan sebuah badan dunia yang baru. Ini kerana PBB yang sedia ada semakin lumpuh dan hilang upaya selain menuruti telujuk kuasa hegemoni dan unipolar dunia!


MAHKAMAH KEADILAN/JENAYAH ANTARABANGSA TURUT MENJADI ALAT

MEMANG paling menjahanamkan. Jika sebuah badan kehakiman turut menjadi alat neokolonialisme, apa lagi yang tinggal didunia ini? Kita bukan mahu menuduh. Tetapi jika mahkamah itu sanggup menerima prosiding (oleh pihak ketiga yang langsung tidak ada kena mengena dengan sesuatu kewarganegaraan) untuk membicarakan seorang ketua Negara (atas tuduhan melanggar hak asasi rakyatnya sendiri), apakah maksudnya ini?

International Court of Justice (ICJ) atau Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang berpengkalan di The Hague (Belanda) hanya mempunyai bidangkuasa (yang diberi oleh PBB) untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak antara Negara-negara seperti persempadanan atau sepertinya. ICJ tiada bidangkuasa untuk menangani isu-isu antarabangsa seperti jenayah perang, genosid, jenayah agresi antara Negara dan jenayah terhadap kemanusiaan. Kes-kes seperti ini sepatutnya dilontarkan ke International Criminal Court (ICC) atau Mahkamah Jenayah Antarabangsa (juga berpengkalan di The Hague, Belanda).

Dalam pada itu, ada juga pihak ketiga yang menggunakan platform ICC untuk menyeret pemimpin-pemimpin tertentu dan dijatuhi hukuman. Majlis Keselamatan (contohnya) telah menyeret kes kekejaman di Darfur ke ICC. Ia akan bertimbal balik lantaran ICC (selepas menghakimi sesuatu kes) akan membuat keputusan yang nantinya menjadi mandat untuk Majlis Keselamatan mengambil tindakan “decisive” keatas pemimpin atau negara-negara berkenaan. Terbaru – Gaddafi - turut dipertuduhkan atas dosa “jenayah perang”(walaupun pada hakikatnya beliau sedang membenteras pemberontak-pemberontak militer dalam negaranya sendiri!).

Sebagai agensi yang diwujudkan oleh barat (dan kini diletakkan dibawah PBB), ICC (sebagaimana ICJ) adalah tidak lebih dari skima yang perlu diwujudkan dalam perancangan neoimperialisme yang lebih luas! Walaupun hanya dianggotai oleh 114 negara sahaja, nampaknya ICC tidak terkebelakang dalam menunjukkan lagak dan taringnya kepada dunia.


HUBUNGAN DUNIA BERASASKAN TEORI KONFLIK?

Hubungan dunia sebenarnya berada dalam era yg cukup tidak stabil. Hari ini kita bersahabat baik. Esok sahabat itu bertukar menjadi musuh yg paling ketat. Lusa, kita memperbaiki hubungan diplomatik. Tulat, mereka mengirimkan ledakan peluru berpandu dan segala jenis ledakan NBC. Ada-ada sahaja alasan yg dicipta untuk menukarkan status kita sebagai musuh mereka. Contohnya, indeks-indeks dicipta untuk mendarjatkan sesuatu negara kepada "negara baik" atau "negara despotik". Indek Hak Asasi, Indeks Terrorisme, Indeks Penyeludupan Manusia, Indeks Penyeludupan Dadah, Indeks Korupsi, Indeks Kebebasan Akbar, banyak lagi indeks-indeks yang dengan secara mudah dapat memerangkap sesuatu negara terutamanya negara-negara Dunia Ketiga dan di timur.

Negara kita tidak terkecuali dari "penilaian" ini. Hari ini kita mungkin "negara baik". Esok kita mungkin terjerumus dalam kategori "negara Pengganas" dan bersedialah untuk menerima "penangannya" sekiranya gagal untuk membebaskan diri dari "sangkar maut" itu.

Kita bercakap soal Teori Konspirasi. Ada teori yang terlalu akademik. Ada teori yang terlalu mentah. Tetapi ada teori yg cukup praktikal. Namun, pada akhirnya, pencipta teori itu sendiri yang menjadi konpirator-konspirator terbesar. Itulah yang telah didedahkan oleh AS serta sekutu-sekutunya semalam. Mereka menuduh Gaddafi sebagai pengganas dan pembunuh rakyatnya sendiri. Walaupun pada hakikatnya yang ditentang oleh Gaddafi ialah golongan pemberontak militia yang lengkap bersenjata dan memiliki peluncur roket anti keretalebal serta anti pesawat terbang. Siapakah "supplier" atau pengedar senjata canggih ini? AS? Britain? Belgium? Atau Peranchis? Adakah pemberontak-pemberontak itu cukup mewah hingga mampu untuk memiliki dan melengkapkan arsel militer yang secanggih itu untuk beberapa batalian pemberontak di Libya? Siapakah konspirator-konspirator yang telah membekalkan mereka dengan senjata-senjata hebat ini?


KOLONIALISME TIDAK PERNAH MATI

Siapa kata dunia ini sudah bebas dari penjajahan? Jika kita pernah mendengar kuliah berhubung teori-teori pembangunan, nescaya kita akan terkejut dengan realiti bahawa dunia tidak pernah bebas dari belenggu imperialisme. Kuasa-kuasa barat dan utara tidak pernah terfikir untuk menamatkan dasar imperlialisme masing-masing. Itu merupakan agenda tok-nenek mereka yang tidak akan tamat hingga kiamat!

Demikianlah NEOIMPERIALISME. Barat yang rata-rata merupakan penjajah (dan bekas-bekas penjajah) tidak dapat lekang dari nafsu-serakah mereka sebagai penjajah. Walaupun hubungan dunia dibawah PBB dikatakan berasaskan hasrat yang murni iaitu keamanan, ketenteraman, keadilan dan kesaksamaan, hakikatnya ia bukan begitu. Dunia tidak pernah mengecapi keamanan dan ketenteraman mutlak. Jauh sekali keadilan dan kesaksamaan.

Istilah KUASA-KUASA BESAR sebagai contoh, adalah gambaran atau bukti sebenar betapa dunia ini tidak pernah adil dan saksama. PBB hanyalah sebuah sandiwara yang cuba menenggelamkan realiti ketidakadilan itu. Istilah-istilah politik seperti KUASA PEMBATAL (VETO), kerusi tetap Majlis Keselamatan PBB, Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan dan lain-lain merupakan pelengkap kepada ketidakadilan PBB dan kegagalannya sebagai badan dunia yang mampu memayungi masyarakat dunia khususnya negara-negara kecil dan terkebelakang.

Pengalaman melihat bagaimana Iraq diserang oleh 81 buah persekongkolan negara-negara pada tahun 1991 (Operation Desert Storm ) dan tahun 2004 (Operation Desert Storm II) amat menyayat hati. Begitu juga dengan pencerobohan Afghanistan selepas peristiwa 9/11. AS sebagai Bapak Samseng Dunia (selepas keruntuhan Soviet Union) telah bertindak pada tahap kebuasan yang semahu-mahunya. Tiada siapapun mampu menghalang Bapak Segala Pengganas ini. Kofi Anand (S/U Agong PBB pada era tersebut) hanya mampu terkulat-kulat. Bimbang kalau-kalau nyawa beliau akan melayang jika cuba menghalang. Atau mulut beliau sudah tersumbat padat dengan rasuah besar?


ASTRO: ALAT PROPAGANDA BARAT?

Tepuk dada tanya selera. Adakah ini satu kebetulan? Atau realiti? Penjajahan barat hadir dalam pelbagai bentuk dan dimensi. Tiada siapa yang tahu. Tiada siapapun yang menduga. Tiada siapa akan terfikir. Ini kerana kita terlalu malas untuk berfikir. Kita mudah menyerah, dari memerah otak.

Hari ini ASTRO (Channel 555) kerap mempertayangkan kehebatan segala bentuk persenjataan canggih yang telah digunakan dalam Operation Desert Storm. Ia membabitkan rangkuman segala bentuk peralatan tempur yang ada dalam gudang NATO dan 'AREA 52" di AS termasuk Stealth, self-guided missile artileri yang boleh ditembak pada jarak 250km dari posisi musuh dengan ketepatan pinpoint, Predator UAV, B-1B, JSTARS dan lain-lain. Pembabitan sortie "The Father of All Bombs" yg menyaksikan pengguguran antara 500 - 1,000 atau 30,000 bom sehari (Cuba gambar betapakah kemusnahan yang boleh diterbitkan). Dibantu oleh sistem setalite yang bertaburan di orbit. Pembabitan kapal-kapal Induk dan kapal-kapal selam serta penempatan anggota-anggota elit komando dan marine yang lebih dari mencukupi untuk memusnahkan seluruh dunia Arab dalam masa beberapa minggu. Mungkin beberapa hari. Segalanya ditayangkan oleh ASTRO dan media barat dengan penuh keangkuhan.

HARI INI, bukan sekadar ASTRO: hampir apa-apa sahaja - sudah menjadi alat propaganda oleh pihak barat!


TEORI KONSPIRASI SEBAGAI ALASAN UNTUK MENJAJAH

Maka, marilah kita bertanya. Adakah wajar Libya diserang? Tidak cukupkah serombong minyak di Iraq dan perladangan candu terbesar dunia di Afghanistan? Bagaimana dengan Iran? Apakah dosa Libya? Samseng-samseng dunia meletakkan Libya sebaris dengan Korea Utara, Cuba, Myanmar dan "negara-negara paksi kejahatan" yang lain. Libya sudah lama dicap sebagai negara pengganas oleh barat terutama AS. Dan sudah beberapa kali diserang oleh jet-jet Israel dan NATO silih berganti. Tetapi apakah peranan PBB? Hanya menuding jari kepada Gaddafi sebagai punca segala permaasalahan ini? Dan hadiahnya ialah pencerobohan haram oleh kuasa-kuasa besar barat? Dimana letaknya erti kesaksamaan sejagat dan pemeliharaan hak kedaulatan negara-negara didunia?

Kita harus bersimpati dengan Saddam Hussein dan Iraq. Barat mengecap beliau sebagai diktator dan musuh nombor 1 dunia (barat?). Dari kedudukan sebagai presiden, beliau akhirnya kehilangan segala-galanya. Rakyat Iraq sendiri yang telah membongkar rahsia tempat persembunyian beliau kepada tentera penceroboh. Video youtube sempat merakamkan detik-detik terakhir nasib seorang makhluk yang amat digeruni barat. Beliau sempat mengucap sebanyak dua kali sebelum tali gantung merentap batang tenggoroknya. Insyaallah, beliau mati dalam iman. Sebelum itu beliau dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah (yang dikendalikan oleh puak syiah tajaan barat) atas tuduhan membunuh puak pemisah kurdish bermazhab syiah di sempadan Iraq-Turki.

Hari ini mungkinkah barat akan mencari-cari alasan agar Gaddafi dapat ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung kerana membunuh pemberontak militia yang mereka taja? Dalam ertikata lain, barat akan menggunakan pemberontak sebagai proksi untuk menghapuskan Gaddafi? Sebagaimana yang dilakukan oleh mereka (melalui militia kurdish) untuk menghapuskan Saddam dan meranapkan kedaulatan Iraq hingga hari ini?

Perkara ini terbukti jelas bila Bush Jr mengakui bahawa beliau telah diberikan taklimat yang salah oleh Pentagon dan CIA. Beliau telah bertindak keatas Afghanistan dan Iraq berlandaskan maklumat yang kabur. Malangnya nasi sudah lama menjadi bubur. Bubur pula sudah lama menjadi najis. Dan Bush (samaada Sr or Jr), kedua-dua anak-beranak ini sepatutnya sudah lama dibicarakan dan dihukum bunuh kerana jenayah perang yang mereka cipta selain dari membawa 81 buah negara terbabit dalam jenayah kemanusiaan yang paling besar selepas Perang Dunia Kedua. Hari ini kedua-dua bapak dan anak (yg merupakan penjenayah dan tokoh pengganas dunia) ini masih bebas dan dimertabatkan sebagai Stateman oleh negara tunggangan yahudi itu.

PBB sebagai satu-satunya badan utama dunia sepatutnya bertindak berasaskan carta-carta yang tertulis dalam piagam besarnya itu. Tetapi nampaknya PBB semakin kehilangan wibawa. "Double Standard" adalah cukup ketara dalam badan itu. Diburukkan lagi ideologi-ideologi regionalisme, kokus-kokus ekonomi, 'grouping' seperti EU, G7, G20, NATO, tingkahlaku IMF dan lain-lain, PBB semakin layu dalam gengaman dan drama konspirasi barat. Bukan sekadar sudah kehilangan taringnya, malahan hampir keseluruhan giginya sudah rongak dan hanya meninggalkan gusi yang tua dan lebam. Bagaimana PBB mampu bertindak sebagai sebuah badan dunia yang relevan dan unggul? Mungkin masyarakat dunia harus mula memikirkan untuk menubuh sebuah badan dunia yang baru bagi menggantikan atau menyaingi PBB. Ini kerana sudah terlalu banyak kegagalan direkodkan oleh badan dunia itu.

Masyarakat antarabangsa perlu benar-benar sedar dan insaf. Keamanan dan keadilan sejagat merupakan hak asasi setiap penghuni didunia ini. Tidak kira apa bangsa, warna kulit, agama, ideologi dan kewarganegaraan. Dalam Surah Al Hujurat Ayat 13, Allah Taala telah menegaskan bahawa kita semua berasal dari dua tubuh yang sama iaitu Adam dan Hawa. Dijadikan berbangsa-bangsa agar kita saling kenal-mengenal dan menjalinkan ukhuwah yang kukuh sebagai juraian anak-anak Adam. Dan darjat seseorang itu akan ditetapkan berasaskan nilai ketakwaan masing-masing.

Itulah hakikatnya. Bukan sebagaimana yang terjadi sekarang. Manusia menjadi terlalu perkauman. Zionisme dan Neocons merupakan fahaman perkauman yang melampaui batas-batas logik. Akibatnya mereka menjadi terlalu kufur dan membangkang kepada peringatan Allah Taala dengan sehabis-habis bangkangan. Dan PBB adalah kaldai yang menjadi tunggangan mereka kearah merealisasi cita-cita zionisme antarabangsa itu.

Demikianlah hakikatnya. AS, Britain, Peranchis, NATO, Belanda, Israel. Ramai lagi. Mereka ini tidak lebih dari golongan jahiliah modern yang bertujuan bukan sekadar untuk mengoyak-rabakkan uratnadi wilayah-wilayah yang wujud umat Islam didalamnya. Bukan juga sekadar untuk merampas sumber-sumber minyak, gas asli, candu mentah dan lain-lain. Yang paling utama ialah untuk mencabut akar umbi aqidah yang wujud dalam diri setiap manusia Muslim didunia ini. Hakikatnya, mereka bukan sekadar konspirator, samseng, pengganas atau terroris. Mereka ini adalah syaitan dalam bentuk manusia - yang cuba bersembunyi disebalik Teori Konspirasi yang mereka cipta. Mereka mahu umat Muslim menjadi kafir dan menyembah mereka.


KESIMPULAN

Oleh itu umat Islam wajib bangkit memperkukuhkan pendirian dan bersiap-sedia dengan segala kekuatan saintifik, teknologi, taktikal, unsur-unsur tangible dan intangible yang digembling demi memulih dan membina kembali kekuatan ummah yang semakin longlai. Kita mesti berdiri tegak dengan kegagahan mental dan fizikal. Kita wajib membenteras kezaliman serta ketidakadilan yang sudah melampaui batas pada hari ini. Tetapi hendaklah dengan perancangan dan langkah yg cukup bijaksana. Bukan dengan hipokrasi dan korupsi. Bukan dengan kebodohan dan ketololan.

Sebagai langkah permulaan, umat Islam (termasuklah semua negara-negara Islam) hendaklah MEMULAUKAN semua barangan keluaran barat khususnya dari negara-negara sekutu NATO (sebanyak 28 negara kesemuanya) dan yahudi. Langkah kedua, JANGAN MELABUR dan MENYIMPAN dinegara-negara tersebut. Melaburlah dinegara-negara Islam atau negara-negara yang bersimpati kepada Islam. Langkah ketiga, JANGAN melancung dan MEMBAZIRKAN WANG kesana, kecuali untuk mendapatkan ilmu/maklumat yg bernilai geopolitik dan geostrategik. Keempat, perkukuhkan ukhuwah Islamiah dalam ikatan satu dunia Islam yang lebih luas dgn mengambilkira faktor kesepaduan ummah sebagai asas kekuatan strategik. JANGAN ASYIK dengan berkelahi dan berkonfrontasi antara satu sama lain! Kelima, patuhilah peringatan Allah Taala dalam Surah Al Baqarah berhubung pembinaan kekuatan militer demi menggerunkan musuh kamu dan musuh Allah!

PRU 14: PERLUNYA REFORMASI DALAM POLITIK NEGARA

INTRODUKSI (Nota ini telah siap ditulis pada 15 Mac 2016 jam 1520 ptg) Apabila Tanah Melayu dibebaskan oleh penjajah British pada tahun ...