Khamis, 18 Julai 2019

KUASA DAN POLITIK

Al-kisah. Bagi golongan "layman" yg belum pernah hadir kuliah atau tutorial sains politik walau sekedar 44 hari, mereka akan kabur pada mendefinasikan konsep politik dan kuasa. Mereka akan menyimpulkan politik sebagai kuasa dan kuasa sebagai politik. Pun begitu, tidak bersalahan, walaupun kurang tepat. Bezanya bergantung pada cara ia dilihat. Jika dilihat melalui pendekatan mikro, jawabannya lain. Kalau diperhati melalui pendekatan makro, lain pula dampaknya. Tetapi jika direnung melalui pendekatan ilmu - lain pula hujah-hujahnya - bergantung pada "apa jenis" ilmu yg dikuasai itu...


Sebab itu polemik politik dan kuasa tidak akan berkesudahan. Ditambah pula dgn sifat manusia yg terlalu pelahap, buas dan rakus kepada kepentingan duniawi. Maka segalanya akan bergantung pada sejauh mana kepentingan individu terhadap sesuatu dan sedalam mana keikhlasan beliau pada mempertahankan kemurnian ilmu. Tetapi masyarakat hari ini jarang terlepas dari sikap buas terhadap keduniaan dan materialisme - samaada beliau seorang pecacai terbodoh kelas paling bawah atau brahma terbijak kasta paling tinggi...


Politik dan kuasa adalah ibarat isi dengan kuku. Tanpa salah-satunya, ia tidak akan sempurna - tidak akan menjadi apa-apa. Ia akan berada dalam situasi "dormant", "stagnant", sebagaimana virus yg disejukbekukan atau proton-neutron yg diasingkan. Tetapi apabila dipersatukan - ibarat api yg sedia membakar atau kuasa nukliar yg diaktifkan - bersedialah utk merasakan bahang atau impak ledakannya... Hanya tangan yg bijaksana dan cendekiawan sahaja mampu memegangnya dgn selamat - sekurang-kurangnya utk diri-sendiri kalau bukan utk orang lain - lantaran perpatah: "..power is corrupt. Absolute power will corrupt absolutely.." ...


Ada kebenarannya. Contoh: Firaun. Bila diberikan kuasa politik Firaun mengistiharkan dirinya tuhan. Hari ini contoh terlalu banyak. Donald Trump diberi kuasa - lalu tanpa berlengah lagi terus berkonfrantasi dgn China, Rusia, Iran dan mengancam negara-negara kecil di timur dan selatan. Begitu Najib Razak. Bila dilantik jadi PM, maka tanpa membuang waktu beliau memproklamasi pelbagai dasar sosial yg sebenarnya tidak sesuai utk negara hingga beliau perlu dihapuskan dari takhta pemerintahan. Ini sekedar contoh mudah jika anda malas membaca buku sejarah politik..

Jika politik banyak menumpahkan darah, ianya berpunca dari sikap manusia yg terlalu gilakan kuasa tanpa batasan. Sebagai contoh - perang dunia ke-2 telah mengorbankan antara 21-25.5 juta askar dan 70-80 juta orang awam - purata 100 juta - gara-gara pimpinan syaitan-syaitan politik yg sesat, otoritarian dan tirani, juga gara-gara utk menobatkan sebuah negara Zionist-iblis yg bernama Israel di peta dunia. Malangnya, hari ini syaitan-syaitan masih terus mendominasi dan memerintah dunia melalui PBB, Bank Dunia, IMF dan pelbagai agensi lagi.


Lantas - lantaran itu kuasa politik jangan diperlekehkan. Masyarakat, baik di kasta mana sekalipun, perlu "peduli politik" dan berikhtiar utk belajar dan faham asas-asas politik. Bukan utk jadi politikus - tetapi utk pastikan anda tidak diperhambakan atau dipijak-pijak oleh binatang atau syaitan politik.

Hari ini ramai yg memandang politik melalui kacamata kesesatan. Mereka melihat politik sebagai "peluang besar" utk jadi "orang besar". Politik dilihat sebagai landasan utk membolot kuasa, otoriti, wewenang. Dan, dari kekuasaan yg digenggam, mereka dapat memerah kekayaan, keberuntungan, kemewahan, darjat kebesaran dan lain-lain secara maksimum. Dari kuasa politik yg digenggam, mereka akan merealisasikan mimpi-mimpi indah yg selama ini jadi igauan di siang hari. Demikianlah sesatnya jika orang yg tidak memiliki ilmu, akhlak, iman dan peribadi yg murni diberikan mandat politik. Namun, yg menghairankan, makhluk-makhluk hina, pelahap dan buruklah yg kerap menjadi dokongan masyarakat. Jadi, siapa yg bersalah? Sang politikus terlaknat atau hamba rakyat yg dunggu, penakut, pengecut dan enggan menggunakan otak utk berfikir...?


Apabila masyarakat keliru dgn takrifan sebenar politik dan kuasa, maka para penyangak dan broker-broker politik akan menyerbu peluang mengambil-alih atau merampas "mandat" yg tadinya jadi "ketentuan rakyat" dan segera mewujudkan "pemerintahan" menurut definasi, falsafah dan acuan mereka. Itulah yg kerap terjadi dlm senario demokrasi hari ini. 

Aku membataskan percakapan dlm konteks demokrasi agar memudahkan pembaca memahami perspektif yg ditulis. Bagi negara-negara yg sememangnya otoritarian, monarki tulin, feudal, oligarki, diktator, aristokratik, kuasa politik memang diboloti oleh satu individu atau segelintir aristokrat yg berkongsi kuasa secara sentralisisasi - ini tidak jadi topik perbincanganku. Tetapi hari ini rata-rata negara yg wujud telah mengamalkan konsep demokrasi kecuali negara-negara seperti Arab Saudi, Monaco, Brunei, Qatar, Oman, UAE, Andorra dan Swaziland. Yg pasti, kecuali Swaziland dan Andorra, negara-negara yg disebutkan tadi merupakan antara negara-negara terkaya dan sejahtera di dunia. Ini membuktikan bahawa politik dan kuasa yg diletak di tangan yg bagus secara teori dan secara idealnya akan menghasilkan negara yg bagus.


Dalam ertikata mudah, demokrasi bukanlah segala-galanya. Malah hari ini anda boleh bertemu dgn pelbagai sarjana, diktator, tirani atau otoritarian yg menyarung jersi bertopengkan demokrasi. Israel contohnya menobatkan dirinya juara demokrasi walhal jet pejuangnya tanpa batas mengebom khemah pelarian Palestine di Gaza dan menceroboh wilayah asing atas dokongan AS, "juara demokrasi" dunia...


Justru, sebagai ahli dalam masyarakat atau ummah, pemahaman terhadap konsep sebenar politik dan kuasa adalah amat penting demi menghindarkan kelicikan politik kotor. Pemahaman yg dimaksudkan bukanlah semestinya di tahap memakarinya - memadailah dgn pemahaman yg betul agar tidak ditipu oleh sang pemutarbelit, politikus tak bermaruah dan "profesor-profesor kangkong". Lantas, mentaliti dan budaya malas belajar ilmu-ilmu baru (yg sebenarnya bukan baru..) hendaklah dihindari. Selagi anda malas belajar, selagi itulah anda akan dimangsakan oleh kebuasan konspirator dan manipulator politik mahupun media..

Aku pernah memperkatakan konsep "apolitik" dan "antipolitik". Jadi, disini terdapat tiga konsep yg kelihatan berbeza - tetapi memang punya pengertian yg tersendiri. "Politik" sendiri berbeza dari makna "Sains Politik". Politik merujuk kepada proses atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tadbir-urus sesebuah negara, sesuatu wilayah atau kawasan yg melibatkan proses pembuatan keputusan oleh individu atau sekelompok individu yg punya kesahan otoriti, wewenang atau mandat. Ia juga merujuk kepada usaha perlaksanaan dan pencapaian dasar oleh kerajaan, pemerintah atau otoriti melalui kawalan yg rapi ke atas masyarakat atau negara. Kajian akademik yang hanya memfokus kepada politik semata-mata (dan bukan kpd bidang Sains Politik amnya) kadang-kadang dirujukkan sebagai Politology.


Manakala "Apolitik" pula merujuk kpd situasi atau pendirian atau ideologi yg neutral atau apartik - enggan menyebelahi mana-mana pihak atau bersikap non-partisan. Dlm bahasa radikal, ia merupakan ideologi tidak berminat dan tidak peduli politik - yg melihat "perihal politik" sebagai tidak signifikan.

"Antipolitik" pula menggambarkan sikap yg lebih radikal dari "apolitik". Ia adalah pendirian menolak atau menentang polisi-polisi dan prinsip-prinsip politik tradisional yg wujud dlm negara - yg lazimnya melahirkan gerakan-gerakan politik yg bakal menggoncang kestabilan negara sebagaimana yg berlaku di Latin Amerika dan negara-negara membangun. 

"Kuasa" pula bermaksud keupayaan utk mempengaruhi atau menggerakkan sesuatu. Dalam konteks politik, kuasa ialah upaya yg dapat mempengaruhi halatuju dan impak sesuatu politik kpd sistem masyarakat dan negara. Lantas, jika "kuasa" itu jatuh ke tangan yg baik dan bijak, maka, insyaallah, baiklah natijahnya. Dan, jika "kuasa" itu jatuh ke tangan seekor atau segerombolan syaitan, maka celakalah padahnya..


Hatta, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu jika umat itu sendiri malas dan enggan berubah. Masyarakat tidak akan maju kemana-mana jika enggan bangkit berjuang dan malas memajukan diri dalam serba-serbi. Dan, yg paling utama dan paling berbahaya - enggan berkorban demi agama, bangsa dan negara...!

Ahad, 7 Julai 2019

ANTIPOLITIK: IDEOLOGI ATAU KESONGSANGAN SIKAP?



RAMAI yg “jump to conclusion” atau terus membuat kesimpulan gampang bila disebut perkataan “ANTIPOLITIK”. Apakah definasi atau maksud sebenar perkataan ini? Adakah ia suatu KONSEP atau sekadar suatu perkataan atau eceran kosong seperti perkataan-perkataan lain yg lazim digunakan orang? Atau, ia menggambarkan sikap “terrorizing” ciptaan barat? Satu lagi, apa penting sangat dgn perkataan ini? Apa kesannya, terutama utk masyarakat seperti di timur khususnya dinegara ini?

Adakah istilah “antipolitik” boleh disamakan dgn rusuhan, demonstrasi, terorisme atau apa2 yg seangkatan dengannya? Atau, ia tidak lebih dari istilah popular yg digunapakai oleh penguasa2 politik di timur dan di barat utk “membelasah” masyarakat awam yg memiliki sikap “anti-establishment” atau “anti-pemerintah”…? 

Politik anti-politik (atau antipolitics) adalah satu bentuk penglibatan dalam politik melalui cara-cara bukan politik. Ia memberi tumpuan kepada aktiviti sosial dalam masyarakat dan kelakuan moral seseorang bukan pada secara langsungnya menjejaskan dasar2 pemerintah atau asas2 negara. Pada peringkat kumpulan, antipolitics menyediakan strategi untuk memupuk aktiviti sosial yg bebas dan lebih mendaulatkan kebebasan masyarakat dalam senario politik yg autoritatif sifatnya.

Pada peringkat individu, antipolitics adalah satu kaedah untuk kehidupan rohani di bawah syarat-syarat paksaan politik dan untuk menegaskan kebebasan seseorang dalam realiti politik yang menolak autonomi individu dan kebebasan berfikir.

Teori asas disebalik “antipolitics” ialah meninjau bagaimana antipolitics berjaya untuk berhadapan dengan amalan autokratik tanpa mengisytiharkan perang secara de facto ke atas rejim autoritarian dan apa preskripsi yg boleh ditawarkan untuk membolehkan individu untuk menuntut semula autonomi dan maruah mereka sebagai seorang warga yg sah & memiliki hak. 

Anda boleh mendalami konsep ini dgn membaca teks2 yg menganalisis asal usul awal politik “antipolitik” klasik (oleh Epictetus, Thomas More), konsep baru dalam teori politik modern (Étienne de La Boétie, John Locke,) serta prinsip-prinsip antipolitics dalam pemikiran politik kontemporari (Vaclav Havel, Adam Michnik0. Antara topik-topik menarik ialah sumber kuasa politik, makna kebebasan, dilema pertembungan politik, konsep masyarakat sivil, paradoks pemikiran antipolitik, dan keberkesanan cadangan2 antipolitik.

Antipolitik kini dilihat sebagai suatu konsep penting dalam masyarakat. Contohnya, walaupun tanpa kekerasan massa dan gerakan2 militer, antipolitics telah dilihat sebagai antara faktor utama yang membawa kepada berakhirnya belenggu komunisme di Eropah Timur dua dekad lalu. Ia juga sudah bermula dinegara-negara lain yg kerap terjebak dalam amalan pemerintahan secara otokrasi walaupun menggelarkan diri mereka demokrasi. Dalam ertikata mudah, politik “Antipolitik” boleh dilihat sebagai menghasilkan keputusan yang praktikal yang memang tidak dijangkakan.


ANTARA LGBTQ DAN POLITIK




Sahibul-hikayat, ini hanya pendapatanku. Kalau orang lain ada pendapatan masing2, itu memang hak mereka. Apabila merenung kebelakang berkaitan LGBT (=LGBTQ) ia adalah gejala purba. Terlalu purba sejak zaman Nabi Lut a.s. lagi. Jadi, ia bukan ideologi pasca-modernisme atau ne0-liberalisme atau neo-darwinise. Dalam lingkaran sejarah era Nabi Lut, ia bukan sekedar gejala sosial. Malah ia telah menjadi alat politik. Jadi, tiada bezanya dgn hari ini. Orang akan jadikan LGBTQ sebagai senjata politik.

Di barat dan dinegara-negara maju umpamanya, ada saja makhluk2 LGBTQ jadi menteri, senator, ahli parlimen atau wakil rakyat. UK, US, Australia, Peranchis, Belanda... Bagi barat, semua orang ada ‘hak’ jadi menteri, pemimpin besar atau ‘wakil rakyat’ walaupun mereka ‘LGBT’ tegar. Dan, syaitan2 inilah sebenarnya nanti akan memperjuangkan ‘hak LGBT’ dlm konteks perlembagaan negara. Syaitan2 inilah yg bakal meluluskan undang2 ‘jantan Kawin jantan’ dan ‘betina Kawin betina’... Syaitan2 ini menghalalkan manusia Kawin binatang dan binatang Kawin manusia... Syaitan2 inilah juga yg akan menyanggah dan ‘menyerang’ negara lain yg tidak ‘mesra-LGBT...’

Dlm ertikata mudah, bila LGBT jadi politikus, samalah maknanya dgn ‘iblis’ atau ‘syaitan’ menjelma secara fizikal utk jadi politikus & pemimpin masyarakat... Sama darjatnya dgn makhluk zaman Nabi Lut. Malah, mungkin lebih berbahaya dari itu - lantaran umat Nabi Lut cuma cenderung dlm homoseksualisme atau lesbianisme sahaja. Tetapi LGBT adalah melampaui dari itu. Mereka ‘sapu’ segala-galanya - baik jantan atau betina atau binatang sekalipun....tiada batasan. Bak perpatah - membujur lalu melintang patah.... Demikianlah laknatnya ideologi LGBT... - yg juga merupakan ‘cabang’ dari ideologi Lucifer-Iluminati almasih Dajjal dlm jaringan besar Zionisme...

Jika LGBT berkembang-biak di barat dan negara2 maju, itu memang ciri2 negara liberal sekular. Tetapi jika LGBT mengetuk gerbang masyarakat anda serta masyarakat Muslim lainnya, itu tidak dapat diterima. Dan, ia tidak akan diterimapakai hingga kiamat...walaupun anda perlu ‘berperang’ lantarannya. ITU SUDAH JELAS. Jgn sampa jadi ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’ - kerana ‘pontianak’ akan mentertawakan anda & kita semua...! Bangkit, dan perangilah LGBT sebelum segalanya jadi terlambat...

Hari ini anda tidak pasti bagaimana LGBTQ boleh muncul dlm masyarakat anda. Adakah salah ibu yg mengandung atau bapak yg berperangai seperti pelesit? Atau kalangan ahli keluarga yg satanic? Atau guru2 dan pensyarah yg berperangai seperti iblis? Atau sistem pendidikan yg kucar-kacir bercelaru? Atau sang menteri yg terlalu bodoh, kalut dan kufur? Dan, hari ini, berlindung dibelakang ‘Seksualiti Merdeka’, SUARAM, PT Foundation, EMPOWER, Malaysian Bar, Sisters in Islam, Amnesty International dan banyak lagi NGOs, LGBTQ menjadikan ‘hak asasi manusia’ sebagai platform perjuangan dan gerakan mereka - samada diperingkat domestik atau global - hinggakan aktor George Clooney (seorang ateist) pun dgn angkuh ‘memberi amaran’ kpd Brunei, Malaysia dan Indonesia walaupun isteri terbaru beliau (Amal Alamuddin - 2014) seorang druze yg dikaitkan dgn Islam sunni....

Hatta, bila menelosori kedalam sarang masyarakat, apakah kesudahan jika anda terlalu ‘mesra-alam’, pro atau langsung tidak ambil pusing terhadap LGBTQ? Atas dasar ‘keadilan’, ‘kemanusiaan’, ‘hak asasi’ dan entah apa lagi slogan yg ingin diketengahkan....? Tapi, yg jadi persoalan ialah - wajarkah anda membiarkan partai2 politik dicemari LGBTQ? Kes terbaru yg membabitkan sebuah partai politik di Sarawak umpamanya - amat memperlekehkan nilai politik dalam negara. Nilai sebuah politik adalah terlalu murni utk dicemarkan - lantaran politik ialah cabang dari tanggungjawab sosial dan kehidupan beragama. Jadi, jika orang2 LGBT dibenarkan menyelinap masuk ke dalam badan induk partai2 politik, kelak nilai politik kita akan berguguran seperti bangkai yg tewas sebelum berjuang. Nilai politik kita akan sama seperti di negara2 pendokong LGBTQ, atau mungkin lebih bangsat dari itu...!

Sebagai langkah drastik, LGBTQ hendaklah dihindarkan dari politik - demi kemaslahatan masyarakat, ummah dan negara. Tiada jalan singkat. Dan, yg paling mustahak sekali - rumahtangga sebagai ‘kilang manusia’ hendaklah mengeluarkan ‘manusia non-LGBTQ’...! Jgn cuba mencipta alasan. Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan bahawa seseorang bayi itu dilahirkan ‘FITRAH’ (...Muslim, suci, murni, indah...) tetapi ibu & bapaknyalah yg ‘mencorakkan’ bayi itu menjadi seorang yahudi, nasrani atau majusi.... Izinkan aku menambah pendapatanku: ibu & bapaklah juga yg telah menjadikan bayi itu LGBTQ....! Ini kerana ibubapak adalah ‘murabbi’, guru, pengajar, profesor, profesor emeritus, profesor diraja, ‘arkitek’, designer atau ‘pembentuk’ utama anak2...samaada menjadi ‘orang’ atau ‘binatang’..... Wallahualam...

Selasa, 6 November 2018

NILAI KERAKYATAN JUS SOLI

Kegagalan para sarjana sejarah dan sains politik mentafsir konteks MELAYU sebagai TUAN TANAH bagi Semenanjung Melayu serta masyarakat di Borneo Utara telah menyebabkan istilah JUS SOLI (disebut JUS SOLAI) diketepikan dlm sistem kenegaraan hari ini. Rata2 masyarakat (terutama generasi X dan Y yg jadi warga dominan hari ini) kian lupa akan hakikat ranting serta akar yg menjulur keluar dari bumi pusaka Melayu ini.



Kegagalan cerdikpandai sejarah politik meletakkan fakta sebenar ditempatnya (lantaran terlalu pahit utk dikunyah oleh pembela2 ideologi pluralisme dan rasisme) telah menyebabkan buku2 teks sejarah negara hanya menerbitkan perkabaran kabur  yg akhirnya menebalkan lagi kejahilan msyarakat terhadap realiti sejarah serta “kesedaran perkauman”.....
Hari ini tidak ramai yg faham makna “Jus soli”. Barangkali mereka akan menyamakan istilah besar ini dgn jus tomato, jus lidah buaya, jus asam limau, jus durian belanda & pelbagai jenis jus yg bersepah-sepah di pasaran. Barangkali mereka fikir ini tidak lain adalah satu konsep terbaru yg coba dikomersialkan oleh pakar bahasa. Barangkali mereka fikir ini adalah saki-baki dari istilah2 bahasa “baku” yg pernah menjadi topik panas sewaktu Anwar jadi Menteri Pendidikan suatu waktu dahulu. Demikianlah alkisah.... Hatta, jadi, “...who cares what the hell was it...??!!”
Agak sukar disimpulkan. Bagi golongan yg menolak konsep ini - adakah mereka itu merupakan masyarakat massa biasa yg tidak arif politik dan sejarah? Atau - mereka merupakan kelompok penggerak primodialisme yg menjadikan keuntungan politik sebagai matlamat mereka? Bagi golongan primordialist, etnik tertanam dalam sifat biologi yang diwarisi, sejarah panjang perbezaan budaya, atau keduanya. Identiti etnik dilihat sebagai unik yg dipertahankan dan sebagai faktor eksistensial yang mendefinisikan identifikasi diri dan identiti individu.



Kombinasi identiti etnik dan nasionalisme etnik adalah alat yang berkuasa untuk melibatkan kelompok dalam perjuangan politik mereka. Perpecahan etnik dan konflik etnik adalah fenomena yg dianggap sebagai wujud dlm masyarakat berbilang kaum. Fokus primordialist ialah kpd pengekalan identiti. Oleh itu mereka GAGAL utk mengiktiraf wujudnya keperluan atau ciri2 variasi dalam pembentukan kumpulan etnik samaada yg relatif jangkapendek atau jangkapanjang, yg kuat dan padu dengan akar biologi dan sejarah.
 Saya percaya anda akan sukar memahami huraian pendek ini jika anda tidak belajar Sains Politik secara serius... Tetapi permasaalahan hari ini menuntut lebih dari hanya belajar secara teori semata-mata. Bukan semua teori berakhir dgn realiti. Sebagaimana yg berlaku dlm dunia hari ini, demokrasi tidak pernah wujud sebagai demokrasi IDEAL TYPE (jenis unggul). Demikian juga komunisme atau lain2 jenis ideologi - kesemuanya telah dimodifikasikan oleh sang pemerintah di sesuatu negara.
Hari in perbahasan berhubung sistem pendidikan vernakular (atau berasaskan kaum) yg juga disebut sebagai majmuk, dualisme atau pluralisme masih tidak selesai. Pendidikan vernakular yg sudahpun wujud sebelum merdeka ini adalah warisan penjajah dlm usahanya mengekalkan dasar “Pecah & Perintah” (Divide and Rule). Hari ini “dasar” ini diplagiat oleh Amerika pada merealisasi polisi imperialisme dan hegemoni keatas Iraq, Libya, Afghanistan dan beberapa negara lain.. Ini kerana Iraq dan Libya menjamin bekalan minyak mentah yg bersinambungan dan Afghanistan pula menjamin bekalan candu mentah yg termurah bagi Amerika dan sekutu2nya..


Dan, bagi negara ini, mengapa bangsa bukan-Melayu terlalu gencar mendabik dada bila ada cadangan utk menghapuskan sistem vernakular? Bukankah cadangan itu amat baik pada mengukuhkan perpaduan kaum? Adakah mereka tidak suka pada idea integrasi nasional yg diwarwarkan lewat Rukunegara yg tercipta hasil dari Tragedi 13 Mei 1969? Mengapa terlalu cepat melupakan sejarah yg telah meragut ratusan (mungkin ribuan) nyawa dlm waktu tak sampai 72 jam itu?
Jika ditakdirkan krisis itu berpanjangan selama 720 jam sahaja, nescaya lanskap sejarah negara ini mungkin berbeza 360 darjah dari apa yg terjadi sekarang. Jika itu terjadi, mungkin hari ini KETUANAN MELAYU itu benar2 dihormati, benar2 di TAMPUKnya dan sebarang “HAK” orang2 Melayu itu tidak akan berani dipersoalkan oleh sesiapa. Demikian juga dgn HAK masyarakat ISLAM utk mewujudkan sebuah negara yg benar2 berpandukan Al Quran tiada siapa berani perolok-olok & memperlekehkan...!!!
Malang sungguh. Tragedi 13 Mei hanya berlangsung tidak sampai 3 hari. Dan, hari2 yg selanjutnya kaum yg pengecut cepat menghilangkan diri disebalik situasi “perintah berkurung”. Jika ditakdirkan perintah berkurung & dharurat lambat diistiharkan, Sungai Gombak dan Sungai Kelang akan menyaksikan beribu-ribu bangkai manusia yg terbunuh atas dasar assabiah yg paling fanatik dan ekstrim dlm sejarah Malaya modern. Ibukota Kuala Lumpur, Ipoh dan Penang akan ddominasi sepenuhnya oleh profesional yg berkulit sawo matang dan beragama Islam....bukan sebagaimana sekarang...!
Ada yg menyoal - mengapa Malaysia wujud sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk? Jawabannya amat mudah. Baca buku sejarah. Atau tanya tok-nenek di hujung kampong. Ataupun, tanya pada “profesor2 bukan-kangkong”. Memang sulit utk mendalami riwayat negara ini. Ini kerana tidak ramai yg berminat terhadap matapelajaran Sejarah. Jikapun mereka baca sejarah, itu sekedar utk lulus periksa. Selesai peperiksaan, buku2 sejarah itu akan dibuang dlm tong “recycleable waste”. Bukankah begitu...? Ilmu2 sejarah yg dipelajari itu tidak lebih seperti “masuk telinga kanan keluar telinga kiri..”.....!??! Sebab itu, golongan primodialist yg menjadi raja perkauman terus memanipulasi pemikiran masyarakat menerusi segala bentuk wadah media dan macam2 platform lagi....
Hari ini, bersembunyi disebalik tabir  Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), pejuang primodialist yg cukup perkauman ini sedang cuba utk menggegarkan tiangseri Perlembagaan Negara - iaitu tidak lain dari hak2 Melayu dan bumiputra, status quo Melayu dan status quo Islam sebagai agama rasmi negara ini.


Jika ditakdirkan ada dikalangan bangsa Melayu turut bersekongkol dlm perjuangan tersebut, itu bererti nasib Melayu kian berada di hujung tanduk dan hanya menantikan waktu utk rebah ke bumi. Dan, anda perlu sedar, jika Melayu tumpas dlm gelombang politik negara, itu bererti Islam akan turut lenyap dari negara ini. Jika itu berlaku, seluruh ummah akan menanggung dosa paling besar - lantaran enggan berjuang fisabilillah demi menegakkan Islam di NEGARA ISLAM ini...!
Maka. sedarlah wahai rakan2... Kerakyatan JUS SOLI adalah “kontrak sosial” yg hanya “dipinjamkan” kpd kaum2 yg datang dari benua2 masing2... Mereka sudahpun ada negara asalnya sendiri. Bukan seperti kita. Tok-nenek kita memang lahir bertumpah-darah disini sejak dari jenerasi yg lampau. Golongan pendatang itu ada kampong-halaman masing2 di negara masing2. Tetapi kita - kita memang BERASAL-USUL dari bumi Melayu  dan Alam Melayu. Dan, kita ditakdirkan beragama Islam, dan, Insyaallah, hidup dan mati sebagai Muslim mukmin. Oleh itu, jangan sekali-kali kita berlembut dan menonjolkan kelemahan tunduk & akur kpd kehendak2 yg bakal melenyapkan kekuatan ummah...!
Sesungguhnya kerakyatan JUS SOLI adalah simbol pengorbanan umat Melayu utk memberi secebis pengiktirafan & kesanggupan berkongsi hidup dgn membenarkan kaum pendatang hidup sebagai warganegara melalui “pendaftaran”. Ini merupakan suatu keputusan “gila’ – yg dilihat sebagai “wajar” pada ketika itu – kerana kaum pendatang telah bersumpah utk akur kpd Perlembagaan negara…! Bukankah begitu, wahai kaum pendatang…??? 
Maha Suci Allah. Memang benar. Memang sudah ditakdirkan negara ini wujud dlm senario berbilang kaum - supaya kita saling kenal-mengenal - dan sesungguhnya, yg terbaik dikalangan mereka ialah yg paling bertakwa. Itu benar. Tetapi suatu perkara yg perlu kita sedari - ianya bukan sekedar isu “kaum”. Yg paling integral & prioriti ialah isu aqidah & bagaimana perlu kita mempertahankan hak Islam dan “HAK” Allah Taala di bumi Malaya ini....!

Ahad, 14 Oktober 2018

ANALISIS PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PORT DICKSON (12 OKT 2018)

Sahibul hikayat, semua sudah tahu kesudahannya. Sebenarnya bukan sekedar kita, tapi satu dunia ingin melihat sejauh mana status quo Anwar Ibrahim sebagai seorang politikus. Ini kerana Anwar, sebagaimana Mahathir, bukan sekadar memiliki watak politik tempatan, malahan watak politik global. Berbanding orang lain (kecuali Mahathir), tidak ramai yg mampu menjengah ke tahap “global players” seperti yg dicapai oleh Putin, Obama,  malahan Kim Jong-un....! Malah tim bolasepak semipro negara yg tercanggih yg kerjanya hanya berlatih sepanjang zaman hingga setengah mati pun tidak pernah mencium bau gelanggang pertandingan dunia. Kita perlu watak seperti itu utk memacu negara sebagai “pemain antarabangsa” yg disegani, jika tidak digeruni... Utk jadi penyandang kuasa VETO, itu adalah terlalu mustahil - kecuali jika memang sudah suratan takdir.



Sebermula, salah satu yg dilihat mampu ke tahap itu ialah Anwar Ibrahim - Insyaallah... Mahathir mungkin sudah terlalu tua utk melakukan sesuatu di peringkat internasional. Lantaran itu, Anwar perlu diberi peluang eksklusif kali kedua utk menyerlahkan bakatnya -  bukan sekadar diperingkat domestik sahaja, tetapi di platform politik dunia yg lebih mencabar, amat trajis dan menggerunkan...

Arakian, PRK PD hanyalah permulaan yg terlalu kecil. Tetapi natijahnya besar. Bagi mereka yg kurang faham politik (khususnya politik antarabangsa), PRK PD sekadar dilihat sedarjat dgn PRK-PRK yg lain. Sebenarnya ia bukan begitu. Ia tidak akan menjadi begitu. Ada suatu “grand strategy” dibelakangnya yg hanya diketahui oleh orang yg terpelajar dlm sains politik, geostrategik atau kajian antarabangsa.


Mungkin tidak ramai yg terfikir bahawa makhluk2 seperti Trump,  Xi Jinping, Vladimir Putin  atau Bashar al-Assad khusyuk memantau PRK itu. Dan, mungkin jugak tidak disedari bahawa makhluk2 CIA, M15, KGB dan MOSSAD turut menghafali biji-butirannya dan menghadam PRK itu hingga ke lubang cacingnya....! Lantaran apa? Lantaran terdapat “watak global” yg dilihat bertanding dlm pilihanraya yg sekecil itu. Watak yg dijangka memikul peranan besar di pentas antarabangsa...!

Alkisah, itu kisah jika dipantau pada renungan geopolitik yg paling amatur. Tapi bila ditelusuri berkecohan yg terbangkit dikalangan “inner circle” para politikus dlm PH itu sendiri pun sudah cukup utk menyerlahkan bahawa masih ramai dikalangan mereka yg takut pada bayang2 sendiri. Adakah ini berpunca dari dosa2 silam yg sukar utk dilumpuhkan dgn semangat & keyakinan baru? Adakah mereka lupa bahawa penentu perjalanan politik sesuatu negara itu adalah di tangan rakyat? Adakah mereka tidak yakin bahawa Allah Taala tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kalau kaum itu sendiri enggan berubah? Dan, adakah mereka berprasangka bahawa kuasa politik itu adalah hak mutlak mereka sebagai politikus?

Hatta, sang politikus hari ini perlu sedar bahawa masyarakat semakin bertambah matang melihat politik. Sang politikus perlu ingat bahawa ini zaman Cyber atau ledakan informasi. Manusia bukan lagi hidup dibawah tempurung atau dalam kepompong. Jika ada dikalangan sang politikus masih bertanggapan seperti itu terhadap masyarakat, berhentilah dari politik. Pi balik kampong tanam ubi kayu. Itulah yg selayaknya bagi sang politikus yg bodoh-sombong, takkabur, enggan mendampingi masyarakat, enggan belajar dari masyarakat & enggan berguru dgn golongan marhaen atau pletoriat yg jauh lebih kompeten & terpelajar berbanding mereka...!

Arakian, yg dibimbangragukan kini ialah kelahiran sang politikus ingusan disinggahsana politik. Ingusan - bukan bererti muda, dewasa atau sudah hampir mati. Walaupun mungkin sudah veteran dlm politik, hingus lapuk dan basi sukar dilupuskan. Hingus2 kronisme, nepotisme, materialisme dan macam2 “isme” lagi  - adalah penyakit yg sukar diubati - berakhir dgn korupsi. Inilah penyakit kalau kuasa menjadi aset peribadi dan para kroni. Penyakit ini hanya mampu diubati dgn iman dan takwa. Kalau sekadar berslogan itu dan ini, penyakit ini tidak akan kemana-mana... Oleh itu, ketentuan kpd politik yg putih-bersih bukan terletak pada ideologi, sebaliknya ia tersandar pada kemurnian iman & takwa.


PRK PD mungkin tercatat sebagai pilihanraya paling demokratik di negara ini kerana seramai 7 makhluk telah mencalonkan dirinya. Dan, dari jumlah itu, 5 calon telah kehilangan deposit masing2, termasuk Isa Samad, mantan MB yg dilihat sebagai “juara kampong”. Terdapat sesetengah penganalisis meragui keupayaan Anwar utk menang lantaran terdapat seramai 13,000 penyokong UMNO di situ yg boleh memilih samaada menyokong Lt Kolonel Nazari Mokhtar atau Isa Samad. Jika itu terjadi, peluang Anwar ialah 50-50 jika bukan kemenangan marginal secara majoriti mudah. Ternyata bahawa para penganalisis ini masih gagal menghargai kematangan rakyat dlm membuat “keputusan politik”. Para penganalisis ini masih terbelenggu dgn ideologi politik partisan yg sempit & ketinggalan zaman.

Akhir kalam, hari ini orang melihat politik sebagai “mandat rakyat”, bukannya “hak individu” atau “partai politik”. Hari ini masyarakat lebih memandang kpd reformasi politik yg lebih meluas, progresif, pragmatik dan menjurus kpd kepentingan agama, bangsa & negara. Masyarakat ingin melupakan kekeparatan & keparahan yg ditinggalkan oleh rejim silam. Zaman ini rakyat benar-benar ingin melihat perubahan besar dlm sosioekonomi dan politik negara disamping menghirup udara baru dlm suasana politik yg diperbaharukan, diperkemaskan & dimurnikan dgn ketakwaan.

Isnin, 4 Jun 2018

SATU PERATUS MAKHLUK TERKAYA MEMILIKI LEBIH DARI KESELURUHAN KITA? APA KATA OXFAM?


·MONDAY, JANUARY 18, 2016

"Jurang antara si terkaya dengan keseluruhan yg lain telah melebar secara dramatik dalam tempoh 12 bulan lalu," kata OXFAM INTERNATIONAL. Hari ini si terkaya 1% dunia menguasai lebih daripada keseluruhan penghuni dunia digabungkan - menjelang Forum Ekonomi Dunia pada 18 Januari 2016 di Davos.

"Ketidaksamaan dunia telah mencipta senario di mana 62 orang memiliki kekayaan sama banyak dgn setengah jumlah penduduk termiskin dunia (berbanding 388 orang 5 tahun yg lalu)," agensi anti-kemiskinan melaporkan menjelang perhimpunan tahunan elit kewangan dan politik dunia di Davos.



Daripada jumlah 62 orang tersebut, 53 adalah lelaki dan 9 adalah wanita - memperlihatkan ketidakseimbangan dlm konteks gender. Oxfam berkata ia menggunakan senarai bilionair Forbes sebagai rujukan.

Winnie Byanima, Pengarah Eksekutif Oxfam Antarabangsa berkata: "Tidak dapat diterima akal bahawa separuh penduduk termiskin dunia punya pemilikan tidak lebih daripada pemilikan beberapa dozen orang super-kaya.

"Sebagai satu prioriti, Oxfam sedang mencadangkan penamatan era "syurga perlindungan cukai" yang menyaksikan si kaya lari dari membayar cukai melalui konsep penggunaan perbankan luar pesisir yg "bebas cukai".

Penghindaran ini "telah menafikan sumber cukai yg berharga yg diperlukan oleh negara dlm menangani masalah kemiskinan dan ketidaksamaan sosial," kata laporan itu. Sebagai contoh, sebanyak 30% dpd keseluruhan kekayaan tahunan kewangan Afrika (dianggarkan berjumlah AS$14 bilion setahun dlm bentuk hasil cukai) lesap di luar pesisir.

Byanima turut mencabar para pemimpin dunia yg bakal bermesyuarat di Davos memainkan peranan dalam menamatkan era "kawasan-kawasan syurga perlindungan cukai" yang mencipta ketidaksamaan ekonomi & menghalang beratus-ratus juta orang mengangkat diri mereka dari belenggu kemiskinan. Ini suatu keputusan yg kritikal jika pemimpin-pemimpin dunia benar2 serius untuk memenuhi matlamat menghapuskan kemiskinan tegar dunia menjelang 2030.

- di olah dari AFP/rw

Ahad, 3 Jun 2018

POLITIKUS ATAU PECACAI POLITIK...?

January 10, 2016 at 3:10am

Agaknya, mana lebih terhormat (..atau yg lebih dihormati) ? Menjadi politikus atau jadi pecacai.....? Mana lebih hebat..? Atau berat...?

Dalam kegilaan kita membicarakan tentang politik dan politicking, terkadang kita lupa utk membezakan yg mana satu sang politikus dan yg mana pulak si pecacai politik... Mungkinkah kedua-duanya sama (...macam makhluk dua alam) atau masing2 punya ciri-ciri yg cukup signifikan? Mungkinkah mereka berbeza tetapi punya matlamat yg serupa..? Atau, mereka serupa tapi menyimpan matlamat yg jauh berbeza dan menyimpang...? Sama, tapi tak serupa...?


Hakikatnya, politikus dan pecacai politik adalah merupakan dua kasta yg berbeza dlm "ranking" politik. Politikus cukup tinggi darjat dan "merit"-nya. Manakala pecacai politik pula tidak lebih dari golongan marhaen kelas "parya" yg tidak punya apa-apa pengaruh atau kuasa kecuali menjilat punggung-punggung si politikus yg berpengaruh atau yg sedang bertakhta di singgahsana politik.

Mereka perlu terus menjilat dan menjilat... Hidup mereka terlalu bergantung pada "jatuh-bangun" bos-bos politik masing-masing yg sedang bertenggek diatas sana. Kalau "kuasa" bos-bos mereka runtuh, maka runtuhlah "hidup" mereka. Mungkin ada yg jatuh merempat bagai si papa kedana. Atau, tidak berasap dapurnya (dan terpaksa mengemis di Jabatan Kebajikan...) Atau, bergolok-bergadai utk menghindarkan hukuman bankrupsi...


Sebenarnya dunia politik bukan mudah. Tidak semudah cakap-cakap. Tidak semudah kupasan-kupasan sumbang & dangkal sang blogger atau tukang-tukang karut yg tak pernah masuk kelas sains politik. Jauh sekali persepsi-persepsi songsang broker-broker yg taksub dgn kuasa politik masing-masing. Tidak jugak semudah mereka yg gemar mengkritik atau berhujah tentang politik dgn membabi buta atau tanpa asas ilmu yg kukuh.

Dunia politik adalah suatu bidang yg amat luas. Amat tinggi. Dan, cukup dalam utk diterokai. Amat bermakna utk kemaslahatan insan. Malangnya, tangan-tangan syaitan lebih cekap menyambar kuasa-kuasa atau mandat rakyat. Mereka juga terlalu pantas memutarbelit amanah yg telah diberikan itu. Sebab itulah dunia tidak menjadi tempat yg aman. Hegemoni dan monopoli kuasa menjadi kegilaan semua. Dengan memonopoli kuasa, mereka akan dapat memonopoli perkara2 lain termasuk ekonomi, kepentingan sosial serta material....


Falsafah Politik menegaskan kepentingan nilai moral, keadilan, kesaksamaan, kesamaan sosial, agihan nilai2 politik secara saksama, ketelusan, responsif dan macam2 lagi unsur2 yg positif. Tetapi ini jarang difahami. Sebaliknya, apa yg lebih ditekankan ialah konsentrasi kuasa yg berakhir dengan amalan otoritarianisme.. Sedar tidak sedar, negara ini juga kian menjurus kearah itu...



Jadi, jika anda seorang politikus, tentukan anda berpijak diatas landasan yg betul seperti dimandatkan oleh rakyat. Jika anda bersikap khianat, Allah Taala pasti akan menyediakan siksaan yg paling pedih.. Dan, bagi para pecacai politik, carilah jalan hidup yg lebih mulia & terhormat dari diperhambakan oleh sang politikus yg tidak bermoral dan korup...!  




Sabtu, 2 Jun 2018

Ribut 2012

June 22, 2010 at 10:15am

Mengapa aku memilih title ini?

Kalau anda mau tau, buka mata & telinga luas2. Buka minda lebar2. Perdalam tenungan, menungan & renungan. Pertajamkan aqal yang sudah cukup tumpul & berkarat gara2 korupsi & indoktrinasi. Jangan banyak bersembang & berpropaganda....


Hentikan dakyah sesat & songsang. Jangan asyik bertengkar. Jangan asyik bergossip. Jangan asyik mengikut telunjuk orang. Jangan pula gila menuding jari telunjuk & mengarah orang.

Arahlah diri sendiri baru belajar mengarah orang lain. Kalau diri sendiri masih gila kencing berdiri, manakan adil kalau mengarah orang lain kencing menyangkung? Kalau diri sendiri tidak pandai "flush" jamban selepas mengotorkannya dgn najis sendiri, adakah cukup layak utk memerintah orang?


Kalau diri sendiri tidak berminat untuk membasmi kotoran di lantai & dinding tandas rumah sendiri, adakah cukup layak bercakap soal membasmi korupsi? Dan adakah cukup kompeten untuk mentadbir-urus sebuah kampong, mukim, daerah, wilayah, negeri atau negarabangsa?

Apabila kita meremehkan soal remeh-temeh, adakah kita cukup kuat untuk TIDAK meremehkan isu BUKAN remeh-temeh?


Dan apabila kita meremehkan isu dalaman, adakah tidak kita juga akan meremehkan isu luaran? Coba nilaikan. Jangan sekadar jadi penonton yg cuma pandai bergelak walhal kampongnya sudah lama tergadai..

BAGAIMANAKAH KEMERDEKAAN ITU HARUS DIISI?

October 12, 2011 at 9:45am

APABILA sesuatu kaum itu berjaya dalam perjuangan merampas kembali KEMERDEKAAN mereka, apakah agenda yg selanjutnya? Berpolitik? Berpolitik, berpolitik & terus berpolitiking sepanjang zaman....? Itu bukan suatu langkah yg bijak. Hanya si bahlul & si bebal sahaja yg akan berpolitiking sepanjang masa. Sesuatu itu perlu ada batasnya. Jangan sampai kita ketelanjuran. Kelak buruk padahnya. Kita juga yg akan menyesal di kemudian hari.


Aku sekadar ingin mengajak rakan2 mengimbau kembali maksud merdeka. Dulu tok-nenek kita terjajah. Hinggakan ada yg hanya makan ubikayu, hidup merengkuk di pondok buruk, sekadar mampu bercawat... Aku sempat melihat kesan-kesan itu. Hari ini generasi "Y" di negara ini mungkin tidak nampak apa yg aku nampak. &, terlalu sukar utk diolah & diungkap dgn kata-kata atau tulisan. Kita pernah wujud sebagai sebuah masyarakat yg terlalu daif dlm hampir segenap hal. Walhal Amerika & Russia (pada ketika itu) sudahpun berlumba-lumba ke bulan. Berlumba-lumba mencipta senjata pemusnah tercanggih.

Berlumba-lumba memperluas ruanglingkup pengaruh & ideologi masing-masing. Dan, seawal tahun 1939 Hitler telahpun menyerang Belgium, France & Poland dgn tank, senjata kimia & kapalterbang. Tak ketinggalan Jepun dgn kuasa marin & udaranya yg menabrak kesombongan Amerika. Sedangkan tok-nenek kita masih lagi berkaki ayam & ada yg masih bercawat (kecuali si golongan aristokrat yg punya pengaruh politik & makhluk-makhluk burguis yg mengontrol ekonomi...).


Hari ini, selepas 54 tahun bebas dari terjajah, banyak perubahan & permodenan telah dicapai dlm aspek fizikal. Juga pembangunan sosioekonomi, kesihatan dll. Tidak dinafikan, kebanyakan pencapaian ini terhasil dari rangsangan2 pemerintah terdahulu dgn dokongan padu dari badan birokrasi. Kekayaan sumber semulajadi negara telah berjaya diurus dgn semolek mungkin walaupun terjadi bocoran disana-sini. Dasar-dasar perekonomian yg "robust" telah memacu negara kearah industrialisasi. Pengamalan konsep masyarakat saintifik telah memperkembangkan teknologi tempatan walaupun terlalu terhad. Masuk akal, sebab negara ini (dikatakan..) masih muda.. Baru sangat baru.. Baru "merdeka"... (?)

Tapi haluan politik tidak selalunya serupa. Sebagai suatu unsur yg dinamik (??), politik sering dilanda perubahan (??) & akan sentiasa berubah (?). Bergantung pada apa & siapa jadi "tok dalangnya". Kalau tok dalang ini "bagus", maka akan jadi "mantap lah" persembahan "lakonannya" &, "terhiburlah" rakyat jelata yg bersekongkol dengannya... Kalau tok dalangnya "pintar", maka "tangkas lah" pertunjukannya. Jika tok dalangnya "tenang", maka "tenteram lah" semuanya.

Tetapi kalau si syaitan yg dilantik jadi tok dalangnya, maka, faham-faham sahajalah.. Syaitan adalah sejahat-jahat makhluk utk dijadikan kawan, apatah lagi pemimpin atau pemerintah.. Hal ini harus dititikberatkan oleh semua orang dlm membuat pilihan...

Setakat 54 tahun yg sudah berlalu, kita telah "melihat" bagaimana kemerdekaan negara diisi & terisi. Tak payahlah aku berpanjang lebar disini. Semua sudah faham. Semua (sama ada secara langsung atau tidak, sedar atau tak sedar..) telah sama-sama "menikmati" disamping "menyumbang" keringat ke arah pengisian itu. Sikit atau banyak, baik ataupun buruk, positif atau negatif, ikhlas atau tidak, itu bergantung pada individu. Dan, Allah Taala akan memberi balasan dgn sejitu-jitunya. Kalau kita makhluk yg baik, Allah akan memulangkan kebaikan itu. Kalau kita makhluk yg bergelumangan najis, zalim & pendusta, faham-fahamlah sendiri padahnya..


Namun, pengisian tetap perlu diteruskan. Hanya sikap, kebijaksanaan, amalan, iman & akhlak kita yg akan memandu ke arah manakah negara ini hendak pergi & mahu dibawa. Dan, kemanakah masyarakatnya hendak diangkut.. Keatas? Kebawah? Ketengah? Atau, ke dasar bumi? Terserahlah kepada kita sebagai warganya. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum/umat itu jika mereka sendiri bersikap jumud & enggan berubah. Salah siapa...?

Dan, pengisian kemerdekaan itu perlu diteruskan oleh kita sendiri sebagai warga & anak watan. Segala sumber yg dianugerahi Allah harus digembeling dgn perancangan yg bijak, rapi & ikhlas. Berlandaskan ilmu, etika & iman. Selama ini kita mungkin kecelaruan. Jadi, sudah tiba waktunya utk kita memperbetulkan kesilapan-kesilapan itu sebelum terlambat.. Ws.

TANAH MELAYU TIDAK PERNAH TERJAJAH?

October 12, 2011 at 5:43pm

Sebelum meneruskan, aku suka menyorot secebis ulasan oleh parti PAS dalam Malaysiakini bertarikh 10 September 2011 sebagaimana berikut:

Pemimpin tertinggi PAS mencemuh pandangan seorang sejarahwan semalam bahawa Malaysia tidak pernah terjajah dan menganggapnya sebagai usaha untuk mengelirukan rakyat. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, polemik berkenaan ditimbulkan untuk "menipu rakyat" serta mengalih perhatian daripada pendedahan masalah dalam sistem pilihan raya."Kesannya rakyat ditipu supaya jangan fikir tentang penipuan pilihan raya. Fikir tentang isu yang sudah 40 tahun, 60 tahun, tidak fikir isu sekarang. Sepatutnya sudah selesai lama," tambahnya.


Dakwaan bahawa  Tanah Melayu "tidak pernah terjajah" itu dikemukakan  sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berpandangan bahawa British sebaliknya hanya memberi perlindungan atau naungan.

Abdul Hadi juga bersetuju dengan pandangan bahawa, polemik berkenaan sengaja ditimbulkan oleh bagi menunjukkan bahawa hanya Umno merupakan pejuang orang Melayu."Kita mahu orang Melayu jangan ditipu dengan isu yang sudah 60 tahun. Bagaimana pula dengan isu yang sudah tujuh ratus, lapan ratus tahun semasa Portugis datang tak ada orang yang lawan mereka. Seolah-olah, yang mula lawan penjajah ini Umno sahaja.

"Saya mengaji juga sejarah dulu. Masa itu tak ada Umno, tak ada PAS lagi tapi orang sudah lawan penjajah," katanya lagi dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Malaysia Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Taman Melewar, Gombak pagi ini.


Pandangan itu juga disambut oleh ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan Umno sebagai "hero (filem) Hindustan yang datang lambat.""Dia hendak (raih publisiti) dan isytihar bahawa dia yang tewaskan penjajah," katanya. Tambahnya, ahli akademik yang giat mengutarakan pandangan berhubung isu Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong sepatutnya membantu rakyat untuk memahami perkara itu.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata implikasi daripada dakwaan itu bukanlah perkara kecil. " Setelah kita terima 54 tahun gagasan konsep  (kemerdekaan) kita, bila ahli akademik timbulkan  keraguan, maknanya seluruh silibus sejarah terpaksa diubah seluruhnya."

Demikianlah sepintas lalu. Demikianlah bahayanya kalau seseorang yg berkedudukan tinggi & berketokohan mengeluarkan pendapat tanpa memikirkan risiko atau implikasinya. Tak kisahlah siapapun beliau & dari mana "asal-usul" beliau: Dari organisasi apa, korporat mana, parti politik yg mana satu, negeri mana, atau mengajar di universiti apa.. ??

Yg utama, beliau perlu berhati-hati. Jangan cakap sembarangan. Perpatah Melayu ada berkata: "Cakap siang pandang-pandang; cakap malam dengar-dengar.." &, "..kerana mulut badan binasa..".  Mengapa terlalu cepat lupakan kiasan2 lama ini? Adakah darjat kita sudah terlalu tinggi hingga terpaksa menyombong diri? Entahlah... Sebab itu Tun Mahathir pernah berkata bahawa "Melayu mudah lupa...". Mungkin ada kebenarannya.


Dan, aku tidak menyebelahi mana-mana pihak..! Meskipun anda sudah bertaraf profesor, ketua pengarah atau menteri, jangan sekali-kali kita lupa peringatan ini. Jangan sampai kita dituduh celupar, songsang, bodoh, biadab dan kurang ajar (lantaran tidak berhati-hati)..! Darjat yg anda sandang itu memerlukan anda bersikap "accountable" & bertanggungjawab disamping menjadi "role model" terbaik utk orang-orang yg dibawah sana. BUKAN menyalahgunakan darjat, status atau ketokohan itu secara sesat lagi menyesatkan!

Sebenarnya aku tidak pasti apa motif disebalik "hujah" yg "serong" itu. Tapi kalau seorang profesor itu mengeluarkan "hujah-hujahnya" yg "songsang", "karut" atau "tunggang-langgang" dalam dewan kuliah atau bilik tutorial, itu perkara biasa. Mungkin utk mencabar daya intelektual para pelajarnya. Tapi bukan "pengumuman awam" yg mengundang kritikan, komen & bangkangan oleh pihak massa.


Disini, amat penting bagi seseorang pemimpin atau tokoh itu bersikap lebih profesional & bertanggungjawab. Jangan samakan orang awam dengan budak tadika, anak-murid di sekolah atau di bilik kuliah. "Kesilapan" yg kita lakukan diluar bilik darjah atau dewan kuliah hanya sekadar mendedahkan diri kepada serangan tohmahan demi tohmahan. Bukan sekadar dilihat sebagai "bodoh", "bengap" & "bebal", kita juga mungkin layak dituduh sebagai "pengkhianat" bangsa & negara...!

Oleh itu, pesananku pada mereka-mereka yg "di atas sana", berhati-hatilah. Gunakanlah akal & ilmu yg telah dianugerahkan Allah. Jangan gunakan ego atau kesombongan anda bila berkata-kata.. Kelak ia sekadar mengundang kekeliruan, kebencian & sakit-hati dikalangan masyarakat..!  Ws.

PRU 14: PERLUNYA REFORMASI DALAM POLITIK NEGARA

INTRODUKSI (Nota ini telah siap ditulis pada 15 Mac 2016 jam 1520 ptg) Apabila Tanah Melayu dibebaskan oleh penjajah British pada tahun ...