Everything with regards to social sciences issues throughout the nations and the globe.
Sabtu, 2 Jun 2018
GADDAFI: PERGINYA SEORANG TOKOH
HARI INI tiada lagi
GADDAFI. KOLONEL MUAMMAR GADDAFI
telah pergi buat selamanya. Bumi Afrika dan wilayah Timur Tengah kehilangan
suara lantang yg selama ini cukup tegar bangkit mencabar kuasa-kuasa imperlialis
barat dalam mempertahankan hak-hak Negara Membangun terutamanya di wilayah
Afrika dan Arab yang dicerobohi kuasa-kuasa neokolonialis. Gaddafi telah
menuruti jejak-langkah tokoh-tokoh besar era milineum yg cukup digeruni barat
seperti Saddam Hussein dan Osama ben Laden. Ketiga-tiga mereka ini mati
lantaran menentang neoimperlialisme dan kebiadaban barat. Semoga Allah Taala menempatkan
roh mereka dikalangan para syuhada.
Hari ini dunia semakin
ketiadaan tokoh yg berketrampilan (berani mencabar neokolonialisme barat dan
keangkuham kuasa=kuasa besar). Tokoh yg selama ini kita jadikan (samaada dalam
sedar atau tidak...) sebagai ayam tambatan dalam menghadapi gelombang barat.
Utk melahirkan seorang "tokoh" yg berani menentang kebiadaban barat
bukan kerja mudah. Tetapi utk menghapuskan tokoh-tokoh ini (juga) bukannya
mudah (pada pandangan pihak barat dan sekutu-sekutunya).
Namun, hari ini barat
sudah memiliki strategi paling mudah dan menjimatkan nyawa tentera-tenteranya:
gunakanlah askar upahan, gajikan anasir subversif tempatan, biakkan gerombolan
militia yg dilengkapi senjata tercanggih di pasaran. Dibantu oleh NATO yg akan
sedia menggugurkan beribu-ribu tan bom dan peluru berpandu (atas alasan
menguatkuasakan zon larangan terbang atau resolusi-resolusi karut ciptaan
PBB...?) agar serangan-serangan daratan jadi terlalu enteng dan tidak perlu
disusahpayahkan lagi...
Demikianlah senario
politik antarabangsa hari ini. Kalau politik dalam negara kelihatan gencar dan
terkadang menggerunkan, gelanggang politik antarabangsa MEMANG SUATU REALITI yg
harus dibimbangi & dicurigai...! Lantaran disitulah bertakhtanya
MUSUH-MUSUH SEBENAR bagi negara kita ini. Negara-negara yg memiliki segala
bentuk arsenal militer tercanggih di dunia dan diperkukuhkan oleh bom
nukliar...! Kita..? Apa yg kita ada...??? Berapa banyak kilang senjata pernah
kita bangunkan? Beramai saintis perang yg kita ada?
Berapa ramai askar yg
cukup terlatih utk berperang mempertahankan wilayah kita yg serba sempit ini?
Berapa ramai askar simpanan yg boleh diharap utk jadi barisan kedua jika
barisan pertama sudah tumbang? Apakah bentuk senjata sulit yg kita ada dlm
menghadapi senjata-senjata pemusnah besar-besaran (weapon of mass destruction)
milik barat? Pernahkan kita mematuhi perintah Allah Taala berhubung
tanggungjawab menyediakan persenjataan demi menggerunkan musuh kita dan musuh
Allah Taala (rujuk Surah Al Baqarah)?
Aku bukan berhasrat utk
mencipta provokasi. Tidak. Sekadar berkongsi pandangan. Dlm kita sibuk
bercakap-cakap soal sosiopolitik, ekonomi, budaya dan lain-lain, kita kerap
terlepas pandang dgn isu yg terkadang lebih utama. Dunia hari ini kian dicengkam
oleh tangan-tangan neoimperialis dan zionis. Dan, kita pula terlalu menyibukkan
diri dgn hal remeh-temeh. Kita terlalu terbawa-bawa dgn konflik ideologi bawaan
parti-parti dan pengamal politik setempat. Kita terlalu dihanyutkan oleh arus
konfrontasi yg dihidangkan oleh broker-broker politik yg "buta-huruf"
dalam ilmu Sains Politik. Akhirnya, kita terpinggir utk memikirkan sesuatu yg
"jauh lebih besar dan berat" dari apa yg boleh difikirkan...
Selepas ini, siapa pula
yg akan dikorbankan oleh barat..? Tokoh-tokoh utama (hardcore) hampir semua
sudah dilupuskan dari mukabumi. Mungkinkah selepas ini giliran Iran? Hari ini
hanya Iran sahajalah satu-satunya negara "axis of evil” (gelaran oleh
George Bush ke atas negara-negara anti Amerika) yg tertinggal dibelakang. Barat
tidak akan menganggu Korea Utara lantaran negara itu bukan Islam. Tetapi Iran
merupakan sebuah negara yg dilihat sebagai Islam oleh barat (lantaran barat
memang tidak tahu membezakan antara Syiah dgn Islam Ahli Sunnah wal
jamaah...!). Jadi, mari kita lihat apa tindak-tanduk barat selepas ini.
Bagaimana dgn nasib
Ahmadenijad agaknya nanti. Pun begitu, kita harus mendoakan yg terbaik utk
semua umat, negara-negara Islam serta pemimpin-pemimpinnya di dunia ini. Mereka
merupakan saudara se Islam dgn kita. Kita mungkin tidak mampu menghulurkan
senjata dlm mempertahankan nasib dan darah mereka lantaran nasib kita sendiri
yg serba lemah, daif dan tak berdaya. Tapi kita boleh menyuarakan hak mereka
kpd kehidupan, kesejahteraan dan kedamaian. Kita juga boleh bangkit
berdemonstrasi dlm memperjuangkan nasib mereka (walaupun pada pendapatku, ini
sekadar mempamerkan betapa lemahnya kita lantaran tidak militer dan tidak mampu
utk bangun berperang mempertahankan hak umat kita sendiri secara sejagat...!)
Gaddafi, Ben Laden,
Saddam semua sudah pulang ke rahmatullah. Tetapi api dan semangat perjuangan yg
ditinggalkan oleh mereka dlm menentang kebiadaban-kebiadaban barat (dan
sekutu-sekutunya..) hendaklah dijadikan aspirasi utk kita bangkit
mempertahankan kebenaran dan hak sejagat yg kian terhakis. Generasi muda
(terutamanya) hendaklah belajar dari sejarah silam tentang bagaimana
"Dunia Islam" yg suatu ketika dahulu menjadi pusat tamaddun dan kuasa
dunia dlm segenap aspek kehidupan akhirnya ditumbangkan oleh kuasa-kuasa tajaan
syaitan di Eropah dan di barat. Marilah sama-sama kita mengkaji sejarah ini
disamping mengambil iktibar darinya. Mudah-mudahan bangsa kita (dan umat kita
ini..) tidak akan tinggal sebagai bahan sejarah yg dilupakan orang di masa
hadapan...! Ws.
ISU UNDI POS: BILA MAHU SELESAI?
October 18, 2011 at 11:10am
Masih TIDAK HABIS-HABIS.....! Baik radio, tv, suratkabar, laman Web,
warong kopi, restoren mamak,... Asyik dgn isu yg dah cukup basi ini.
BASI, sebab sejak dulu lagi ia sudah diperkata & dipolemikkan orang. Tapi,
masih tidak kunjung reda. Ada-ada sahaja. Asyik dgn curiga, tak puas hati,
tidak adil, tidak telus, tidak itu, tidak ini, dan tidak entah apa benda
lagi...
Kalaulah ini "lagunya" kehendak & rintihan rakyat, mengapa
tidak digantung, dibatal atau dimansuhkan saja konsep undi pos...?
Bukankah kita sudah ada sistem "online" yg serba canggih? Mengapa
masih perlu terhegeh-hegeh dgn sistem undi pos yg sudah ketinggalan zaman?
Bukan sekadar ketinggalan zaman, malah ia kerap membiakkan banyak
persoalan serta kecurigaan dikalangan masyarakat. Kos utk mengendalikannya
juga bukan sembarangan.
Terlalu banyak pembaziran telah berlaku lantaran kaedah yg boleh dianggap
lapuk ini. Kita sudah ada teknologi yg cekap, cepat lagi menjimatkan.
Jadi, apa alasan kita utk kekal menggunakan kaedah lapuk...? Kalau
Lembaga Hasil Dalam Negeri berjaya menentukan hasil cukai negara dipungut
dgn berkesan melalui kaedah "online", apatah pula mengundi? Bukankah
"online" lebih pantas, tepat & cergas...? Mana lebih sukar? Bayar
cukai atau buang undi? Mengapa masih terlalu ortodok dan jumud..?
UNDI POS bukan perkara baru. Memang benar, semua warga yg sudah mencapai
21 tahun ada HAK mengundi. Waima orang-orang yg hidup di hulu-hulu di wilayah
"jin-jin bertendang" sekalipun BERHAK kpd mengundi. Begitu jugak
perantau-perantau kita di negara asing. Semuanya perlu diberikan HAK mereka.
Jika tidak, BUKAN demokrasi namanya. Tapi, adakah logik utk kita mengekalkan
metodologi yg sudah ketinggalan zaman? Adakah terlalu payah utk kita menerima
"kemajuan" secara lebih realistik? Haruskah kita mengangkut peti-peti
undi ke hulu dan ke hilir, ke seberang sungai atau rimbaraya, dari
satu lokasi ke satu lokasi dan berhari-hari lamanya macam tahun 50-60an? Dan,
selepas itu peti-peti itu diangkut (pulak) ke tempat pengiraan undi diiringi
oleh "pasukan-pasukan pengawal" atau "petugas" dgn wajah yg
"menakutkan"..?
Kita ini negara DEMOKRASI. Mengapa masih GELISAH apabila membicarakan
soal UNDI POS...? Dan, bertambah GELISAH bila orang mempersoal serta melempar
pelbagai cadangan pembaikan..? Mana letaknya mentaliti "pengurusan kualiti
menyeluruh" (Total Quality Management) yg pernah menjadi dasar &
proses dalam negara ini? Walhal kita tahu bahawa HAK warga utk mengundi hanya
sekali dalam 4-5 tahun! Kalau kita terlepas peluang utk mengundi bagi kali ini,
kita TERPAKSA menunggu hingga 5 tahun lagi utk dapat peluang. Sedangkan kita
tahu bahawa seseorang warga itu hanya berpeluang utk mengundi dgn
"berkesan" antara 5-8 kali sahaja sepanjang jangkahayatnya. Kalaupun
beliau boleh hidup sampai 100 tahun, belum pasti beliau pergi membuang
undi kalau tiada semangat atau tidak dipapah, dibantu atau disogok....
Hari
ini isu UNDI POS muncul lagi. Macam tiada perkara lain lagi yg hendak
diketengahkan. Aku hairan. Mengapa agensi yg berkenaan tidak mengambil langkah
lebih positif & jitu? Masyarakat adalah masyarakat. Mereka ada HAK utk
mempersoalkan. Kalau mereka mahu membangkitkan perkara ini secara polemik,
forum, perbahasan terbuka atau demonstrasi jalan sekalipun, itu adalah hak
mereka. Ini kerana negara ini adalah NEGARA DEMOKRASI. Tapi, adakah ini semua
WAJAR? Kalau WAJAR, apa WAJARANnya? Dan, kalau TIDAK WAJAR, apakah
KETIDAKWAJARANnya?
Selagi
kita bermain "tarik-tali", selagi itulah isu ini tidak akan selesai.
Kita perlukan satu keputusan. Dan, keputusan itu hendaklah berasaskan faktor
sekeliling serta faktor-faktor terbaru. Keputusan ini hendaklah benar-benar
memberi munafaat kpd warga & negara. Yang pasti, isu UNDI POS tidak
akan selesai selagi sang kodok masih terus ingin menyorok dibawah tempurung....
Ws.
IDEOLOGI MARXISME: MENGAPA IA SESAT...?
March
6, 2012 at 3:18pm
KARL
MARX
merupakan seorang sarjana sosiologi yg memperolehi doktor falsafah ketika
berusia 25 tahun. Jika demikian, tentulah beliau ini memiliki otak kelas satu
yg sukar dicapai oleh kita! Malangnya tiada sesiapa berminat utk memberikan
beliau jawatan akademik lantaran pemikiran
radikal serta ketaksuban beliau terhadap pemikiran Hegel dan lain2 pemikir
radikal pada zaman revolusi perindustrian di barat. Beliau terpaksa menyara
hidup sebagai wartawan dgn kelulusan PhD..!
Hatta, sebermula, kewartawanan
telah dijadikan platform utk memperniagakan idea2 radikal beliau itu. Beliau
banyak menulis dan kebanyakan idea beliau dijuruskan kpd mengkritik para
burguis-kapitalis yg menindas dan memperhambakan pekerja. Idea2 beliau banyak
mencetuskan kesedaran kelas
dikalangan golongan proletariat yg nantinya akan membangkitkan revolusi serta
penentangan terhadap kapitalis2 dan para elit
kuasa yg cukup korup.
Lantaran terlalu radikal
beliau telah dihambat keluar dari German. Beliau akhirnya berlindung di England
dan mati disitu sebagai orang terbuang. Meskipun begitu, idea-idea beliau tidak
mudah terbuang begitu sahaja. Ia berjaya menawan minda golongan mudia di zaman
itu seperti Lenin serta
sahabat-sahabat komrade dlm parti Bolsheviks.
Ringkasnya, teori komunisme yg dipromosi oleh Marx (melalui teks Communist Manifesto..) akhirnya berjaya
meraih simpati serta diadaptasi oleh gerombolan revolsioner di Russia. Dan,
dibawah pimpinan Lenin, Bolsheviks menumbangkan Tsar terakhir bagi negara itu
dan mewujudkan negara sosialis yg pertama di dunia: USSR (Republik Kesatuan
Soviet Sosialis).
Menyorot latarbelakang
Karl Marx: Beliau seorang yahudi. Ateis
dan anti-agama. Beliau sempat menghasilkan dua teks utama yg berpengaruh iaitu Das Kapital dan Communist Manifesto.
Berkoleborasi dgn Hegel (juga seorang yahudi..), beliau telah mencipta teori dialektik-materialisme yg menegaskan
bahawa apa sahaja krisis dan konfliks
yg berlaku dalam dunia hari ini adalah berpunca dari perebutan dan penguasaan material
(kebendaan).
Marx sebenarnya
terpengaruh dgn fenomena masyarakat Eropah dalam era Revolusi Industri dimana
golongan kapitalis (borguis) menindas golongan buruh (ploretariat). Kemiskinan
dan kemelaratan yg ekstrim melanda masyarakat kelas pekerja. Manakala kaum
kapitalis memeras sepenuhnya sumber yg ada termasuk tenaga golongan pekerja
hingga ke tahap perhambaan. Wanita dan anak-anak bawah umur juga tidak
terkecuali dari "diperhambakan" di kilang-kilang dan lombong-lombong.
Ramai dikalangan kelas ploretariat
(marhaen) yg mati akibat wabak penyakit, kebuluran, kediaman yg teruk,
environmen kerja yg tidak selamat dan lain-lain tindasan yg berlebihan.
Dalam tulisannya, Marx
mengetengahkan idea-idea ekstrimnya berhubung ekonomi dan masyarakat. Antara
lain, Marx menanggapi bahawa keadilan sosial hanya boleh dicapai dgn mewujudkan
"masyarakat tanpa kelas". Ini bermaksud, darjat manusia adalah sama:
tiada tinggi tiada rendah. Nasib mereka juga akan serupa: suatu bentuk
kesaksamaan sosial dlm pengagihan ekonomi dan pemilikan material melalui
perancangan pusat (centralised economy). Juga, tiada kelas pemerintah atau yg
diperintah: masyarakat anarki...
Dalam pada itu, Marx juga
menegaskan tentang perlunya golongan bawahan melaksanakan gerakan revolusi utk
mencapai apa yg digelar sebagai tahap "kediktatoran ploteriat" (the dictatorship of the ploretariat).
Dengan cara ini, kapitalisme akan terhapus dan masyarakat tanpa kelas (atau sosialisme) dapat diwujudkan. Kebaikannya: tiada lagi tindasan oleh para
kapitalis dan wujud masyarakat yg adil dan samarata dlm pemilikan ekonomi.
Masyarakat jugalah yg akan menentukan agihan nilai-nilai ekonomi dikalangan
mereka.
Ringkasnya, teori ini
adalah berasaskan kpd ruanglingkup masyarakat di negara-negara perindustrian.
Tetapi Mao Tze Dong telah membuktikan bahawa negara agraria (pertanian) juga
boleh dikomuniskan (sebagaimana di China, Korea Utara dan Vietnam).
Namun begitu, teori Marx
bukan sekadar tamat disitu. Sebagai ateis, Marx menegaskan bahawa "agama adalah candu masyarakat".
Beliau menganggap bahawa agama ialah alat (yg digunakan oleh gereja) utk
menindas kaum kelas marhaen. Didokong oleh raja, kelas aristokrat dan borjuis,
golongan gereja di Eropah (di era Revolusi Industri) turut memainkan peranan
menindas golongan marhaen dgn pelbagai peraturan yg dicipta oleh gereja.
Penting utk difahami
bahawa teori-teori bawaan Marx banyak bercanggah dgn Islam sebagai agama yg
suci. Antara lain, Marx menggalakkan ideologi anarki dikalangan masyarakat dan menolak institusi kepimpinan.
Walhal, Islam mewajibkan institusi kepimpinan (kekhalifahan). Marx menolak
agama. Allah Taala mewajibkan agama bagi manusia dan menjanjikan siksaan yg
amat pedih bagi mereka yg kafir, freethinker dan ateis. Marx mempromosi fahaman
materialisme dan sekularisme. Islam menolak sekularisme dan membenarkan
pemilikan material berasaskan undang-undang syariat.
Hari ini ajaran Marxisme
yg tulin tidak pernah dapat dipraktikkan oleh mana-mana negara di dunia. Malahan,
kebanyakan negara-negara sosialis sendiri hanya mengadaptasi ideologi Marxisme
mengikut citarasa serta keperluan masing-masing. USSR mengamalkan komunisme yg telah
dimodifikasi oleh Lenin (Leninisme..) manakala China pula mengamalkan ideologi
Maoisme. Dan, sejak dekad-dekad kebelakangan, ini negara-negara sosialis
semakin terbuka dan kian meliberalisasikan dasar ekonomi masing-masing dgn
membenarkan amalan kapitalistik dlm negara masing-masing. Ini mungkin terpaksa
dilakukan selaras tekanan semasa yg didominasi oleh muntahan informasi dan
cabaran globalisasi yg tidak terkekang lagi...
Ringkasnya, teori revolusioner
bawaan Marx lebih bertujuan utk mencabar ideologi kapitalisme yg mendominasi
sektor ekonomi dan sosiopolitik masyarakat Eropah pada kurun ke 18 dan 19. Dan,
sebagai seorang manusia sekular (yg juga menyokong materialisme), kita dapat
menyimpulkan bahawa teori beliau tidak akan mampu mengubati virus atau wabak yg
wujud dlm kapitalisme. Walaupun berjaya “menciplak” idea-idea keadilan sosial
Islam dalam teori-teorinya, tidak bererti beliau boleh mencipta masyarakat
ateis yg anarki menurut acuan beliau…!
Menyorot latarbelakang Karl Marx: Beliau seorang yahudi. Ateis dan anti-agama. Beliau sempat menghasilkan dua teks utama yg berpengaruh iaitu Das Kapital dan Communist Manifesto. Berkoleborasi dgn Hegel (juga seorang yahudi..), beliau telah mencipta teori dialektik-materialisme yg menegaskan bahawa apa sahaja krisis dan konfliks yg berlaku dalam dunia hari ini adalah berpunca dari perebutan dan penguasaan material (kebendaan).
JOM TUKAR KERAJAAN BARU: GIMIK ATAU REALITI ?
February
21, 2012 at 4:54pm
BUNYINYA
memang mudah. Mungkin juga menyeronokkan. Terutamanya
kalau disembangkan diwarung-warung kopi. Sampai dinihari pun kutu-kutu sanggup
berembun demi menegakkan "benang basah" masing-masing...walaupun pada
hakikatnya terlalu jauh menyimpang dari realiti...
Kalaulah menukar kerajaan
semudah bertukar baju, itu bukan negara namanya. Mungkin dunia korporat boleh
tukar CEO dan Ahli Lembaga Pengarah sepanjang hari. Tetapi tidak utk sebuah
negara. Malah utk tukar Tok Batin pun sudah cukup birokratik, berhati-hati dan
berprotokol... Apatah pula menukar sebuah kerajaan yg akan bertanggungjawab
memerintah, mentadbirurus serta menentukan kelangsungan hidup dan kedaulatan
negara...?
Oleh itu utk mencapai
maksud ini, persediaan yg holistik dan rapi perlu dilaksanakan pada setiap
peringkat. Rakyat terutamanya, perlu sudah bersedia utk menerima perubahan atau
reformasi sosiopolitik yg lebih luas dan mencabar.. Tidak cukup sekadar
mewujudkan pemerintahan baru semata-mata. Semu pihak perlu menerima realiti dan
perlu dirangsang atau merangsang diri kearah perubahan sosial yg lebih ke
hadapan.
Reformasi politik perlu
dilaksanakan dari pucuk pimpinan hinggalah ke peringkat yg paling bawah sekali
dlm hirerki sosial. Parti politik bukan lagi jadi "penguasa".
Sebaliknya rakyatlah yg jadi "penguasa" negara. Ahli-ahli politik yg
terpilih hanya jadi "pemegang amanah" . Mandat sebenar ialah ditangan
orangramai (rakyat).
Oleh itu ahli-ahli
politik hendaklah "sedar diri" dan perlu "tahu diuntung"
kalau sudah berjaya mendapat kerusi dan gelaran "YB" nanti...! Jangan
fikir anda benar-benar "berkuasa" DAN BOLEH berbuat apa sahaja diatas
mukabumi ini ... Ingatlah, "kuasa sebenar" ialah ditangan masyarakat.
Dan, "kuasa mutlak" ialah milik Allah Taala....! Oleh itu, bila sudah
diamanahkan "mandat", JANGAN JADI GILA KUASA.... JANGAN KORUP....
JANGAN MENGANIAYA RAKYAT... JANGAN JADI BEBAL... JANGAN JADI SETAN BERTOPENGKAN
MANUSIA....!!!
Dalam membina
pemerintahan baru, kompetensi, kesungguhan, integriti dan iman adalah asas kpd
prospek kenegaraan yg cemerlang. Dan, TERAS negara (iaitu perlembagaan serta
ideologi negara) hendaklah dipertahankan dgn sebaik mungkin. Sebagai sebuah
negara ISLAM, tentukan negara ini kekal wujud sebagai NEGARA ISLAM sampai
kiamat.
Dan, sebagai negara yg
memiliki masyarakat majmuk, semangat patriotik dan setiakawan hendaklah
ditanamkan dgn jitunya kedalam dada warga bukan bumiputera agar mereka sentiasa
setia kpd negara ini tanpa berbelah bagi walau berhadapan dgn apa bencana
sekalipun. Ini adalah cabaran besar bagi setiap pemerintah. Perpaduan adalah
isu yg cukup genting bagi negara ini.
Wassalam.
Rabu, 1 Mei 2013
BN VS PR: TEORI HURU-HARA POLITIK
APA AKAN JADI kalau BN tumbang? Adakah negara ini akan turut tumbang? Adakah segalanya akan hanya tinggal rintitan sejarah utk ditatap oleh suatu "puak purba" di zaman akan datang? Seribu-satu persoalan akan dipersoalkan... Apa natijahnya kalau BN benar-benar tersungkur di pentas politik negara? Tidak ramai yg berminat utk membincangkan hal ini. Apatah lagi bagi "suku-sakat BN" serta mereka yg bersekongkol dgn partai-partai dlm persepakatan itu.... Bagi mereka BN ialah "talian hayat" mereka.... Tanpa BN, periuk-nasi mereka akan gersang....dapur tidak mungkin berasap...
Mari kita soal kembali: Adakah negara ini akan sirna dgn sirnanya kuasa BN? Jawabnya: Tidak. Mengapa tidak? Lantaran kita mengamalkan dasar demokrasi berparlimen. Sesiapa pun boleh "memerintah" selagi rakyat setuju utk "meminjamkan" mandat utk memerintah. Ini kerana kuasa mutlak bagi sesebuah demokrasi itu ialah ditangan rakyat. "Kedaulatan" itu terletak ditangan "rakyat". Tetapi jika negara ini mengamalkan sistem monarki atau otoritarian atau fasisme, sudah tentulah lanskap sosiopolitik akan berubah secara 360 darjah (secara revolusi..) jika pemerintah sekarang tumbang kpd kuasa yg baru.... Masuk akal atau tidak...?
Tapi kekalutan yg dipaparkan didada akbar serta media massa atau Internet pada hari ini bolehlah disimpulkan sebagai suatu senario yg disengajakan demi menerbitkan kegelisahan atau debaran dikalangan masyarakat sivil. Gunanya ialah, agar mereka gagal utk berfikir secara tenang. Dengan itu, mereka tidak akan berupaya utk membuat keputusan paling berani dalam pilihanraya umum nanti. Sudah tentu mereka akan memilih "jalan paling selamat" (kononnya...), iaitu mengekalkan pemerintah sedia ada.... Dlm andaian mereka, itu lebih selamat. Ini dinamakan "ketidakmatangan politik".... Ia juga disebut sebagai mentaliti "konservatif" (conserve: memelihara atau mempertahan; conservative: fahaman mempertahankan sesuatu yg berkepentingan..). Golongan yg bakal menjadi sasaran ialah generasi "baby boomers" yg telah melahirkan generasi 'X'. Secara teori, generasi "baby boomers" lebih cenderung kpd ketenteraman dan keamanan. Mereka tidak akan memilih huru-hara sebagai cabaran baru dlm kehidupan kontemporari...
Sebenarnya mana-mana parti atau pakatan parti boleh mengambil peluang dari "ketidakmatangan" rakyat dlm memahami politik. Sebagaimana sebiji dadu, sesiapa pun boleh "menang". Terpulanglah kpd "nasib" empunya badan. Si Luncai (kah?) atau Si Pak Belalang (kah?) atau Sang Buaya (kah?) yg akan menang dlm gelanggang ayam sabung nanti. Mungkin ada banyak lagi "ayam-ayam tambatan" lain yg turut mencuba nasib dan bertarung di gelanggang itu. Sudah pasti semuanya akan cuba menangguk di air yg sengaja dikeruhkan itu.... Masuk akal...?
Statistik rambang pada 30 Apr 2013 memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat memiliki kelebihan sokongan umum sebanyak 67%. Peratusan ini sudah tentu menggusarkan BN yg selama ini lebih diminati oleh pengundi. Selain dari itu, pengaruh PAS yg kian meningkat telah memaksa UMNO utk mengambil langkah drastik dgn memasukkan seramai mungkin golongan yg seiras dgn penampilan orang PAS. Sebelum itu, BN telah mengambil tindakan membuang sebanyak 33% orang lama Parlimen dan 49% orang lama DUN. Langkah "desperado" tidaklah menghairankan lantaran itu sahajalah jalan terakhir komponen itu utk "survive" dalam PRU 13 nanti.
Selain itu, BN juga telah memastikan bahawa calon-calonnya mesti berkelulusan sekurang-kurangnya peringkat diploma: diploma sembelih ayam atau panjat pokok pun tidak mengapalah. Asalkan namanya DIPLOMA. Dalam "politik desperado", apa-apa pun boleh, asalkan dapat memutar persepsi masyarakat. Fakta ini juga membuktikan bahawa calon-calon dan barisan pimpinan atasan parti yg memerintah ramai yg cuma berkelulusan SPM kebawah. Ini merupakan suatu fakta yg cukup memalukan...! Ia juga membawa maksud bahawa ramai calon-calon yg terpilih sebagai wakil rakyat sebelum ini adalah tidak berkelulusan dan tidak kompeten. Namun mereka berjaya menyelinap kedalam barisan kepimpinan negeri dan negara menerusi jaringan konisme, nepotisme, ideologi neofeudalisme dan konspirasi... Perkara-perkara karut ini wajar dihapuskan demi mewujudkan sebuah negara demokratik yg benar-benar kuat, bersih, Islamik dan digeruni kawan mahupun lawan... Ini merupakan cabaran besar bagi semua.
Maka, utk menang dlm PRU 13, mungkinkah teori huru-hara akan disebarluaskan di setiap penjuru negara...? Adakah "politik huru-hara" akan dapat mewujudkan kegelisahan dalam jiwa masyarakat umum lalu menukarkan persepsi mereka kpd ideologi pro-konservatisme? Masyarakat rata-rata memang tidak gemarkan huru-hara atau krisis politik, apatah lagi konflik kaum. Cukuplah tragedi 13 Mei 1969 sebagai pelajaran istimewa bagi negara ini. Jika tercetus lagi tragedi yg serupa, implikasinya tidak mungkin dapat dibayangkan dan ia pasti menjejaskan struktur sosial negara ini pada peringkat bangsat....! Oleh itu, masyarakat pasti menolak keganasan kaum serupa ini lantaran mereka tahu dan faham akibah dan "celaka" perkara itu..
| Hati-hati wahai "pecinta kuasa".... Jangan cuba memanipulasi masyarakat sivil dgn retorik anda. DEMOKRASI bermaksud "rakyat berkuasa" atau "memerintah"....bukannya parti..! |
Jadi, bagaimana kalau BN tewas dlm PRU 13 nanti? Adakah ketenteraman negara turut tumbang sebagaimana diwarwarkan oleh para wartawan dan broker media yg tidak bermaruah? Apakah kedaulatan kita akan runtuh tergadai seperti yg dicanangkan oleh politikus dan broker-broker kuasa yg pengecut dan cukup berkepentingan? Apakah negara ini hanya tinggal sejarah sepertimana andaian sarjana-sarjana palsu yg dibayar gaji utk berdusta?
Masyarakat hari ini bukan lagi sejahil atau sekolot dahulu. Walaupun masih ramai yg berfahaman konservatif terutamanya golongan tua, namun mereka bukanlah terlalu ortodok utk berfikiran terbuka serta menerima realiti sosial negara ini. Hari ini masyarakat pada amnya telah faham dan dapat menerima hakikat bahawa kita hidup dalam sebuah negara yg telah ditakdirkan memiliki masyarakat majmuk. Sejarah hitam penjajahan yg berlarutan sejak tahun 1511 hingga 1957 (446 tahun..!) diikuti oleh gelombang neoimperialisme yg bersinambungan sehingga kini tidak mungkin akan mengembalikan kegemilangan kesultanan Melayu Melaka. Lantaran itu, masyarakat (terutamanya pribumi) sudah mula belajar utk menerima takdir Allah Taala bagi negara ini...meskipun ianya pahit utk ditelan...!
Masyarakat hari ini bukan lagi sejahil atau sekolot dahulu. Walaupun masih ramai yg berfahaman konservatif terutamanya golongan tua, namun mereka bukanlah terlalu ortodok utk berfikiran terbuka serta menerima realiti sosial negara ini. Hari ini masyarakat pada amnya telah faham dan dapat menerima hakikat bahawa kita hidup dalam sebuah negara yg telah ditakdirkan memiliki masyarakat majmuk. Sejarah hitam penjajahan yg berlarutan sejak tahun 1511 hingga 1957 (446 tahun..!) diikuti oleh gelombang neoimperialisme yg bersinambungan sehingga kini tidak mungkin akan mengembalikan kegemilangan kesultanan Melayu Melaka. Lantaran itu, masyarakat (terutamanya pribumi) sudah mula belajar utk menerima takdir Allah Taala bagi negara ini...meskipun ianya pahit utk ditelan...!
Namun, disebalik tabir kecamuk pemikiran dan ideologi yg diperniagakan oleh sang politikus, masyarakat masih berupaya utk berfikir serta melihat kebenaran sosial yg harus wujud dan dipertahankan oleh masyarakat itu sendiri. Memang benar, masyarakat (atau orangramai atau rakyat....!) perlu mempertahankan "kedaulatan" atau "status quo" atau "kuasa" mereka sendiri jika sang pemerintah atau politikus yg diberi mandat sudah tidak mampu "menyelamatkan" mereka... Ini kerana, pada hakikatnya rakyatlah yg menentukan segala-galanya dlm sebuah wilayah yg mengamalkan demokrasi...!
MAKA, bagaimana kalau BN gugur dari takhtanya setelah lebih 56 tahun di persada kuasa? Barangkali anda sudah mampu utk menjawabnya sendiri persoalan sedaif ini...!
MAKA, bagaimana kalau BN gugur dari takhtanya setelah lebih 56 tahun di persada kuasa? Barangkali anda sudah mampu utk menjawabnya sendiri persoalan sedaif ini...!
Isnin, 6 Jun 2011
TEORI KONSPIRASI TERUS MENGGANAS
GELOMBANG NEOIMPERIALISME SEMAKIN BUAS
BARAT semakin buas dan rakus. Britain, Peranchis, AS dan NATO telahpun melaksanakan serangan udara keatas LIBYA kelmarin (20 Mac 2011). Tanpa perlu menunggu mandat dan legimitasi PBB. Memang hebat. Dan, sebagai tindakbalasnya, Gaddafi mengistiharkan bahawa resolusi zon larangan terbang ciptaan oleh Majlis Keselamatan PBB telah dilanggar sendiri oleh sekutu-sekutu NATO. Gaddafi juga mengistiharkan bahawa tindakan mereka menyerang Libya ialah tindakan terrorism.
Libya (sebagaimana mana-mana negara didunia) merupakan sebuah wilayah yang berdaulat. Tiada siapapun yang berhak menceroboh kedaulatan orang lain. Apakah asas atau undang-undang manakah yang telah digunakan oleh samseng-samseng dunia itu untuk menggoncangkan kedaulatan negara lain? Pernahkah Libya menyerang atau menceroboh wilayah mereka? Jika tidak pernah, mengapa dan atas legitimasi atau kapasiti apakah mereka berani menjahanamkan negara orang lain?
Neoimperialisme sebagai salah satu skim jangkapanjang zionisme untuk mendominasi seluruh wilayah timur tengah (dan, selepas itu – seluruh rantau lain dimuka bumi) bukan lagi asing kepada kita. Hanya kita sahaja yang terlalu “liat” untuk menerima kenyataan. Lantas, ini memberi peluang mudah untuk sang penjajah menerobosi setiap rongga maruah dan kedaulatan Negara-negara lain. Kita harus mengakui bahawa gelombang neokolonialisme semakin ketara, buas dan biadap!
NATO SEBAGAI ALAT NEOKOLONALISME
SIAPA tidak kenal NATO? Sebelum ini mereka telah menjahanamkan Iraq dan Afghanistan hingga kedua-dua negara ini sukar bangkit. Selepas itu mereka mencari-cari alasan untuk membelasah Iran dan Korea Utara. Mujurlah Korea Utara merupakan sekutu kuat China. Dan Iran memiliki kekuatan-kekuatannya yang tersendiri untuk tidak mudah dimusnahkan seperti jiran-jirannya itu. Dalam banyak hal, AS dan sekutu-sekutu samsengnya perlu berfikir secara mendalam jika mereka mahu menyerang Iran. Iran mempunyai hubungan yang agak rapat dengan China selain hubungan dua-hala dengan Russia. Selain itu, lokasi Iran tidak terlalu jauh dari kedua-dua kuasa besar itu.
Berbeza dengan Libya yang jauh terpencil dari China dan Russia. Pun begitu, kedua-dua negara sosialis ini telahpun menyuarakan kekesalan mereka keatas tindakan samseng-samseng NATO tadi. Cuma, mereka masih belum membantah dan menggunakan kuasa veto untuk membatalkan kecurangan-kecurangan barat terhadap Libya. Tetapi, sekiranya mereka mengambil sikap berkecuali (seperti German), ia pasti akan memburukkan keadaan. Libya pasti terus menjadi mangsa serangan bom, missile-missile kawalan satelit serta senjata-senjata arsenal yang tersimpan dalam stor NATO.
Dengan lumpuhnya PAKATAN WARSAW (Warsaw Pact) pada tahun 1991, maka dunia kini didominasi oleh satu-satunya blok militer, iaitu NATO. Dengan menyaksikan sejumlah 28 keanggotaan (diterajui oleh 3 kuasa veto dunia – AS, Britain dan Peranchis), sukar untuk digambarkan bagaimana untuk menumbangkan dominasi pakatan ini. Dalam situasi hubungan global yang senantiasa tidak menentu, NATO akan terus bermaharajalela dipentas dunia selagi belum ada suatu pakatan baru bangkit untuk mencabar dominasi tersebut.
TIGA PENDEKATAN PENJAJAHAN BENTUK BARU
Barat memiliki 3 model untuk menumbangkan mana-mana negara. Model pertama ialah dengan merangsang orangramai bangun memberontak. Model kedua ialah dengan memaksa pemerintah untuk tunduk akur kepada kehendak rakyat yang bangun memberontak tadi. Model ketiga ialah dengan pencerobohan militer. Setakat ini, mereka lebih cenderung menggunakan model ketiga. Dengan alasan bahawa pemerintah telah mencabul hak asasi rakyat dan menjadi terlalu diktator, maka sudah cukup untuk samseng-samseng dunia ini melaksanakan neoimperialisme mereka tanpa perlu mandat PBB. Itulah yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.
PBB memang sudah lama menjadi patung bernyawa kepada golongan neoconservatif dan zionis. Apa sahaja perkara karut yang dicadangkan oleh syaitan-syaitan ini akan dipertimbangkan dengan serius di meja Majlis Keselamatan PBB. Apa sahaja hal yg tidak akan memberi keuntungan kepada ahli-ahli "kelab neoconservatisme dan zionisme dunia" pasti akan dianggap sebagai konspirasi dan sikap terrorism. Ambil contoh: Rejim Israel menceroboh Tebing Barat dan Gaza dianggap sebagai tindakan "cuba mempertahankan diri". Sebaliknya jika masyarakat Palestine melontar batu demi mempertahankan diri dari pencerobohan, itu adalah dianggap sebagai pengganas besar! Dan, malangnya, AS serta sekutu-sekutu barat menyokong padu sebarang tindakan oleh rejim syaitan itu.
PBB SEMAKIN KAKU DAN LUMPUH
MUNGKINKAH PBB akhirnya akan menerima nasib seperti Liga Bangsa-Bangsa? Nampaknya badan dunia itu semakin tumpul dan meracau-racau. Sebagai Setiausaha Agong PBB, Ban Kee Mun hanya pandai bercakap sahaja. Dan kadangkala apa yg dicakapi mungkin tidak pernah dikarangnya sendiri. Sebagai contoh, beliau menganggap Gaddafi hilang legitimasi sebagai penguasa Libya kerana "menyerang" rakyatnya sendiri.
Buku undang-undang apakah yang dibaca oleh orang Korea (yg terdidik di AS) ini? Adakah Ban Kee Mun benar-benar memakari undang-undang antarabangsa atau asas undang-undang itu sendiri? Dimanakah beliau belajar undang-undang? Di Harvard? Di Temple? Dimana? Jika benar beliau seorang yg pakar dalam bidang perundangan, mengapa beliau tidak pernah membantah pencerobohan demi pencerobohan oleh sekutu-sekutu NATO selama ini? Mengapa beliau hanya berdiam diri terhadap kebuasan rejim zionis keatas masyarakat Palestine? Mengapa beliau tidak pernah mengharamkan serangan-serangan AS yang masih berlarutan di Afghanistan dan sempadan Pakistan?
Mungkinkah beliau sudah terlalu korup? Lantas hanya cakap-cakap si zionis dan" neocons" sahaja yang mampu beliau dengar? Nyata dapat dilihat bahawa beliau seorang "berat sebelah" (bias). Beliau cepat bertindak jika pelaku-pelaku terdiri dari negara-negara kecil. Dan, memekakkan telinga (serta membisu) jika pelanggar undang-undang antarabangsa terdiri dari blok barat dan kuasa-kuasa besar.
Kita tidak perlu meletakkan kepercayaan keatas PBB. Kita perlu kembali kepada fundamental. Fundamental bukan bermaksud fanatisme. Tetapi kembali kepada realiti. PBB perlukan penstrukturan semula. Baik dari segi prinsip, falsafah mahupun sistem. Sebagai badan dunia yang terunggul, PBB tidak sepatutnya bersifat talam dua muka: otoritarian keatas Negara-negara lemah/kecil tetapi sujud menyembah kuasa-kuasa besar, Negara-negara maju, yahudi dan bekas-bekas penjajah! PBB seharusnya mengamalkan nilai yang adil, demokratik dan samarata dikalangan anggota-anggotanya. Kuasa veto hendaklah dihapuskan. Hak eksklusif kerusi tetap dalam Majlis Keselamatan (yang kini dikuasai oleh AS, Rusia, Britain, Peranchis dan China) hendaklah dimansuhkan sepenuhnya. Setiap Negara anggota berhak kepada “satu undi”. Dan, tiada satu negarapun berhak kepada “veto”. Istilah “kuasa-kuasa besar” hendaklah dihapuskan. Semua negara adalah setaraf. BUKAN sepertimana yang diamalkan sekarang: berat sebelah, pilih kasih, dominasi, jurang pengaruh, veto dan penjajahan bentuk baru!
Sudah tiba waktu untuk negara-negara modern memikirkan kepada pembentukan sebuah badan dunia yang baru. Ini kerana PBB yang sedia ada semakin lumpuh dan hilang upaya selain menuruti telujuk kuasa hegemoni dan unipolar dunia!
MAHKAMAH KEADILAN/JENAYAH ANTARABANGSA TURUT MENJADI ALAT
MEMANG paling menjahanamkan. Jika sebuah badan kehakiman turut menjadi alat neokolonialisme, apa lagi yang tinggal didunia ini? Kita bukan mahu menuduh. Tetapi jika mahkamah itu sanggup menerima prosiding (oleh pihak ketiga yang langsung tidak ada kena mengena dengan sesuatu kewarganegaraan) untuk membicarakan seorang ketua Negara (atas tuduhan melanggar hak asasi rakyatnya sendiri), apakah maksudnya ini?
International Court of Justice (ICJ) atau Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang berpengkalan di The Hague (Belanda) hanya mempunyai bidangkuasa (yang diberi oleh PBB) untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak antara Negara-negara seperti persempadanan atau sepertinya. ICJ tiada bidangkuasa untuk menangani isu-isu antarabangsa seperti jenayah perang, genosid, jenayah agresi antara Negara dan jenayah terhadap kemanusiaan. Kes-kes seperti ini sepatutnya dilontarkan ke International Criminal Court (ICC) atau Mahkamah Jenayah Antarabangsa (juga berpengkalan di The Hague, Belanda).
Dalam pada itu, ada juga pihak ketiga yang menggunakan platform ICC untuk menyeret pemimpin-pemimpin tertentu dan dijatuhi hukuman. Majlis Keselamatan (contohnya) telah menyeret kes kekejaman di Darfur ke ICC. Ia akan bertimbal balik lantaran ICC (selepas menghakimi sesuatu kes) akan membuat keputusan yang nantinya menjadi mandat untuk Majlis Keselamatan mengambil tindakan “decisive” keatas pemimpin atau negara-negara berkenaan. Terbaru – Gaddafi - turut dipertuduhkan atas dosa “jenayah perang”(walaupun pada hakikatnya beliau sedang membenteras pemberontak-pemberontak militer dalam negaranya sendiri!).
Sebagai agensi yang diwujudkan oleh barat (dan kini diletakkan dibawah PBB), ICC (sebagaimana ICJ) adalah tidak lebih dari skima yang perlu diwujudkan dalam perancangan neoimperialisme yang lebih luas! Walaupun hanya dianggotai oleh 114 negara sahaja, nampaknya ICC tidak terkebelakang dalam menunjukkan lagak dan taringnya kepada dunia.
HUBUNGAN DUNIA BERASASKAN TEORI KONFLIK?
Hubungan dunia sebenarnya berada dalam era yg cukup tidak stabil. Hari ini kita bersahabat baik. Esok sahabat itu bertukar menjadi musuh yg paling ketat. Lusa, kita memperbaiki hubungan diplomatik. Tulat, mereka mengirimkan ledakan peluru berpandu dan segala jenis ledakan NBC. Ada-ada sahaja alasan yg dicipta untuk menukarkan status kita sebagai musuh mereka. Contohnya, indeks-indeks dicipta untuk mendarjatkan sesuatu negara kepada "negara baik" atau "negara despotik". Indek Hak Asasi, Indeks Terrorisme, Indeks Penyeludupan Manusia, Indeks Penyeludupan Dadah, Indeks Korupsi, Indeks Kebebasan Akbar, banyak lagi indeks-indeks yang dengan secara mudah dapat memerangkap sesuatu negara terutamanya negara-negara Dunia Ketiga dan di timur.
Negara kita tidak terkecuali dari "penilaian" ini. Hari ini kita mungkin "negara baik". Esok kita mungkin terjerumus dalam kategori "negara Pengganas" dan bersedialah untuk menerima "penangannya" sekiranya gagal untuk membebaskan diri dari "sangkar maut" itu.
Kita bercakap soal Teori Konspirasi. Ada teori yang terlalu akademik. Ada teori yang terlalu mentah. Tetapi ada teori yg cukup praktikal. Namun, pada akhirnya, pencipta teori itu sendiri yang menjadi konpirator-konspirator terbesar. Itulah yang telah didedahkan oleh AS serta sekutu-sekutunya semalam. Mereka menuduh Gaddafi sebagai pengganas dan pembunuh rakyatnya sendiri. Walaupun pada hakikatnya yang ditentang oleh Gaddafi ialah golongan pemberontak militia yang lengkap bersenjata dan memiliki peluncur roket anti keretalebal serta anti pesawat terbang. Siapakah "supplier" atau pengedar senjata canggih ini? AS? Britain? Belgium? Atau Peranchis? Adakah pemberontak-pemberontak itu cukup mewah hingga mampu untuk memiliki dan melengkapkan arsel militer yang secanggih itu untuk beberapa batalian pemberontak di Libya? Siapakah konspirator-konspirator yang telah membekalkan mereka dengan senjata-senjata hebat ini?
KOLONIALISME TIDAK PERNAH MATI
Siapa kata dunia ini sudah bebas dari penjajahan? Jika kita pernah mendengar kuliah berhubung teori-teori pembangunan, nescaya kita akan terkejut dengan realiti bahawa dunia tidak pernah bebas dari belenggu imperialisme. Kuasa-kuasa barat dan utara tidak pernah terfikir untuk menamatkan dasar imperlialisme masing-masing. Itu merupakan agenda tok-nenek mereka yang tidak akan tamat hingga kiamat!
Demikianlah NEOIMPERIALISME. Barat yang rata-rata merupakan penjajah (dan bekas-bekas penjajah) tidak dapat lekang dari nafsu-serakah mereka sebagai penjajah. Walaupun hubungan dunia dibawah PBB dikatakan berasaskan hasrat yang murni iaitu keamanan, ketenteraman, keadilan dan kesaksamaan, hakikatnya ia bukan begitu. Dunia tidak pernah mengecapi keamanan dan ketenteraman mutlak. Jauh sekali keadilan dan kesaksamaan.
Istilah KUASA-KUASA BESAR sebagai contoh, adalah gambaran atau bukti sebenar betapa dunia ini tidak pernah adil dan saksama. PBB hanyalah sebuah sandiwara yang cuba menenggelamkan realiti ketidakadilan itu. Istilah-istilah politik seperti KUASA PEMBATAL (VETO), kerusi tetap Majlis Keselamatan PBB, Resolusi-resolusi Majlis Keselamatan dan lain-lain merupakan pelengkap kepada ketidakadilan PBB dan kegagalannya sebagai badan dunia yang mampu memayungi masyarakat dunia khususnya negara-negara kecil dan terkebelakang.
Pengalaman melihat bagaimana Iraq diserang oleh 81 buah persekongkolan negara-negara pada tahun 1991 (Operation Desert Storm ) dan tahun 2004 (Operation Desert Storm II) amat menyayat hati. Begitu juga dengan pencerobohan Afghanistan selepas peristiwa 9/11. AS sebagai Bapak Samseng Dunia (selepas keruntuhan Soviet Union) telah bertindak pada tahap kebuasan yang semahu-mahunya. Tiada siapapun mampu menghalang Bapak Segala Pengganas ini. Kofi Anand (S/U Agong PBB pada era tersebut) hanya mampu terkulat-kulat. Bimbang kalau-kalau nyawa beliau akan melayang jika cuba menghalang. Atau mulut beliau sudah tersumbat padat dengan rasuah besar?
ASTRO: ALAT PROPAGANDA BARAT?
Tepuk dada tanya selera. Adakah ini satu kebetulan? Atau realiti? Penjajahan barat hadir dalam pelbagai bentuk dan dimensi. Tiada siapa yang tahu. Tiada siapapun yang menduga. Tiada siapa akan terfikir. Ini kerana kita terlalu malas untuk berfikir. Kita mudah menyerah, dari memerah otak.
Hari ini ASTRO (Channel 555) kerap mempertayangkan kehebatan segala bentuk persenjataan canggih yang telah digunakan dalam Operation Desert Storm. Ia membabitkan rangkuman segala bentuk peralatan tempur yang ada dalam gudang NATO dan 'AREA 52" di AS termasuk Stealth, self-guided missile artileri yang boleh ditembak pada jarak 250km dari posisi musuh dengan ketepatan pinpoint, Predator UAV, B-1B, JSTARS dan lain-lain. Pembabitan sortie "The Father of All Bombs" yg menyaksikan pengguguran antara 500 - 1,000 atau 30,000 bom sehari (Cuba gambar betapakah kemusnahan yang boleh diterbitkan). Dibantu oleh sistem setalite yang bertaburan di orbit. Pembabitan kapal-kapal Induk dan kapal-kapal selam serta penempatan anggota-anggota elit komando dan marine yang lebih dari mencukupi untuk memusnahkan seluruh dunia Arab dalam masa beberapa minggu. Mungkin beberapa hari. Segalanya ditayangkan oleh ASTRO dan media barat dengan penuh keangkuhan.
HARI INI, bukan sekadar ASTRO: hampir apa-apa sahaja - sudah menjadi alat propaganda oleh pihak barat!
TEORI KONSPIRASI SEBAGAI ALASAN UNTUK MENJAJAH
Maka, marilah kita bertanya. Adakah wajar Libya diserang? Tidak cukupkah serombong minyak di Iraq dan perladangan candu terbesar dunia di Afghanistan? Bagaimana dengan Iran? Apakah dosa Libya? Samseng-samseng dunia meletakkan Libya sebaris dengan Korea Utara, Cuba, Myanmar dan "negara-negara paksi kejahatan" yang lain. Libya sudah lama dicap sebagai negara pengganas oleh barat terutama AS. Dan sudah beberapa kali diserang oleh jet-jet Israel dan NATO silih berganti. Tetapi apakah peranan PBB? Hanya menuding jari kepada Gaddafi sebagai punca segala permaasalahan ini? Dan hadiahnya ialah pencerobohan haram oleh kuasa-kuasa besar barat? Dimana letaknya erti kesaksamaan sejagat dan pemeliharaan hak kedaulatan negara-negara didunia?
Kita harus bersimpati dengan Saddam Hussein dan Iraq. Barat mengecap beliau sebagai diktator dan musuh nombor 1 dunia (barat?). Dari kedudukan sebagai presiden, beliau akhirnya kehilangan segala-galanya. Rakyat Iraq sendiri yang telah membongkar rahsia tempat persembunyian beliau kepada tentera penceroboh. Video youtube sempat merakamkan detik-detik terakhir nasib seorang makhluk yang amat digeruni barat. Beliau sempat mengucap sebanyak dua kali sebelum tali gantung merentap batang tenggoroknya. Insyaallah, beliau mati dalam iman. Sebelum itu beliau dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah (yang dikendalikan oleh puak syiah tajaan barat) atas tuduhan membunuh puak pemisah kurdish bermazhab syiah di sempadan Iraq-Turki.
Hari ini mungkinkah barat akan mencari-cari alasan agar Gaddafi dapat ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung kerana membunuh pemberontak militia yang mereka taja? Dalam ertikata lain, barat akan menggunakan pemberontak sebagai proksi untuk menghapuskan Gaddafi? Sebagaimana yang dilakukan oleh mereka (melalui militia kurdish) untuk menghapuskan Saddam dan meranapkan kedaulatan Iraq hingga hari ini?
Perkara ini terbukti jelas bila Bush Jr mengakui bahawa beliau telah diberikan taklimat yang salah oleh Pentagon dan CIA. Beliau telah bertindak keatas Afghanistan dan Iraq berlandaskan maklumat yang kabur. Malangnya nasi sudah lama menjadi bubur. Bubur pula sudah lama menjadi najis. Dan Bush (samaada Sr or Jr), kedua-dua anak-beranak ini sepatutnya sudah lama dibicarakan dan dihukum bunuh kerana jenayah perang yang mereka cipta selain dari membawa 81 buah negara terbabit dalam jenayah kemanusiaan yang paling besar selepas Perang Dunia Kedua. Hari ini kedua-dua bapak dan anak (yg merupakan penjenayah dan tokoh pengganas dunia) ini masih bebas dan dimertabatkan sebagai Stateman oleh negara tunggangan yahudi itu.
PBB sebagai satu-satunya badan utama dunia sepatutnya bertindak berasaskan carta-carta yang tertulis dalam piagam besarnya itu. Tetapi nampaknya PBB semakin kehilangan wibawa. "Double Standard" adalah cukup ketara dalam badan itu. Diburukkan lagi ideologi-ideologi regionalisme, kokus-kokus ekonomi, 'grouping' seperti EU, G7, G20, NATO, tingkahlaku IMF dan lain-lain, PBB semakin layu dalam gengaman dan drama konspirasi barat. Bukan sekadar sudah kehilangan taringnya, malahan hampir keseluruhan giginya sudah rongak dan hanya meninggalkan gusi yang tua dan lebam. Bagaimana PBB mampu bertindak sebagai sebuah badan dunia yang relevan dan unggul? Mungkin masyarakat dunia harus mula memikirkan untuk menubuh sebuah badan dunia yang baru bagi menggantikan atau menyaingi PBB. Ini kerana sudah terlalu banyak kegagalan direkodkan oleh badan dunia itu.
Masyarakat antarabangsa perlu benar-benar sedar dan insaf. Keamanan dan keadilan sejagat merupakan hak asasi setiap penghuni didunia ini. Tidak kira apa bangsa, warna kulit, agama, ideologi dan kewarganegaraan. Dalam Surah Al Hujurat Ayat 13, Allah Taala telah menegaskan bahawa kita semua berasal dari dua tubuh yang sama iaitu Adam dan Hawa. Dijadikan berbangsa-bangsa agar kita saling kenal-mengenal dan menjalinkan ukhuwah yang kukuh sebagai juraian anak-anak Adam. Dan darjat seseorang itu akan ditetapkan berasaskan nilai ketakwaan masing-masing.
Itulah hakikatnya. Bukan sebagaimana yang terjadi sekarang. Manusia menjadi terlalu perkauman. Zionisme dan Neocons merupakan fahaman perkauman yang melampaui batas-batas logik. Akibatnya mereka menjadi terlalu kufur dan membangkang kepada peringatan Allah Taala dengan sehabis-habis bangkangan. Dan PBB adalah kaldai yang menjadi tunggangan mereka kearah merealisasi cita-cita zionisme antarabangsa itu.
Demikianlah hakikatnya. AS, Britain, Peranchis, NATO, Belanda, Israel. Ramai lagi. Mereka ini tidak lebih dari golongan jahiliah modern yang bertujuan bukan sekadar untuk mengoyak-rabakkan uratnadi wilayah-wilayah yang wujud umat Islam didalamnya. Bukan juga sekadar untuk merampas sumber-sumber minyak, gas asli, candu mentah dan lain-lain. Yang paling utama ialah untuk mencabut akar umbi aqidah yang wujud dalam diri setiap manusia Muslim didunia ini. Hakikatnya, mereka bukan sekadar konspirator, samseng, pengganas atau terroris. Mereka ini adalah syaitan dalam bentuk manusia - yang cuba bersembunyi disebalik Teori Konspirasi yang mereka cipta. Mereka mahu umat Muslim menjadi kafir dan menyembah mereka.
KESIMPULAN
Oleh itu umat Islam wajib bangkit memperkukuhkan pendirian dan bersiap-sedia dengan segala kekuatan saintifik, teknologi, taktikal, unsur-unsur tangible dan intangible yang digembling demi memulih dan membina kembali kekuatan ummah yang semakin longlai. Kita mesti berdiri tegak dengan kegagahan mental dan fizikal. Kita wajib membenteras kezaliman serta ketidakadilan yang sudah melampaui batas pada hari ini. Tetapi hendaklah dengan perancangan dan langkah yg cukup bijaksana. Bukan dengan hipokrasi dan korupsi. Bukan dengan kebodohan dan ketololan.
Sebagai langkah permulaan, umat Islam (termasuklah semua negara-negara Islam) hendaklah MEMULAUKAN semua barangan keluaran barat khususnya dari negara-negara sekutu NATO (sebanyak 28 negara kesemuanya) dan yahudi. Langkah kedua, JANGAN MELABUR dan MENYIMPAN dinegara-negara tersebut. Melaburlah dinegara-negara Islam atau negara-negara yang bersimpati kepada Islam. Langkah ketiga, JANGAN melancung dan MEMBAZIRKAN WANG kesana, kecuali untuk mendapatkan ilmu/maklumat yg bernilai geopolitik dan geostrategik. Keempat, perkukuhkan ukhuwah Islamiah dalam ikatan satu dunia Islam yang lebih luas dgn mengambilkira faktor kesepaduan ummah sebagai asas kekuatan strategik. JANGAN ASYIK dengan berkelahi dan berkonfrontasi antara satu sama lain! Kelima, patuhilah peringatan Allah Taala dalam Surah Al Baqarah berhubung pembinaan kekuatan militer demi menggerunkan musuh kamu dan musuh Allah!
Langgan:
Catatan (Atom)
PRU 14: PERLUNYA REFORMASI DALAM POLITIK NEGARA
INTRODUKSI (Nota ini telah siap ditulis pada 15 Mac 2016 jam 1520 ptg) Apabila Tanah Melayu dibebaskan oleh penjajah British pada tahun ...
-
Adakah BERDOSA jika anda mempelajari Sains Politik? Dan suatu hari kelak anda berpeluang untuk makan percuma di Kem Kamunting lanta...
-
INTRODUKSI (Nota ini telah siap ditulis pada 15 Mac 2016 jam 1520 ptg) Apabila Tanah Melayu dibebaskan oleh penjajah British pada tahun ...







