Selasa, 6 November 2018

NILAI KERAKYATAN JUS SOLI

Kegagalan para sarjana sejarah dan sains politik mentafsir konteks MELAYU sebagai TUAN TANAH bagi Semenanjung Melayu serta masyarakat di Borneo Utara telah menyebabkan istilah JUS SOLI (disebut JUS SOLAI) diketepikan dlm sistem kenegaraan hari ini. Rata2 masyarakat (terutama generasi X dan Y yg jadi warga dominan hari ini) kian lupa akan hakikat ranting serta akar yg menjulur keluar dari bumi pusaka Melayu ini.



Kegagalan cerdikpandai sejarah politik meletakkan fakta sebenar ditempatnya (lantaran terlalu pahit utk dikunyah oleh pembela2 ideologi pluralisme dan rasisme) telah menyebabkan buku2 teks sejarah negara hanya menerbitkan perkabaran kabur  yg akhirnya menebalkan lagi kejahilan msyarakat terhadap realiti sejarah serta “kesedaran perkauman”.....
Hari ini tidak ramai yg faham makna “Jus soli”. Barangkali mereka akan menyamakan istilah besar ini dgn jus tomato, jus lidah buaya, jus asam limau, jus durian belanda & pelbagai jenis jus yg bersepah-sepah di pasaran. Barangkali mereka fikir ini tidak lain adalah satu konsep terbaru yg coba dikomersialkan oleh pakar bahasa. Barangkali mereka fikir ini adalah saki-baki dari istilah2 bahasa “baku” yg pernah menjadi topik panas sewaktu Anwar jadi Menteri Pendidikan suatu waktu dahulu. Demikianlah alkisah.... Hatta, jadi, “...who cares what the hell was it...??!!”
Agak sukar disimpulkan. Bagi golongan yg menolak konsep ini - adakah mereka itu merupakan masyarakat massa biasa yg tidak arif politik dan sejarah? Atau - mereka merupakan kelompok penggerak primodialisme yg menjadikan keuntungan politik sebagai matlamat mereka? Bagi golongan primordialist, etnik tertanam dalam sifat biologi yang diwarisi, sejarah panjang perbezaan budaya, atau keduanya. Identiti etnik dilihat sebagai unik yg dipertahankan dan sebagai faktor eksistensial yang mendefinisikan identifikasi diri dan identiti individu.



Kombinasi identiti etnik dan nasionalisme etnik adalah alat yang berkuasa untuk melibatkan kelompok dalam perjuangan politik mereka. Perpecahan etnik dan konflik etnik adalah fenomena yg dianggap sebagai wujud dlm masyarakat berbilang kaum. Fokus primordialist ialah kpd pengekalan identiti. Oleh itu mereka GAGAL utk mengiktiraf wujudnya keperluan atau ciri2 variasi dalam pembentukan kumpulan etnik samaada yg relatif jangkapendek atau jangkapanjang, yg kuat dan padu dengan akar biologi dan sejarah.
 Saya percaya anda akan sukar memahami huraian pendek ini jika anda tidak belajar Sains Politik secara serius... Tetapi permasaalahan hari ini menuntut lebih dari hanya belajar secara teori semata-mata. Bukan semua teori berakhir dgn realiti. Sebagaimana yg berlaku dlm dunia hari ini, demokrasi tidak pernah wujud sebagai demokrasi IDEAL TYPE (jenis unggul). Demikian juga komunisme atau lain2 jenis ideologi - kesemuanya telah dimodifikasikan oleh sang pemerintah di sesuatu negara.
Hari in perbahasan berhubung sistem pendidikan vernakular (atau berasaskan kaum) yg juga disebut sebagai majmuk, dualisme atau pluralisme masih tidak selesai. Pendidikan vernakular yg sudahpun wujud sebelum merdeka ini adalah warisan penjajah dlm usahanya mengekalkan dasar “Pecah & Perintah” (Divide and Rule). Hari ini “dasar” ini diplagiat oleh Amerika pada merealisasi polisi imperialisme dan hegemoni keatas Iraq, Libya, Afghanistan dan beberapa negara lain.. Ini kerana Iraq dan Libya menjamin bekalan minyak mentah yg bersinambungan dan Afghanistan pula menjamin bekalan candu mentah yg termurah bagi Amerika dan sekutu2nya..


Dan, bagi negara ini, mengapa bangsa bukan-Melayu terlalu gencar mendabik dada bila ada cadangan utk menghapuskan sistem vernakular? Bukankah cadangan itu amat baik pada mengukuhkan perpaduan kaum? Adakah mereka tidak suka pada idea integrasi nasional yg diwarwarkan lewat Rukunegara yg tercipta hasil dari Tragedi 13 Mei 1969? Mengapa terlalu cepat melupakan sejarah yg telah meragut ratusan (mungkin ribuan) nyawa dlm waktu tak sampai 72 jam itu?
Jika ditakdirkan krisis itu berpanjangan selama 720 jam sahaja, nescaya lanskap sejarah negara ini mungkin berbeza 360 darjah dari apa yg terjadi sekarang. Jika itu terjadi, mungkin hari ini KETUANAN MELAYU itu benar2 dihormati, benar2 di TAMPUKnya dan sebarang “HAK” orang2 Melayu itu tidak akan berani dipersoalkan oleh sesiapa. Demikian juga dgn HAK masyarakat ISLAM utk mewujudkan sebuah negara yg benar2 berpandukan Al Quran tiada siapa berani perolok-olok & memperlekehkan...!!!
Malang sungguh. Tragedi 13 Mei hanya berlangsung tidak sampai 3 hari. Dan, hari2 yg selanjutnya kaum yg pengecut cepat menghilangkan diri disebalik situasi “perintah berkurung”. Jika ditakdirkan perintah berkurung & dharurat lambat diistiharkan, Sungai Gombak dan Sungai Kelang akan menyaksikan beribu-ribu bangkai manusia yg terbunuh atas dasar assabiah yg paling fanatik dan ekstrim dlm sejarah Malaya modern. Ibukota Kuala Lumpur, Ipoh dan Penang akan ddominasi sepenuhnya oleh profesional yg berkulit sawo matang dan beragama Islam....bukan sebagaimana sekarang...!
Ada yg menyoal - mengapa Malaysia wujud sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk? Jawabannya amat mudah. Baca buku sejarah. Atau tanya tok-nenek di hujung kampong. Ataupun, tanya pada “profesor2 bukan-kangkong”. Memang sulit utk mendalami riwayat negara ini. Ini kerana tidak ramai yg berminat terhadap matapelajaran Sejarah. Jikapun mereka baca sejarah, itu sekedar utk lulus periksa. Selesai peperiksaan, buku2 sejarah itu akan dibuang dlm tong “recycleable waste”. Bukankah begitu...? Ilmu2 sejarah yg dipelajari itu tidak lebih seperti “masuk telinga kanan keluar telinga kiri..”.....!??! Sebab itu, golongan primodialist yg menjadi raja perkauman terus memanipulasi pemikiran masyarakat menerusi segala bentuk wadah media dan macam2 platform lagi....
Hari ini, bersembunyi disebalik tabir  Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), pejuang primodialist yg cukup perkauman ini sedang cuba utk menggegarkan tiangseri Perlembagaan Negara - iaitu tidak lain dari hak2 Melayu dan bumiputra, status quo Melayu dan status quo Islam sebagai agama rasmi negara ini.


Jika ditakdirkan ada dikalangan bangsa Melayu turut bersekongkol dlm perjuangan tersebut, itu bererti nasib Melayu kian berada di hujung tanduk dan hanya menantikan waktu utk rebah ke bumi. Dan, anda perlu sedar, jika Melayu tumpas dlm gelombang politik negara, itu bererti Islam akan turut lenyap dari negara ini. Jika itu berlaku, seluruh ummah akan menanggung dosa paling besar - lantaran enggan berjuang fisabilillah demi menegakkan Islam di NEGARA ISLAM ini...!
Maka. sedarlah wahai rakan2... Kerakyatan JUS SOLI adalah “kontrak sosial” yg hanya “dipinjamkan” kpd kaum2 yg datang dari benua2 masing2... Mereka sudahpun ada negara asalnya sendiri. Bukan seperti kita. Tok-nenek kita memang lahir bertumpah-darah disini sejak dari jenerasi yg lampau. Golongan pendatang itu ada kampong-halaman masing2 di negara masing2. Tetapi kita - kita memang BERASAL-USUL dari bumi Melayu  dan Alam Melayu. Dan, kita ditakdirkan beragama Islam, dan, Insyaallah, hidup dan mati sebagai Muslim mukmin. Oleh itu, jangan sekali-kali kita berlembut dan menonjolkan kelemahan tunduk & akur kpd kehendak2 yg bakal melenyapkan kekuatan ummah...!
Sesungguhnya kerakyatan JUS SOLI adalah simbol pengorbanan umat Melayu utk memberi secebis pengiktirafan & kesanggupan berkongsi hidup dgn membenarkan kaum pendatang hidup sebagai warganegara melalui “pendaftaran”. Ini merupakan suatu keputusan “gila’ – yg dilihat sebagai “wajar” pada ketika itu – kerana kaum pendatang telah bersumpah utk akur kpd Perlembagaan negara…! Bukankah begitu, wahai kaum pendatang…??? 
Maha Suci Allah. Memang benar. Memang sudah ditakdirkan negara ini wujud dlm senario berbilang kaum - supaya kita saling kenal-mengenal - dan sesungguhnya, yg terbaik dikalangan mereka ialah yg paling bertakwa. Itu benar. Tetapi suatu perkara yg perlu kita sedari - ianya bukan sekedar isu “kaum”. Yg paling integral & prioriti ialah isu aqidah & bagaimana perlu kita mempertahankan hak Islam dan “HAK” Allah Taala di bumi Malaya ini....!

Ahad, 14 Oktober 2018

ANALISIS PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PORT DICKSON (12 OKT 2018)

Sahibul hikayat, semua sudah tahu kesudahannya. Sebenarnya bukan sekedar kita, tapi satu dunia ingin melihat sejauh mana status quo Anwar Ibrahim sebagai seorang politikus. Ini kerana Anwar, sebagaimana Mahathir, bukan sekadar memiliki watak politik tempatan, malahan watak politik global. Berbanding orang lain (kecuali Mahathir), tidak ramai yg mampu menjengah ke tahap “global players” seperti yg dicapai oleh Putin, Obama,  malahan Kim Jong-un....! Malah tim bolasepak semipro negara yg tercanggih yg kerjanya hanya berlatih sepanjang zaman hingga setengah mati pun tidak pernah mencium bau gelanggang pertandingan dunia. Kita perlu watak seperti itu utk memacu negara sebagai “pemain antarabangsa” yg disegani, jika tidak digeruni... Utk jadi penyandang kuasa VETO, itu adalah terlalu mustahil - kecuali jika memang sudah suratan takdir.



Sebermula, salah satu yg dilihat mampu ke tahap itu ialah Anwar Ibrahim - Insyaallah... Mahathir mungkin sudah terlalu tua utk melakukan sesuatu di peringkat internasional. Lantaran itu, Anwar perlu diberi peluang eksklusif kali kedua utk menyerlahkan bakatnya -  bukan sekadar diperingkat domestik sahaja, tetapi di platform politik dunia yg lebih mencabar, amat trajis dan menggerunkan...

Arakian, PRK PD hanyalah permulaan yg terlalu kecil. Tetapi natijahnya besar. Bagi mereka yg kurang faham politik (khususnya politik antarabangsa), PRK PD sekadar dilihat sedarjat dgn PRK-PRK yg lain. Sebenarnya ia bukan begitu. Ia tidak akan menjadi begitu. Ada suatu “grand strategy” dibelakangnya yg hanya diketahui oleh orang yg terpelajar dlm sains politik, geostrategik atau kajian antarabangsa.


Mungkin tidak ramai yg terfikir bahawa makhluk2 seperti Trump,  Xi Jinping, Vladimir Putin  atau Bashar al-Assad khusyuk memantau PRK itu. Dan, mungkin jugak tidak disedari bahawa makhluk2 CIA, M15, KGB dan MOSSAD turut menghafali biji-butirannya dan menghadam PRK itu hingga ke lubang cacingnya....! Lantaran apa? Lantaran terdapat “watak global” yg dilihat bertanding dlm pilihanraya yg sekecil itu. Watak yg dijangka memikul peranan besar di pentas antarabangsa...!

Alkisah, itu kisah jika dipantau pada renungan geopolitik yg paling amatur. Tapi bila ditelusuri berkecohan yg terbangkit dikalangan “inner circle” para politikus dlm PH itu sendiri pun sudah cukup utk menyerlahkan bahawa masih ramai dikalangan mereka yg takut pada bayang2 sendiri. Adakah ini berpunca dari dosa2 silam yg sukar utk dilumpuhkan dgn semangat & keyakinan baru? Adakah mereka lupa bahawa penentu perjalanan politik sesuatu negara itu adalah di tangan rakyat? Adakah mereka tidak yakin bahawa Allah Taala tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kalau kaum itu sendiri enggan berubah? Dan, adakah mereka berprasangka bahawa kuasa politik itu adalah hak mutlak mereka sebagai politikus?

Hatta, sang politikus hari ini perlu sedar bahawa masyarakat semakin bertambah matang melihat politik. Sang politikus perlu ingat bahawa ini zaman Cyber atau ledakan informasi. Manusia bukan lagi hidup dibawah tempurung atau dalam kepompong. Jika ada dikalangan sang politikus masih bertanggapan seperti itu terhadap masyarakat, berhentilah dari politik. Pi balik kampong tanam ubi kayu. Itulah yg selayaknya bagi sang politikus yg bodoh-sombong, takkabur, enggan mendampingi masyarakat, enggan belajar dari masyarakat & enggan berguru dgn golongan marhaen atau pletoriat yg jauh lebih kompeten & terpelajar berbanding mereka...!

Arakian, yg dibimbangragukan kini ialah kelahiran sang politikus ingusan disinggahsana politik. Ingusan - bukan bererti muda, dewasa atau sudah hampir mati. Walaupun mungkin sudah veteran dlm politik, hingus lapuk dan basi sukar dilupuskan. Hingus2 kronisme, nepotisme, materialisme dan macam2 “isme” lagi  - adalah penyakit yg sukar diubati - berakhir dgn korupsi. Inilah penyakit kalau kuasa menjadi aset peribadi dan para kroni. Penyakit ini hanya mampu diubati dgn iman dan takwa. Kalau sekadar berslogan itu dan ini, penyakit ini tidak akan kemana-mana... Oleh itu, ketentuan kpd politik yg putih-bersih bukan terletak pada ideologi, sebaliknya ia tersandar pada kemurnian iman & takwa.


PRK PD mungkin tercatat sebagai pilihanraya paling demokratik di negara ini kerana seramai 7 makhluk telah mencalonkan dirinya. Dan, dari jumlah itu, 5 calon telah kehilangan deposit masing2, termasuk Isa Samad, mantan MB yg dilihat sebagai “juara kampong”. Terdapat sesetengah penganalisis meragui keupayaan Anwar utk menang lantaran terdapat seramai 13,000 penyokong UMNO di situ yg boleh memilih samaada menyokong Lt Kolonel Nazari Mokhtar atau Isa Samad. Jika itu terjadi, peluang Anwar ialah 50-50 jika bukan kemenangan marginal secara majoriti mudah. Ternyata bahawa para penganalisis ini masih gagal menghargai kematangan rakyat dlm membuat “keputusan politik”. Para penganalisis ini masih terbelenggu dgn ideologi politik partisan yg sempit & ketinggalan zaman.

Akhir kalam, hari ini orang melihat politik sebagai “mandat rakyat”, bukannya “hak individu” atau “partai politik”. Hari ini masyarakat lebih memandang kpd reformasi politik yg lebih meluas, progresif, pragmatik dan menjurus kpd kepentingan agama, bangsa & negara. Masyarakat ingin melupakan kekeparatan & keparahan yg ditinggalkan oleh rejim silam. Zaman ini rakyat benar-benar ingin melihat perubahan besar dlm sosioekonomi dan politik negara disamping menghirup udara baru dlm suasana politik yg diperbaharukan, diperkemaskan & dimurnikan dgn ketakwaan.

Isnin, 4 Jun 2018

SATU PERATUS MAKHLUK TERKAYA MEMILIKI LEBIH DARI KESELURUHAN KITA? APA KATA OXFAM?


·MONDAY, JANUARY 18, 2016

"Jurang antara si terkaya dengan keseluruhan yg lain telah melebar secara dramatik dalam tempoh 12 bulan lalu," kata OXFAM INTERNATIONAL. Hari ini si terkaya 1% dunia menguasai lebih daripada keseluruhan penghuni dunia digabungkan - menjelang Forum Ekonomi Dunia pada 18 Januari 2016 di Davos.

"Ketidaksamaan dunia telah mencipta senario di mana 62 orang memiliki kekayaan sama banyak dgn setengah jumlah penduduk termiskin dunia (berbanding 388 orang 5 tahun yg lalu)," agensi anti-kemiskinan melaporkan menjelang perhimpunan tahunan elit kewangan dan politik dunia di Davos.



Daripada jumlah 62 orang tersebut, 53 adalah lelaki dan 9 adalah wanita - memperlihatkan ketidakseimbangan dlm konteks gender. Oxfam berkata ia menggunakan senarai bilionair Forbes sebagai rujukan.

Winnie Byanima, Pengarah Eksekutif Oxfam Antarabangsa berkata: "Tidak dapat diterima akal bahawa separuh penduduk termiskin dunia punya pemilikan tidak lebih daripada pemilikan beberapa dozen orang super-kaya.

"Sebagai satu prioriti, Oxfam sedang mencadangkan penamatan era "syurga perlindungan cukai" yang menyaksikan si kaya lari dari membayar cukai melalui konsep penggunaan perbankan luar pesisir yg "bebas cukai".

Penghindaran ini "telah menafikan sumber cukai yg berharga yg diperlukan oleh negara dlm menangani masalah kemiskinan dan ketidaksamaan sosial," kata laporan itu. Sebagai contoh, sebanyak 30% dpd keseluruhan kekayaan tahunan kewangan Afrika (dianggarkan berjumlah AS$14 bilion setahun dlm bentuk hasil cukai) lesap di luar pesisir.

Byanima turut mencabar para pemimpin dunia yg bakal bermesyuarat di Davos memainkan peranan dalam menamatkan era "kawasan-kawasan syurga perlindungan cukai" yang mencipta ketidaksamaan ekonomi & menghalang beratus-ratus juta orang mengangkat diri mereka dari belenggu kemiskinan. Ini suatu keputusan yg kritikal jika pemimpin-pemimpin dunia benar2 serius untuk memenuhi matlamat menghapuskan kemiskinan tegar dunia menjelang 2030.

- di olah dari AFP/rw

Ahad, 3 Jun 2018

POLITIKUS ATAU PECACAI POLITIK...?

January 10, 2016 at 3:10am

Agaknya, mana lebih terhormat (..atau yg lebih dihormati) ? Menjadi politikus atau jadi pecacai.....? Mana lebih hebat..? Atau berat...?

Dalam kegilaan kita membicarakan tentang politik dan politicking, terkadang kita lupa utk membezakan yg mana satu sang politikus dan yg mana pulak si pecacai politik... Mungkinkah kedua-duanya sama (...macam makhluk dua alam) atau masing2 punya ciri-ciri yg cukup signifikan? Mungkinkah mereka berbeza tetapi punya matlamat yg serupa..? Atau, mereka serupa tapi menyimpan matlamat yg jauh berbeza dan menyimpang...? Sama, tapi tak serupa...?


Hakikatnya, politikus dan pecacai politik adalah merupakan dua kasta yg berbeza dlm "ranking" politik. Politikus cukup tinggi darjat dan "merit"-nya. Manakala pecacai politik pula tidak lebih dari golongan marhaen kelas "parya" yg tidak punya apa-apa pengaruh atau kuasa kecuali menjilat punggung-punggung si politikus yg berpengaruh atau yg sedang bertakhta di singgahsana politik.

Mereka perlu terus menjilat dan menjilat... Hidup mereka terlalu bergantung pada "jatuh-bangun" bos-bos politik masing-masing yg sedang bertenggek diatas sana. Kalau "kuasa" bos-bos mereka runtuh, maka runtuhlah "hidup" mereka. Mungkin ada yg jatuh merempat bagai si papa kedana. Atau, tidak berasap dapurnya (dan terpaksa mengemis di Jabatan Kebajikan...) Atau, bergolok-bergadai utk menghindarkan hukuman bankrupsi...


Sebenarnya dunia politik bukan mudah. Tidak semudah cakap-cakap. Tidak semudah kupasan-kupasan sumbang & dangkal sang blogger atau tukang-tukang karut yg tak pernah masuk kelas sains politik. Jauh sekali persepsi-persepsi songsang broker-broker yg taksub dgn kuasa politik masing-masing. Tidak jugak semudah mereka yg gemar mengkritik atau berhujah tentang politik dgn membabi buta atau tanpa asas ilmu yg kukuh.

Dunia politik adalah suatu bidang yg amat luas. Amat tinggi. Dan, cukup dalam utk diterokai. Amat bermakna utk kemaslahatan insan. Malangnya, tangan-tangan syaitan lebih cekap menyambar kuasa-kuasa atau mandat rakyat. Mereka juga terlalu pantas memutarbelit amanah yg telah diberikan itu. Sebab itulah dunia tidak menjadi tempat yg aman. Hegemoni dan monopoli kuasa menjadi kegilaan semua. Dengan memonopoli kuasa, mereka akan dapat memonopoli perkara2 lain termasuk ekonomi, kepentingan sosial serta material....


Falsafah Politik menegaskan kepentingan nilai moral, keadilan, kesaksamaan, kesamaan sosial, agihan nilai2 politik secara saksama, ketelusan, responsif dan macam2 lagi unsur2 yg positif. Tetapi ini jarang difahami. Sebaliknya, apa yg lebih ditekankan ialah konsentrasi kuasa yg berakhir dengan amalan otoritarianisme.. Sedar tidak sedar, negara ini juga kian menjurus kearah itu...



Jadi, jika anda seorang politikus, tentukan anda berpijak diatas landasan yg betul seperti dimandatkan oleh rakyat. Jika anda bersikap khianat, Allah Taala pasti akan menyediakan siksaan yg paling pedih.. Dan, bagi para pecacai politik, carilah jalan hidup yg lebih mulia & terhormat dari diperhambakan oleh sang politikus yg tidak bermoral dan korup...!  




Sabtu, 2 Jun 2018

Ribut 2012

June 22, 2010 at 10:15am

Mengapa aku memilih title ini?

Kalau anda mau tau, buka mata & telinga luas2. Buka minda lebar2. Perdalam tenungan, menungan & renungan. Pertajamkan aqal yang sudah cukup tumpul & berkarat gara2 korupsi & indoktrinasi. Jangan banyak bersembang & berpropaganda....


Hentikan dakyah sesat & songsang. Jangan asyik bertengkar. Jangan asyik bergossip. Jangan asyik mengikut telunjuk orang. Jangan pula gila menuding jari telunjuk & mengarah orang.

Arahlah diri sendiri baru belajar mengarah orang lain. Kalau diri sendiri masih gila kencing berdiri, manakan adil kalau mengarah orang lain kencing menyangkung? Kalau diri sendiri tidak pandai "flush" jamban selepas mengotorkannya dgn najis sendiri, adakah cukup layak utk memerintah orang?


Kalau diri sendiri tidak berminat untuk membasmi kotoran di lantai & dinding tandas rumah sendiri, adakah cukup layak bercakap soal membasmi korupsi? Dan adakah cukup kompeten untuk mentadbir-urus sebuah kampong, mukim, daerah, wilayah, negeri atau negarabangsa?

Apabila kita meremehkan soal remeh-temeh, adakah kita cukup kuat untuk TIDAK meremehkan isu BUKAN remeh-temeh?


Dan apabila kita meremehkan isu dalaman, adakah tidak kita juga akan meremehkan isu luaran? Coba nilaikan. Jangan sekadar jadi penonton yg cuma pandai bergelak walhal kampongnya sudah lama tergadai..

BAGAIMANAKAH KEMERDEKAAN ITU HARUS DIISI?

October 12, 2011 at 9:45am

APABILA sesuatu kaum itu berjaya dalam perjuangan merampas kembali KEMERDEKAAN mereka, apakah agenda yg selanjutnya? Berpolitik? Berpolitik, berpolitik & terus berpolitiking sepanjang zaman....? Itu bukan suatu langkah yg bijak. Hanya si bahlul & si bebal sahaja yg akan berpolitiking sepanjang masa. Sesuatu itu perlu ada batasnya. Jangan sampai kita ketelanjuran. Kelak buruk padahnya. Kita juga yg akan menyesal di kemudian hari.


Aku sekadar ingin mengajak rakan2 mengimbau kembali maksud merdeka. Dulu tok-nenek kita terjajah. Hinggakan ada yg hanya makan ubikayu, hidup merengkuk di pondok buruk, sekadar mampu bercawat... Aku sempat melihat kesan-kesan itu. Hari ini generasi "Y" di negara ini mungkin tidak nampak apa yg aku nampak. &, terlalu sukar utk diolah & diungkap dgn kata-kata atau tulisan. Kita pernah wujud sebagai sebuah masyarakat yg terlalu daif dlm hampir segenap hal. Walhal Amerika & Russia (pada ketika itu) sudahpun berlumba-lumba ke bulan. Berlumba-lumba mencipta senjata pemusnah tercanggih.

Berlumba-lumba memperluas ruanglingkup pengaruh & ideologi masing-masing. Dan, seawal tahun 1939 Hitler telahpun menyerang Belgium, France & Poland dgn tank, senjata kimia & kapalterbang. Tak ketinggalan Jepun dgn kuasa marin & udaranya yg menabrak kesombongan Amerika. Sedangkan tok-nenek kita masih lagi berkaki ayam & ada yg masih bercawat (kecuali si golongan aristokrat yg punya pengaruh politik & makhluk-makhluk burguis yg mengontrol ekonomi...).


Hari ini, selepas 54 tahun bebas dari terjajah, banyak perubahan & permodenan telah dicapai dlm aspek fizikal. Juga pembangunan sosioekonomi, kesihatan dll. Tidak dinafikan, kebanyakan pencapaian ini terhasil dari rangsangan2 pemerintah terdahulu dgn dokongan padu dari badan birokrasi. Kekayaan sumber semulajadi negara telah berjaya diurus dgn semolek mungkin walaupun terjadi bocoran disana-sini. Dasar-dasar perekonomian yg "robust" telah memacu negara kearah industrialisasi. Pengamalan konsep masyarakat saintifik telah memperkembangkan teknologi tempatan walaupun terlalu terhad. Masuk akal, sebab negara ini (dikatakan..) masih muda.. Baru sangat baru.. Baru "merdeka"... (?)

Tapi haluan politik tidak selalunya serupa. Sebagai suatu unsur yg dinamik (??), politik sering dilanda perubahan (??) & akan sentiasa berubah (?). Bergantung pada apa & siapa jadi "tok dalangnya". Kalau tok dalang ini "bagus", maka akan jadi "mantap lah" persembahan "lakonannya" &, "terhiburlah" rakyat jelata yg bersekongkol dengannya... Kalau tok dalangnya "pintar", maka "tangkas lah" pertunjukannya. Jika tok dalangnya "tenang", maka "tenteram lah" semuanya.

Tetapi kalau si syaitan yg dilantik jadi tok dalangnya, maka, faham-faham sahajalah.. Syaitan adalah sejahat-jahat makhluk utk dijadikan kawan, apatah lagi pemimpin atau pemerintah.. Hal ini harus dititikberatkan oleh semua orang dlm membuat pilihan...

Setakat 54 tahun yg sudah berlalu, kita telah "melihat" bagaimana kemerdekaan negara diisi & terisi. Tak payahlah aku berpanjang lebar disini. Semua sudah faham. Semua (sama ada secara langsung atau tidak, sedar atau tak sedar..) telah sama-sama "menikmati" disamping "menyumbang" keringat ke arah pengisian itu. Sikit atau banyak, baik ataupun buruk, positif atau negatif, ikhlas atau tidak, itu bergantung pada individu. Dan, Allah Taala akan memberi balasan dgn sejitu-jitunya. Kalau kita makhluk yg baik, Allah akan memulangkan kebaikan itu. Kalau kita makhluk yg bergelumangan najis, zalim & pendusta, faham-fahamlah sendiri padahnya..


Namun, pengisian tetap perlu diteruskan. Hanya sikap, kebijaksanaan, amalan, iman & akhlak kita yg akan memandu ke arah manakah negara ini hendak pergi & mahu dibawa. Dan, kemanakah masyarakatnya hendak diangkut.. Keatas? Kebawah? Ketengah? Atau, ke dasar bumi? Terserahlah kepada kita sebagai warganya. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum/umat itu jika mereka sendiri bersikap jumud & enggan berubah. Salah siapa...?

Dan, pengisian kemerdekaan itu perlu diteruskan oleh kita sendiri sebagai warga & anak watan. Segala sumber yg dianugerahi Allah harus digembeling dgn perancangan yg bijak, rapi & ikhlas. Berlandaskan ilmu, etika & iman. Selama ini kita mungkin kecelaruan. Jadi, sudah tiba waktunya utk kita memperbetulkan kesilapan-kesilapan itu sebelum terlambat.. Ws.

TANAH MELAYU TIDAK PERNAH TERJAJAH?

October 12, 2011 at 5:43pm

Sebelum meneruskan, aku suka menyorot secebis ulasan oleh parti PAS dalam Malaysiakini bertarikh 10 September 2011 sebagaimana berikut:

Pemimpin tertinggi PAS mencemuh pandangan seorang sejarahwan semalam bahawa Malaysia tidak pernah terjajah dan menganggapnya sebagai usaha untuk mengelirukan rakyat. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, polemik berkenaan ditimbulkan untuk "menipu rakyat" serta mengalih perhatian daripada pendedahan masalah dalam sistem pilihan raya."Kesannya rakyat ditipu supaya jangan fikir tentang penipuan pilihan raya. Fikir tentang isu yang sudah 40 tahun, 60 tahun, tidak fikir isu sekarang. Sepatutnya sudah selesai lama," tambahnya.


Dakwaan bahawa  Tanah Melayu "tidak pernah terjajah" itu dikemukakan  sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berpandangan bahawa British sebaliknya hanya memberi perlindungan atau naungan.

Abdul Hadi juga bersetuju dengan pandangan bahawa, polemik berkenaan sengaja ditimbulkan oleh bagi menunjukkan bahawa hanya Umno merupakan pejuang orang Melayu."Kita mahu orang Melayu jangan ditipu dengan isu yang sudah 60 tahun. Bagaimana pula dengan isu yang sudah tujuh ratus, lapan ratus tahun semasa Portugis datang tak ada orang yang lawan mereka. Seolah-olah, yang mula lawan penjajah ini Umno sahaja.

"Saya mengaji juga sejarah dulu. Masa itu tak ada Umno, tak ada PAS lagi tapi orang sudah lawan penjajah," katanya lagi dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Malaysia Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Taman Melewar, Gombak pagi ini.


Pandangan itu juga disambut oleh ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan Umno sebagai "hero (filem) Hindustan yang datang lambat.""Dia hendak (raih publisiti) dan isytihar bahawa dia yang tewaskan penjajah," katanya. Tambahnya, ahli akademik yang giat mengutarakan pandangan berhubung isu Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong sepatutnya membantu rakyat untuk memahami perkara itu.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata implikasi daripada dakwaan itu bukanlah perkara kecil. " Setelah kita terima 54 tahun gagasan konsep  (kemerdekaan) kita, bila ahli akademik timbulkan  keraguan, maknanya seluruh silibus sejarah terpaksa diubah seluruhnya."

Demikianlah sepintas lalu. Demikianlah bahayanya kalau seseorang yg berkedudukan tinggi & berketokohan mengeluarkan pendapat tanpa memikirkan risiko atau implikasinya. Tak kisahlah siapapun beliau & dari mana "asal-usul" beliau: Dari organisasi apa, korporat mana, parti politik yg mana satu, negeri mana, atau mengajar di universiti apa.. ??

Yg utama, beliau perlu berhati-hati. Jangan cakap sembarangan. Perpatah Melayu ada berkata: "Cakap siang pandang-pandang; cakap malam dengar-dengar.." &, "..kerana mulut badan binasa..".  Mengapa terlalu cepat lupakan kiasan2 lama ini? Adakah darjat kita sudah terlalu tinggi hingga terpaksa menyombong diri? Entahlah... Sebab itu Tun Mahathir pernah berkata bahawa "Melayu mudah lupa...". Mungkin ada kebenarannya.


Dan, aku tidak menyebelahi mana-mana pihak..! Meskipun anda sudah bertaraf profesor, ketua pengarah atau menteri, jangan sekali-kali kita lupa peringatan ini. Jangan sampai kita dituduh celupar, songsang, bodoh, biadab dan kurang ajar (lantaran tidak berhati-hati)..! Darjat yg anda sandang itu memerlukan anda bersikap "accountable" & bertanggungjawab disamping menjadi "role model" terbaik utk orang-orang yg dibawah sana. BUKAN menyalahgunakan darjat, status atau ketokohan itu secara sesat lagi menyesatkan!

Sebenarnya aku tidak pasti apa motif disebalik "hujah" yg "serong" itu. Tapi kalau seorang profesor itu mengeluarkan "hujah-hujahnya" yg "songsang", "karut" atau "tunggang-langgang" dalam dewan kuliah atau bilik tutorial, itu perkara biasa. Mungkin utk mencabar daya intelektual para pelajarnya. Tapi bukan "pengumuman awam" yg mengundang kritikan, komen & bangkangan oleh pihak massa.


Disini, amat penting bagi seseorang pemimpin atau tokoh itu bersikap lebih profesional & bertanggungjawab. Jangan samakan orang awam dengan budak tadika, anak-murid di sekolah atau di bilik kuliah. "Kesilapan" yg kita lakukan diluar bilik darjah atau dewan kuliah hanya sekadar mendedahkan diri kepada serangan tohmahan demi tohmahan. Bukan sekadar dilihat sebagai "bodoh", "bengap" & "bebal", kita juga mungkin layak dituduh sebagai "pengkhianat" bangsa & negara...!

Oleh itu, pesananku pada mereka-mereka yg "di atas sana", berhati-hatilah. Gunakanlah akal & ilmu yg telah dianugerahkan Allah. Jangan gunakan ego atau kesombongan anda bila berkata-kata.. Kelak ia sekadar mengundang kekeliruan, kebencian & sakit-hati dikalangan masyarakat..!  Ws.

GADDAFI: PERGINYA SEORANG TOKOH

HARI INI tiada lagi GADDAFI. KOLONEL MUAMMAR GADDAFI telah pergi buat selamanya. Bumi Afrika dan wilayah Timur Tengah kehilangan suara lantang yg selama ini cukup tegar bangkit mencabar kuasa-kuasa imperlialis barat dalam mempertahankan hak-hak Negara Membangun terutamanya di wilayah Afrika dan Arab yang dicerobohi kuasa-kuasa neokolonialis. Gaddafi telah menuruti jejak-langkah tokoh-tokoh besar era milineum yg cukup digeruni barat seperti Saddam Hussein dan Osama ben Laden. Ketiga-tiga mereka ini mati lantaran menentang neoimperlialisme dan kebiadaban barat. Semoga Allah Taala menempatkan roh mereka dikalangan para syuhada.

Hari ini dunia semakin ketiadaan tokoh yg berketrampilan (berani mencabar neokolonialisme barat dan keangkuham kuasa=kuasa besar). Tokoh yg selama ini kita jadikan (samaada dalam sedar atau tidak...) sebagai ayam tambatan dalam menghadapi gelombang barat. Utk melahirkan seorang "tokoh" yg berani menentang kebiadaban barat bukan kerja mudah. Tetapi utk menghapuskan tokoh-tokoh ini (juga) bukannya mudah (pada pandangan pihak barat dan sekutu-sekutunya).

Namun, hari ini barat sudah memiliki strategi paling mudah dan menjimatkan nyawa tentera-tenteranya: gunakanlah askar upahan, gajikan anasir subversif tempatan, biakkan gerombolan militia yg dilengkapi senjata tercanggih di pasaran. Dibantu oleh NATO yg akan sedia menggugurkan beribu-ribu tan bom dan peluru berpandu (atas alasan menguatkuasakan zon larangan terbang atau resolusi-resolusi karut ciptaan PBB...?) agar serangan-serangan daratan jadi terlalu enteng dan tidak perlu disusahpayahkan lagi...

Demikianlah senario politik antarabangsa hari ini. Kalau politik dalam negara kelihatan gencar dan terkadang menggerunkan, gelanggang politik antarabangsa MEMANG SUATU REALITI yg harus dibimbangi & dicurigai...! Lantaran disitulah bertakhtanya MUSUH-MUSUH SEBENAR bagi negara kita ini. Negara-negara yg memiliki segala bentuk arsenal militer tercanggih di dunia dan diperkukuhkan oleh bom nukliar...! Kita..? Apa yg kita ada...??? Berapa banyak kilang senjata pernah kita bangunkan? Beramai saintis perang yg kita ada?

Berapa ramai askar yg cukup terlatih utk berperang mempertahankan wilayah kita yg serba sempit ini? Berapa ramai askar simpanan yg boleh diharap utk jadi barisan kedua jika barisan pertama sudah tumbang? Apakah bentuk senjata sulit yg kita ada dlm menghadapi senjata-senjata pemusnah besar-besaran (weapon of mass destruction) milik barat? Pernahkan kita mematuhi perintah Allah Taala berhubung tanggungjawab menyediakan persenjataan demi menggerunkan musuh kita dan musuh Allah Taala (rujuk Surah Al Baqarah)?

Aku bukan berhasrat utk mencipta provokasi. Tidak. Sekadar berkongsi pandangan. Dlm kita sibuk bercakap-cakap soal sosiopolitik, ekonomi, budaya dan lain-lain, kita kerap terlepas pandang dgn isu yg terkadang lebih utama. Dunia hari ini kian dicengkam oleh tangan-tangan neoimperialis dan zionis. Dan, kita pula terlalu menyibukkan diri dgn hal remeh-temeh. Kita terlalu terbawa-bawa dgn konflik ideologi bawaan parti-parti dan pengamal politik setempat. Kita terlalu dihanyutkan oleh arus konfrontasi yg dihidangkan oleh broker-broker politik yg "buta-huruf" dalam ilmu Sains Politik. Akhirnya, kita terpinggir utk memikirkan sesuatu yg "jauh lebih besar dan berat" dari apa yg boleh difikirkan...

Selepas ini, siapa pula yg akan dikorbankan oleh barat..? Tokoh-tokoh utama (hardcore) hampir semua sudah dilupuskan dari mukabumi. Mungkinkah selepas ini giliran Iran? Hari ini hanya Iran sahajalah satu-satunya negara "axis of evil” (gelaran oleh George Bush ke atas negara-negara anti Amerika) yg tertinggal dibelakang. Barat tidak akan menganggu Korea Utara lantaran negara itu bukan Islam. Tetapi Iran merupakan sebuah negara yg dilihat sebagai Islam oleh barat (lantaran barat memang tidak tahu membezakan antara Syiah dgn Islam Ahli Sunnah wal jamaah...!). Jadi, mari kita lihat apa tindak-tanduk barat selepas ini.

Bagaimana dgn nasib Ahmadenijad agaknya nanti. Pun begitu, kita harus mendoakan yg terbaik utk semua umat, negara-negara Islam serta pemimpin-pemimpinnya di dunia ini. Mereka merupakan saudara se Islam dgn kita. Kita mungkin tidak mampu menghulurkan senjata dlm mempertahankan nasib dan darah mereka lantaran nasib kita sendiri yg serba lemah, daif dan tak berdaya. Tapi kita boleh menyuarakan hak mereka kpd kehidupan, kesejahteraan dan kedamaian. Kita juga boleh bangkit berdemonstrasi dlm memperjuangkan nasib mereka (walaupun pada pendapatku, ini sekadar mempamerkan betapa lemahnya kita lantaran tidak militer dan tidak mampu utk bangun berperang mempertahankan hak umat kita sendiri secara sejagat...!)


Gaddafi, Ben Laden, Saddam semua sudah pulang ke rahmatullah. Tetapi api dan semangat perjuangan yg ditinggalkan oleh mereka dlm menentang kebiadaban-kebiadaban barat (dan sekutu-sekutunya..) hendaklah dijadikan aspirasi utk kita bangkit mempertahankan kebenaran dan hak sejagat yg kian terhakis. Generasi muda (terutamanya) hendaklah belajar dari sejarah silam tentang bagaimana "Dunia Islam" yg suatu ketika dahulu menjadi pusat tamaddun dan kuasa dunia dlm segenap aspek kehidupan akhirnya ditumbangkan oleh kuasa-kuasa tajaan syaitan di Eropah dan di barat. Marilah sama-sama kita mengkaji sejarah ini disamping mengambil iktibar darinya. Mudah-mudahan bangsa kita (dan umat kita ini..) tidak akan tinggal sebagai bahan sejarah yg dilupakan orang di masa hadapan...! Ws.

ISU UNDI POS: BILA MAHU SELESAI?

October 18, 2011 at 11:10am

 



Masih TIDAK HABIS-HABIS.....! Baik radio, tv, suratkabar, laman Web, warong kopi, restoren mamak,... Asyik dgn isu yg dah cukup basi ini. BASI, sebab sejak dulu lagi ia sudah diperkata & dipolemikkan orang. Tapi, masih tidak kunjung reda. Ada-ada sahaja. Asyik dgn curiga, tak puas hati, tidak adil, tidak telus, tidak itu, tidak ini, dan tidak entah apa benda lagi...

Kalaulah ini "lagunya" kehendak & rintihan rakyat, mengapa tidak digantung, dibatal atau dimansuhkan saja konsep undi pos...? Bukankah kita sudah ada sistem "online" yg serba canggih? Mengapa masih perlu terhegeh-hegeh dgn sistem undi pos yg sudah ketinggalan zaman? Bukan sekadar ketinggalan zaman, malah ia kerap membiakkan banyak persoalan serta kecurigaan dikalangan masyarakat. Kos utk mengendalikannya juga bukan sembarangan. 


Terlalu banyak pembaziran telah berlaku lantaran kaedah yg boleh dianggap lapuk ini. Kita sudah ada teknologi yg cekap, cepat lagi menjimatkan. Jadi, apa alasan kita utk kekal menggunakan kaedah lapuk...? Kalau Lembaga Hasil Dalam Negeri berjaya menentukan hasil cukai negara dipungut dgn berkesan melalui kaedah "online", apatah pula mengundi? Bukankah "online" lebih pantas, tepat & cergas...? Mana lebih sukar? Bayar cukai atau buang undi? Mengapa masih terlalu ortodok dan jumud..?

UNDI POS bukan perkara baru. Memang benar, semua warga yg sudah mencapai 21 tahun ada HAK mengundi. Waima orang-orang yg hidup di hulu-hulu di wilayah "jin-jin bertendang" sekalipun BERHAK kpd mengundi. Begitu jugak perantau-perantau kita di negara asing. Semuanya perlu diberikan HAK mereka. Jika tidak, BUKAN demokrasi namanya. Tapi, adakah logik utk kita mengekalkan metodologi yg sudah ketinggalan zaman? Adakah terlalu payah utk kita menerima "kemajuan" secara lebih realistik? Haruskah kita mengangkut peti-peti undi ke hulu dan ke hilir, ke seberang sungai atau rimbaraya, dari satu lokasi ke satu lokasi dan berhari-hari lamanya macam tahun 50-60an? Dan, selepas itu peti-peti itu diangkut (pulak) ke tempat pengiraan undi diiringi oleh "pasukan-pasukan pengawal" atau "petugas" dgn wajah yg "menakutkan"..?



Kita ini negara DEMOKRASI. Mengapa masih GELISAH apabila membicarakan soal UNDI POS...? Dan, bertambah GELISAH bila orang mempersoal serta melempar pelbagai cadangan pembaikan..? Mana letaknya mentaliti "pengurusan kualiti menyeluruh" (Total Quality Management) yg pernah menjadi dasar & proses dalam negara ini? Walhal kita tahu bahawa HAK warga utk mengundi hanya sekali dalam 4-5 tahun! Kalau kita terlepas peluang utk mengundi bagi kali ini, kita TERPAKSA menunggu hingga 5 tahun lagi utk dapat peluang. Sedangkan kita tahu bahawa seseorang warga itu hanya berpeluang utk mengundi dgn "berkesan" antara 5-8 kali sahaja sepanjang jangkahayatnya. Kalaupun beliau boleh hidup sampai 100 tahun, belum pasti beliau pergi membuang undi kalau tiada semangat atau tidak dipapah, dibantu atau disogok.... 

Hari ini isu UNDI POS muncul lagi. Macam tiada perkara lain lagi yg hendak diketengahkan. Aku hairan. Mengapa agensi yg berkenaan tidak mengambil langkah lebih positif & jitu? Masyarakat adalah masyarakat. Mereka ada HAK utk mempersoalkan. Kalau mereka mahu membangkitkan perkara ini secara polemik, forum, perbahasan terbuka atau demonstrasi jalan sekalipun, itu adalah hak mereka. Ini kerana negara ini adalah NEGARA DEMOKRASI. Tapi, adakah ini semua WAJAR? Kalau WAJAR, apa WAJARANnya? Dan, kalau TIDAK WAJAR, apakah KETIDAKWAJARANnya? 


Selagi kita bermain "tarik-tali", selagi itulah isu ini tidak akan selesai. Kita perlukan satu keputusan. Dan, keputusan itu hendaklah berasaskan faktor sekeliling serta faktor-faktor terbaru. Keputusan ini hendaklah benar-benar memberi munafaat kpd warga & negara. Yang pasti, isu UNDI POS tidak akan selesai selagi sang kodok masih terus ingin menyorok dibawah tempurung.... Ws. 

PRU 14: PERLUNYA REFORMASI DALAM POLITIK NEGARA

INTRODUKSI (Nota ini telah siap ditulis pada 15 Mac 2016 jam 1520 ptg) Apabila Tanah Melayu dibebaskan oleh penjajah British pada tahun ...