Ahad, 27 Disember 2009

KESEDARAN POLITIK: SATU PREVIEW KE ATAS SIKAP MASYARAKAT KONTEMPORARI

INTRODUKSI

Politik bukan lagi konsep baru bagi mana-mana masyarakat kontemporari. Mahu tidak mahu, hampir setiap orang akan terbabit dalam proses politik. Suka tidak suka, tiada yang dapat lari dari tingkah-laku politik atau berpolitik. Sesungguhnya politik adalah sebahagian dari komponen utama kewujudan sesebuah negara. Tanpa politik, tiadalah negara. Jika masyarakat tidak menghiraukan politik, kuasa golongan khawarij atau anarki akan mengambil tempatnya.

Oleh itu politics segregational atau pengasingan berpolitik tidak dapat diterima oleh mana-mana masyarakat. Sebagaimana yang berlaku dalam dasar apartied sebelum kemerdekaan Afrika Selatan, politik rasisme tersebut akhirnya tersungkur dibaham kuasa de facto rakyat minoriti yang bangkit atas kesedaran berpolitik yang cukup mendesak.

APA ITU BERPOLITIK ?

Dalam pengertian mudah, BERPOLITIK bermaksud mengambil tahu serta bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang membabitkan kuasa-kuasa serta peraturan-peraturan dalam menguruskan negara atau negeri. Ia membabitkan penjanaan nilai-nilai positif (yang diminta oleh rakyat) serta pengagihan nilai-nilai tersebut (kepada rakyat) secara adil dan saksama. Ini merangkumi pembentukan dan penggubalan dasar-dasar sosial, ekonomi, keamanan, keselamatan, keharmonian dan kelangsungan hidup negara termasuk penetapan dasar-dasar luar serta hubungan antarabangsa.

Oleh itu berpolitik menuntut keupayaan berfikir yang luas dan mendalam, kepakaran serta keilmuan yang tinggi, integriti yang cukup murni, ketakwaan yang sukar dirungkai. Lantaran itu secara rasionalnya, kejahilan, kebodohan, materialisme serta kerakusan tidak sepatutnya diterima dan dirangkumkan dalam amalan berpolitik. Politik itu mulia. Adalah suatu kebiadaban atau kebinatangan sekiranya ia dicampur-adukkan dengan kepentingan dan matlamat peribadi.

KESEDARAN BERPOLITIK

Mungkin tidak keterlaluan atau menjadi satu kesalahan sekiranya dikatakan masyarakat perlukan induksi atau suntikan khas untuk menjurus atau menyedarkan mereka terhadap satu tanggungjawab klasik: iaitu kesedaran berpolitik. Kesedaran untuk berpolitik atau kesedaran berpolitik adalah suatu tanggungjawab umum yang tiada banyak bezanya sebagaimana tanggungjawab-tanggungjawab sosiopolitik lainnya. Mungkin juga terlalu ekstrim untuk kita menyimpulkan bahawa ia merupakan salah satu tanggungjawab. Tetapi, jika bukan tanggungjawab, apakah konsep yang lebih sesuai yang boleh dipakai dalam konteks ini?

Kesedaran berpolitik jelas mengandungi dua perkataan iaitu kesedaran dan berpolitik. Kesedaran bermaksud insaf, sedar dan faham dengan sepenuhnya dengan apa yang telah terjadi akibat dari suatu proses, tindakan, persekitaran atau gejala-gejala yang wujud dan tahu impak positif atau negatif hasil dari tindakbalas proses-proses tersebut.

Berpolitik pula (sebagai tambahan kepada apa yang telah dijelaskan diawal tadi) bermaksud amalan-amalan berbentuk politikal seperti menganggotai parti-parti politik, mengikuti ceramah-ceramah politik, berkempen dalam pilihanraya, membuang undi sewaktu pilihanraya, menyebarkan dakyah-dakyah politik samada sebagai bahan-bahan bercetak, lisan atau apa-apa sahaja system audio-visual, mendapatkan kuasa memerintah melalui pilihanraya, menjadi wakil rakyat, menubuhkan badan perundangan (selepas menang dalam pilihanraya umum), membuat dasar-dasar untuk faedah rakyat, agama dan negara dalam semua segi dan lain-lain. Termasuk amalan politikal ialah membicarakan tingkah laku pemerintah, birokrasi dan lain-lain. Skopnya adalah teramat luas dan dinamik. Jangan sampai kita menyempitkan konsep ini dengan pemikiran-pemikiran yang sempit!


MENGAPA KESEDARAN BERPOLITIK PERLU?

Mengapa kesedaran berpolitik? Mengapa harus membelenggu fikiran ke arah yang boleh merosakkan? Mungkin ada yang menyanggah demikian terutamanyanya "golongan yang berkepentingan". Agak ironi apabila ada pihak berandaian bahawa hanya mereka sahajalah yang bijak serta layak memiliki kesedaran berpolitik. Kesedaran berpolitik hanya milik peribadi golongan yang tertentu yang terbabit atau berkecimpung dalam gelanggang atau geladak parti-parti politik. Bagi mereka yang enggan atau bukan menjadi ahli pada mana-mana parti politik, maka hak berpolitik bukan menjadi milik mereka.

Lantaran itu, masyarakat umum lazimnya tersisih dari pengetahuan dan pendedahan politik. Masyarakat umum mahu difahamkan bahawa pengetahuan mengenai politik atau kesedaran berpolitik bukan urusan mereka dan mereka harus menghindarkan diri dari unsur-unsur ini. Kakitangan birokrasi serta pelajar-pelajar terutamanya ditegah sama-sekali dari bergiat cergas dalam politik kecuali jika mahu meletak jawatan atau berhenti belajar dan berkecimpung secara penuh masa dalam parti-parti politik.

Apa inikah yang cuba ditegaskan kepada "Civil Society" (rakyat)? Jauh sekali untuk secara terbuka menyatakan bahawa berpolitik itu ialah tanggungjawab bersama. Jadi, bilakah orangramai akan berkesedaran terhadap tanggungjawab politik? Bila sudah "masuk suku" dan jadi "POLITIKUS" ? Jika tidak masuk politik, jangan buang tabiat dan berlagak pandai. Bertabiatlah seperti sang kodok, tikus, lipas atau pecacai... Jangan jadi hantu politik...

Aneh Bin Pelik, tetapi benar. Tanggungjawab tiba-tiba digesa apabila tiba musim-musim pilihanraya. Pada musim-musim tersebut hampir seluruh masyarakat samada tua atau muda (dalam konteks Malaysia disyaratkan berumur 21 tahun ke atas dan memiliki taraf kewarganegaraan yang rasmi) digemblingkan bagi memastikan parti-parti politik tertentu dipilih untuk mewakili rakyat dan diberi mandat untuk menubuhkan pemerintahan (dalam konteks Malaysia - badan legislative) sesuai dengan aspirasi Perlembagaan negara. Selepas wakil-wakil rakyat (WR) telah dipilih, orangramai tidak perlu bersusah payah untuk melibatkan diri dalam gelanggang dan aktiviti-aktiviti politik. Serahkan kepada WR untuk menguruskannya.

Dalam sesetengah situasi, kegiatan-kegiatan berpolitik adalah dilarang dan dianggap sebagai suatu jenayah kepada masyarakat dan negara. Dengan adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), maka keinginan-keinginan untuk aktif berpolitik boleh dipudarkan. Masyarakat enggan mengambil risiko untuk ditangkap dan diletakkan di pusat-pusat tahanan politik tanpa hak dibicarakan. Mindset atau kerangka minda masyarakat harus ditanamkan bahawa aktiviti-aktiviti berpolitik adalah unsur-unsur yang sangat negatif dan harus dipinggirkan jauh-jauh dari fokus harian mereka. Serahkan bulat-bulat kepada parti-parti politik untuk berpolitik dengan sebebas-bebasnya.

Dengan itu, keinginan, cita-cita, wawasan ke arah kematangan politik di kalangan masyarakat tidak akan dicapai. Politik akan terus dibolot oleh puak yang sama. Ini ialah antara pemikiran-pemikiran konservatif atau ortodok yang perlu ditanamkan dalam diri dan pemikiran masyarakat umum khususnya generasi yang baru mahu mengenal erti hidup dan bernegara. Dengan itu, kesedaran berpolitik terus terasing dari masyarakat.

AMALAN POLITIK PASIF

Memang wujud sesetengah masyarakat dunia yang mengamalkan politik pasif. Terutamanya di negara-negara otoritarian, kerajaan-kerajaan yang mengamalkan politik sentralisasi atau yang memerintah secara kuku besi. Rakyat mereka memang berminat dan mahu bergiat aktif dalam politik. Malangnya, ia dihalang oleh pelbagai dasar yang sengaja membelenggu kebebasan rakyat untuk berpolitik. Kebebasan bersuara disekat. Kebebasan menulis dihapuskan. Kebebasan berpersatuan dihimpit. Dan, kebebasan untuk memilih dan melantik wakil representasi juga dikawal ketat. Forum perbahasan awam yang terbuka ditiadakan. Keputusan politikal terletak ditangan beberapa kerat pemimpin politik.

Penjara dan tahanan tanpa perbicaraan menjadi sesuatu yang lumrah diamalkan. Media massa menjadi alat politik pemerintah. Pada akhirnya, rakyat hanya berupaya mengamalkan politik pasif atau langsung tidak ambil kisah tentang politik. Ini ialah untuk memastikan hidup mereka lebih "tenteram" dan "selamat"!

Kenapa digunakan istilah politik pasif? Sebagaimana konsep-konsep kabur high politics dan low politics, maka "passive politics" tidak salah untuk digunakan dalam memahami fenomena politik. Walaupun tidak diterimapakai sebagai suatu konsep politik yang khusus, adalah memadai sekiranya masyarakat dapat memahami konsep ini (secara umum) dalam mengenali sesuatu senario atau gelagat politik.

Kita cuba "menceduk" dan "meninjau" perangai orangramai terhadap politik (dalam konteks ini masyarakat sekeliling kita). Terdapat suatu bentuk segregasi antara golongan-golongan yang wujud dalam negara ini. Bagi golongan kelas menengah terpelajar, mereka memiliki persepsi yang kritikal dalam melihat politik. Bagi golongan kelas peniaga dikawasan bandaran, mereka melihat politik sebagai peluang untuk mencipta keuntungan. Dan, bagi golongan terpinggir di hulu dan dikampong-kampong, mereka tidak melihat apa-apa kecuali angan-angan kosong. Tetapi bagi golongan muda, melihat politik sebagai gelanggang yang harus digamatkan secara fanatik, kalau bukan ekstrim. Pun begitu, mereka mudah tersilap dan disesatkan langkah lantaran ketiadaan ilmu dan pimpinan baik.

Segregasi telah menyebabkan golongan terbesar (generasi muda serta masyarakat pinggiran) bersikap negatif atau pasif terhadap politik. Bagi mereka, politik tidak menjanjikan sebarang faedah. Politik tidak lebih dari candu yang ditagih oleh gerombolan politikus yang gilakan kuasa dan pengaruh. Mungkin juga gilakan pangkat, darjat dan keduniaan. Sedangkan ini merupakan perkara-perkara yang diluar jangkauan golongan pinggiran. Maka itu, langkah terbaik ialah meminggirkan diri dari dunia politik, atau setidak-tidaknya, berpendirian pasif terhadap politik.

Kita tidak sepatutnya bersikap pasif terhadap politik. Kita tidak wajar mengamalkan sikap tidak ambil tahu dan ambil berat tentang politik. Jika kita terus membiarkan diri dibelenggu oleh sikap tidak peduli terhadap hal ehwal politik, maka akan muncullah syaitan-syaitan politik berlumba-lumba merebut peluang yang ada. Dan, pada ketika itu nanti, tiada gunanya kita menangisi apa yang sudah terlepas dari genggaman. Juga, tiada guna dicacimaki orang-orang yang datang semata-mata untuk menindas kita!


ISU PENGETAHUAN DAN KEPIMPINAN POLITIK

Sebelum membabitkan diri dalam gelanggang, individu harus tahu pengertian dan makna politik. Lebih penting lagi mereka perlu mengerti apakah implikasi apabila menjadi salah satu anggota dalam senario politik yang lebih besar. Mereka harus terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan segala bentuk ilmu pengetahuan dunia dan akhirat sebelum memperakukan diri untuk melangkah masuk ke alam berpolitik. Ini kerana persoalan utama politik ialah soal tanggungjawab, akauntibiliti, keadilan, kesaksamaan, integriti serta nilai-nilai murni dan bermunafaat samada dalam konteks sosial, agama mahupun ekonomi.

Persoalan ilmu dikalangan penggiat-penggiat politik (baik apa jenis politik, kasta, darjat atau tujuan sekalipun) adalah sesuatu yang perlu dipandang serius oleh semua. Lebih kritikal jika mereka berangan-angan mahu menyandang jawatan politik atau menjadikan politik sebagai kerjaya mereka. Ilmu pengetahuan (yang luas, dalam, saintifik dan integral) adalah asas kepada segala-galanya. Orang yang jahil memang tidak layak untuk bergiat pada mana-mana tahap atau jenis politik sekalipun, lantaran ia akan membinasakan masyarakat. Orang yang tidak berilmu pasti tidak tahu untuk bertanggungjawab.  Lantaran itu, ia cukup membahayakan.

Mengapa ilmu? Ini kerana ilmu merupakan "imam" atau "pemimpin". Ilmu adalah panduan petunjuk arah yang betul. Ilmu adalah "penyuluh" atau "pemimpin" yang dapat membezakan antara yang benar dan yang bathil. Jadi, bagaimana kalau seorang menteri atau raja itu jahil? Mampukah mereka merangka dasar-dasar yang bijak dan adil untuk masyarakat? Atau, mereka hanya sekadar mampu menjadi pemerintah yang kejam dan zalim?

Kejelikan pemimpin yang tidak berilmu adalah terlalu hina untuk dibincangkan. Ketidakadilan, korupsi, penyelewengan, sumbang moral, rakus - sekadar contoh kepimpinan yang tolol. Kita belum lagi menyebut tentang dasar-dasar bodoh yang membazirkan wang negara dan duit rakyat. Dasar-dasar yang kadangkala terlalu dangkal dan separuh masak, atau, masih terlalu mentah (langsung tidak difikir masak-masak?) Projek-projek yang langsung tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat. Pembangunan-pembangunan yang sekadar menjahanamkan lagi alam sekitar, kemapanan masyarakat, keharmonian serta kesejahteraan negara. Segalanya berpunca dari pemimpin-pemimpin yang bengap, bebal dan bodoh!


PENGLIBATAN POLITIK

Politik bukan bergantung pada ideologi. Oleh itu penglibatan individu dalam politik atau berpolitik bukan dibataskan oleh politik kepartian semata-mata. Jika itulah yang didakyahkan kepada masyarakat selama ini (hanya parti politik sahaja yang layak berpolitik..), maka tidak hairanlah jika ada yang tergamak mengatakan bahawa politik itu kotor, politik itu jijik. Siapakah yang bertanggungjawab membangkitkan kesedaran songsang seperti ini? Jika bukan ahli politik sendiri? Orangramai yang rata-rata "buta politik" cuma sekadar mengulangi apa yang dijaja oleh broker-broker politik yang tidak bermaruah. Tidak lebih dari itu.

Namun, meninjau kembali gelagat-gelagat politikus (samaada domestik atau antarabangsa), masyarakat dapat merasakan "kengerian" untuk berpolitik. Bagai suatu ketakutan (yang melampaui batas?) jika kita cuba mendekati politik. Apatahlagi menceburi politik partisan. Banyak yang sudah lama menunggu. Pusat Tahanan Kamunting, ISA, Bukit Aman, polis. Semua sudah bersiap-sedia untuk "mencekup dan menyumbat". Dan, akhirnya masyarakat kehilangan perangsang untuk aktif menyuarakan pendapat serta mengemukakan input-input dalam pembuatan dasar-dasar negara.

Pun begitu, bagi golongan yang gila berpolitik, mereka memiliki pendirian yang jauh berbeza. Dan, ini merupakan sesuatu yang cukup kontradik dengan realiti sosial bersifat "pemalu" kepada politik. Maka, sejauhmanakah umum berani mengatakan bahawa politik itu sesuatu yang terlalu buruk, penuh korupsi serta kotor? Dan, dengan menyertainya bererti kita mengundang pertaka kepada individu serta anakcucunya nanti? Ramai menteri, penjawat-penjawat politik serta kuncu-kuncunya menikmati hidup yang gemilang hasil dari berpolitik. Sebagaimana pasaran saham, ia memang amat berisiko dan sesiapa sahaja boleh tumbang tanpa perlu menunggu waktu yang terlalu lama khususnya mereka yang menjadikan politik sebagai platform menangguk kekayaan ekonomi.

Namun ini bukan penghalang kepada mereka untuk mengekalkan politik sebagai kerjaya masing-masing. Bak kata perpatah baru: Kalau takut dilambung tsunami jangan berkampong di pinggir pantai. Politik pada asasnya adalah terlalu murni kerana ia memperkatakan soal pentadbiran dan Pengurusan sebuah Negara, negeri dan rakyat umumnya: Bagaimana mengurustadbir negeri dan Negara agar semua pihak termasuk alam sekitar, hutan-belentara dan binatang-binatang yang yang melata menikmati hidup yang aman sejahtera hingga ke akhir hayat. Apatahlagi kesejahteraan manusia?

Bukankan itu sesuatu yang mulia? Dan ini hanya boleh dicapai melalui penyertaan politik atau penglibatan politik. Ia tidak mungkin dicapai sekiranya masyarakat bersikap anarki, hanya berpeluk tubuh berdiam diri dan menyerahkan segala hal Ehwal Pengurusan dan pentadbiran Negara kedalam tangan dua atau tiga orang manusia atau dua-tiga kelompok birokrasi sahaja. Dalam ertikata lain, masyarakat perlu berperanan aktif dalam hal politik. Jika tidak, negara akan diperintah secara hegemoni oleh golongan otoritarian secara sentralisasi. Dalam keadaan ini, manupulasi serta pembolotan nilai ekonomi dan sosial secara korup sukar untuk dihindari.


PENOLAKAN OTORITARIANISME DAN HEGEMONI

Bagaimana otoritarianisme boleh terjadi dalam masyarakat atau negara? Ia terlalu mudah. Kuasa yang pada asalnya adalah milik rakyat (civil society) bertukar tangan kepada seorang individu atau sekumpulan kecil manusia. Apabila kuasa politik berpindah sepenuhnya kepada satu orang/sekelompok kecil elit politik dan tiada lagi unsur "check and balance" yang akan mengimbangi pemusatan kuasa tersebut, maka wujudlah otoritarianisme. Orang yang memiliki kuasa ini digelar otoritarian. Dan, hegemoni menerangkan tentang pemilikan atau monopoli kuasa dan pengaruh sepenuhnya oleh seseorang/segolongan individu/kerajaan/negara dimana dengan monopili ini mereka jadi terlalu berkuasa hingga berupaya mengancam rakyat/ atau negara-negara lain.

Dalam bahasa mudah, hegemoni menggambarkan tentang tahap pengaruh yang terlalu besar hingga berupaya memanipulasi keadaan disekelilingnya dan memusnahkan sesiapa sahaja yang cuba menentang pengaruhnya. Dan, ini bukan sahaja terjadi diperingkat global (contoh: Amerika menceroboh Afghanistan dan Iraq; Israel menyerang Lebanon). Ia juga terjadi diperingkat domestik. Bukan sekadar diperingkat negara, negeri dan daerah. Hingga ke peringkat serendah ketua kampong, ketua kaum dan tok batin, hegemoni dan otoritarianisme kerap menjadi amalan.

Otoritarianisme adalah bertentangan dengan ideologi demokrasi. Ia juga akan menjurus kepada kewujudan rejim otokrasi yang bersifat unitari dan monopoli kuasa. Dalam ertikata lain, segala keputusan-keputusan awam atau pembuatan dasar-dasar negara adalah diputuskan oleh seorang manusia atau sekelompok elit politik. Mereka menolak input-input atau kehendak-kehendak awam (civil society). Mereka mengenepikan hak-hak rakyat dalam perkongsian kuasa dan menentukan halatuju negara. Mereka menjadikan "mandat" yang telah diamanahkan oleh masyarakat sebagai alat untuk membolot kuasa dan mengekang orangramai dari memperolehi "nilai-nilai" politik yang dijanjikan dalam kempen pilihanraya.

Oleh itu, secara kualitatif, otoritarianisme boleh diukur. Bagai sebuah pemerintahan oritaritarian, tidak perlulah kita mengukurnya lagi, lantaran ia sudah termaktub sebagai suatu ideologi. Yang kerap meragukan kita ialah negara-negara yang mengakui bahawa mereka adalah negara-negara demokrasi. Ini kerana pegila-pegila kuasa kerap menyamar diri sebagai "juara demokrasi" walhal mereka merupakan segerombolan otoritarian yang cenderung memerintah secara otokratik dalam persekitaran sebuah sistem demokrasi yang lemah, lembab dan korup. Ini cukup berbahaya. Malangnya, ia benar-benar wujud. Benarlah seperti kata bidalan: "Power is CORRUPT. ABSOLUTE POWER CORRUPT ABSOLUTELY!" Inilah hakikat otoritarianisme.

Kesan otoritarinism dan hegemoni adalah amat buruk kepada masyarakat. Sekiranya ia sudah mencapai peringkat kritikal, masyarakat akan menjadi goncang dan negara menjadi tidak stabil. Walaupun sejarah pernah memperlihatkan bahawa institusi politik berasaskan otoritarianism dapat kekal untuk suatu jangkawaktu yang agak panjang, namun akhirnya kuasa de facto dapat membenamkannya. Itulah yang terjadi di China, India dan kebanyakan negara-negara di barat. Republik atau corak-corak pemerintahan berasaskan kuasa rakyat (people power) adalah gelombang besar yang bakal merobohkan sistem-sistem kejam berkenaan.

Namun begitu, kebangkitan semula kuasa-kuasa ini samasekali tidak mustahil dan ianya memang benar terjadi. Russia dan China sebagai mengambil contoh mudah. Maharaja-maharaja kejam telah digulingkan oleh de facto. Namun pada hari ini kuasa de facto ditunggangi oleh diktator-diktator yang dilantik secara de jure. Bukankan ini amat ironi dan memalukan?

Barangkali inilah impak dari politik pasif yang membenam hasrat golongan rakyat untuk bangkit melaksanakan reformasi yang benar-benar jitu. Apa yang terjadi di Russia dan China ialah gambaran sebuah perjuangan yang separuh masak oleh de facto mengakibatkan pihak politbiro berjaya memanipulasi keadaan dan mewujudkan pemerintahan walaupun secara kuku besi. Ini memang benar-benar memalukan.Agak ironi apabila ada pihak berandaian bahawa hanya mereka sahajalah yang layak memiliki kesedaran berpolitik. Kesedaran berpolitik hanya milik golongan yang tertentu yang terbabit atau berkecimpung dalam gelanggang atau geladak parti-parti politik. Bagi mereka yang enggan atau bukan menjadi ahli pada mana-mana parti politik, maka hak berpolitik bukan menjadi milik mereka.

Hatta, lantaran itulah masyarakat umum (civil society) kian tersisih dan terus dipinggirkan dari ilmu politik, tidak memiliki akses atau peluang untuk terdedah kepada falsafah politik yang sebenar. Masyarakat umum mahu direncatkan dari pengetahuan mengenai politik. Otak mereka perlu diserabut atau dijumudkan agar kesedaran berpolitik tidak muncul. Bukan sekadar itu, malah mereka perlu diindoktrinasi supaya menganggap bahawa politik bukan urusan mereka dan mereka harus menghindarkan diri dari terbabit dengan unsur-unsur ini. Jauh sekali untuk secara terbuka menyatakan bahawa berpolitik ialah tanggungjawab bersama.

Oleh itu, kita wajib menolak otoritarianisme dan hegemoni.

KESIMPULAN UMUM
Masih belum terlambat untuk kita menginsafi peranan kita sebagai rakyat atau "Civil Society". Adakah kita harus bersikap seperti katak yang tidak mahu dilepaskan dari tempurungnya lantas membiarkan penguasa atau "the State" bebas melakukan apa sahaja? Kita perlu sedar bahawa segala buruk dan baiknya negara ini - kita ada "saham" yang perlu dikongsi dan kita punya "beban" yang mesti digalas serta "persoalan-persoalan" yang perlu dijawab. Sikap berlepas tangan terhadap persoalan politik negara merupakan merupakan sikap yang cukup tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik. Sebagaimana tanggungjawab mempertahankan negara dari pencerobohan serta penjajahan asing - tiada siapa yang akan menyelamatkan negara ini. Kitalah yang akan mempertahannya, dengan darah dan nyawa kita.

Dan, jika kita tidak berminat untuk "mempedulikan" keadaan politik negara sendiri, pasti ada yang berminat serta "membuang tabiat" untuk campur tangan dalam urusan rumahtangga kita. Serta, "mengajar" kita "cara-cara bermain politik" menurut acuan kebiadaban mereka!

neosangsapurba..

Isnin, 21 Disember 2009

PATRIOTISME VS MATERIALISME

TULISAN kali ini bukannya ditujukan khusus untuk angkatan tentera. Ia bermotif untuk semua warganegara Malaysia. Khususnya yang belum pernah mengenali erti perjuangan, patriorisme dan peperangan serta golongan yang langsung tidak memiliki waktu untuk menjengah, melihat dan menghayati apa yang terjadi dalam sebuah negara yang hancur di landa peperangan.

TULISAN ini juga amat relevan untuk semua peringkat anggota dalam angkatan wataniah, orang awam biasa ATAU sesiapa sahaja yang masih bernyawa dan mengaku bahawa beliau adalah warga bagi negara ini, dan, wilayah yang digelar Malaysia ini diperakui sebagai "TANAH TUMPAH-DARAH" beliau setiap kali menyanyikan lagu NEGARAKU.

Mudah-mudahan kita akan sama-sama berfikir dan merenung semula apa, siapa dan bagaimanakah kekuatan kita sebenarnya. Kita masih belum terlalu lambat. Nasi belum benar-benar menjadi bubur. Jikapun bubur, ia masih boleh di makan dan masih berzat. Tetapi jika bubur itu sudah bertukar menjadi basi, itu adalah balasan yang amat bertepatan bagi golongan yang terlalu leka, mungkar dan sombong terhadap kebenaran. Selagi kemusnahan tidak terjadi, manusia jarang sedar untuk membuat persediaan awal. Pengalaman Bosnia, Kuwait, Iraq, Lebanon dan Afghanistan masih belum mampu mengajar manusia untuk berfikir secara strategik serta menghentikan khayalan, angan-angan dan omongan kosong mereka.

Pengalaman di Kampuchea, Indonesia selatan Filipina belum cukup untuk membangkitkan umat Muslimin dari paradigma tidur panjang di tilam empuk, kamar berhawa dingin serta mimpi yang penuh dengan adegan-adegan ekstravaganza. Adalah suatu penyelewengan minda dan hati jika kita menganggotai angkatan wataniah, pertahanan awam atau mana-mana kelab sukarela dan NGOs sekadar untuk memburu imbuhan dan darjat. Demikian juga jika kita bersikap anti kepada organisasi pertahanan negara atau sistem ketahanan nasional, itu sesungguhnya lebih terhina dari seekor anjing jalanan! Jika itulah sikap kita, bererti, kita terlalu korup. Kita menolak untuk menerima ganjaran implisit yang murni dan besar lalu memilih ganjaran ketara yang terlalu kecil.

Ganjaran implisit itu tidak lain dari balasan baik dan rahmat Allah Taala di dunia dan di akhirat. Itu lantaran keikhlasan kita untuk memperdalami pengetahuan, pengalaman serta kemahiran dalam strategi peperangan yang sebenarnya bersifat fardu ain dan merupakan sebahagian dari perintah Allah. Yang nantinya akan membolehkan kita berperang dengan cekap dan berkesan. Bukannya kecundang sebagai pengecut dan jadi pelarian di negara orang! Kita dituntut untuk mengkaji dan memperdalami sains atau seni peperangan kerana ia menjadi sebahagian dari kewajipan umat Islam. Ia adalah satu tanggungjawap sosial yang perlu dipikul oleh setiap warga yang mengakui dirinya beriman. Mahu tidak mahu, kita terpaksa menerima hakikat ini.

Amat irony. Apabila berlaku sesuatu kesilapan kecil dalam organisasi angkatan tentera misalnya, orangramai (samada yang cerdik, berpendidikan atau si bahlul, jahil dan daif...) akan bersekongkol menuding jari ke arah angkatan tentera. Sebab itu persoalan-persoalan kecil dalam tentera begitu mudah menjadi “big business” bagi masyarakat terutamanya yang mempunyai implikasi kewangan, walaupun adakalanya ia samasekali bukan kesilapan tentera. Ramai yang dengan spontan akan keluar untuk menjadi “juara kebenaran” walaupun mereka sendiri hidup dengan hasil riba’, pecah amanah serta lain-lain hasil korupsi.

Ada yang berani mendakwa bahawa di zaman kemajuan ini tentera sudah tidak relevan lagi. Tentera sekadar duri dalam daging yang menjadi beban kepada ekonomi negara. Ada juga yang sanggup mempolitikkan isu tentera dan pertahanan nasional. Lantaran itulah kita amat sukar untuk menemui pemikir-pemikir berwibawa untuk merangka strategi pertahanan negara yang holistik. Jangan sampai kita mengupah perunding-perunding asing untuk merangka program pertahanan kita pulak...! Jangan jadi sejahil itu!

Dan, ada yang berani mencadangkan bahawa sudah tiba waktunya angkatan tentera diswastakan sahaja, sebagaimana perkhidmatan-perkhidmatan lain yang telahpun diswastakan. Jangan sampai kita mengambil contoh yang terjadi di Iraq ketika ini - Amerika mengupah agensi-agensi sekuriti persendirian untuk melaksanakan misi-misi khas keselamatan. Walhal, jumlah tentera Amerika yang ditempatkan di negara itu sudah melampaui 100,000 orang (tersimpan baik di "Green Zone"..!) Demikianlah sandiwara sang pseudo-zionis ini. Langsung tidak menghairankan. Lantaran negara itu terlalu kaya membelanjakan USD 150 bilion (= RM570 bilion..!!) setahun utk menentukan kepentingannya di Timur Tengah.

Sebagai negara yang gilakan perang, mereka sanggup berbelanja apa sahaja atas nama "To defend my national security and my NATIONAL interest!" Lihat tu, CUKUP PATRIOTIK sekali..!!! Sanggupkah kita contohi mentaliti patriotik "segila" ini? Atau, kita yang "gila", kerana langsung tidak mahu mengambil iktibar dari kemusnahan orang lain? Lantaran itu gamaknya, kita selalu dimomokkan dengan konsep-konsep “think positive”, “think strategically” - serta entah apa-apa lagi gimik dunia akademik atau dunia korporat yang terlalu materialistik - sebagai sajian bagi jiwa kosong yang dibelenggu hipokrasi. Konsep-konsep itu pada realitinya tidak pernah wujud walaupun "tokguru"nya mungkin digelar sarjana dalam dunia pentadbiran dan pengurusan atau menjadi presiden pelbagai organisasi awam atau swasta. Yang kerap diamalkan ialah strategi mensabotaj, pembunuhan psikologi secara senyap.

Hari ini konsep patriotisme telah disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya oleh golongan elit. Demi pengaruh, patriotisme dipolitikkan. Patriotisme dijatuhkan martabatnya - disamatarafkan dengan nasionalisme walhal kedua-dua konsep ini jelas berbeza asas dan tujuannya. Pun begitu, ia ada kait mengait. Patriotism bermakna cinta kepada watan. Nasionalism atau assabiyah bermaksud cinta kepada bangsa sendiri, puak sendiri, keturunan sendiri - lebih menjurus kepada nepotisme. Apapun, adakalanya nasionalisme relevan untuk digunakan dengan mengambilkira bukan orang faham ertinya yang sebenar.

Tetapi yang dituntut oleh Islam ialah patriotisme lantaran ia lebih holistik. Cinta kepada watan bermakna cinta kepada tanah air, penghuni serta segala isi didalamnya. Ia adalah salah satu dari cawangan IMAN. Cinta kepada bangsa sendiri lebih menjurus kepada pertelingkahan etnik kerana ia meminggirkan kewujudan serta kepentingan bangsa lain. Ini amat berkontra dengan konsep Islam yang menyamatarafkan hak bernegara bagi seseorang warga itu. Malah orang kafir yang menjadi rakyat bagi negara Islam berkewajipan sama-sama mempertahankan negara dari ancaman musuh.

Itulah dia PATRIOTISME. Terlalu murni. Terlalu berharga. Terlalu indah. Dan, pelengkap kepada IMAN seseorang. Tidak sempurna iman jika tidak cinta kepada negara. Tetapi, jangan sampai kita mempertuhankan negara. Itu lebih dimurkai Tuhan! Maka, berpada-padalah. Dan, berwaspadalah selalu. Jika ditakdirkan kita hidup di negara taghut, wajarkah kita patuh kepada pemerintahan syaitan dan kafir itu? Patutkan kita berjihad dan mati atas nama negara ateis, kafir dan mungkar itu? Fikir, dan cuba renungkan sendiri!

Isnin, 13 Julai 2009

DOSA MEMPELAJARI SAINS POLITIK


Adakah BERDOSA jika anda mempelajari Sains Politik? Dan suatu hari kelak anda berpeluang untuk makan percuma di Kem Kamunting lantaran mendapat perintah tahanan dibawah ISA? Atau, jika tidakpun, anda GAGAL memperoleh sebarang pekerjaan untuk jangkawaktu yang panjang kerana ijazah dalam bidang politik tidak punya nilai pasaran? Jadi, apa kesudahannya? Ambil bidang lain. JANGAN belajar ilmu Sains Politik!


Jika diamati dengan teliti, hanya beberapa kerat institusi yang masih tegar dan sudi menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sains Politik dalam negara ini. Antaranya, UKM, USM dan UiTM. Itupun mungkin kerana masih ramai lagi profesor, profesor madya atau pensyarah-pensyarah tua bidang ini yang masih liat untuk berpencen. Oleh itu bagi bakal pelajar atau calon yang benar-benar berminat mendalami bidang ini, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM ada menawarkan Sains Politik sebagai pengkhususan utama atau pengkhususan kecil di peringkat Sarjana Muda dan peringkat Sarjana. Inilah waktu terbaik untuk anda mendaftar dan mendalami bidang yang kian dipinggirkan ini.

Selain Sarjana Hubungan Antarabangsa, Hubungan Serantau dan lain-lain, Universiti yang sama turut menawarkan program Sarjana Pentadbiran Awam (SPA) sebagai sub-bidang Sains Politik bagi maksud aplikasi pengurusan sektor awam di peringkat pengurusan pertengahan dan atasan. Pegawai-pegawai PTD dan para birokrat yang bercita-cita tinggi digalak menyambung pengajian pascasiswazah dalam SPA demi memantapkan ilmu dan pemikiran kritis masing-masing. Agar mudah untuk mereka naik pangkat dan darjat. Apatah lagi menerjuni gelanggang politik atau mencari makan sebagai "Think-tank" pihak-pihak yang berkenaan. Demikianlah hebatnya ilmu Sains Politik.


Dalam gelombang saintifik dan teknokrasi yang kencang menghimpit sempadan adat dan ilmu tradisi, status program Sains Politik semakin pudar dan terkeluar dari gelanggang persaingan. Kursus-kursus Sains Politik semakin berhadapan dengan masalah "demand" serta minat yang semakin luntur. Generasi muda rata-rata memburu bidang-bidang ICT, kejuruteraan, perubatan, sains, pengurusan atau setidak-tidaknya perguruan. Masing-masing ingin memastikan bahawa mereka tidak berakhir dalam gelanggang pengangguran. Menganggur - samada sementara atau tidak - adalah suatu yang cukup terhina dan menyiksakan batin. Ia setaraf dengan kemiskinan. Mungkin juga kebuluran.


Arus permodenan kontemporari serta slogan-slogan berkisarkan penciptaan umah teknokrat telah merentap keyakinan masyarakat terhadap program Sains Politik. Tidak cukup dengan itu, mereka telah dimomokkan oleh drama dan sandiwara tragis berhubung konflik politik, kecelaruan hidup para politikus dan kerakusan berpolitik yang tidak bersempadan. Ditambah dengan hayunan anganan nilai-nilai hidup korporat yang menghamburkan kemewahan syurgawi, ibubapa jadi tidak terangsang untuk menggalakkan anak-anak mereka yang belajar di kolej atau universiti mengambil komponen sains politik sebagai kursus elektif mahupun opsyen. Kursus "Pengajian Malaysia" sudah lebih dari cukup?


Jika keadaan ini berlarutan, tidak mustahil bidang sains politik akan lenyap dari lipatan sejarah negara ini. Yang tinggal hanyalah teori-teori lapok yang sering dipakai berulang-ulang kali oleh penganalisis-penganalisis politik yang kekontangan wang di poketnya yang sekadar memberi komentar untuk mendapatkan seringgit-dua. Malah ahli politik sendiri tidak akan menghargai teori-teori tua ini. Eloklah kalau ia langsung lesap dari akal-budi masyarakat. Kelak akan lebih mudahlah hamba rakyat diperolok-olok, diperas atau dibahlulkan. Lantaran jahil, daif serta "amat pemalu" (shy-off) dengan konsep-konsep asas ilmu politik.


Berdosakah kita belajar sains politik? Bukankah kita diutuskan ke dunia sebagai khalifah Allah? Dan bagaimana mampu kita menjadi seorang khalifah yang baik kalau tidak berilmu? Bukankah sains politik merupakan cabang ilmu yang amat penting dalam pembinaan umah? Atau, mungkinkah kita telah menyama-tarafkan bidang ilmu ini dengan fanatisme dan subversif?

Ahad, 14 Jun 2009

JERUNG VS AKTA ANTI KORUPSI 1957

Apabila projek-projek mega ciptaan parti politik yang memerintah retak atau tumbang menyembah bumi, adakah ini bermaksud korupsi telah terjadi? Suratkabar The Star bertarikh 11 Jun 2009 memaparkan berita penangkapan beberapa orang pengarah syarikat termasuk tiga yang berpangkat “Datuk” pada 5 Jun 2009 berkaitan kontroversi MRR2. Mungkinkah ramai lagi jerung-jerung skala sederhana dan skala besar sedang menanti giliran untuk dicekup oleh MACC? Atau mungkin mereka sempat memperbaharui paspot antarabangsa untuk lima tahun lagi atau memperoleh visa sebagai “residen tetap” di Australia dan Negara-negara pengamal rasuah dan riba’ yang lain?


Ketiga-tiga Datuk yang malang ini telah dipertuduhkan dibawah Akta Anti rasuah 1957 atau AAK 1957. Dalam diam, rupa-rupanya AAK 1957 sudah berusia lebih 52 tahun - yaini sebaya dengan usia kemerdekaan Tanah Melayu dari jajahan British. Mungkinkah akta itu sendiri masih terjajah atau setidak-tidaknya masih padat dengan legasi tinggalan penjajah yang menyebabkan ia tidak begitu efektif dan dihormati? Lantaran inikah maka para aristocrat dan golongan bourgueis tidak ambil pusing dengannya? Jika demikian, letaklah pakar atau gajikanlah siapa sahaja untuk menguruskan hal-hal rasuah – ia mungkin berakhir dengan kegagalan. Selagi AAK 1957 tidak dihalusi dan di reformasi, ia tidak akan menggerunkan sesiapa khususnya golongan jerung-jerung berpuaka yang cekap membelit undang-undang.


Lihat sahaja kes terbaru di Trengganu. Bayangkan kalau ratusan penonton sedang bersorak-sorai tiba-tiba ranap dimamah runtuhan bumbung stadium yang bernilai lebih dari RM 100 juta itu. Dan bayangkan kalaulah ada pembesar-pembesar dan raja-raja sedang sama-sama menonton sukan yang dipertandingkan. Pernahkah para jerung-jerung besar dan kecil memikirkannya? Atau sekadar lebih berminat memperhitung laba serta gelaran “Datuk” secara “short-cut” ? Bangunan yang belum pun tamat usia waranti sudahpun tunduk menyerah akibat terlalu beratnya bala korupsi yang harus dipikul.





Sudah lebih tiga minggu runtuhan terjadi. Masih belum terdengar kabar yang responsive atau penangkapan-penangkapan. Atau mungkinkah ada pihak sedang giat melaksanakan “cover-up” ? Dan, mungkinkah ada yang telah bersiap-sedia dengan visa “permanent resident” di Negara-negara jahiliah? Juga, wajarkah kita sekadar berdiam diri dan berpeluk tubuh menonton perangai lincah jerung-jerung daratan ini? Atau kita turut memberi “endorsement” ke atas scenario serta tingkah-laku celaka ini?

Kes Highland Towers yang tumbang pada 1993 masih belum selesai. Kisah bersiri insiden tanah runtuh di perbukitan golongan elit di Selangor masih terbengkalai. Samaada projek itu atas dasar persendirian, swasta atau pemerintah, peraturan tetap peraturan. Etika tetap etika. Nyawa yang melayang, harta-benda dan wang-ringgit yang ranap bukan jatuh tergolek dari langit biru. Ia datang dari sumber yang khusus. Nyawa datang dari Tuhan. Harta-benda, modal dan wang-ringgit datang dari keringat dan tulang empat-kerat yang dipulas sehingga tenat. Apatah lagi projek-projek pemerintah yang datangnya dari wang rakyat. Ia wajib diuruskan dengan betul – tiada persoalan lagi.


Oleh itu agenda-agenda keuntungan materialistic dan kepentingan peribadi wajib diketepikan seratus-peratus dari terselit dalam sebarang projek pembangunan. Selagi ianya berbaur dengan unsur-unsur peribadi, selagi itulah kita terus berhadapan dengan masaalah. Apa lagi yang dimahukan? Tidakkah cukup dengan gaji, elaun bulanan, tuntutan pelbagai, pangkat dan darjat, kemudahan-kemudahan serta prestej yang disajikan? Tidak cukupkah dengan janji-janji perkhidmatan, kemudahan pencen yang amat memberangsangkan apabila bersara nanti? Begitu juga dengan para jerung kecil dan besar. Tidak puaskah dengan harta karun yang bertaburan disana-sini dan di merata dunia? Adakah lakunan-lakunan melalui drama CSR sudah memadai kalau wang rakyat terkubur dalam beberapa saat sahaja?


Kebelakangan ini kita dihidangkan dengan teori-teori pengkorpratan agensi-agensi kerajaan dengan perlantikan “task forces” atau “badan bertindak” dari kalangan NGO atau kombinasi NGOs. Pendekatan yang hebat. Tetapi, kita mahu melihat keputusan yang juga hebat. Jangan sampai wang rakyat sekali lagi dibazirkan atas teori-teori corporate governance atau pendekatan-pendekatan ad-hoc seperti ini. Bolehkah agensi-agensi kerajaan atau pentadbiran sector awam bertindak sebagai entity perniagaan? Atau, adakah cara lain untuk pemerintah menguruskan perniagaan selain dari Dasar Pengswastaan dan Dasar Pengkorporatan atau dasar-dasar ekonomi yang lain? Mungkinkah ada orang yang sanggup memfotokopi cara mana PETRONAS (salah satu GLC terpenting Negara) menguruskan operasi hariannya?

Atau kita masih terpengaruh dengan pemikiran jerung-jerung yang memakai jersi yang pelbagai? Ingatlah, jerung bukan sejenis. Dan, bukan sekadar datang dari dalam Negara sahaja. Kita juga perlu sedar – ekonomi kita masih belum terlepas dari belenggu neoimperialisme barat dan timur. Yang menjadi persoalan ialah keahlian dalam Badan Bertindak berkenaan. Negara ini tiada kekurangan professor, penyelidik, pakar-pakar dalam ekonomi dan pengurusan. Yang kurang ialah appresiasi terhadap kepakaran mereka dan kemahuan kita untuk mempergunakan, mengembeling atau mengintegrasi kepakaran-kepakaran ini menjadi suatu “super task force” yang cukup mantap dalam menghadapi dan menangani cabaran dalaman dan luaran yang semakin genting. Kita terlalu gemar “working in silos” dan meminggirkan golongan akademik hinggakan para professor serta pakar-pakar akademik dilihat tidak lebih dari pendokong teori-teori usang semata-mata.

Kita mungkin pernah mengeksploitasi kepakaran mereka tetapi dalam skala yang terhad dan terpencil. Sebaliknya kita lebih taksub terhadap khidmat-nasihat konsultan-konsultan barat khususnya. Dan kita lebih rela membayar para konsultan dengan harga yang tinggi dari memberi sedikit imbuhan kepada golongan cerdik-pandai tempatan atas khidmat perundingan mereka. Dan, usah kita lupa. Disebalik jerung-jerung yang berkeliaran itu ada “super jerung” yang memerhatikan dan mengawasi. Mereka juga muncul dalam pelbagai jersi dan gaya. Hari ini mereka berlagak sebagai professional. Esok mereka menjadi pakar runding atau konsultan berwibawa. Lusa mereka menjadi politikus tersohor. Hari-hari seterusnya mereka menjadi tokoh-tokoh yang berbeza-beza seperti mengkarung hijau. Mereka memiliki pelbagai jenis topi dan tongkat serta muncul dalam pelbagai bentuk dunia berotoriti, berkasta, kebal dengan pengaruh. Mereka adalah “super jerung” yang paling pintar, cukup berprestej dan paling berpuaka.

Orang mudah tumbang bila berhadapan dengan mereka – lantaran kekayaan dan pengaruh ekonomi-politik yang dimiliki. Kita telah melihat bagaimana TNB berhadapan dengan kerugian bulanan melebihi RM10 juta berpunca dari scenario dimana ia terpaksa bersaing dengan pengeluar-pengeluar tenaga persendirian yang sudahpun wujud sejak TNB dikenali sebagai LLN. Dan sekarang pengeluar-pengeluar tenaga ini masih mengekalkan cengkaman masing-masing yang mengakibatkan TNB gagal untuk menyalurkan hampir 20% tenaga lebihannya secara optimum. Berbeda dengan gas atau petroleum, tenaga elektrik bukan boleh disimpan dalam tangki atau gudang apatah lagi kalau tenaga itu dalam voltan yang terlalu besar. Lebih menjahanamkan, kebanyakan pengeluar-pengeluar tenaga persendirian telah diberi lesen jangkamasa operasi yang terlalu panjang (dan tidak masuk akal) oleh “pihak pemberi lesen”. Sekali lagi, mungkinkah ada “super jerung” di sebalik lesen-lesen tersebut? Hinggakan TNB tidak berdaya berbuat apa-apa kecuali menaikkan tariff demi menstabilkan kos operasi. Dan, sekali lagi rakyat menjadi mangsa keadaan.


Ketika ini rakyat Selangor sedang diseksa oleh kemungkinan catuan bekalan air. Takungan yang kian kontang di Hulu Kelang cukup membimbangkan semua orang. Adakah ini suatu bala dari Tuhan? Atau balak yang sengaja ditempah? Semakin hebat suara-suara protes terhadap aktiviti penebangan hutan-pedalaman dan belukar, semakin menjadi-jadi kawasan-kawasan ini ditebus-guna dengan sewenang-wenangnya. Seolah-olah tiada kawalan atau mungkinkah pihak berwajib telah kehilangan wibawa lantaran kronism dan nepotism? Bukit-bukit semakin digondolkan atas kehendak pembangunan. Soalnya, pembangunan untuk apa dan buat siapa? Siapakah atau jerung yang pula seterusnya meraih durian runtuh hasil dari projek-projek kurang waras kalaupun bukan gila ini? Pernahkan perkara-perkara ini diperincikan dari masa ke masa?


Kadang-kala projek-projek mega agak sukar untuk diketepikan. Tetapi biarlah berperaturan atau menurut prioriti (keutamaan). Lihat sahajalah kes air di Selangor atau kesesakan jalanraya di bandaraya-bandaraya negara ini yang sudah mencapai tahap kritikal tanpa menunggu musim perayaan lagi. Bukankah lebih wajar kalau kita memperuntukkan wang untuk untuk keperluan asas seperti memperbaiki sistem sungai atau bekalan air di mana-mana sahaja negeri yang bermasaalah? Atau memperbesarkan lagi keseluruhan jaringan jalanraya di negara ini demi kebaikan semua? Kita mungkin terlalu berhati-hati dalam memilih projek. Namun akhirnya kita tetap memilih sesuatu yang memeranjatkan masyarakat. Adakah wajar kita meneruskan idea membina laluan ke tiga untuk ke Singapura? Apakah yang terlalu signifikan dengan negara tersebut maka kita perlu akur lantas sanggup mengorbankan sejumlah besar wang negara untuk suatu projek mega yang sebenarnya menguntungkan orang lain? Haruskan kita bersikap seperti Pak Pandir yang menang sorak dan lari bertelanjangan walhal kampongnya tergadai?


Terlalu padat sasterawan dahulu-kala menggarap serta menceriterakan kisah-kisah pahit kebodohan orang dahulukala. Manusia-manusia Luncai, Pak Pandir dan Lebai Malang bukan sepatutnya dijadikan bahan jenaka atau gelak-ketawa. Seharusnya cerita-cerita purba ini patut merangsang pemikiran masyarakat kontemporari untuk lebih berhati-hati dalam mentadbir-urus ummah serta negara ini. Jangan sampai kita menjadi "super Luncai" atau "super Pandir" di belakang hari dek kerana keangkuhan kita sendiri. Kita mungkin seorang teknokrat tersohor. Tetapi kita bukan makan besi, batu atau konkrit. Bukankah kita juga makan nasi sepertinya Luncai, si Lebai Malang atau si Pandir?


Apa yang perlu ialah kesedaran - yang nantinya akan menjana keinsafan untuk bersikap lebih terbuka, telus, ikhlas serta kesediaan berkorban untuk masyarakat dan negara ini. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dihadam dan ditelan. Tanpa adanya kesungguhan untuk berfikir dengan serius, tidak banyak yang dapat dilakukan. Dan kita tidak mungkin berubah kalau sekadar duduk berdoa dan bertawakal. Peluru berpandu atau bom nukliar yang digugurkan tidak akan melayang ke tempat lain kalau tiada usaha untuk cuba menangkisnya.


Selasa, 21 April 2009

Veto dan Mentaliti Penjajah

Pada tanggal 26 Jun 1945, termeterailah Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu di San Franciso bagi manggantikan Liga Bangsa-Bangsa yang gagal menghalang tercetusnya Perang Dunia Ke 2. Piagam PBB dikuatkuasakan sepenuhnya pada 24 Oktober 1945. Bermula dengan 51 keahlian asal, ia cepat menjangkau ke 102 dan 153 setelah para penjajah melepaskan cengkamannya keatas jajahan-jajahan masing-masing di benua Afrika, Amerika Selatan dan di Asia. Jajahan terbaru yang dilepaskan ialah Hong Kong.

Pun begitu, mentaliti mereka tidak pernah berubah. Nafsu untuk terus mengekalkan status quo sebagai "penjajah" masih dikekalkan melalui apa yang digelar sebagai kuasa VETO. Mujurlah Sepanyol, Portugis dan Belanda tidak sempat membolot kuasa itu. Demikian juga German, Itali dan Jepun. Jika tidak, bayangkan yang dingin! Ini belum termasuk ahli-ahli kelab kuasa nukliar yang baru seperti Israel, India, Afrika Selatan dan Pakistan. Tidak juga termasuk Korea Utara dan Iran. Dan Jepun baru sahaja mewarwarkan cita-cita nukliarnya konon untuk menghadapi serangan nukliar Korea Utara.

German dan India sudah beberapa kali melobikan kuasa veto tetapi masih gagal. Maka itu kelab veto masih kekal di tangan Britain, Russia, China, Amerika Syarikat dan Peranchis. Sebagai ahli seumur hidup, mereka berupaya menjadikan Majlis Keselamatan sebagai kuda atau kaldai tunggangan sementara PBB pula menjadi budak-budak pecacai yang boleh direntap hidung atau telinganya pada bila-bila masa. Dasar imperialisme atau neokolonialisme akan dikekalkan sehingga hari kiamat. Siapa berani menggugat akan menerima nasib seperti almarhum Saddam Hussein, Iraq, Pelastine atau Afghanistan.

Pilihan ada di tangan anda atau siapa? Veto sebenarnya membuktikan bahawa dunia tidak pernah berjaya mengamalkan konsep demokrasi tulin. Sebaliknya ia diselaputi oleh unsur-unsur hegemoni dan neoimperialisme di peringkat tertinggi selain pengaruh gerakan neokonservatisme dan zionisme peringkat dunia. Sejarah veto dan penggunaannya memperjelaskan senario ini. Ensiklopedia Wikipedia memiliki certia tersendiri berhubung kuasa veto dunia:


(United Nations Security Council veto power-From Wikipedia, the free encyclopedia)

The United Nations Security Council 'power of veto' refers to the veto power wielded solely by the five permanent members of the United Nations Security Council, enabling them to prevent the adoption of any 'substantive' draft Council resolution, regardless of the level of international support for the draft. The veto does not apply to procedural votes, which is significant in that the Security Council's permanent membership can vote against a 'procedural' draft resolution, without necessarily blocking its adoption by the Council.

The veto is exercised when any permanent member — the so-called 'P5' — casts a "negative" vote on a 'substantive' draft resolution. Abstention, or absence from the vote by a permanent member does not prevent a draft resolution from being adopted.

History:

The UNSC veto system was formalized at the Yalta Conference, 4-11 February 1945, and was established in order to prohibit the UN from taking any future action directly against its principal founding members; in large part a legacy of the expulsion of the Soviet Union from the League of Nations in 1939, at the outbreak of World War II. It had already been decided at the UN's founding conference in 1944, that Britain, China, the Soviet Union, the United States and, "in due course" France, should be the permanent members of any newly formed Council.


France had been defeated and occupied by Nazi Germany, but its role as a permanent member of the League of Nations, its status as a colonial power and the activities of the Free French forces on the allied side allowed it a place at the table with the other four.[citation needed]

(Komen: Jika dilihat pada fakta diatas, jelas membuktikan bahawa Peranchis tidak pernah menang dalam Perang Dunia Kedua. Sebaliknya, tentera regim De Gaulle ditewaskan dengan hinanya oleh tentera Nazi Hitler. Regim Stalin di Rusia juga hampir pupus dikerjakan oleh jentera Hitler jika tidak didatangkan musim salju (dengan kehendak Allah Taala) yang menyebabkan kegagahan tentera Nazi lumpuh dengan sendirinya gara-gara cuaca yang ekstrim. Yang menghairankan, mengapa mereka diberikan kuasa Veto? Semata-mata lantaran menyokong Tentera Bersekutu menentang German - maka sudah cukup untuk dihadiahkan kuasa Veto?

Atau, lebih kepada fakta bahawa ia adalah salah satu dari kaedah para penjajah dunia mengekalkan kuasa untuk menjajah dan menguasai dunia dimasa-masa akan datang? Peranchis, sepertimana UK, tidak pun sebesar mana. Mungkin yang layak diberi VETO (jika wajar diberi..) ialah China dan Amerika Syarikat - disebabkan saiz geopolitik yang luas dan belum tewas sepenuhnya dalam perang berkenaan. China juga hampir tewas dilanda samurai Jepun jika tidak dengan kebodohan Jepun menyerang Hawaii dan Filipina (kedua-duanya ialah jajahan AS) yang memberi peluang keemasan kepada AS untuk berperang. Tetapi jika ditimbang dari aspek kepadatan penduduk, hanya China sahaja yang layak. Diikuti India (kalah perang), Jepun (ditewaskan oleh dua biji bom nukliar) dan Indonesia (terjajah). Kanada dan Russia adalah negara gersang yang hampir tidak mahu didiami jika tidak kerana kekayaan sumber galiannya (dengan izin Allah). Jadi, siapakah yang sebenarnya patut mendapat anugerah "VETO" itu?)


The Soviet Union had adopted an "empty chair" policy at the Security Council from January 1950, owing to its discontent over the UN's refusal to recognize the People's Republic of China's representatives as the legitimate representatives of China, and with the hope of preventing any future decisions by the Council on substantive matters. Despite the wording of the Charter (which makes no provisions for passing resolutions with the abstention or absence of a veto-bearing member), this was treated as a non-blocking abstention. This had in fact already become Council practice by that time, the Council having already adopted numerous draft resolutions despite the lack of an affirmative vote by each of its permanent members. Article 27 of the United Nations Charter states:

1) Each member of the Security Council shall have one vote.
2) Decisions of the Security Council on procedural matters shall be made by an affirmative vote of nine members.
3) Decisions of the Security Council on all other matters shall be made by an affirmative vote of nine members including the concurring votes of the permanent members; provided that, in decisions under Chapter VI, and under paragraph 3 of Article 52, a party to a dispute shall abstain from voting.

Although the 'power of veto' is not explicitly mentioned in the UN Charter, the fact that 'substantive' decisions by the UNSC require "the concurring votes of the permanent members", means that any of those permanent members can prevent the adoption, by the Council, of any draft resolutions on 'substantive' matters. For this reason, the 'power of veto' is also referred to as the principle of 'great Power unanimity'.
(Nota: Sekali lagi kita lihat bagaimana para penjajah memanipulasi situasi yang wujud selepas Perang Dunia Kedua tamat. Sebagai negara-negara oportunis, keadaan yang serba tidak terurus pada ketika itu telah "diuruskan" dengan sewajarnya oleh para penjajah besar. Mereka berunding serta berpakat untuk membahagi-bahagikan "kek kekuasaan peringkat dunia" masing-masing. Siapa tidak kenal Britain, Peranchis, Rusia, Amerika Syarikat? Mereka adalah penjajah-penjajah tersohor seawal abad ke 15 lagi. Apa kurangnya China - yang sudah menjadi jaguh penjajahan sejak sebelum kelahiran Masehi lagi? Dan, apakah cara terbaik untuk mengekalkan dasar neoimperialisme? Kalau bukan melalui "VETO"?)

Number of resolutions vetoed by each of the five permanent members of the Security Council between 1946 and 2007. Almost half the vetoes in the history of the Security Council were cast by the Soviet Union. Since shortly before the fall of the USSR, the United States has been the most frequent user of the veto. Between the fall of the Berlin Wall in 1989 and the end of 2004, vetoes were issued on 19 occasions. For that period, usage breaks down as follows:


In the early days of the United Nations, the Soviet Union commissar and later minister for foreign affairs, Vyacheslav Molotov, said "no" so many times that he was known as "Mr. Veto". In fact, the Soviet Union was responsible for nearly half of all vetoes ever cast — 79 vetoes were used in the first 10 years. Molotov regularly rejected bids for new membership because of the U.S.'s refusal to admit the Soviet republics. Since the collapse of the Soviet Union, Russia has used its veto power sparingly.

Ambassador Charles W. Yost cast the first U.S. veto in 1970, regarding a crisis in Rhodesia, and the U.S. cast a lone veto in 1972, to prevent a resolution relating to Israel. Since that time, it has become by far the most frequent user of the veto, mainly against resolutions criticizing Israel (see Negroponte doctrine). This has been a constant cause of friction between the General Assembly and the Security Council, as seen with the 2003 Iraqi war which was not endorsed by the UN.

(Nota: Catatan diatas jelas menggambarkan gelagat bapak-bapak penjajahan pasca Perang Dunia Kedua bertingkahlaku. Kita juga diperlihatkan bagaimana Zionisme memperkudakan AS untuk pencerobohan Iraq pada tahun 1991 dan seterusnya "meratakan" bumi bersejarah itu pada tahun 2003 sebelum menyembelih Saddam Hussein sebagai pelengkap acara. Adakah pencerobohan ini mendapat mendapat tantangan ahli PBB yang seramai 192 ahli itu? Atau, kuasa "VETO" bisa menghalalkan para syaitan melakukan apa sahaja diatas muka bumi ini? Dalam ertikata lain, pemilik kuasa VETO memiliki segala kekebalan dan pada ketika yang sama mereka boleh lakukan apa-apa sahaja yang mereka mahu? Ini bererti, PBB bukan wujud atas dasar demokrasi, memperjuangkan hak-hak asasi, keamanan, keadilan, kemurnian serta saling hormat-menghormati. Sebaliknya, ia adalah pakej neoimperialisme yang bakal menyerapkan segala ummah dunia ke dalam belenggu hegemoni pemilik kuasa-kuasa veto yang berlima itu, dengan zionis sebagai maharajanya!)

Between 1946 and 1971, the Chinese seat on the Security Council was the government of the Republic of China (from 1949 on Taiwan) during which its representative used the veto only once (to block the Mongolian People's Republic's application for membership in 1955 because the ROC considered Mongolia to be a part of China). This postponed the admission of Mongolia until 1960, when the Soviet Union announced that unless Mongolia was admitted, it would block the admission of all of the newly independent African states. Faced with this pressure, the ROC relented under protest.

After the Republic of China's expulsion from the United Nations in 1971, the first veto cast by the present occupant, the People's Republic of China, was issued in 25 August 1972 over Bangladesh's admission to the United Nations. As of December 2008, the People's Republic of China has used its veto six times; observers have noted a preference for China to abstain rather than veto on resolutions not directly related to Chinese interests.

France uses its veto power sparingly. It used it in 1976 on the question of the Comoros independence, when the island of Mayotte was kept in French territory due to the vote of the local population. The threat of a French veto of resolution on the Iraq war caused friction between France and the United States.

The United Kingdom used its Security Council veto power, along with France, to veto a draft resolution aimed at resolving the Suez Canal crisis in 1956. They eventually withdrew after the U.S. instigated an 'emergency special session' of the General Assembly, under the terms of the "Uniting for Peace" resolution, which led to the establishment of the United Nations Emergency Force I (UNEF I), by the adoption of Assembly resolution 1001. The UK also used the veto unilaterally seven times because of Rhodesia.

Veto power reform:

Various discussions have taken place in recent years over the suitability of the Security Council veto power in today’s world. Key arguments include that the five permanent members no longer represent the most stable and responsible member states in the United Nations, and that their veto power slows down and even prevents important decisions being made on matters of international peace and security. Due to the global changes that have taken place politically and economically since the formation of the UN in 1945, widespread debate has been apparent over whether the five permanent members of the UN Security Council remain the best member states to hold veto power. While the permanent members are still typically regarded as great powers, there is debate over their suitability to retain exclusive veto power.

(Nota: Anggota Tetap (AS, Russia, China, Peranchis dan UK) yang juga memiliki kuasa veto, juga digelar sebagai "great powers" (kuasa-kuasa yang agong). Why "great"? Mengapa "agong"? Apakah maksud yang tersirat? Siapakah yang menganugerahi atau mentauliahkan mereka hingga disuratkan sebagai "great powers"? Kuasa yang mana? Mungkinkah kuasa ini lebih berkuasa dari kelima-lima kuasa ini? Apakah kuasa ini BAIK atau LAKNAT? Kalau BAIK, mungkinkah pertumpahan darah, pencerobohan demi pencerobohan dan ancaman demi ancaman akan terus melanda negara-negara kecil di Dunia Ketiga? Jadi, apakah hakikat KUASA ini? Dari manakah asal-usulnya KUASA LAKNAT itu?)

A second argument against retaining the UNSC veto power is that it is detrimental to balanced political decisions, as any draft text needs to be approved of by each permanent member before any draft resolution can possibly be adopted. Indeed, several proposed draft resolutions are never formally presented to the Council for a vote owing to the knowledge that a permanent member would vote against their adoption (the so-called 'pocket veto'). Debate also exists over the potential use of the veto power to provide 'diplomatic cover' to a permanent member's allies[citation needed]. The United States of America has used its veto power more than any other permanent member since 1972; particularly on draft resolutions condemning the actions or policies of the State of Israel, but that may have been necessary, others point out, because the very resolutions are systematically heavily biased against Israel.


Advocates of the veto power believe that it is just as necessary in the current geo-political landscape, and that without the veto power, the Security Council would be open to making "majority rules" decisions on matters that have implications at a global level— decisions that may well go directly against the interests of a permanent member.

Discussions on improving the UN's effectiveness and responsiveness to international security threats often include reform of the UNSC veto. Proposals include: limiting the use of the veto to vital national security issues; requiring agreement from multiple states before exercising the veto; and abolishing the veto entirely. However, any reform of the veto will be very difficult. Articles 108 and 109 of the
United Nations Charter grant the P5 veto over any amendments to the Charter, requiring them to approve of any modifications to the UNSC veto power that they themselves hold.


Nonetheless, it has been argued that the current UNSC 'power of veto' is, fundamentally, irrelevant. With the Assembly's adoption of the 'Uniting for Peace' resolution on 3 November 1950, it was made clear by the UN Member states that, according to the UN Charter, the P5 cannot prevent the UN General Assembly from taking any and all action necessary to restore international peace and security, in cases where the UNSC has failed to exercise its 'primary responsibility' for maintaining peace. Such an interpretation sees the UNGA as being awarded 'final responsibility' — rather than 'secondary responsibility' — for matters of international peace and security, by the UN Charter. Although not couched in the same language, various high-level reports make explicit reference to the 'Uniting for Peace' resolution as providing the necessary mechanism for the UNGA to overrule any vetoes in the UNSC; thus rendering them little more than delays in UN action.

Dari apa yang telah dihuraikan oleh Carta PBB diatas, usah terkejut bahawa "kuasa-kuasa agong" yang telah melantik diri masing-masing untuk menjadi "penguasa-penguasa utama" pasca Perang Dunia Kedua sebenarnya tidaklah sekuat mana. Jika tidak kerana keengkaran Hitler mendengar nasihat para jeneral beliau dalam mengatur strategi peperangan, tentera Jerman tidak mudah tewas di medan tempur. Tetapi kebodohannya untuk taksub kepada cakap-cakap penasihat politik Nazi yang samasekali jahil dalam taktik peperangan, disekalikan dengan kediktatoran yang melampaui batas hingga dibenci oleh para jeneralnya sendiri, akhirnya beliau menerima padahnya. Berbeza dengan Jepun. Tentera imperial Jepun hanya menyerah kalah setelah dua biji bom atom memusnahkan masyarakat awam di Hiroshima dan Nagasaki. Jika tidak, sejarah dunia mungkin berubah sama sekali. Mungkinkah "kek dunia" dibahagikan antara Jerman, Jepun dan Itali? Mungkinkan senario politik global terlalu runcing? Atau, dunia ini hancur sama sekali dibawah kuasa PAKSI (Axis) ciptaan taghut?

Sebagai kesimpulan dari nota yang agak panjang ini, kita dapat menilai apakah itu kuasa VETO dan apakah rahsia yang tersirat disebalik kuasa "superman" yang pelik dan "gila" ini. Apakah hakikatnya dan kemanakah mahu dibawanya dunia ini? Kearah hidup yang serba harmoni, tenteram, murni, senyum ceria? Atau ke jurang jahanam yang serba total dibawah bayangan neoconservatisme, hegemoni zionisme atau singkatnya pemerintahan syaitan? Patutkan kita membenarkan keadaan ini terjadi? Dimanakah maruah kita? Bagaimanakah kemerdekaan dan kedaulatan kita? Kemanakah keimanan kita? Wajarkah ummah ini dibiarkan musnah bergelandangan selepas bangkit dari sejarah penjajahan yang panjang? Jiwa mereka diindoktrinasi? Dan, aqidah mereka diruntuhkan?

Dengan adanya ilmu serta teknologi termaju barulah kita berupaya membina kekuatan, menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang bathil. Tanpa ilmu, kita akan terus menjadi hamba dan pecacai kepada yang berkuasa. Kuasa veto hanya boleh diruntuhkan dengan adanya integrasi kekuatan. Ilmu, ekonomi-politik serta teknologi yang paling canggih, sistem persenjataan yang terbaru dan terkuat, tentera yang gagah, pintar, beriman. Diperlengkapkan oleh kemantapan tauhid, ketakwaan. Barulah kita benar-benar mampu menggerunkan MUSUH-MUSUH kita dan MUSUH-MUSUH Allah.

Jangan sekadar melihat, tetapi, ia hendaklah difikirkan dengan mendalam!

Isnin, 13 April 2009

MELAYU, BAHASA DAN POLITIK

INTRODUKSI

Pada Januari 1988 suatu kongres anjuran Negeri Kedah telah dilangsungkan di UUM Sintok. Ini merupakan rentetan dari Seminar Melayu Dunia yang pertamakalinya dilangsungkan di Melaka pada Disember 1982 dan Sri Lanka pada Ogos 1985. Antara objektif umum seminar-seminar tersebut ialah meninjau kewilayahan Dunia Melayu serta rumpun bangsa Melayu melalui perspektif antropologi, kumpulan etnik manusia dan bahasa Melayu Polynesia. Selain itu ia cuba melihat Islam sebagai identiti khusus bangsa Melayu kontemporari walaupun ada kelompok umat Melayu yang beragama Islam.

Disamping itu, konteks geopolitik Dunia Melayu juga dibicarakan dengan tumpuan khusus kepada wilayah-wilayah utama merangkumi Acheh, Brunei, Filipina, Patani, Singapura dan Tanah Melayu (Malaysia sekarang). Peranan para penjajah yang bertanggungjawab memecahbelahkan wilayah Dunia Melayu menjadi negara-negara kecil yang terpisah juga disentuh tetapi terhad kepada perspektif kerjasama budaya, senibina, bahasa, perfileman dan kesusasteraan semata-mata.


RAS, BAHASA DAN KETULINAN

Konteks ras (bangsa) lebih banyak berfokus kepada asal usul rakyat setempat serta hubungannya dengan orang dari negeri Cina dan India. Bagi negara-negara seperti Filipina dan Indonesia, aspek penjajahan Sepanyol dan Belanda serta pengaruh agama dan bahasa para penjajah disentuh. Demikian juga dengan Patani yang suatu ketika dahulu (sebelum Perjanjian Bangkok) merupakan wilayah Kedah berasaskan rekod sejarah, adat resam serta budaya yang wujud di wilayah tersebut.

BAHASA menggambarkan BANGSA. Tiada bahasa maka tiadalah bangsa. Maka dalam konteks bangsa Melayu, kefasihan berbahasa Melayu membuktikan nilai kemelayuan yang baik walaupun tidak semestinya tulin atau SESEORANG ITU samasekali bukan berbangsa Melayu. Ketulinan Melayu memang sukar dipastikan dalam era globalisasi yang tiada batasannya sekarang. Perkahwinan campur telah sedikit sebanyak memudarkan keaslian darah Melayu. Disesetengah wilayah seperti Filipina, perkahwinan campur telah menjadi terlalu ekstrim hinggakan ramai Melayu yang bertukar agama menjadi kristian.

Soalnya, siapa berani mengaku bahawa dirinya Melayu Tulin? Bagaimana mahu dibuktikan secara saintifik bahawa kita benar-benar Melayu? Adakah DNA kaum Melayu itu sekata? Memang terlalu sukar. Sepertimana bangsa Afrika, Arab atau Yahudi, apakah pada hari ini mereka masih tulin sebagaimana asal? Bangsa Melayu - Mungkinkah lebih sesuai dipanggil "Melayu Jati" sebagai gantian kepada "Melayu Tulin"? Atau "Melayu Gentian" (lantaran terlalu banyak pembauran)?

Bukan sekadar itu. Malah, tiada satu bangsa pun di mukabumi ini boleh mengaku bahawa ianya tulin dari pengaruh luaran. Segala bentuk percampuran dan pertembungan darah kerana proses penjajahan, urbanisasi serta globalisasi telah merombak masyakakat dunia dari pemencilan kepada pertembungan yang tiada batas sempadannya lagi. Yang penting - mereka masih MANUSIA. Selagi darah yang mengalir dalam tubuhnya tidak bercampur dengan darah spesis beruk, buaya, beruang atau harimau mahupun jin dan jembalang, maka kita harus menerima baik setiap manusia sebagai manusia tulin.


PERSOALAN KEJATIAN

HAKIKATnya, tiada siapa yang boleh mengakui bahawa mereka benar-benar sejati. Tidak kisah walau apapun nasab keturunan - samada mereka itu Melayu, Cina, India, Jawa, Siam, Caucasian atau apa bangsa pun. Lantaran orang yang paling mulia disisi Allah Taala ialah yang paling bertakwa. Umat yang diperakui-Nya terbaik ialah umat Islam yang sentiasa mendorong manusia supaya berbuat baik dan mencegah kemungkaran di atas mukabumi ini. Manusia memang sengaja diciptakan agar menjadi berbangsa-bangsa. Maka aqidah, Islam dan takwa akan membezakan darjat sebenar mereka sebagai manusia. Bukan warna kulit, bahasa, keturunan, kekayaan atau darjat keduniaan. Inilah asas kita.

Namun manusia terlalu gemar melakukan ketelanjuran yang melampaui batas-batas manusiawi. Seolah-olah darah mereka telah bercampur dengan haiwan-haiwan yang memang ditakdirkan bersifat liar, buas dan ganas. Lantaran itu apabila masyarakat dengan lagak keras bangkit mempertahankan darjat bahasa Melayu, apakah isu sebenar yang cuba dibela atau dipertahankan? Bahasa Melayu atau hak istimewa orang-orang Melayu? Atau, hak ketuanan Melayu? Ataupun, mungkin kehilangan subsidi, kontrak, status-quo kuasa dan pengaruh ekonomi-politik yang mengenyangkan perut gendut?


ISU KETUANAN

Apakah agenda yang sebenarnya tersirat dalam kebangkitan-kebangkitan terkini? Melayu bimbang jika mereka kehilangan hak menjadi "tuan" di tanahairnya sendiri? Soalnya, adakah mereka itu sendiri benar-benar "Melayu"? Atau sekadar hanya pada gaya dan rupanya sahaja? Sedang dibibirnya terjuih cerut besar dari UK. Dijarinya tersangkut segelas brandi dari France. Mata dan otaknya tekun berputar-putar di langit-langit casino terbesar Macau Vetecian atau di Genting. Adakah ini dinamakan Melayu?

Melayu perlu jadi penjudi jagoh. Barulah dipanggil "Melayu Baru". Lupakan dahulu dimensi "Melayu Lama" yang penuh dengan adegan-adegan klasik, memakai sarung serta bersongkok senget ke sebelah kanan atau kiri. Menunggang basikal tua atau sekadar berkaki ayam ke pasar. Itu boleh dijadikan bahan-bahan sastera atau drama untuk tatapan umum. Menurut Musa Hitam, Melayu Baru mesti belajar jadi "kurang ajar". Jika tidak kita akan kekal sebagai Melayu tradisional yang cuma tahu bersarung pelikat, berserban sebesar bakul di kepala dan berkain batek. Bagaimana mahu mencapai kemajuan kalau memakai songkok?

Tetapi "kurang ajar" yang bagaimana? Adakah itu bermaksud Melayu harus memperluaskan aktiviti merempit, buang bayi, penagihan dadah, menderhaka kepada orangtua atau menjadi samseng jalanan? Tentu bukan itu yang dimaksudkan oleh beliau. Ia hanya lebih simbolik kepada Melayu mesti berani bangkit bersuara, mempertahankan yang hak, memperjuangkan kebenaran dan bergeraktindak secara progresif dan agresif. Bukan lesu seperti cacing-cacing dipadang pasir.


NILAI POLITIK DISEBALIK BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu kalau diamati dengan betul memang indah. Meskipun tak seindah bahasa Arab dan sekuno bahasa Cina atau huruf roman, ia tetap bernilai. Lantaran ia menjadi bukti tentang wujudnya suatu bangsa baru yang digelar Melayu. Kerana itu bahasa Melayu amat wajar untuk dipertahankan hingga ke titisan dakwat yang terakhir, jika tidak sanggup berkorban dengan darah dan nyawa. Dan sudah tentulah, bila wujud suatu bangsa maka tuntutan kepada kepimpinan dan kuasa politik tidak boleh dinafikan. Adalah terlalu munafik untuk menolak keperluan politik dan kepimpinan.

Lantaran itu, dengan alasan apa sekalipun, tuntutan terhadap pemeliharaan martabat Bahasa Melayu perlu diterima oleh semua pihak. Tanah Melayu perlu mengekalkan integriti Melayu dengan sewajarnya. Mahu tidak mahu, sayang atau benci, tanpa prejudis, Bahasa Melayu perlu dipulihkan status-quonya sebagai bahasa nasional negara ini. Jika perlu dibangkitkan kembali konsep "Bahasa Malaysia" yang pernah dimartabatkan suatu ketika dahulu, maka usah berlengah-lengah lagi. Jangan sekadar bersandarkan kepada kemahuan politik semata-mata.

Masyarakat Melayu perlu bangun merangsang kebangkitan semula idealisme ini. Jadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama komunikasi serta persuratan dalam negara ini serta rantau sebelah sini. Kita memiliki saudara serumpunan di Indonesia yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa dominan. Jadi, mengapakah kita bertindak meminggirkan bahasa kita sendiri?

Jika kita membiarkan bahasa Melayu dipijak-pijak seperti sampah, samalah ertinya kita membiarkan budaya Melayu, semangat juang, integriti, jiwa, politik dan survival Melayu disepak-terajang seperti tunggul kayu. Ini bukan persoalan assabiah atau perkauman. Lantaran tanah ini adalah Tanah Melayu maka kita tiada banyak pilihan. Samada mahu memperjuangkannya atau menyingkirkan.


MELAYU, BAHASA DAN POLITIK: DIPERSIMPANGAN JALAN

Tepuk dada tanya selera. Jangan terlambat. Dan jangan sampai tersesat jalan. Jangan kelak dikatakan "menang sorak kampong tergadai". Ini bukan zaman Si Luncai, Pak Pandir atau Tok Kadok yang sanggup ditelanjangi dan dipermainkan di khalayak ramai. Kita adalah bangsa yang cukup bermaruah. Kita ada Islam sebagai konsep hidup. Jangan sampai bangsa ini tergadai gara-gara budaya samseng, korupsi dan kebendaan. Dan jangan sampai menjadi gila lantaran ketaksuban berpolitik!

Tetapi mengapa pula Bahasa Melayu harus dihubungkaitkan dengan politik? Bukankah bahasa patut diasingkan dari gelanggang politik? Jawabannya mudah. Bahasa ialah alat komunikasi yang dominan dalam berpolitik. Bayangkan bagaimana kalau si bisu mahu berpolitik. Bagaimana mahu membentangkan agenda-agenda pembangunan sosial untuk rakyat? Mungkinkah gaya "miming" atau bahasa isyarat dapat memperjelaskan perancangan ekonomi dan pembangunan negara? Atau komputer dan robot sebagai pengganti ekspresi diri?

Belum ada dalam sejarah manusia bisu menjadi pemimpin negara. Kecuali kalau sudah kemahuan Allah Taala. Lantaran itu, bahasa dan pengaruh disebalik kata-kata dan pembahasaan amat penting. Maka kekuatan politik Melayu masih amat bergantung pada mantapnya bahasa ibunda orang-orang Melayu. Jadi kalau ia diperleceh atau diperlekehkan sesuka hati, bimbang nanti igauan buruk akan menjadi realiti.


PENUTUP BICARA

Generasi muda zaman ini kian terpinggir dari kesedaran untuk menghayati bahasa dengan betul. Segalanya diambil mudah. Sebagaimana Al Quran, Allah Taala telah memerintahkan agar ia dibaca dengan tartil dalam bahasa Arab yang betul. Kalau ianya dibaca atau ditulis dalam bahasa India, Jepun dan German, maksud serta maknanya akan mudah terlencong dari kebenaran. Demikian Allah memelihara kitab suci-Nya agar ketulinannya kekal hingga kiamat. Malahan Allah Taala akan membaca Al Quran untuk didengari oleh para penghuni di Akhirat nanti. Demikianlah kehebatan dan status quo Al Quran. Tanpa prejudis dan kompromi lagi.

Segalanya ini wajar dijadikan tauladan iktibar. Kita tidak mahu terlalu longgar dalam berpendirian. Tetapi kita juga menolak mentaliti anarki, dasar-dasar yang fanatik dan perkauman. Jadi apakah langkah-langlah yang terbaik untuk dilaksanakan? Tidak syak lagi kita harus mengambil jalan tengah, bersikap neutral tetapi progresif, dan menjadikan konsep Islam sebagai fundamen perjuangan. Agar kita tidak tersasar jauh dan menjadi sasau bagai si kafir taghut terlaknat.

Selasa, 17 Mac 2009

PEDRA BRANCA: NILAI TAHI BURUNG DI PULAU BATU PUTEH

Batu tetap batu. Tetapi batu ini bukan main-main. Diperbuat dari batu. Diputihkan oleh tahi burung yang giat menghambur najis sejak beratus-ratus tahun. Akibahnya, batu yang berwarna hitam-kelabu bertukar menjadi putih. Lantas si penjajah bengali putih (portugis) menggelarkannya sebagai "Perda Branca" sempena najis yang berwarna putih. Cekap sungguh si penjajah berbanding si Melayu. Tiada apa yang tersisa dari genggamannya. Benarlah seperti bidalan: Bagai Belanda mintak tanah! Dah beri betis nak peha pulak? Kalau diberi peha, apa lagi yang engkau mahukan?










 

Segalanya bermula dengan patriotisme. Dan sekarang bukan Portugis atau Belanda atau British yang ingin menjajah tanahair ini tetapi sahabat kita nun di selatan sana. Walaupun kecil sebesar telur pacat di peta dunia, sebagaimana negara haram Israel, taring dan rahangnya cukup besar untuk membaham sebuah negara sebesar kita. Tak cukup dengan ruang udara kita diredah semahu-mahunya. Masih lagi nak benda lain pulak. Jika tidak dengan kata-kata, boleh jugak dengan senjata-senjata arsenal militer yang sudah lama berlapok tidak pernah dicoba-coba. Bila lagi?

Dan, jika benar, kemana orang seperti aku mahu lari? Terjun ke dalam Selat Melaka atau menongkah ombak Laut Cina Selatan pergi ke Sabah atau Sarawak? Atau jadi pelarian ke Siam? Dan, cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar. Tapi sekarang orang pakai CCTV. Siap dengan perakam suara "high-end". Kemana kau nak lari? Ke Kem Kemunting atau Penjara Pudu? Bukankah Penjara Pudu dah lama ditutup! Sudah terlambat untuk menjadi ahlinya. Kau tak akan kemana-mana. Kau berdiri di sini. Pertahankan tanah sekangkang kera ini hingga ke titisan darahmu yang terakhir. Biar mati mulia. Jangan hidup terhina. Barulah patriotik!

Batu Putih kini tinggal sejarah luka. Dan luka itu pasti menjadi pekung yang ditanggung segenap umur negara ini. Amat memalukan. Maruah yang dirobek ditanggung sejuta usia. Mari kita tuding jari: salah siapa sekarang? Entah, aku pun tak tahu! Dulu sewaktu Singapura terlepas dari genggaman Melayu, salah siapa? Entah, aku tak berapa ingat! Pi kutip buku sejarah - tengoklah kalau-kalau ada dicatat kat situ oleh para profesor sejarah...

Namun batu tetap batu. Tapi ini bukan sebarang batu. Walaupun bukan batu berlian, tidak mengapa. Yang penting - maruah dan kedaulatan. Integriti negara terlonggok di atas batu sekecil dan senajis itu. Ini yang paling mustahak. Digniti. Kedaulatan. Integriti. Adakah kita terlalu lesu? Terlalu bodoh dan jahil? Hingga orang sanggup memperkotak-katikkan kita? Ataukah kita memang sudah hilang semangat dan sanggup membiar diri ditelanjangi dan dirogol semahu-mahunya?

Jika kita enggan bangkit sekarang dan masih terus terkhayal seperti penghisap ganja, maka itulah yang bakal terjadi kepada negara ini. Kita terlalu leka dengan gelagat politik domestik. Kita terlalu taksub dengan kerenah parti. Kita terlalu tergila-gila dan terbawa-bawa dengan perangai orang-orang yang gilakan kuasa, gilakan kontrak dan gilakan hartabenda. Hingga kita lupa dengan musuh sebenar yang tidur sekatil dengan kita sepanjang zaman. Dan cuma sedar untuk tercungap-cungap sebelum leher dikelar-kelar untuk dijadikan daging salai.

Cuba lihat kejahilan kita dalam perancangan strategik. Perjanjian Air yang pertama akan tamat pada tahun 2011. Apa langkah dan plan selanjutnya dalam kepala? Bacalah petikan berikut dengan teliti:


PERJANJIAN AIR MALAYSIA-SINGAPURA BERAT SEBELAH, sebagaimana dijelaskan oleh Kerajaan BN di parlimen pada 20 Mac 2002.

Datuk Dr. Leo Michael Toyad:
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, perjanjian bekalan air oleh Johor ke Singapura telah dibuat pada tahun 1961 dan 1962. Perjanjian tahun 1961 adalah bagi tempoh 50 tahun dan akan tamat pada tahun 2011. Manakala perjanjian tahun 1962 adalah selama 99 tahun dan akan tamat pada tahun 2061.

Melalui perjanjian tersebut kadar air mentah ke Singapura ditetapkan pada harga 3 sen bagi seribu gelen. Kadar tersebut tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1961 hingga sekarang. Dalam hal ini, pihak kerajaan berpendapat bahawa harga tiga sen bagi 1,000 gelen tersebut adalah rendah dan tidak berpatutan. Ianya tidak mencerminkan nilai sebenar harga pasaran air mentah pada masa ini.

Kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Singapura telah pun bersetuju untuk memasukkan isu bekalan air ke dalam satu isu berpakej untuk diselesaikan secara bersama melalui rundingan. Sejak tiga tahun yang lalu, tiga rundingan telah dijalankan. Pusingan terbaru rundingan tersebut dijangka akan diadakan di Kuala Lumpur pada tarikh yang akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu perbekalan air antara Malaysia dan Singapura, kedua-dua negara menyedari akan kesensitifan isu ini. Sebagai negara yang menginginkan keamanan, hal ini perlu dikendalikan dengan bijaksana agar ianya tidak berlarutan dan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

Setakat ini, belum ada sebarang persetujuan ke atas penetapan harga air yang baru. Kerajaan berharap untuk mencapai persetujuan perhubungan hal ini melalui rundingan pada tarikh yang akan dipersetujui oleh kedua-dua negara.

Menjawab soalan mengenai pembelian air mentah oleh Singapura dari Johor dan pembelian air bersih oleh Johor dari Singapura bagi tahun 1995 hingga tahun 001, ingin dimaklumkan bahawa pada puratanya pihak Singapura membeli air mentah sebanyak 202.73 juta gelen sehari pada kadar 3 sen bagi setiap seribu gelen dan menjual air bersih kepada Johor pada puratanya sebanyak 33.23 juta gelen sehari pada kadar 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. Pembelian air yang dirawat dari Singapura adalah untuk menampung keperluan negeri Johor. Sekian, terima kasih.

.................................................................................

Hairan. Jika sudah tahu ianya terlalu berat sebelah, mengapa harus terus berkompromi? Bukankah itu namanya pengecut? Setujukan anda? Kita jual terlalu murah dan beli terlalu mahal. Kita mendapat hasil jualan sebanyak RM608.19 sehari tetapi terpaksa membayar sebanyak RM16,615 sehari. Bererti kita kerugian RM16,006.71 sen setiap hari (atau RM48,018 sebulan). Tiada sebarang keuntungan. Perniagaan apakah ini? Perniagaan si bahlul yang terlalu bodoh atau terlalu korup? Atau kerana terlalu menjaga hati "sahabat" kononnya? Kita terlalu memberi "lemak" kepada orang luar tetapi keras tidak menentu kepada warga sendiri.

Adakah ini benar? Rakyat sendiri terpaksa membayar kos RM1.39 bagi setiap meter padu air (bakal dinaikkan ke RM1.90) dan Singapura hanya membayar 3 sen untuk seribu gelen air mentah? (3 sen Malaysia = 1.3 sen wang Singapura). Negara itu hanya perlu membayar S243.27 sehari untuk 202.73 juta gelen air sehari? Wahai, bandingkanlah. Walhal, terkadang rakyat di Selangor langsung ketiadaan air sebagaimana yang kerap berlaku sekarang. Empat buah koprat air bersaing untuk menguasai pasaran di negeri malang itu. Akibatnya warga tempatan terpaksa menanggung beban tak sudah. Kerajaan Negeri telahpun berhutang sebanyak RM114 juta gara-gara air. Dan, terpaksa menompok hutang air bulanan sebanyak RM38 juta.

Apakah ertinya ini?

Barangkali negeri itu sedang menjurus ke arah kebangkrupan yang melampau.
Walhal negara asing kekembungan air - lantaran harga yang terlalu rendah - yang lebih masuk akal kalau diberikan secara FOC (Free of Charge)! Manakala air di Selangor menjadi alat politik yang bakal menjahanamkan semua pihak di negeri itu. Inikah yang dikatakan "Bersih, Cekap dan Amanah"? Atau itu cuma slogan klasik ciptaan orang dahulu? Sekadar slogan kosong dan kuno?

Demikianlah. Bukankah lebih wajar jika bekalan tersebut disalurkan ke Selangor dan lain-lain tempat yang kebuluran air dalam negara sendiri? Ini tak ubah seperti bidalan: "Kera di hutan disusukan, anak di buaian mati kelaparan". Maka silapkah jika disimpulkan bahawa kita masih terus terjajah dalam pelbagai aspek? Terutamanya penjajahan minda dan pendirian. Tidak cukup dengan air. Tahun lalu Pulau Batu Putih. Dan sekarang negara kecil itu sedang berura-ura untuk melanjutkan zon eksklusif ekonominya hingga ke pinggir pantai selatan Johor. Para penggubal dan pembelit undang-undang negara itu sedang sibuk mengumpul data dan dokumen untuk dimajukan ke International Court of Justice (ICJ).

Tetapi kita pula sedang sibuk dengan sidang dewan undangan bawah pokok, pilihanraya demi pilihanraya kecil yang tak berkesudahan, pakej rangsangan ekonomi, politik wang yang tak habis-habis dan macam-macam titik-bengik. Hingga kita lupa bahawa seekor lintah di bawah kaki seluar sedang sibuk mempertajam tombak dan beliung untuk melanyak kita. Dalam teori hubungan antarabangsa, kita tahu bahawa hubungan antara negara banyak dipengaruhi oleh kekuatan militer serta kekuatan melobi dan mempengaruhi. Dan lintah itu ada semua ini. Perdampingan yang akrab dengan Amerika Syarikat amat dimunafaatkan.


Selain pakar-pakar perang yang didatangkan khas dari yahudi Israel, akses lintah itu ke atas negara ini cukup tidak terkawal. Dimana-mana sahaja kita boleh lihat elemen intelligent berlegar tanpa batas. Mungkin ada yang sudahpun menjawat jawatan awam atau tentera di peringkat pucuk pimpinan. Satelit atau high-end CCTV sudah lama terpasang untuk merompak apa sahaja maklumat.

Dan, kita tidak pernah serius dalam urusan memantau orang asing di negara ini. Semuanya dianggap pelancong dan perlu dilayani dengan senyuman paling menawan. Out-of-the blue, 70,000 jawatan kosong untuk makhluk-makhluk asing sudah tersedia. Terlalu lembut dan amat pemurah. Sebab itulah angkatan PATI bertali arus mendarat di pantai negara ini. Lantaran mereka tahu kita pasti menadah tangan sambil tersenyum sumbing kalaupun tidak cukup lebar. Dan sikap longgar dan take for granted ini pasti akan dimunafaatkan sepenuhnya oleh kawan mahupun lawan, khususnya musuh dalam selimut. Kita terlalu takut untuk bertegas lantaran NGOs hak asasi ciptaan neoimperialis sudah lama berkubu untuk menyalurkan cadangan indeks hak asasi negara ini. Pun begitu, indeks kita tidak pernah naik. Malah kerap dikatakan negara ini mengamalkan diskriminasi yang agak melampau ke atas PATI dan golongan yang setaraf dengannya.

Ini mungkin ada kaitan dengan kedudukan kita di PBB. Tidak seperti negara-negara kuasa veto atau negara-negara pengganas atau pelesit seperti Israel dan sekutu-sekutunya di barat, kita jauh ketinggalan dalam konteks pengaruh dan status quo. Jika memiliki kuasa veto dan mempunyai senjata nukliar, maka barulah semua orang harus tunduk pada kemahuan dan telunjuk kita. Dalam ertikata lain dan dengan alasan apa sekalipun, kuasa militer terkadang menjadi penentu kepada herarki dan hegemoni negara-negara di gelanggang dunia. Kalau negara lemah, politik kucar-kacir, ekonomi merempat, masyarakat senantiasa dalam belenggu konflik domestik, maka bererti tiada integriti dan tidak akan mampu mempertahankan diri dari terjajah atau disepak-terajang.

Terlalu banyak contoh dapat diperhatikan. Dan jika memiliki sistem militer yang besar tetapi politik dalaman sentiasa bergolak, itu juga tidak akan memberikan hasil kepada kedaulatan negara. Apatah lagi jika rakyat sudah hilang jatidiri dan tidak mengenal nilai patriotik. Itulah yang pernah berlaku di Iraq dan Afghanistan. Rakyat tidak benar-benar bangkit menentang penjajahan tajaan samseng terbesar - Amerika Syarikat. Ramai yang lebih rela merempat sebagai pelarian atau mati katak dibaham peluru sesat daripada mati sebagai syahid. Iman kian pudar lantaran terlalu materialistik. Lantaran itu sehingga kini kedua-dua negara itu masih terus terjajah selaras dengan matlamat neo-konservatisme. Objektif sebenar para neo-kon tidak lain ialah menghancurkan negara-negara tersebut (termasuk anak-bangsanya) secara total dari peta dunia. Barulah zionisme bisa menunggangi wilayah Timur Tengah semahu-mahunya.

Apakah semua ini hanya sekadar untuk tontonan semata-mata? Tidak pernahkah terlintas untuk kita bangkit dan memikirkan sesuatu? Adakah jiwa kita sudah terlalu longlai lantaran dilanda kemewahan, materialisme serta mimpi-mimpi palsu duniawi? Tanggungjawab memerdekakan Palestine bukan tanggungjawab masyarakat Palestine sepenuhnya. Tetapi ia merupakan tanggungjawab bersama. Dan ia merupakan tanggungjawab mutlak sesiapa yang mengaku dirinya Muslim. Mahu tidak mahu, hakikat ini adalah jelas.

Tetapi bagaimana mahu memerdekakan sebuah wilayah yang terlalu jauh kalau pulau yang sekangkang kera pun tidak mampu dipertahankan? Salah siapakah sebenarnya ini? Tanyalah pada diri anda sendiri. Jawabannya ada disitu.

PRU 14: PERLUNYA REFORMASI DALAM POLITIK NEGARA

INTRODUKSI (Nota ini telah siap ditulis pada 15 Mac 2016 jam 1520 ptg) Apabila Tanah Melayu dibebaskan oleh penjajah British pada tahun ...